2.11.12

Dear Jumie : Pandangan Saya Mengenai LGBT

Puan, 
Saya membaca blog puan mengenai LGBT,  jika puan tidak keberatan saya berharap puan menjawab beberapa pertanyaan saya seperti berikut : 
1. Pendirian puan terhadap LGBT, menyokong atau tidak menyokong?  Nyatakan hujah puan. 
2. LGBT bukan taboo di luar Malaysia, malah bukan gejala psikologi abnormal seperti di Malaysia.  Apa pendapat puan? 
3. Homophobia merupakan satu diskriminasi kepada golongan minoriti dan perlakuan ini dianggap sama dengan rasisme.  Menurut puan wajar atau tidak? 
Maaf jika saya menyita waktu puan.  Maklumbalas dari puan saya ucapkan Terima Kasih 
Cheers
Mohd Yasin

Tuan,

Terima kasih atas emel yang diberikan.  Satu set soalan yang amat menarik dan saya lebih daripada bahagia untuk menjawabnya.  Apa jua tujuan tuan bertanya soalan-soalan ini,  saya harap tuan tahu yang saya menjawabnya dengan ikhlas.

1.  Pendirian saya tentang LGBT.
Dahulu saya tak faham apa itu pondan,  gay,  lesbian,  pengkit.  Saya buat conclusion sendiri bahawa semua pondan adalah jahat dan suka memaki hamun orang ramai.  Saya anggap semua gay adalah si lembut yang satu hari akan jadi pondan.  Saya tak tau dalam gay ada top bottom dan segalanya.  Saya tau lesbian tu menjijikkan sebab itu perasaan saya bila tengok kawan-kawan perempuan yang bercouple dan bercinta pegang-pegang tangan dalam kelas dahulu (i was in St George Girls School- semua perempuan).  Saya tak boleh pandang kat pengkit sebab depa adalah perempuan yang duk buat baguih dress up macam lelaki...serr bagi saya.

Tetapi itu pandangan saya kepada golongan LGBT sebelum saya kenali depa!!!!

Lani saya rasa saya dah kenal depa.  Insya allah.  Saya ada hubungan baik dengan ramai kawan LGBT saya.  In fact banyak kawan rapat saya memang LGBT.  Saya selesa dengan depa.  Dan saya dah buang fikiran negative terhadap mereka,  in fact lama kelamaan saya belajar untuk buang padangan negative kepada golongan komuniti yang lain (janda,  duda,  penagih dadah dan macam-macam lagi).

Terasnya,  pendirian saya terhadap golongan LGBT tidak pernah menyokong ataupun apatah lagi membantah.  Saya bersifat neutral.  Bagi saya,  mereka juga manusia dan manusia tak boleh lari dari cacat cela.  Sebagai manusia,  saya faham,  bukan saya seorang yang hidup kat dunia ni.  Saya berkongsi dengan pelbagai makhluk Allah.  Dalam apa-apa issue yang melibatkan golongan LGBT, ada yang saya sokong ada yang saya tak sokong.  Contohnya,  kalau orang kutuk dan menunjukkan benci pada golongan LGBT saya akan tentang.  Dan kalau golongan LGBT pun buat benda bodoh seperti seks bebas dan amik dadah,  saya akan maki depa.

Betul,  pilihan seksualiti,  cara pakaian dan cara hidup mereka ditegah dalam agama Allah tetapi mengapa Allah wujudkan golongan ini?  Hanya Allah yang mengerti.  So siapa saya untuk kata - HANG MASUK NERAKAA!!!!  HANG ISAP KOTE JANTAN....HANG AHLI NERAKA.

Itulah pendirian saya.  Ramai kawan straight saya tak faham saya.  Depa selalu kata "Awat hang ni suka sokong pondan,"  Saya tak membalas.  Bagi saya,  biarlah dia cari jawab dia sendiri macam mana saya buat dahulu.

Seorang yang saya hormati pernah kata kat saya,  "Jumie....be good and be one,"  kita jadi baik dan kita jadi satu.  Maknanya kita hidup ini kena baik dan tidak memberikan level-level tertentu kepada manusia lain.  Kita semua satu level sahaja.  Kaya atau miskin,  homo atau hetero,  syed atau tengku,  kita semua satu level.  Cuma yang ada baik atau jahat.

2.  Pendapat saya tentang situasi masyarakat Malaysia yang menganggap LGBT sebagai sesuatu yang taboo.
Senang sahaja,  sebab masyarakat Malaysia tidak semuanya mempunyai ilmu yang betul dan tepat tentang LGBT.  Kita tidak diajar tentang golongan ini dalam mata pelajaran di sekolah.  Mak bapak kita pun tidak terbuka untuk berbincang tentang perkara ini.  Yang kita duk tau,  LGBT ni satu ajaran yang menentang ajaran agama.  So,  kita pun benci benci benci tanpa memahami.  Kesimpulan saya,  kita rasa taboo sebab kita tak tau.  Itu sahaja.


3.  Diskriminasi terhadap golongan LGBT adalah sama macam orang yang racist.
Saya sokong.  Diskriminasi terhadap golongan LGBT sama macam racist.  Penindasan.  Tapi bila perkara ini dapat diselesaikan dengan baik dalam peringkat masyarakat Malaysia yang terikat dengan budaya dan agama,  saya tak tau.  Saya mulakan dengan diri saya sendiri dahulu.

Begitulah jawapan saya.  Dan saya mengharapkan komen dan perbincangan terbuka daripada orang lain.

Yang benar,
Jumie Samsudin

1 comment:

  1. Tak tahu saya nak komen panjang2...

    Pendirian saya hanya satu tetap menentang LGBT...apa jua alasan yang diberi...Maaf itu pendirian saya walau pun saya gay.

    Sebagai seorang yang beragama Islam... "Tiada Tuhan melainkan Allah, Nabi Muhammad itu pesuruh Allah", saya takut untuk memberi sokongan walaupun pernah terlajak....paling takut tidak mendapat syafaat dari junjungan Nabi Muhammad ketika dipadang mahsyar kelak. Nabi tidak akan mengaku umat.

    Jika kita berada didalam dikelompok ini (LGBT), sebaiknya kita diamkan sahaja tidak perlu kita menyatakan sokongan kita pada pertubuhan LGBT ini.

    Saya tetarik dengan seorang yang memberi komen dlm blog saya dibawah tajuk ;

    http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.com/2012/11/kecelaruan-jantina-boleh-dielak.html

    Komen Beliau (Anonymous);

    walaupun saya gay..saya menentang perkahwinan sesama jenis ni..xkira la kalau mereka gunakan alasan 'human right' utk menghalalkan perkahwinan sejenis ni..kalau semua hak2 manusia nak di penuhi..maka nanti jgn terkejut jika ada perkahwinan antara manusia dgn haiwan (macam dah ada kes macam ni) ,paedopilea yg kahwin dgn kanak2 7 tahun, mak kahwin dgn anaknya sendiri dan macam2 perkahwinan yg xmasuk akal berleluasa.

    Wallahuallam

    Apa lagi yang kita hendak...alhamdulillah Allah telah poke saya dengan memberi dugaan. Saya amat pasti sekiranya Allah tidak poke saya kemungkinan saya masih tetapi liar seperti dulu. Lebih malang jika nyawa kita diambil dlm keadaan kita sedang bergelumang dg aktiviti yang sememangnya diharamkan Allah swt ini

    Wallahuallam

    ........:)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...