6.11.12

Hidup Lepas Kahwin, Perempuan Kena Kuat

Hello u olls,

Baru-baru kawan baik saya dekati saya (perempuan) dan dia kata dia teringin nak berpacaran dan satu hari dia teringin nak kahwin.  Mendengar apa yang dia cakap,  akak terus terdiam dan tiba-tiba rasa takut.  Takut kalau-kalau kawan saya dah rasa macam TERINGIN TERUK nak berlaki.

Tapi pikiak balik,  masa umur akak di awal 20an.  Akak pernah rasa macam tu.  Sebagai seorang wanita cekcur kuat,  akak selalu macam dating sana sini dan berkawan dengan macam-macam lelaki.  No string attached katanya.  At one point,  akak terpikiak untuk ada steady boifren.  Bukan sebab feeling nak kawen.  Tapi sebab feeling nak ada BF macam kawan-kawan pompuan lain.

Yelah u olls.  Akak masa tu pikir,  bestnya ada BF.  Kita boleh share susah senang,  bermushi-mushi dan beromen segala.  Ada tempat bermanja......feeling feeling.  Gitu!  And tak lama lepas tu akak pun dapat la satu steady BF.  Yang bernama Zaza (En.  Duda).  Masa tu sapa yang duk baca blog akak tau la betapa akak memujakan ex BF akak itu.  Tapi akak tak terpikiak dan kami berdua tak pernah rancang nak kawen.  Just feeling-feeling sikit jer,  nak kawen nanti kalau kami nak buat tema warna apa....saja-saja.  Nothing serious about kawen.  But we were happy,  takdak masalah besar.  Even though long distance relationship gitu.

Then one day,  dia putuskan hubungan kami sebab katanya akak boleh cari orang yang lebih baik dari dia.  Tapi actually,  dia dah ada plan lain katanya.  Tak berapa lama lepas kami putus,  dia dah bertunang dan bernikah dengan perempuan lain.  Akak sentap hanya Allah yang tahu.

Then come another chapter in my life,  akak tiba-tiba feeling nak mulakan hidup baru.  Masa tu akak single,  ada kerja tetap,  business make up yang meletops, kawan-kawan yang fabolusitas semuanya and semua benda yang berlaku disekeliling akak,  akak rasa lebih indah.  Macam satu kebebasan macam mana ka.  So akak tak terus feeling nak pi carik pengganti.  Akak terus feeling buat plan hidup untuk majukan diri akak dan insya allah akak nak ROUND THE WORLD.  Ingat lagi masa tu,  for the first time akak keluar Malaysia seorang diri (walaupun hanya ke Phuket).  And akak duk feeling lepas-lepas tu akak nak pi macam-macam tempat lagi kat dunia ini.  Takdak sekelumit pun nak mencacaihkan diri mencari jantan to COMPLETE MY LIFE.

Then,  come En.  Khafi.  Taktau love potion apa dia bubuh.  Akak terus kawen dengan dia!!!!!!!!!!!  Habissssssssssssss semua plan plan nak ROUND THE WORLD.  Yang tinggal hanya lagu Who Run The World dari sepupu akak Beyonce di tepi bibir akak yang mugil.  Betui la Allah kata,  kita hanya mampu merancang tapi Dia yang tentukan segalanya.

Alhamdulillah,  hidup kami dorang bahagia dan En.  Khafi adalah seorang lelaki yang baik.  Dia takdak harta pusaka berjuta ringgit untuk bagi kat akak.  Yes,  kami gaduh macam dalam rumah tangga lain.  Tapi overall kami sangat happy and akak selalu kata kat dia macam ni "Abang,  aku bersyukur Allah takdirkan untuk aku bercinta dan berkawen dengan lelaki hemsem macam hang.  Macam mana kalau Allah takdirkan jodoh aku dengan lelaki tak emsem macam Bung Mokhtar?"   Kannnnnnnnnnnn......tergelak la kami dorang.  Kami memang macam serr sikit.

But one thing im happy dengan En.  Khafi,  akak tak 'hilang' diri akak walaupun akak telah bergelar isteri.  Gituuuuuuuu....ampa paham kan?

So,  kembali kepada kawan baik saya itu yang tiba-tiba feeling untuk ada pasangan hidup.  Nasihat akak,  dont worry.  Apa yang awak feeling itu tidak salah.  RAMAI PEREMPUAN FEELING MACAM TU.  Memang fitrah manusia ingin berpasangan.  So jangan rasa cacat cela just sebab u feeling nak kawen dengan sapa-sapa.  As long as you know how to control your feeling,  tak bertindak emotional sampai sanggup kawen sapa saja yang ada.

Tapi tolong jangan rasa,  OHHHH I WANT TO GET MARRIED BECAUSE I WANT TO BE HAPPY LIKE ORANG ORANG LAIN YANG DAH KAWEN ADA LAKI SEMUA.  Kalau anda berasa sedemikian,  sila mai jumpa saya kat Soc Sc USM dan saya akan baling kasut kepada muka anda.

Akak dah kawen.  Ini pendapat akak,  kita kawen sebab kita nak kawen.  Bukan sebab kita expect bila dah kawen hidup akan jadi lebih happy! NO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Lepas kawen,  hidup kita tidak semestinya akan menjadi lebih bahagia tetapi yang pastinya lepas kita kawen,  kita akan melangkah ke dunia lain yang amat berbeza daripada hidup single.  Ada tambahan tanggungjawab dan kebebasan.

Satu lagi fitrah manusia adalah bila kita takdak benda tu,  kita nak!!!  Tapi bila kita dah ada benda tu,  kita rasa macam ....TAKDAK PUN TAKPA.  Haaaa,  itulah yang akak rasa pasai perkahwinan akak lani.  HAHAHAHA.  Its not that akak nak berpisah dan bercerai ka apa ka dengan En.  Khafi,  gila babi ampa ni semua.  I love him so dearly.  Tali pernikahan adalah satu tanggungjawab.  So that each other tak boleh buat naya sesuka hati dengan kawan lain.  Satu komitmen.  So bagi akak, walaupun takdak tali pernikahan,  im sure kami dua orang akan tetap saling menyayangi dan saling menghormati,  tapi lagi senang kot kalau single.  YEHAAAA (Hello En. Khafi...i love u....hahahah)

So,  before you pikiak nak berpasangan dan nak get married bla bla bla bal feeling semua.  Lani pikiak,  hang sebagai seorang perempuan,  WHAT DO YOU HAVE?  Just sebab hang anak perempuan,  takkan sampai tua hang nak kena duduk dengan your parent and let your mother go buy your panties and your modes (menstrual pad bahasa orang dulu-dulu).   Orang perempuan pun boleh keluar duduk sendiri,  menyewa or beli rumah sendiri,  in fact bila dia dah betul betul steady, her parents boleh mai duduk dengan dia.

Go belajar anything.  Kemahiran.  Belajar bahasa Perancis,  belajar masak,  menjahit,  first aid atau apa-apa kemahiran.  Carilah apa  purpose hidup.  At the same time,  belajar bawak kereta,  ada passport,  ada saving ada insurance.  Jangan bergantung dengan keluarga sahaja.  Stand on your own feet.  Dont just pikiak pasai nak cari jantan dengan hanya sekeping fukirista.

Im not trying to push my value to you all young single woman.  Tapi percayalah,  nilai seorang wanita sangat tinggi dan kita tak perlukan sesiapa untuk lengkapkan hidup kita dan mengatakan kita cantek setiap hari. Tengok macam saya,  walaupun saya tak cantek sangat (tapi dulu i bekas Ratu Venezuela 2003),  tapi setiap hari saya tulis blog saya akan tulis 'JUMIE SAMSUDIN,  LAMBANG KECANTIKAN".  Kan!!

I love u olls.

Sekian terima lah gambar sepupu akak dengan anak dia Blu Ivy Carter.

ps.  Jangan lupa baca artikel ini juga  :  Siapa Diri Kamu Sebagai Seorang Perempuan?

Love,
Jumie Samsudin
Lambang Kecantikan

1 comment:

  1. Suka, suka, sukaaaaa sgt post nih! Jumie is hot! :)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...