2.11.12

Dear Jumie : Ditipu Kawan Baik

Assalamualaikum kak Jumie, 
Saya nak tanya persoalan mengenai persahabatan.  Saya dah banyak kali melalui pengalaman ditipu kawan baik sendiri,  dipergunakan untuk kebaikan mereka,  difitnah dan macam macam lagi.  Seringkali saya tersilap dalam memilih kawan.  Baru baru ni terjadi lagi perkara yang sama, saya masih tak dapat nak lupa, masih berdendam, saya dah pun deactivated facebook,  delete depa punya phone no,  tapi dalam hati masih tak dapat nak lupa.  Macam mana ya? 
Macam mana jugak nak kenal pasti sahabat yang benar--benar jujur dan ikhlas dengan kita? Saya ni macam buta pekak tuli bila orang buat baik je, saya terus buat dia jadi sahabat..

Eny.


Wasalam Eny,

Terima kasih kerana emel kat akak.  Hang ni umur berapa?  Bolehkah akak mengagak yang hang berumur awal 20an?  

Akak tak tau apa yang terjadi kepada hang sampai hang rasa macam susah sangat nak lupakan depa tu semua.  

Tapi one good advice yang akak boleh bagi kat hang adalah hang kena teruskan hidup.  Orang kata hidup ni macam roda,  hidup ni macam kolam ikan,  hidup ni macam sarkas,  dan macam-macam lagi orang duk bagi perumpamaan.  Tapi yang penting,  hidup kita ni adalah satu perjalanan.  Kita kena teruskan perjalanan ini what ever happens.  

Tak boleh nak duduk dan stay satu tempat dan biar orang lain semua duk tinggal kita di belakang.

Kalau hang kata,  "Saya dah banyak kali melalui pengalaman ditipu kawan baik sendiri, "  Something must be wrong here.  Jangan duk hidup feeling 'victim' sepanjang hidup hang.  WHY?????  Para wanita dan golongan zornen amat suka play-play victim.  

Bila shit happens terus duk blame orang lain.  In your case it looks like hang duk blame kawan-kawan hang....depa salah....depa jahat....tapi hang bodoh sampai berapa kali duk kena tipu hang tak nampak?  Kan?  So bila kita focus kepada kesalahan orang lain,  kita terus jadi negative person dan kita tak belajar apa-apa.

Come one,  wake up girl.  Take the blame.  Tak semestinya bila u ditipu kawan-kawan,  100% adalah kesalahan kawan u.  Cuba kenali apa masalah itu.  Cari apa jalan penyelesaian dan bagaimana hang nak make sure that this thing wont happen again.  Dan lepas ni berikrar tak mau buat lagi.  Be positive.

Jangan malu untuk admit kesalahan sendiri.  Hang tak cacat.  Kita manusia.  Ini fitrah kita dalam proses mematangkan diri.  Selalu muhasabah diri.  

Itu sahaja,  akak cakap banyak pun tak guna.  The good things must start from you.

ps/  Masa akak muda dulu,  akak pun banyak masalah dengan kawan-kawan.  And I learn a lot a long the way.  Akak membesar dengan kesalahan-kesalahan itu.  Alhamdulillah,  im so happy i have a beautiful life surrounded with the real people who loves me so much.

Love,
Jumie Samsudin
Lambang Kecantikan

1 comment:

  1. salam...kena tipu dengan kawan baik mmg pernah terjadi...lebih2 lagi time tu nak SPM...Tuhan saja yang tahu..selama ni buat apa sahaja bersama tapi tak sangka dalam diam dia mgata diri sy.sedih sgt mase tu lebih2 lagi nak exam..
    btw skrg ni dah lupakan sebab alhamdulillah bila msuk USM jmpa kwn2 baru sampai habis belajar kami still contact...
    p/s: kuat kan diri dan sabar...insyallah 1 hari nanti ada kwn yg hadir dan lebih mmahami...<3

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...