7.11.12

Review Burger Pos Jelutong

Hello u olls semua,

Erm....hari tu semangat la feeling nak buat Kembara Burger Meletops semua.  Sekali nenjia sakit semua pastu busy sana sini kalah Michelle Obama,  tak pi kena mana pun.  Dua tiga kedai burger duk FB banyak kali akak tak pi pun.  Tapi harap semua burger-burger stall yang hebat kat Penang yang duk jemput saya,  jangan kecik hati ka apa.  Tunggu............insya allah saya akan mai mencemar duli.

So hari ni nak cerita pasai Burger Pos Jelutong.  Dah lama dah akak sampai sini dengan Eiyzall dan Mamu USM.  Sebelum Aishah Aljuned beranak lagi.  Nenjiaaa lani Imaan pun dah nak umur 1 bulan dah,  akak baru nak review.


Burger Pos Jelutong
Pasai pa nama dia Burger Pos Jelutong?  Sebab warung burger ni terletak kat sebelah Pejabat Pos Malaysia,  Jelutong Penang.  Dibuka setiap hari from 8pm sampai habis (katanya).  And ditutup pada hari Selasa.

Terletak di kawasan yang strategik.  Dekat dengan USM.  Antara dua daerah utama dalam Pulau Pinang.


Pejabat Pos Jelutong yang sangat busy pada waktu siang.  Bila malam nampak angker pulak.
Dari building Pejabat Pos,  inilah kedai burger Pos Jelutong itu.


Eiyzall dan Mamu suka mai sini.  Depa kata sedap!!  So of coz akak mai la cek it out.  Depa bukan juai burger ala-ala burger bakar yang besar meletops (guna daging patty) tapi depa guna burger biasa.  Tapi yang special adalah depa ada tambah ramuan tambahan yang membuatkan burger ini rasa meletops dan ada peminatnya sendiri.



Ada macam-macam jenis burger yang ada kat sini dari harga RM1.80 kepada berbelas-belas ringgit.  Ada burger daging,  ayam,  unta,  burung kasawari,  rusa dan macam-macam lagi jenis daging yang sesuai di makan oleh umat Islam.  Yelah noks,  satgi hang mai sini nak cari burger buaya pulak.  Mak tak boleh nak memberi sebarang komen.  And usually,  bergantung kepada stok juga.  Kalau ada tu adalah.  Tapi ayam dan daging of coz tetap ada.


Selain rasa daging burger yang sedap serta bahan-bahan sampingan yang best,  mayonis depa buat juga lain dari lain.  Depa ada tambah adunan istimewa untuk menambah perisa meletops pada burger depa tu.  And abang kat ataih ni la tukang bancuh mayonis depa and bubuh dalam botol-botol.


Lagi satu akak suka dengan Burger Pos Jelutong ini adalah,  walaupun kita pi duduk lepak kat kedai depa,  tapi masa serve depa tak bubuh atas pinggan dan serve sambil sos meleleh-leleh.  Depa bungkus dalam kertas ala-ala Subway gitu.  So hasilnya,  hasil sandwhich yang lebih mampat dan meleps!


So bila bukak dia dah termampat macam kat atas ni.


Dan apabila digigit....nenjia...u olls boleh nampak tak?  Sayur-sayuran dan bahan yang ada dalam ni,  of coz........yang paling meletops is the kentang.  I really like it.  Ala-ala burger Chi Chi yang popular kat Taman Free School (ada lagi ka Burger Chi Chi tu?)  Tapi burger dia,  walaupun burger biasa,  tapi masih tebal dan puas hati u olls.


Tempat ni juga adalah tempat lepak yang relaks.  Agak sesak juga sebab ramai peminat berbangsa Cina yang suka melepak kat sini (lokasi ni area kejiranan Cina).   And of coz,  kalau orang Melayu meniaga,  tapi ramai Cina mai makan....CONFIRM SEDAP U OLLSS!!  Di atas adalah dua gambar oleh Mamu dan Eiyzall yang feeling pose pose Kak Nam sambil menunggu burger dan memerhati adik-adik Teonghwa yang meletops.


Akhir kata,  terimalah pose istimewa daripada abang-abang Burger Pos Jelutong.  Untuk tempahan dan lain-lain,  please contact depa terus di talian  :  Burger Pos Jelutong :  019-5448986 /017-4604516.  Sorry depa takdak Facebook bagai.  

Inilah peta menuju ke Pejabat Pos Jelutong.  Ampa click kat A.  

View Larger Map


Love,
Jumie Samsudin
Pencinta Burger Meletops

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com