29.11.12

Dear Kak Jumie : Cinta Terpaksa

Salam kak, saya ada luahan hati nak cerita.  
Kesnya 2 tahun lepas saya putus tunang pada saat last minit (3 bulan sebelum majlis). Disebabkan ego dan nak menunjuk kononnye saya boleh cari pengganti, saya kahwin dengan kawan lama yang saya tak sayang langsung tak lama lepas tu.

Al-kisahnye, lepas 2 tahun kahwin, saya masih dibayangi tunang saya dulu. Saya asik terpikir alangkah bahagianya if saya dengan die. Saya tak happy dengan suami saya.

Suami tau saya tak sayang die tapi die still mencuba. Tapi saya macam idup dalam bayangan semalam. Dah mcm lagu Katy Perry, Thinking of You. Sumpah kak.. Selama dua tahun saya berpura-pura. Depan mak mertua saya buat bahagia, tapi kami tak pernah bahagia.

Saya pernah pikir pasal bercerai, tapi suami saya tak nak. Mak mertua sangat baik and saya tak tau macamane nak terus terang. Family saya tak tau hal ini. Lagipun hak cerai bukan ditangan saya.

Sampai bile saya nak idup macam ni? Saya nak bahagia macam orang lain yang nak balik rumah cepat, layan suami, layan anak-anak tapi saya tak mampu nak sayang die dan saya telah pun buat sembahyang dan bersoa tapi tak ada hasil.

Bila kat rumah saya jadi pendiam, saya selalu kerja sampai malam sebab nak buat-buat busy. Bila kami bersama, saya hanya pejamkan mata, diam tak bergerak dan kadang-kadang saya menangis dalam gelap sebab adalah sangat menyiksakan melakukan hubungan dengan seorang yang kite tak cinta.

Saya gak amik pil perancang sebab saya tak nak ada anak-anak dalam hubungan kami.

Kak, tolong la saya.. Masih adakah bahagia untuk saya

Nisa
Saja bubuh gambar ni.  Ada la kena mengena sikit dengan cara si heroin ni,  dah dapat suami macam AARON AZIZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ DUK BUAT KEKWAT PADIAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA BODOPIANG!

Wasalam u olls,

Aiiiiyoooooooo story u olls ini sangat drama swasta. Tapi u olls, sekali akak baca emel hang ni, first sekali terlintas di kepala akak adalah “Ya Allah kesiannya suami hang dapat isteri yang very the KESSS,” Macam mana agaknya suami u olls menghadapi hari harinya, setiap pagi bangun untuk memikirkan yang dia mempunyai isteri yang tak cintai dia langsung.

Pastu, akak cuba untuk menyelami apa yang u olls sedang hadapi. Berkali kali akak cuba memikirkannya – in fact akak amik seminggu untuk fikir tentang keadaan u olls. Tapi, seikhlasnya……………..sekelumit pun akak tak rasa kesian kat u olls.



Sorry kalau akak cakap ya dek non, u olls adalah sangat PENTINGKAN DIRI SENDIRI.
U kawen dengan suami sebab nak sakitkan hati orang. Nak buktikan u olls hebat dan mudah dapat pengganti. Tapi u lupakah….tapi perkahwinan itu sebenarnya melabur dalam kehidupan orang lain? So u duk pikiak diri u saja. Sebab tu u tak bahagia sekarang, sebab niat kawen u saja dah tak baik dan dirahmati tuhan.

Even lepas u kawen, u duk pikiak diri u sahaja. U pikiak nak cerai dan u hanya pikiak pasai ex BF u. Sampaikan u terpikir untuk bercerai walaupun suami u olls masih terus ingin mencuba. U focus pada masalah sahaja. U tak focus pada penyelesaian. Masalah is your ex boyfriend….tapi penyelesaian adalah suami u? Adak at fikir kat situ dek non?

Orang kata, bila kita ‘ADA’, kita lupa dan alpa. Bila kita dah “NAN HADO”, barulah kita nak buat muka empat belaih. Oleh itu, akak mencabar u olls untuk berpisah dengan suami u olls. Siapa kata hak penceraian ada di tangan suami? U pi kursus kawen duduk main handphone ka?

Dalam undang-undang syariah kan ada hak isteri untuk tuntut cerai. Kenapa pula kata hak penceraian itu ada di tangan suami sahaja. Kalu u betui betui tak mau, GO FOR IT. Naik turun mahkamah, tukar la sampai 10 lawyer. Puaskan hati u olls itu. Orang kata, nak menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. GITUUUU….tiba tiba nak seluk pekasam pula.

Tapi sebelum u olls betul-betul ambil keputusan apa-apa, just think balik. Takkan dalam 2 tahun perkahwinan ini, takdak langsung sekelumit rasa sayang dan cinta pada suami u olls. Takkan takdak saat-saat manis antara ampa berdua. Takkan semuanya semata-mata saat pedih ketika membuat seks? Cinta boleh lahir dalam macam-macam keadaan. Are u sure u really mencuba?

U kata u solat and doa banyak-banyak……tapi u makan pil perancang dan selalu pulang lewat dari kerja untuk elak bersama suami? Usaha apa itu? Cuba pikiak balik u olls.

Dulu, akak pun melunyai jugak lepas mula mula bercerai dengan En. Duda. Pastu akak jumpa En. Khafi, akak haram tak sayang and cinta dia. Just layan En. Khafi sebab dia kendu. Niat di hati nak buat anak ikan. GETTOOOOOOOOOO………….Tapi En. Khafi pulak feeling cintan dan ajak akak kawen semua. Sedangkan hati akak masa tu feeling-feeling ingat kat bekas laki akak jugak.

Tapi one thing for sure, akak terpikir ini “Sampai bila kita nak mendambakan cinta dari orang yang kita terlampau cintakan……………sedangkan si dia yang betul betul cintakan kita dan sanggup berikan hidup dia ada di depan mata kita,”

Di bawah ini akak typekan semula 12 Petua Mengukuhkan Kasih Sayang daripada Dato’ Dr. Fadzila Kamsah seperti mana yang tercatat dalam Astro View bulan Disember 2012. 
  • Bersyukur dikurniakan pasangan. Terima dan sayangi pasangan seadanya. 
  • Kekalkan sifat-sifat positif dan bentuk sifar-sifat baru yang disukai. Cinta yang murni seharusnya berteraskan iman dan taqwa. 
  • Jadikan pasangan kawan palin akrab. Pamerkan kasih saying melalui perkatan, perbuatan dan hadiah. Puji dan hargailah sekerap mungkin. 
  • Sentuhan dan belaian saying adalah kaedah asas yang penting. 
  • Rawat hati dan emosi dengan doa, kemaafan dan reda. Kebanyakan konflik rumah tangga tercetus akibat luka lama yang belum pulih sepenuhnya. 
  • Ambil berat tentang dirinya dengan kaedah sesuai /disukai pasangan. 
  • Bersangka baik, bermaaf-mafaan, belajar berbual dan mendengar. 
  • Hubungan seks yang sihat dan member kepuasan kedua dua pihak. 
  • Nyatakan kebenaran dengan hikmah. Ada perkara tak perlu diucapkan. 
  • Berubah secara positif agar pasangan teruja untuk sama-sama berubah. 
  • Lakukan kerja rumah tangga bersama-sama. 
  • Elak melakukan sebarang perkara yang menjadi kebencian pasangan. 

Sekian sahaja. Dunia bukan milik u olls seorang. Kadang-kadang kena ada pengorbanan untuk capai kebahagiaan.

Love,

Jumie Samsudin
Lambang Kecantikan

18 comments:

  1. Well said Jumie! Clap! clap!
    Sembah ratu dgn jawapan uollss..

    Yess uolllss, dah kawen bukan mcm bercinta nak berexperiment bagai.
    Nanti dpt dosa ye..

    Akak pon rasa benda yg sama juga. Perempuan itu adelah selfish. Kalau dia cuba dia boleh je sayangkan husband dia. Tp ni dia dok ingat2 kat BF lama dia yg tak guna tu. Motipppp???
    Ntah2 bf lama dia tu dah dok happy2 dengan betina lain. Howww??

    ReplyDelete
  2. dah dapat yang halal buatpe nak dikenang yang tak halal tu. dapat dosa kot. adoi. belum tentu orang yang diingati tu ingat kat dia.

    ReplyDelete
  3. petua padilah come to me tu blh jgk aku gunakan..tima kasey jumie yg gorjessss

    ReplyDelete
  4. Saya setuju dengan nasihat Jumie..bab cerai tu..siapa kata perempuan takdak hak..FASAKH ada..kalau tersiksa batin...mintak cerai..kalu tidak...bersyukur apa yang ada depan mata..

    moga2 dapat berfikir dengan lebih luas lagi ye

    ReplyDelete
  5. sgt suka dg response kak jumie...u r my idol kak jumie...

    ReplyDelete
  6. pemikiran kita serupa!

    sebaik saja baca email deni, teruih rasa macam

    "kesian nya laki dia. Awat dia buat laki dia cemtu".

    Anyway, WELL SAID Pn. Jumie.

    Semoga dikurniakan cinta kepada pasangan ini.
    Aminnnn.

    ReplyDelete
  7. hmmm sayang la org yang nak dan sayng kita.. buatpa dok ingat ex yang blom tentu nak kat kita.. tolong lah..baguih jawapan hang jumie. kakmona love u jumie :)

    ReplyDelete
  8. belum tentu exbf tu syg awak mcm suami awak syg awak...
    kalau awk dh cerai dgn suami, belum tentu exbf terima awk...
    lepaskan lah perasaan awk pd exbf tu...
    kita perempuan ni biarlah lelaki y menyayangi kita...
    cuba buka mata awk utk suami tu...

    ReplyDelete
  9. "saya kesian dengan husband beliau dan bukannya beliau..."
    maaf itu yg saya rs...

    ReplyDelete
  10. Sepatutnya suami dia yg hantaq problem ni kat kak jumie..hee..

    ReplyDelete
  11. nak tanya si penanya soalan nih, ampa dorang putus tunang last2 minit pasai pa?? nampak gaya dr penceritaan tu mcm berpunca dr ex tunang hg yg dh ada org lain kan?? hg nak tunjuk hebat p kawin ngan org lain konon sekali petik 10 mai la kan?? what a shame.... kesian laki hg.. punya la syg kat bini tp bini boleh pulak dok teringat kat org laen.. cuba pikiaq blk dh banyak mana dosa hg dok buat dlm masa 2 tahun hg menikah ngan laki hg tu??

    kesian laki hg dpt bini mcm ni... bertaubatlah... 1 more thing, berdoa dan berikhtiar bukan ada tempoh masa ya....

    ReplyDelete
  12. Thanks semua bagi komen. Kepada saudari yang emel kat akak ni, akak harap u olls jangan kecik hati dengan komen2 yang kami berikan. Takdak niat nak kondem u olls. Tapi apa betul is betul...apa salah is salah......take your time and think betul betul....

    ReplyDelete
  13. Erm, better suh dia tengok citer untuk 3 hari tu dan hayati btol2 citer tu... Jgn dia jadi mcm rashidi ishak dlm citer tu da la in the end. Tak reti nak komen ape, tapi utk masalah dia ni, movie tu sgt berbaloi utk dia tgk.

    ReplyDelete
  14. Pergh. . . Nasihat terbaik, rasa nak bagi standing ovation lepas baca!

    ReplyDelete
  15. Sebelum decide cerai, mungkin boleh mintak izin suami utk duduk somewhere sekejap. Tgk dia rindu x kat laki dia..

    ReplyDelete
  16. yes kesian laki dia. selfish lah buat lagu tu. niat nak kawen pun dah tak betoi....

    mudah-mudahan cik nisa ni dapat petunjuk dariNya.

    ReplyDelete
  17. Bak mai no pon laki dia, nak bagi sikit kasih sayang #okbai. Haha

    ReplyDelete
  18. My Name is Helen Morgan, Daripada United Kingdom. Saya ingin berkongsi testimoni saya dengan orang ramai tentang apa yang doktor ini dipanggil Dr okojie rohani baru sahaja lakukan untuk saya, orang ini baru sahaja dikembalikan suami Ex saya kalah kepada saya dengan ejaan yang besar, saya telah berkahwin dengan seorang lelaki yang dipanggil Morgan kami telah bersama-sama untuk masa yang panjang dan kita sayangi diri kita sendiri tetapi apabila saya tidak dapat memberi kanak-kanak selama 2 tahun dia meninggalkan saya dan memberitahu saya bahawa dia tidak boleh terus lagi maka saya kini mencari cara untuk mendapatkan kembali sehingga saya melihat seorang testimoni tentang perkara ini doktor yang sama di internet mengenai bagaimana dia telah sembuh penyakit begitu banyak dan membantu orang lain dengan masalah yang sama, maka anda tidak akan percaya ini apabila saya dihubungi lelaki ini ke atas masalah saya dia bersedia musim ini dan dua hari selepas dia diberitahu saya bahawa beliau melalui dengan ejaan yang bekerja suami saya hilang kembali dengan lebih cinta di matanya, dan selepas sebulan saya terlepas bulan saya dan pergi untuk ujian dan keputusan yang dinyatakan sedang hamil am gembira hari ini adalah seorang ibu kepada seorang bayi Boy , dia berkata, saya juga akan hamil lagi jika saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi doktor yang hebat untuk apa yang anda telah lakukan untuk saya, jika anda berada di luar sana mencari mana-mana jampi atau penyembuhan:

    (1) Eja untuk perlindungan dari bahaya

    (2) untuk Eja sihir

    (3) Eja cinta seks yang sama

    (4) Eja untuk penyembuhan penyakit

    (5) Eja untuk halimunan

    (6) Eja untuk kekayaan dan kemasyhuran

    (7) Spell untuk mendapatkan pekerjaan yang baik

    (8) Eja cinta yang kuat dan hubungan

    (9) Eja untuk membawa kembali bekas anda

    (10) Eja untuk hamil

    Anda boleh menghubungi doktor yang hebat ini pada drokojiehealinghome@gmail.com e-mel dan mendapatkan semua masalah anda diselesaikan .....

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...