22.11.12

Gaza di Hati USM

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Jumie Samsudin,
di Penang dan di seantero dunia.

Di kala sedang kita enak-enak di pejabat pada pagi yang indah ini,  kucup dahi suami untuk mai kerja,  duk feeling watapps kawan-kawan rapat nak plan untuk pergi sama-sama nanti untuk hari ini,  syukur alhamdulillah kepada Allah kerana negara kita aman damai dan kita boleh hidup dengan bahagia.

Tapi saudara-saudara kita di Gaza,  Palestin sedang digasak dan hidup terseksa dalam suasana yang tak boleh akak nak gambarkan dengan kata-kata.  Cukuplah kita tengok laporan laporan berita ni kaca TV dan internet.


Oleh itu,  BHEPP USM telah merancang beberapa program GAZA di HATI USM untuk menterjemahkan kata-kata kepada tindakan,  menzahirkan niat kepada amalan.  laksanakan tiap tekad dan janji untuk turut serta dalam perjuangan membantu Gaza,  Palestina.  Korbankan sedikit apa yang kita miliki saat ini dari kurnia Tuhan.  Bangkit!!  Langkah kecil kita akan memberi kesan besar jika kita dapat lakukan BERSAMA!!



Program Solat Hajat Perdana untukmu Gaza
22 November 2012
Solat Isyak dan Solat Hajat berjemaah & Ceramah Pencerahan Isu Palestin
Lokasi  :      Stadium USM (Warga Kampus Induk) dan Masjid Pusat Islam (Warga dari Kampus Kesihatan,  Kampus Kejuruteraan & IPPT


Kutipan Derma Untukmu Gaza
20-23 November 2012
(Kotak kutipan boleh didapati di pejabat-pejabat am di seluruh campus)


Berpuasa Sunat
22 November 2012
Semua warga USM di galakkan berpuasa sunat pada hari Khamis


Aktiviti Jualan Jumble Sale
22 November 2012
Jualan barang-barang peribadi untuk mengisi tabung amal di Padang Kawad USM 4.00pm-10.30pm


Potongan Gaji Secara Tetap oleh Staf
Sumbangan berterusan untuk pendidikan
Cadangan RM 20.00 satu bulan


USM berharap program ini akan mendapat sambutan seluruh warga kampus. Solat Hajat Perdana akan diadakan di Stadium USM. Orang ramai digalakkan untuk membawa sejadah atau tikar sembahyang sendiri. Derma-derma boleh disumbangkan kepada wakil-wakil PTJ. Jika berminat untuk mendaftar dengan Jumble Sale juga masih sempat berbuat demikian. 10% daripada hasil jualan akan didermakan kepada tabung Gaza.

Keprihatinan dan kerjasama daripada semua pihak,  semua agama dan semua bangsa,  kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Untuk sebarang keterangan lanjut,  sila hubungi  :

Gaza di Hati USM
Tel  :  04-6579908
Ext  :  2299/3491/2505
Faks  :  04-658 1745
Emel  :  ppksp@usm.my

2 comments:

  1. Tengkiyu very very much Kak Jumie. Semoga lebih ramai yang akan tampil membantu usaha ini tanpa mengira bangsa, agama atau aliran politik. tengkiyyuuuuuu....

    ReplyDelete
  2. Semoga ISRAEL JATUH!

    JOM!

    Nak invite SEMUA join 1st Giveaway Blog Qashmere

    Banyak hadiah yang menarik untuk semua.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...