16.11.12

Tips untuk Menjadi Pengapit Pengantin Yang Baik

U olls semua,

Bersempena dengan musim perkahwinan yang hampir tiba ataupun yang selalu akak sebut "MUSIM MENGAWAN MULA",  haruslah akak membuat sedikit artikel tentang persiapan kahwin.  Sesungguhnya,  kalau buat artikel pasai kawen,  rating blog akak akan mencanak-canak tinggi. Orang Melesia obses dengan perkahwinan?  No la....i think.....semua budaya kat dunia ni sangat obses dengan perkahwinan.

So hari ini,  akak nak bercakap tentang pengapit.  Pernahkah u olls menjadi pengapit?  Ada orang kata,  pengapit ni tak penting,  amik jer sapa-sapa pun takpa!!  Heyy!! Tak boleh jadi macam tu ya.  Masa u olls dah jadi pengantin,  bukan u olls senang-senang nak bersuara dan buat itu ini.  Semua benda nak kena suruh orang buatkan.  Maklumlah,  kita kan raja dan ratu sehari.


Feeling macam ketibaan artist.


So pengapitlah menjadi orang kuat kita.  Ala-ala PA kita u olls.  Pengapit yang baik bukan sahaja dapat membantu banyak hal dalam majlis kita,  tetapi kalau silap langkah,  kalau dapat pengapit yang caca marba,  kita dua pengantin pun jadi serr sebab duk kena pi carik pengapit lain.

So ini adalah beberapa tips penting untuk para pengantin dan bakal pengapit.  Sama-samalah kita jadi panduan  :

Tips untuk Bakal Pengantin dalam Memilih Pengapit
  • Ambillah pengapit yang muda,  single dan masih lagi cergas.  Elakkan amik pengapit yang ada anak bini.  Satgi tengah sibuk atas pelamin,  anak duk menjerit suruh didukung.  Ada juga,  kalau amik pengapit yang ada bini,  kalau bini tak sporting terus buat muka sebab dia tengok pengapit perempuan lebih cantek.  Aiyyoooo akak pernah terkena macam tu.  Kalau boleh bincang elok-elok benda ni.  Kalau pengapit u olls ada suami/isteri,  minta kebenaran depa juga.

  • Tak kisahlah pengapit itu saudara mara ataupun best friend,  tapi adalah bonus kepada kita kalau dapat pengapit yang mempunyai pengalaman dalam bidang ini.

  • Ambillah pengapit yang lebih kurang size badan dengan u olls.  Kalau u olls pengantin agam macam I ni,  kalau boleh ambillah pengantin yang lebih kurang chubby2 macam kita juga.  Jangan ambil si kecik molek ala-ala Sheila Majid,  akhir kata,  terus jelas ke-gajahan size kita.  Begitulah sebaliknya,  kalau u olls persis Shiela Majid,  amiklah pengapit ala-ala Ramlah Ram gitu.  Janganlah amik Kak Adiba Noor sebagai pengapit u olls.  Paling okay,  ambillah pengapit yang lebih kurang sama tinggi dengan kita.



    Akak diapit oleh Rusdi and Haleesa selaku pengapit yang meletops di hari persandingan kami.


  • Ini adalah satu pesanan yang akak selalu bagi kat kawan-kawan akak.  Kalau nak cari pengapit,  jangan cari pengapit yang terlalu 'hot' dan terlebih 'cantek' dari kita.  Kalau boleh setaraf kecantikkannya dengan kita.  Macam contoh,  akak tak akan memberikan takhta pengapit kepada kawan akak iaitu Sha Fadil kerana dia sangat cantek berbanding akak ini.  In fact dia adalah wanita tercantik area Air Itam mengikut voting bagi akhir bulan 2012 ini.  So kalau dia duduk sebelah akak,  maka susuk akak akan menjadi tawar.


    Siriesly,  u olls akan gelak dengan tips akak ini,  tapi akak selalu tengok,  pengantin cari pengapit yang sangat hot dan cantek dengan rambut kepuk-kepuk bagai.  Akhirnya,  pengantin walaupun telah di make up oleh Amy Janz tetap nampak kelam disisi pengapit hot itu.  Begitu juga pengantin lelaki,  kalau best friend u olls adalah Fahrin Ahmad.............dan Fahrin Ahmad offer ingin menjadi pengapit u olls....LUPAKAN!


  • Perbincangan : Sebelum majlis kena ada perbincangan dengan pengapit. Sama ada majlis ringkas ataupun majlis yang berhadap sampai dua tiga resepsi, pengapit kena tau flow majlis, apa dia kena buat dan apa ekspektasi u olls kepada dia. 
    - Perjalanan majlis ( Make sure pengapit tau, apa majlis yang ada? Bernikah, berinai, resepsi, kenduri doa selamat dan lain-lain. Dengan jelas kena bagitau majlis mana yang perlukan khidmat dia. Majlis mana yang dia tak mai pun takpa)
    - Pukul berapa dia kena ada bersama pengapit. (Yes, pengapit kena mai on time. In fact, kalau pengapit lambat...sila haribulan.....pengantin pun lambat nak bersiap semua. Sebab selalunya pengapitlah pemandu untuk bawak pengantin ke butik dan etc).
    - Ada acara 'rehearsal' tak? ( Make sure pengapit mai semua majlis-majlis yang berkenaan untuk latihan dan sebagainya.  Especially kalau majlis melibatkan VVIP ataupun orang Istana.  So praktis dan rehearsal adalah sangat penting.
    - Pengapit kena tahu tentang adat-adat budaya yang terlibat dalam majlis perkahwinan tu.  Contohnya,  kalau u olls jadi pengapit untuk pengantin lelaki yang kahwin dengan orang JOHOR,  so u olls kena siap angpau!!  Kena prepare banyak angpau tau!!  Lebih kurang 20-30 paket (dalam tu ada RM5 atau lebih) untuk makcik-makcik,  sepupu sepapat,  anak menakan yang akan duduk kat sepanjang jalan nak naik pelamin.  Inilah namanya "MINTAK TOL".  So u olls kena bagi.............and finally kat atas pelamin,  mak andam akan duduk kat kerusi pengantin lelaki...dia akan amik TOL paling besar u olls.  Paling kurang RM100.  And mak andam akan bukak sampul tu kat situ juga.   Kalau dia bukak tak cukup...dia tak akan turun u olls!  Haaaaaa kau cariklah duit sampai cukup.  Berpeluh-peluhlah pengantin lelaki tu nanti!)  So benda ni u olls kena bincang okay.  
  • U olls kalau ada bajet,  jangan lupa peruntukkan bajet untuk busana pengapit lelaki dan perempuan itu.  Agar u olls pengantin dan para pengapit nampak serasi dan manis.  Jangan pilih busana yang terlalu 'beran-beran' dan 'meriah' kerana kita takut akan menenggelamkan seri pengantin.  Make up juga harus tipis dan simple.  Apa pun kena ingat,  jangan over dari pengantin.

  • Jangan lupa untuk ada "pengapit standby".  Sebab malang tidak berbau u olls.  Ada banyak kes,  di akhir kata tiba tiba pengapit / kawan baik kita tarik diri dan tak mau jadi pengapit (seperti mana yang berlaku dalam kes akak dan En.  Khafi) di mana best friend En.  Khafi terpaksa balik ke KL lepas kami bernikah.  Akhirnya,  terpaksa akak menggunakan Azren dan juga Rusdi.  Terima kasih u olls berdua.

  • Jangan lupa untuk sediakan sagu hati (hadiah) kepada para pengapit u olls.  Sepasang kain ataupun brooch sebagai tanda mata.  Untuk lelaki pula,  maybe u olls hadiahkan songkok ataupun satu helai kain pelekat.  Tapi kalau tak mampu atau takdak bajet,  takpa......jangan lupa ucapkan terima kasih dan kalau ada rezeki nanti,  ajak la belanja makan.

Tips untuk Bakal Pengapit Pengantin
  • Sila baca panduan kat atas.  U olls juga kena tau benda benda kat atas yang akak dah tulis.  Mana-mana benda yang u olls kena study dan bincangkan seperti kat atas,  sila buat preparation sebaiknya.

  • Bila orang dah jemput u olls jadi pengapit,  ini adalah satu penghargaan yang u olls tak boleh sia-siakan.  Inilah masanya nak membalas jasa-jasa baik kawan / saudara u olls itu.  Jangan sambil lewa u olls dan jangan feeling lebih u olls.

  • Be ready for the pengantin dalam apa juga keadaan.  Selalunya tugas pengapit akan bermula dari awal kenduri lagi seperti teman buat fitting baju dan pergi shopping beli barang hantaran dan lain-lain.  So u olls kenalah ringan tulang ya untuk memberikan bantuan.  Kalau u pengantin tu jenis rajin dan sangat pro aktif,  semua benda dia nak buat sendiri,  u olls kenalah lebih pro aktif dan tanya apa benda nak kena buat,  mana tau u olls pun boleh belajar tentang kawen-kawen ni.


  • Kalau pengantin sediakan baju / busana (depa sponsor) discuss betul betul jenis fesyen yang u olls nak pakai dan juga jenis material yang nak digunakan.  Bagitau apa yang u suka,  dan apa yang u tak suka.  Jangan duk ikut je apa yang depa aturkan in the end u yang tak selesa dan end up berpeluh lebih.  So macam mana u nak jalankan tanggungjawab dengan baik?

  • Pada hari majlis,  make sure u olls bersiap awal dan segala maknena baju telah pun diserika siap-siap dan digantung.  Kalau perlu bercukur dan potong rambut,  haa....buat sehari sebelum u olls.  Jangan nampak kusut masai.

  • Jangan lupa makan something di waktu pagi agar u olls tak rasa macam lapar gila.  Nak tunggu sanding dan makan beradab,  silap-silap 2.30pm baru boleh makan.

  • Kepada bakal pengapit,  lelaki atau perempuan,  please jangan make up tebai-tebai.  Usually u olls akan feeling pi mencapap depan mak andam dan suruh mak andam mekap juga (OVER TAU AMPA NI....KALAU BAGITAU AWAL TAKPA...INI TIBA TIBA MENCAPAP...SIRIESLY AKAK SELALUNYA AKAN UTAMAKAN PENGANTIN DULU).  Tips mudah akak adalah, lepas u olls mandi dan basuh muka, u olls pakai toner (apa-apa pun takpa), pastu sapu Sunplay Super Block SPF130 PA++ and then pakai bedak asas compact / liquid atau apa-apa la (untuk perempuan laaa...) and then u pakai bedak Silky White Magic Face Powder. Sunplay untuk UV protection u olls...yelahhh nanti u olls berjemur bawah matahari sementara nak naik pelamin. Manakala bedak Silky Girl tu, sangat bagus untuk membuatkan muka kita TIDAK BERMINYAK dan KURANG BERPELUH. Siriessssss!!

    Sunplay Super Block SPF130 PA++.  Harga lebih kurang RM20.  Tak berminyak.  Akak suka!

    Silky White Magic Face Powder.  Sebelum ni duk pakai mahai-mahai,  MAC la...Mr.  Feel Good la.  Nenjia...ni lagi best.  Harga?  RM4.
  • Sila pakai kasut yang selesa.  Untuk perempuan,  tak payah nak tinggi sangat.  Kau nanti tak mampu nak berdiri lama-lama.
Apa yang u olls kena buat masa u olls jadi pengapit?  Okay kat bawah ni :

- Masa berarak,  u olls kena pegang payung and tutup muka pengantin kalau perlu.  Ada yang  tak payah pegang kipas tutup muka pengantin dah.  U olls just kena pegang layah (veil) yang panjang 40 meter ala-ala Puteri Diana.  Gitu....

-  Masa di atas pelamin,  u kena duduk tepi kerusi pengantin.  Kena tolong kipaskan pengantin (BUKANNNNNNNNNNNNNNN KIPAS DIRI SENDIRI!!).

-  Kalau ada merenjis,  u olls kena tolong tisukan telapak tangan pengantin (buang daun daun tu kat tangan...sebab nanti pengantin nak direnjis lagi sekali).  Kalau ada orang tukang bagi bunga telur,  so u tak payah buat apa-apa dah.

-  Make sure u ada poket kecil (di baju ataupun sling bag yang comel) untuk bawak puff muka dan tissue.  Tips akak,  balut puff muka dengan tissue untuk lap peluh pengantin.  Bila tissue dah basah,  u boleh gantikan tissue baru.  Untuk pengapit perempuan,  bawa juga lip gloss (apa-apa warna yang lembut / nude) so nanti bila nampak bibir pengantin yang tak berapa ada warna (lepas makan dll) u just sapu lip gloss je..

Gitulah guna puff u olls.  Photo credit : seri-wani.blogspot.com



Inilah puff.  Boleh beli siap siap kat farmasi (Guardian ke....) Kalau takdak,  boleh pau kat make up artist.  Kalau make up artist tak kedekut,  dia bagi kat u.

- JANGAN MAIN HANDPHONE ATAS PELAMIN!!  PELAMIN DAN CAMERA BAGI KAT ORANG LAIN YANG MAIN.

-  Kalau ada orang bagi angpau atau duit ONG kat pengantin,  pengantin akan bagi kat u untuk pegang.  And yes...u kena pegang baik-baik ya.  Di akhir majlis,  bagi balik semua duit ong itu kepada pengantin.  Tak baik gagau (curi-curi) duit curi haram tak boleh makan.

-  Pengantin tak boleh bercakap dan gerak banyak-banyak atas pelamin,  depa kena pose cantek je atas pelamin.  So,  kalau pengantin nak apa-apa atau panggil sapa-sapa untuk bergambar ataupun merenjis,  dia akan cakap kat u.  So,  u jangan panic,  u just dengar pengantin bisik kat u and gently turun pelamin dan cakap kat sedara pengantin yang berdekatan.  Biar depa yang carikan orang itu.  Make sure pengantin relaks and pose cantek je atas pelamin ya.

-  Apabila di meja beradab,  kalau u dijemput untuk makan bersama di meja beradab u makan la sekali.  Tapi bukan semata-mata makan ya!!!!!!!!!!!  U kena tolong senduk lauk pauk untuk pengantin.  Tapi kalau ada caterer / sedara pengantin yang tolong buatkan,  u tak payahlah buat.  Tapi kalau tengok takdak sapa tolong buat,  u kenalah ringankan tolong (tiba-tiba teringat masa mula-mula jumpa En.  Khafi dulu-dulu. Kami makan sebelah-sebelah di meja beradab).
Sekian sahaja tips dan informasi yang akak boleh sharekan dengan u olls semua. Kalau ada apa-apa informasi lagi, please share sama-sama kat sini ya.

Selamat menjadi pengapit dan semoga u olls menjalankan tugas dengan sebaiknya. Yes, ada orang kata - SENANG JE JADI PENGAPIT. Tapi kalau u olls sendiri menyusahkan...........terbebanlah pengantin itu.

Love,
Jumie Samsudin

5 comments:

  1. Jumie, kat Astro tu pagi semalam dari kul 9 sampai sebelas duk cerita pasal wedding jer. ;) Discovery Home and Health. Memang obses! :) Tapi best.

    ReplyDelete
  2. hehe..TQ kak jumie..nak share artikel ni boleh kan...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...