6.11.12

Dear Kak Jumie : Bakal Suami Yang Slow


Salam Kak Jumie, 
Luahan perasaan di pagi yang hening.  I read your blog almost everyday.  Dah macam rutin harian.  Alhamdulillah ive learn a lot from ur blog. Thanks sangat-sangat.  Lately ive been facing afew issue regarding En.  Abang. I hope akak sudi bace luahan hati Fara yang dah lame terpendam and sometimes I feel like I have no one to talk to about it. 
Fara in a relationship with a guy which ive met dalam satu satu website social untuk Muslim dan Muslimah.  Di sini,  I met my BF.  At first memang Fara tak ade intention nak bercouple-couple bagai.  Just anggap dia as kawan aje.  Then by weeks, to months kita orang da tangkap.  Since then everything runs smoothly. Tak apa masalah. His a sweet, caring and very loving guy. 
Now kami da couple dekat 1 and a half years now. A lot of ups and down.  But we managed to get through it.  Fara pun dah rapat dengan family dia.  Dia da told his father that dia plan nak kawen dengan Fara but masa nya tak tau lagi sebab he needs to get his feet on the ground.  
He doesnt have a license, car , house.   Pratically he doesnt have anything to himself. Dia kerja di KL.  Financial wise, im doing much better than him.  Itu tak jadi masalah pada Fara since I do love him dearly.  Dia pun da jumpa mak and abah bulan puasa aritu and he did mentioned to my parent ape intention dia and what his going to do sebelum kami kawen.  And to my surprised my parents was very happy with him. And they adores him. 
Tapi one thing about him yang sometimes buat Fara rase nak terjun bangunan is - DIA NI SUPER LURUS BENDUL!  Ya allah kak oi.  Almost any decision,   dia akan ikot.
Nak kuar pegi dating pun tanye Fara nk pakai baju ape bagai.   Kak, die tu umoq 27, Fara ni 26.   Fara selalu bercerite pasal hal BF Fara dekat my best friend. My best friend said,  kekadang kesian gak ngan BF Fara sebab selalu kene marah-marah ngan Fara.  
Tapi truthfuly BF Fara memang lurus bendul. Honestly right now I feel like his my baby. I practically raise him. Kasi die makan, constantly ingatkan die makan on time, tido on time.  Lelaki memang camtu ke or dia aje yang sengal?  
When it comes to planning our wedding.  From tunang to kursus kawin bagai. Sometimes I feel like im alone in this matter. I dont know sama ade dia tak biase handling the situation ke or he just doesnt want to be apart in it. I didn’t  confronted him, dia kate dia tak biasa coz this is the first time dia discuss issue kawin dengan pompuan. 
Ok la kan. tapi later, dia cam tak tunjuk afford yang his trying to get involve. Bila I confront lagi, the same thing he said. Tak biase.  
Dia cakap I kerja keras sampai tak cukup tido untuk kesenangan u  and anak2 nanti jugak.  My mom da asek dok tanye bile nak datang merisik bagai. Itu lagi satu issue, Family dia semua duduk Sungai Petani. Kalo datang setakat nak suai kenal ngan family Fara macam agak susah.  Almost every day my mom dok bertanye. Naik tention kak oi. 
Then a  few weeks ago we had a fight. Berkaitan dengan ex dia. Then bila kita orang nak resolve issue and Fara da abes membebel, die boleh tanye "Now u nak I buat ape? cube u gtau i"  Ya allah kak oi.  Tak kan la dia takbleh pikir.  Tention betol la.   
Bile Fara da bagitau details ape yang die kene buat,  tetiba out of nowhere he said selain hal duit, the other reason dia macam takot nak kawin is dia tak nak nasib dia jadi sama macam father dia. He came from broken family. His parents separated when he was 14 years old and his the eldest.The reason why his parents were divorce - DUIT! So divorse kinda of makes him scared to death. Sebab dia nampak sendiri how his father went through after the divorce.His mother kind of distance ngan depa adik beradik. 
Duit jadi punca family depa porak peranda..Dia sekarang tengah kerja keran buat his own Internet Marketing business so that nanti in future bila da kawin, anak2 kami tak akan hidup susah macam dia dulu. For me I think thats is very thoughtful of him but deep down I kesian sangat dekat dia kak. Fara always supports him no matter wat.  
Fara tak tau sama ade im being too demanding or not being understanding in his situation or what?.. As for now Fara tak tahu sama ade masalah Fara ni akak boleh consider as remeh temeh or what but this is the issue thats been bugging me all this while.  
Lega sikit rase hati.. thanks for reading my email kak. really appreciate it..

Fara



Wasalam Zara,

Okay, akhirnya selepas dah sihat sedikit dan ada kepalangan akak dapat memberikan sedikit respons.

Lelaki can be very very manja at one point. Tengok macam mana cara dia dibesarkan. As you said, dia datang dari family yang broken. So tak boleh salahkan dia seratus peratus. Its not only about dia ni betul bendul Fara. Apa yang akak rasa, dia ni takdak keyakinan diri. Tapi sampai nak kena suruh makan dan tidur on time, aiiyooo.....sapa suruh hang memanjakan dia lebih lebih sangat. So macam mana dia nak belajar untuk jadi independent. Yang ni u kena figure out what to do. 

Remember, bila kita couple dengan seseorang, selain kita terima baik dan buruk dia, kita juga belajar untuk menjadi manusia yang lebih baik. So, akak rasa bila u olls duk feeling bantu dia banyak sangat...so macam mana dia nak grow?

Tak semua lelaki yang excited dalam persiapan wedding walaupun persiapan wedding untuk dia sendiri. Tapi at least dia kena bagi kerjasama.  Contohnya : kalau kita nak pi fitting baju, dia pun kena mai tengok. Kita dah buat bunga telur apa ka, dia offer untuk tolong kotak-kotak yang mungkin berat. U know....like that? Tapi bab-bab urusan memang kita pompuan la yang heges. Dia kata, dia tak tau nak buat apa sebab dia tak pernah discuss dengan perempuan lain pasai kawen sebelum ni. Aiyoooooooooooooooooooooooooo almost semua lelaki macam tu la. Ada ja laki yang pernah kawen sebelum ni pun dia takkan over excited nak buat persiapan kawen lagi satu. Depa biasa biasa ja.

Bab masalah ex ex BF dan GF ni, u olls kena be very very careful ya. Jangan sampai salah faham dan makan diri. Jangan buruk sangka and always be true to each other.

Masalah-masalah ini semua adalah perkara biasa dan memang adalah sebahagian daripada kehidupan kita dalam meniti kebahagiaan. Mana ada pasangan yang tak pernah ada masalah. Dan saya pasti setiap couple ada masalah dan kekurangan masing-masing.

Tapi apa yang penting, bila ada issue apa pun. Kenali masalah, berbincang bersama untuk kenal pasti penyelesaian, ambil tindakan yang sewajarnya dan belajar daripada kesalahan itu. Itu adalah basic kehidupan.

Semua orang ada kelemahan dan kelebihan. Bila kita nak hidup dengan seseorang (kawen), kita kena belajar untuk terima baik dan buruknya. Kalau cinta kuat, kita pasti akan dapat terima semua. Risiko dan rintangan along the way akan jadi senang,  kalau kita betul betul ikhlas terima baik dan buruk pasangan kita.

Be simple, jangan duk pikir negative pasai dia (kata dia ni lurus bendul ka apa ka), cari kelebihan dia. Focus kat situ. You said he came from broken family tapi siriesly, sapa -sapa pun kat dunia ni, kalau dia nak kawen dia tak bercita cita untuk bercerai di satu hari.

Pasai ampa punya wedding tu, macam mana pun, kena pikiak dan atur perkara ni dengan pantas. Yes, parents will be very demanding. Been there, done that. Akak dulu dengan En. Khafi pun, nenjiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa satu kat Penang satu kat Johor. So kita kena bagitau la kat mak bapak kita, tak payah la feeling-feeling nak suai kenal bagai. Lani kan ada telefon semua. Arrange satu date, simple one, terus buat majlis merisik dan pertunangan. Macam akak buat. Kalau your parents insist juga nak suruh parents pihak lelaki datang untuk berkenal-kenal, so your BF kena do something and buat apa yang diminta atas tanda hormat la.

And one more thing, its good that you tak rasa macam susah sebab kita kawen dengan lelaki yang earn lesser than us. Kalau kita kawen laki yang gaji berkoyan-koyan dari kita.................MASALAH LAIN PULAK NANTI MAI.

Itu sahaja jawapan dan perkongsian ringkas dari akak. Akak tak mau membebel banyak sebab kalau banyak tapi takdak isi buat apa?

Sekian, terima kasih.

Love,
Jumie Samsudin

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...