27.11.12

Dear Jumie : Saya Ingin Menjalinkan Hubungan dengan Seorang Bisexual

Salam Jumie,
Saya terjumpa blog Jumie pasal Surat Hijrah dari PLU tu.  Serious saya cakap saya tak kenal Jumie,  tapi saya tahu ramai yang baca blog Jumie ni.  First of all, saya Fira.  Saya ada suka sorang guy ni.  Saya tahu dia biseksual.   
Long story short,  he likes me too.  Dia ada cakap yang dia nak berubah tapi tak tahu macam mana.  Sekarang ni kitorang boleh kata rapat lah as a sahabat.  Tetapi,  mungkin satu hari nanti kami mahu jadi lebih dari sahabat . 
Macam mana saya nak tolong dia ?
Terima kasih banyak banyak.
Yang benar,
Fira

Dear u olls,

Dear Fira,

Saya pun tak tau la sama ada nasihat dan pendapat yang saya bagi ni adalah yang terbaik. Tepuk dada tanya selera.

Alhamdulillah, sahabat u ada keinginan untuk berubah. Kerana walaupun saya tak pernah pandang rendah pada golongan LGBT tapi perbuatan seks songsang adalah berdosa di sisi agama (regardless agama apa pun).  Tapi,  kita ni manusia yang lemah u olls.  Dah kalau nama pun nafsu,  semua benda pun jadi OKAY!

Dia kata dia nak berubah, tapi tak tau macam mana? Fitrah Allah bagi kat dia (menyukai lelaki lain) adalah satu dugaan yang besar. Dia kena berusaha untuk tolak dan lawan fitrah itu. Sebab walaupun fitrah itu dikurniakan oleh Allah tapi fitrah itu juga adalah berdosa di sisi Nya.

Kalau betul dia nak series dalam hubungan dengan U, dia kena betul2 komited. Hubungan suami isteri (what u are looking for) adalah satu komitmen. Tak kisahlah dia heteroseksual, homoseksual ataupun bisexual, tapi kalau dia dah menikahi seseorang adalah tanggungjawab dia untuk jujur dan sentiasa bertanggungjawab terhadap pasangannya.

Sahabat baik saya, pernah couple dengan seorang gay yang ingin meninggalkan dunia gay dan berkahwin dengan perempuan. Kawan saya perempuan. Tapi sampai lagi 6 bulan nak kawen, kami dapat tahu yang lelaki gay itu masih tidak dapat melupakan boifren dia. And boifren dia siap mai serang kawan I dan kata "Dia kawen u sebab nak tutup mulut keluarga and dia janji dengan I sampai bila2 dia tak akan tinggalkan I.  U tau tak kami dah kapel 7 tahun"  HAAAAAAAAAAAAAAAAA...tak tergamam kawan saya mendengar kata-kata ini?

Kawan I (perempuan tu) minta lelaki gay itu buat pilihan. Sebab kawan saya tak kisah silam dia, kalau kawen nanti dia tak mau berkongsi kasih dengan lelaki lain. So in the end, depa putus and tak jadi kawen.

Kat sini,  memang i respect my kawan perempuan sebab dia very very strong!  Dia tak kisahlah hang gay ka apa ka apa ka,  dia respect hang sebagai seorang manusia.  And dia berani called off the wedding sebab dia tau harga diri dia,  dia tak rela dijadikan pilihan untuk menutup maruah orang lain.  And paling penting sekali,  dia tak desperate nak kawen!!!

So pendapat I adalah, tak kisah u siapapun, but bila u kawen u have to stop everything (kisah lama) dan buka lembaran hidup bersama.

Saya dan suami......kami dulu sangatlah sosial. I pun banyak BF (tapi I straight laaa....). And my husband pun kaki clubbing (dia dulu bouncer kelab malam) so memang banyak perempuan semua.......tapi bila kami kawen....we stopped everything.  And that is the basic rule in life.  Kalau u dah komited dalam perkahwinan bermakna u komited untuk kongsi hidup dengan orang lain.

Bukan hanya alasan u adalah bisexual u ada lesen untuk ada dua pasangan.  Satu pukis,  dan satu dubus.  Kan????  Jangan harukan benda ni dengan poligami pulak.  Agama kita buat poligami bukan untuk nafsu,  tapi untuk tanggungjawab.

I hope u faham apa I nak kata. Tepuk dada tanya selera......

Saya doakan yang terbaik. Perkahwinan bukan jawapan yang menjaminkan kebahagiaan.  Perkahwinan adalah suatu yang amat berbeza...only do it when u are veryveryvery ready. Fikirkan semua risiko yang ada. Dunia ni luas untuk kita explore.  

I harap u bagi your boyfriend to read this "Abang,  jangan buat naya anak dara orang na.....tu jaa kakak nak cakap,"

Yang benar,
Jumie Samsudin

4 comments:

  1. Hot betul topik gay, bisexual bagai ni. Hurmmm~

    ReplyDelete
  2. jumie,pndpt aku is,once gay always gay.sorry,tp tu yg aku nmpk kat cni,sbb aku keja dlm bidang ni jgk

    ReplyDelete
  3. kak jumie, just nak share.

    haritu dengar ceramah, dia cakap fitrah manusia adalah baik dan suci. yang menjadikan kita A atau B tu antaranya nafsu kita..

    kata penceramah lagi, salah kalau cakap, "aku camni sebab Allah ciptakan aku dengan fitrah macamni.",apa yg kita rasa sekarang, tu dugaan Allah nak bagi. mujahadah kita yang penting

    cth mujahadah orang gay, kalau dia rasa dia kahwin dgn anak dara org buat org merana, dia rela solo sampai akhir hayat. dalam masa yg sama, dia x cari makan dengan jantan lain. dia cari persekitaran yang baik2, settle down supaya x ada trigger dia nak buat maksiat.. he fight himself, for God. tapi nilai2 agama dalam golongan2 PLU, bi, lesbo pengkid semua ni pada pandangan saya, kurang... So x boleh nak appreciate menda ni dengan lebih mendalam.


    dalam masa dorang diuji dengan naluri, ada orang diuji dengan rumahtangga, masalah kesihatan (cth sakit jiwa/kaki kudung/mata buta), keluarga yang porak peranda, harta etc. SEMUA ORANG DIUJI, dan setiap ujian tu dibentangkan pada kita jalan yang baik dengan buruk.. mcm sakit jiwa, x boleh nak kontrol sebab tukang kontrolnya otak, otak pulak deranged so sapa yang nak kontrol? sebab tu gender identity disorder (mcm trans)masuk dalam psychiatric diagnosis.

    apapun saya simpati dengan golongan sebegini, berat dugaan Allah pada diorang. Moga dorang jugak kuat mujahadah dan dapat hidayah Allah. tak selamanya kita hidup.. sobs

    ReplyDelete
  4. My Name is Helen Morgan, Daripada United Kingdom. Saya ingin berkongsi testimoni saya dengan orang ramai tentang apa yang doktor ini dipanggil Dr okojie rohani baru sahaja lakukan untuk saya, orang ini baru sahaja dikembalikan suami Ex saya kalah kepada saya dengan ejaan yang besar, saya telah berkahwin dengan seorang lelaki yang dipanggil Morgan kami telah bersama-sama untuk masa yang panjang dan kita sayangi diri kita sendiri tetapi apabila saya tidak dapat memberi kanak-kanak selama 2 tahun dia meninggalkan saya dan memberitahu saya bahawa dia tidak boleh terus lagi maka saya kini mencari cara untuk mendapatkan kembali sehingga saya melihat seorang testimoni tentang perkara ini doktor yang sama di internet mengenai bagaimana dia telah sembuh penyakit begitu banyak dan membantu orang lain dengan masalah yang sama, maka anda tidak akan percaya ini apabila saya dihubungi lelaki ini ke atas masalah saya dia bersedia musim ini dan dua hari selepas dia diberitahu saya bahawa beliau melalui dengan ejaan yang bekerja suami saya hilang kembali dengan lebih cinta di matanya, dan selepas sebulan saya terlepas bulan saya dan pergi untuk ujian dan keputusan yang dinyatakan sedang hamil am gembira hari ini adalah seorang ibu kepada seorang bayi Boy , dia berkata, saya juga akan hamil lagi jika saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi doktor yang hebat untuk apa yang anda telah lakukan untuk saya, jika anda berada di luar sana mencari mana-mana jampi atau penyembuhan:

    (1) Eja untuk perlindungan dari bahaya

    (2) untuk Eja sihir

    (3) Eja cinta seks yang sama

    (4) Eja untuk penyembuhan penyakit

    (5) Eja untuk halimunan

    (6) Eja untuk kekayaan dan kemasyhuran

    (7) Spell untuk mendapatkan pekerjaan yang baik

    (8) Eja cinta yang kuat dan hubungan

    (9) Eja untuk membawa kembali bekas anda

    (10) Eja untuk hamil

    Anda boleh menghubungi doktor yang hebat ini pada drokojiehealinghome@gmail.com e-mel dan mendapatkan semua masalah anda diselesaikan .....

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...