30.11.12

Dear Kak Jumie Pengalaman Mak Saya yang Mempunyai Ibu Mertua Yang DOT DOT DOT

Salam,  
Kak Jumie,  saya nak share sikit dari artikel Luahan Menantu Terpinggir bleh tak?
Saya nak share apa yang dirasa oleh mak saya yang pernah menjadi menantu terpinggir.  
Mak saya pernah cerita bagaimana nenek saya perlakukan pelbagai cara untuk sakitkan hati mak sebab mak bukan menantu pilihan. Setiap hari ada saja kata umpatan, hinaan kat mak. Nenek akan bercerita kat jiran-jiran yang ayah saya cuma bagi duit belanja kat mak saja dan dia tak dapat apa-apa pun, padahal ayah bagi duit belanja sama rata antara isteri dan mak sendiri(dulu-dulu paham-paham jer la hidup susah)... benda ni bukan fitnah tapi mak saya sendiri dengar kata-kata tu dari mulut nenek masa nenek bercerita dan ada jugak yang menyampaikan..

DAN bila mak bercerita dekat ayah dan ayah tanya nenek, nenek menidakkan dan tuduh mak saja cari hal. Macam-macam cara yang nenek buat untuk lepaskan rasa tak puas hatinya sebab tak suka mak dan sampaikan cara nak picit/guna ubat gigi pun jadi isu....huhuhuhuhu....dan paling sedih bila mula-mula kawen, nenek dan orang kampung cakap mak dah ngandung bila ayah nak kawen dengan mak tapi bila 4 tahun kawen, mak tak beranak-anak lagi dan tak ngandung-ngandung, ada yang cakap mak mandul..

TAPI mak still sabar dan sabar dan pujuk ayah pindah rumah...lepas pindah pun jadi isu..nenek still cari masalah..dan sikap sabar mak dan ikutkan jer sikap nenek tu sebabkan nenek lama-lama mmg tak bleh kalau tak jumpa mak.  
Kalau mak tak datang rumah nenek, nenek akan kol dan cakap mak marah dia la, mak dah tak ingatkan dia lah dan klu nenek sakit, hanya mak yang dia nak suh jaga. JADI kt sini apa yang saya nak share hasil dari pengalamn mak saya kepada sape-sapa yang alami nasib sebegini, banyak-banyakkan bersabar sebab mak mentua itu juga adalah mak kita..macam mak saya cakap " Kalau takde nenek ko tu, tak kawen ler aku dengan ayah ko, dan korang (saya & adik-beradik) takde kat sini".....
Saya sayang nenek saya… 
GITUUU POSTER ORANG DULU DULU

Hello u olls,

Thanks for the wonderful story. Sepanjang membaca emel u olls, akak terus in character macam akak la mak u olls. Pakai baju kurung lusuh dan buat sanggul labuh ada bunga kat tepi kepala gitu…….suasana semua black and white gitu. Haa….feeling kan akak? Rasa macam akaklah mangsa ibu mertua yang DOT DOT DOT.

Apa pun, akak respect ketabahan mak u olls. Akak tak salahkan mak mentua u olls. Cuma sometime, orang orang tua zaman dulu kala, they have nothing to do. Depa hanya tau masak, kemas rumah dan pi kenduri kendara. Depa don’t social exposure macam kita dapat. Oleh itu, bila ada satu satu issue kat dalam rumah tangga depa, contohnya…..depa tak suka menantu depa…so depa mampu menghabiskan masa dan tenaga untuk sakitkan hati si menantu dalam apa juga cara.

Ibu ibu mertua zaman sekarang, jarangggggggggggggggggg jarang kita dengar kes macam ni. Sebab MIL zaman sekarang boleh kata ramai bekerjaya, ada business, masih kuat masuk office……….depa takdak masa nak kelumit benda benda yang meraplahkan diri sendiri.

Akhir kata, kita dah tua. Janganlah jadi orang tua yang bitter dan menyusahkan hidup orang lain. Biarlah kita tak begitu disayangi oleh anak-anak dan menantu pun , janji kita tak menyusahkan hidup sapa-sapa.

Love,
Jumie Samsudin

3 comments:

  1. aku tk mungkin setabah mak budak nih... kompom2 aku pong turut melancarkan perang habis-habisan gitu.. hahahaha

    ReplyDelete
  2. Oppppsss ehh... ha'ah arwah mak aku pon dulu bkn menantu pilihan... Huhu... Mcm2 jugak la arwah atok wat sbb tak berapa berkenan kat dia... Tapi arwah mak aku ade speciality cepat blaja bab2 masak ni... Maka... Lama2 lembut gak hati org tua tu... Mmg in the end, arwah mak aku jugak dia cari... Dlm byk2 anak menantu dia, kalo lepak umah kami, mesti nak dok lama2... Arwah mak masak sedap! Hehe...

    So keyword kat sini sabar. Hopefully nanti mak mentua aku takde la garang cam nyonya mansur. Mau menangis aku kalo berdepan ngan mak2 garang ni... Kalo ayah garang takpe... Huhu...

    ReplyDelete
  3. My Name is Helen Morgan, Daripada United Kingdom. Saya ingin berkongsi testimoni saya dengan orang ramai tentang apa yang doktor ini dipanggil Dr okojie rohani baru sahaja lakukan untuk saya, orang ini baru sahaja dikembalikan suami Ex saya kalah kepada saya dengan ejaan yang besar, saya telah berkahwin dengan seorang lelaki yang dipanggil Morgan kami telah bersama-sama untuk masa yang panjang dan kita sayangi diri kita sendiri tetapi apabila saya tidak dapat memberi kanak-kanak selama 2 tahun dia meninggalkan saya dan memberitahu saya bahawa dia tidak boleh terus lagi maka saya kini mencari cara untuk mendapatkan kembali sehingga saya melihat seorang testimoni tentang perkara ini doktor yang sama di internet mengenai bagaimana dia telah sembuh penyakit begitu banyak dan membantu orang lain dengan masalah yang sama, maka anda tidak akan percaya ini apabila saya dihubungi lelaki ini ke atas masalah saya dia bersedia musim ini dan dua hari selepas dia diberitahu saya bahawa beliau melalui dengan ejaan yang bekerja suami saya hilang kembali dengan lebih cinta di matanya, dan selepas sebulan saya terlepas bulan saya dan pergi untuk ujian dan keputusan yang dinyatakan sedang hamil am gembira hari ini adalah seorang ibu kepada seorang bayi Boy , dia berkata, saya juga akan hamil lagi jika saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi doktor yang hebat untuk apa yang anda telah lakukan untuk saya, jika anda berada di luar sana mencari mana-mana jampi atau penyembuhan:

    (1) Eja untuk perlindungan dari bahaya

    (2) untuk Eja sihir

    (3) Eja cinta seks yang sama

    (4) Eja untuk penyembuhan penyakit

    (5) Eja untuk halimunan

    (6) Eja untuk kekayaan dan kemasyhuran

    (7) Spell untuk mendapatkan pekerjaan yang baik

    (8) Eja cinta yang kuat dan hubungan

    (9) Eja untuk membawa kembali bekas anda

    (10) Eja untuk hamil

    Anda boleh menghubungi doktor yang hebat ini pada drokojiehealinghome@gmail.com e-mel dan mendapatkan semua masalah anda diselesaikan .....

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...