19.11.12

Dear Jumie : Wanita Mahai Mahai

Salam Kak Jumie (Padahal saya lagi tua)..hahaha 
Seronok sungguh membaca blog Kak Jumie ni.  Informative+fun+membuka minda.  Kak Jumie,  saya nak Kak Jumie bagi tips la.  Cemana nak nampak or jadi macam "wanita mahai-mahai". 
Kebanyakan kita yang dah kawin ni tak menitikberatkan penampilan..asal ok je.  Kesudahnya hati parah bila asben duk jeling wanita mahai-mahai itu.  Sila beri tips.  Saya pun nak belajar.  Ke dah ada dalam post-post sebelum ni? 
Macam saya ni..kuar gi mall bleh pakai sliper je.  Padahal heel,  platform suma ada.  Ishhhh ke pakai sliper jamban pun leh nampak seperti wanita mahai-mahai? 
Saya bertudung,  rambut tak berwarna..tak blow pun time kat umah.  Ikat manjang,  almaklumla muka sensitip,  kena rambut gatai muka.  Nak ngurai2 rimas lak kat dapur. 
Cemana nak feeling Bree Van de Kamp???? 
-silent reader-

Hello u olls,

Why not panggil I akak.  Memang i feeling akak-akak.  Satu penghormatan ya.

1.  PLEASE JANGAN MENCUBA UNTUK MENJADI BREE VAN DE KAMP.  Watak itu hanya fiksyen.  MUSTAHIL ADA WANITA YANG PERFECT SERBA SERBI MASAK,  BASUH SEMUA AND KEKAL CANTEK MACAM TU.  Sebab in the end,  macam mana perfect pun dia menjaga rumah dan imej 'perfect housewife' tu,  anak-anak dia dua dua lingkup and laki dia   main kayu tiga juga.  KAN???????? Hang ni betui ke tengok Desperate Housewife ni nyah.

2.  Yes,  memang betul.  Lepas kawen secara automatik kita tidak menitik beratkan sangat penampilan.  Bau badan,  berat badan,  baju dan macam-macam lagi.  Di samping tugas kita nak menguruskan rumah tangga,  tidak menjadi salah kita sekiranya kita ter'lupa' untuk menjaga penampilan kita.  Cuma nasihat saya,  janganlah sampai lupa langsung.  Bukan hanya nak bersiap untuk suami u olls,  bukan hanya nak bersiap untuk orang tengok u olls,  tapi sebenarnya bila kita look good....secara automatic kita pun akan rasa AURA MELETOPS mengalir dalam badan u olls.

3.  Kenapa u olls mintak tips ni kat akak?  U rasa i nampak macam wanita mahai-mahai ke?  (Persoalan ini dijawab dalam emel - "Kak Jumie kelihatan begiteww..tak jumpa la lagi real.hehehe) Aiyooo carut akak kah ini?

4.  Untuk mendapatkan style wanita mahai-mahai ni,  ada macam-macam tips yang ada kat dalam majalah dan juga internet.  Tapi the first and only thing yang paling utama sekali dalam memastikan agar ktia sentiasa nampak stylo dan ala-ala perempuan mahai adalah USAHA /  EFFORT.  Kalau takdak effort,  segala maknena tips pun tak guna juga.  Betul tak?  

5.  Kalau nak pakai slipper jepun untuk pergi jalan -jalan,  BOLEH!!  Tapi make sure slipper jepun itu adalah yang baru dan tidak berdaki-daki hitam hitam macam dipakai oleh apek kedai motor.  Pakailah slipper yang nampak senonoh sikit.  That's why akak perlu ulang penyataan akak di no 4 iaitu -- APA PUN KENA ADA USAHA.  

6.  Yes,  kalau duduk rumah sambil membuat kerja,  akak akan mengikat rambut ala-ala Kim K.  Tapi orang tak faham,  orang akan kata "Jumie awat hang suka ikat rambut macam orang baru bersalin,"  ITS OKAY!  Ampa tak faham.  Hanya akak yang mampu nampak diri akak sebagai Kim K.  Tak dak maknanya nak mengemop lantai sambil rambut kepok kepok sepoi bahasa.  Akak akan membiarkan rambut kepok-kepok akak ini apabila nak masuk tidur ja..........GITUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU.

Inilah sanggul ala-ala Kim K.

Ini akak,  feeling Kim K dengan purse clutch Clarks dari UK Clarks Sales

8.  Berikut adalah beberapa tips asas dalam style dan gaya agar u olls nampak kekal sofistikated dan  expensive (mahai-mahai) gitu.  Ini akak amik dari apa yang akak tau,  apa yang akak selalu baca dari Regina Ibrahim,  dan dari pemerhatian fesyen selama ini  :

  • Less ini more.  Please elakkan diri jadi pohon krismes.
  • Warna memainkan peranan besar untuk mencapai gaya expensive.  Always pilih warna polos.  Apa itu warna polos?  Warna polos adalah 1 warna sahaja.  Bukan corak abstract ataupun bunga bunga.  Warna-warna semulajadi (PUTIH,  HITAM DAN BROWN)  adalah pilihan untuk senang nampak mewah.

    Contoh mudah.  Seluar jer berbunga.  Yang lain polos.  
  • Handbag yang meletops adalah satu fashion statement yang sangat baik.  Paling meletops adalah handbag yang dibuat daripada kulit haiwan (leather).  Memang secara automatik u olls akan nampak mahal.  Tak perlu beli handbag berjenama mahal seperti Coach (mencecah ribuan ringgo.  Kalau mampu takpa).  Cukuplah dengan memilih handbag dari Vincci ataupun Charles and Keith.  Di bawah RM200 u boleh dapat beg dengan potongan yang cantek dan berkualiti.
  • Kalau u olls peminat animal print,  leopard or tiger ka apa ka......make sure jangan balut seluruh badan dengan animal print.  Pilih apa benda nak pakai dengan print tu.  Kalau tudung...just tudung je leopard print.  Baju semua biarlah polos.  Janganlah tudung leopard print,  baju design bunga kebangsaan.  Sedihlah.
  • Spek mata hitam yang besar adalah sangat membantu untuk membuatkan u olls nampak mahai-mahai.  TAK PERLU BELI YANG MAHAL MAHAL U OLLS!!  Spek mata hitam akak beli dari catalog ja...RM30.  Yang penting,  pilih yang sesuai dengan bentuk muka kita dan tak perlu ada blink blink tu semua.
  • Dalam membeli pakaian,  utamakan jenis dan kualiti fabrik.  Pilih pembuatan bahan-bahan semulajadi seperti cotton (paling sesuai dengan cuaca orang Malaysia).
  • Laburkan wang u olls pada pakaian asas.  Tak perlu banyak banyak helai.  Perlu ada 1 jeans yang baik untuk bentuk badan u olls,  1 seluar hitam / khakis yang sesuai dengan bentuk tubuh,  pensil skirt,  kemeja putih,  t shirt,  jacket,  cardigan. Ini adalah pakaian asas yang kita perlu ada.  Tak perlu beli banyak-banyak dan terlalu ikut trend.
  • With this simple baju,  kita mix and match la dengan eksesori yang sesuai bagi kita nampak mahal.  Brooch,  subang,  gelang tangan,  selendang,  cincin......apa pun less is more ya darling.  Tak perlu gantung semua kat badan.
Sekian sahaja tips dari saya.  Yes,  setengah orang memang effortlessly stylo.  Pakai macam mana pun dia nampak meletops macam JLO.  Tapi itu semua berlaku sebab hari hari depa dah letak effort untuk nampak meletops,  so bila lama-lama depa dah jadi kebiasaan.  So macam kita ni yang tak pernah nak terpikir langsung baju dan seluar yang kita pakai nak pi GIANT tu sepadan ke tak,  haa....kena la usaha lebih.  Tapi apa pun,  kita cubalah apa yang boleh.Duk amik tips sana sini pun tak guna kalau takdak usaha.  Jangan tak kisah langsung.  

Love,
Jumie Samsudin

2 comments:

  1. As Salam Jumie..
    Jumie, cho review AIM n Anugerah Skrin ka pa a ntah tuh.. syoq baca lenggok bahasa hampa.. pedaih tp fakta n hakikat gitu :P

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...