12.11.12

Ulasan Fesyen Anugerah Skrin TV3 2012

Hello u olls,

Pada hari minggu yang lalu,  akak keluar menjalankan kerja sampingan akak iaitu memake-up pengantin.  Apabila akak tiba di rumah,  suami akak telah berada di rumah.  Dia tergesa-gesa dan eksaitednya suruh akak masuk cepat.  Akak ingatkan apalah yang hebat telah berlaku.  Tiba-tiba dia kata "Abiang duk tengok Anugerah Skrin TV3 ni....macam serrrr,"  Gituuuu!!  Sejak bila laki aku tengok anugerah anugerah ni.

So,  akak pun join my laki tengok ASK 2012.  Katanya.......................(akak ni jarang tengok majlis anugerah kat Malaysia ni kecuali.........AJL.  Itu my feveret).......majlis malam ini bertemakan ala-ala fantasi prince and princesses.  Awal Shaari dan Neelofa menjadi pengacara.  Tetapi akak amatlah terperanjat sebab ingatkan tema red carpet je ala-ala fantasi prince and princesses tapi kisahnya atas pentas penyampaian pun depa buat ala-ala lakonan muzikal teater Walt Disney u olls.  

Sangat suka penampilan Neelofa malam ini.  Sangat princess.  I really like.....

Bukak la topemg tu....rasa macam pelakon filem porno pulak.
HAHAH....sorry akak feeling kinky.

Ada raja,  ada putera dan puteri ( Awal and Neelofa),  ada nenek kebayan (muka feeling kerdut tapi tangan suci muda jelita...sedih!),  ada hulubalang dan ada magic mirror.  Pastu,  selebriti yang dijemput sebagai penyampai anugerah,  semuanya perlu tampil sama-sama berlakon dalam suasana fantasi dan putera puteri.  Semua karakter fantasi dan cerita dongeng daripada ikan duyung,  orang minyak,  Captain Hook,  Red Riding Hood semuanya ada.

Memang tema ini sangat meletops dan lain daripada yang lain.  Namun akak rasa kesesakan dan kesaratan yang berlaku di atas pentas kerana lakonan dan segala maknena costume si selebriti penyampai,  seolah-olah menenggelamkan orang yang kita raikan iaitu - SI PENERIMA ANUGERAH.  Dahla sapa yang dapat anugerah ni,  tak diberi kesempatan untuk memberi ucapan. And then masa penerima anugerah-anugerah besar seperti Filem dan Drama terbaik sedang memberikan ucapan,  pihak produksi sengaja memasang music sekuat-kuat alam hingga menenggalamkan isi ucapan penerima anugerah sebab nak memberikan tanda bahawa "OKAY TIMES UP...JANGAN MEMBEBEL".  Aiyyyoo biadab sangat.

Selain itu,  akak juga merasakan bahawa bakat Awal dan Neelofa dalam bidang pengacaraan tidak terserlah sama sekali.  Mereka lemas dan tenggelam dengan secara wacana yang ditetapkan di atas pentas ala-ala Walt Disney itu.  What a waste.

Baiklah,  itulah pendapat akak tentang anugerah ini.  Bagi akak,  majlis penganugerahan kena stay simple and classic dan kena focus kepada penerima anugerah kerana malam ini malam mereka.

Jom kita tengok baju baju retis.  Mana meleps mana tidaks.  Click sini untuk laporan penuh  :  



Scha Alyahya memang meleps.  Dia tau what is the best for her body.  And she really looks so very the princess.  

Fauziah Ghous.  Tak tau macam mana nak masuk dengan tema.  Tapi dress ini meleps.  I like her simple make up do.  Eksesori pun simple.


Kerlas.  I like her this dress and her make up.  Tapi kalau without the head gear pun dah meletops kut rasanya.  Make up depa melepsss.  Shading parang gitu.  


Amelda Rosnaida,  dress agak sarat.
Nabila Huda,  I sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa her overall look.  Head gear sangat meleps


Shaheizy Sam  : Classic.  Tapi deni tetap nak play play with his fashion (merujuk kepada spek mata Harry Potter).
Yana Samsudin  :  Dresss melepsssssssss tapiiiiiiii perlukah pakai rambut blond kejung???????? I dont understand.  

Meletopssss anak depaaa!!!

I suka aunty ni.  Very simple.  Muka dia macam Kak Edeh mak i.

Marhayam ku.  Sembah ratu 48 step zapin.  Merlepppss sangat.  Maintain.  I salute.

Siapa buat dress beliau ini????? Sangat cantek!!!  Very the Hollywood u olls.

Terkeluar dari tema tapi i like this dress!!  Feeling nak pakai macam ni depan En.  Khafi.....aiiiyooooooooooooooooooo......

Kerlas depa!!  Selamat kembali ke arena seni Kak Rita.  Semoga u olls terus dirahmati dengan pelbagai rezeki dari yang maha esa. Depa sangat cantek.  Bak kata En.  Khafi "Pasaipa la deni pi kawen dengan main bola tu..........deni boleh dapat orang lagi baguih,"  Ooooh.  Feelingnya laki i.

Sembahhhhhhhhhhh ratu.  Depa cantek sangat.  Rambut,  make up,  dress.....semua meleps.  (walaupun takberapa nak ikut tema).


Nora Danish.........buang yang koko koko tu semua boleh tak?

Marhayam kita......................kerlas pakai dress ala-ala Marchesa kan.  Cantek depa.

Kuruihhnya depa lani.  Plitting pada dress ini nampak kejong.  I tak berapa suka.


Salute u Kak Jila.  Very the Tun Teja kan?  Siapa kata princess theme kena ikut princess orang putih ja!  Siapa pun tak pakai tema puteri Melayu.

This colour doesnt compliment her skin colour.  Kalau mami Penang tengok depa akan kata "Cek ni putih......kena pakai colour teghang teghang baru berseri,"

Kenapa nampak macam kepala dia lebih besar dari badan?

Amboiiii singkatnya skirt depa.

Erm.....dress ni...kat sleeve dia nampak MOR.

No komen.  NEXT!

Pakaian Beragam
Banyak artist yang memilih untuk memakai pakaian beragam untuk ke majlis ini. I dont know why. Sama ada depa tersalah penasihatan ataupun depa sendiri yang tak faham concept.

Shah Jazle :  NEXTTTTTTTT!
Kak Ta  :  Orang elok pakai apa pun elokkkkkkkkkkkkk!

Menteri Fasola dengan pasangannya.


Sarat.  Tak mau carut lebih sebab marhayam Norish Karman dalam ni.


Deni kalau aku jumpa malam-malam..................aku nanti mengucap teruih.  Siriessssssss............Rasa macam nak kena cabut nyawa dah aku rasa.

Nisda meleps.  Make up pun very simple.  Tapi Fauzi Nawawi...u olls pasaipa pakai kasut tu??? Macam Marilyn Manson.

Kalau malam ni ada anugerah untuk pakaian tercantek ka apa ka,  bagi la kat depa dorang ni.  Kesian aku tengok.

Yang hitam i tak tau dia jadi sapa....tapi yang warna pink tu dia jadi Red Queen dalam Alice in the Wonderland.  Kerlasss depa......costume party gitu.

One word - PERLUKAH?

Melepss depa ada renda-renda semua.

Aku tak tau nak kata apa.  Pasaipa ampa ni semua berani pakai macam ni?


Tidak mencuba untuk menjadi apa-apa jenis prince pun.  Tapi still nampak bergaya sebagai seorang maskulin.

I taste kat Adi Putera.  So ampa semua diam!!!

Klasik.

Apa pin pin kat atas bahu tu.

Abang Faizal Husin,  gila bagi gemok sikit.


Kerlas depaaaaaaaaaaaaaaa......pakai baju Melayu Johor potongan klasik.  I really like.

Deni apa?  Sherlock Holmes?

Iklan Colgate.  Siries.

Deni orang jahat dalam cerita Twilight.  Yang negro dalam Twilight 1 tu.  Yang dia makan orang kat tepi sungai tu.  Kawan dengan Victoria.  HAHAHAH.


Focus pada Sherry Merlis.  Akak sangat sedih masa tengok Kak Sherry naik pentas amik anugerah.  Dress ni labuh and dia sinting dress dia sampai nampak buku lali sebab nak senang bagi berjalan.  Aiiiyoo...kakak.....tak ladies la u olls.  Patutnya kalau pakai dress kepuk-kepuk ala-ala Miss Universe ni kita kena la pandai catwalk ala-ala model tendang dress macam mana ka.  Baru melepsss.  And sila buang mutiara itu.  U olls tenggelam.



Zarina Zainudin,  dress ini biasa,  dah banyak dilihat.  Tapi sebab kak Zarina nampak sangat meletops.  Is she in her 50's now?  OH EM JI u olls!


One thing Mama Regina always said about baju baju ni semua,  apa pun kita pakai jangan sampai orang lupa pada kita.  Kalau orang tengok baju kita,  orang duk ingat baju ja....so something is wrong.  Erm......what is wrong here?  Akak macam suka je.


Terima kasih sebab tak berapa nak merapu sangat.


Takut tengok sleeve hitam tu....nampak macam kepak burung bangau.


Bahaya pakai dress ala-ala mermaid ni kalau takdak body ala-ala Beyonce.
And kenapa pakai selendang macam tu?

Kalau i....buang all that hitam hitam lace tu semua.  Just dress shocking pink ni dengan subang dangling satu.

Wanita kertu tak boleh pakai beran-beran sangat.  Sila rujuk kepada Halen Mirren di red carpet ya.

Kak Liza Abdullah.  Meleps.  Walaupun kakak dah berisi now.


Dah la tak make up.  Persis Jumie Samsudin di rumah dengan baju kelawar.  Sila rujuk kepada Danny Harmizi.

Tak sampai hati nak komen.


Senarai penuh pemenang ASK 2012:

Drama Terbaik  – ‘Di Telapak Kaki Bonda’ (Filmscape Sdn Bhd)

Pelakon Lelaki Terbaik Drama – Abu Bakar Omar (‘Gincu Ayah’)

Pelakon Wanita Terbaik Drama – Ruminah Sidek (‘Parit Jawa’)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama – Namron (‘Parit Jawa’)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama – Sherry Merlis (‘Di Telapak Kaki Bonda’)

Pengarah Terbaik Drama – Khabir Bahtia (Di Telapak Kaki Bonda’)

Artis Harapan Pantene  – Putri Balqis (‘Pelarian’)

Anugerah Yasmin Ahmad  – Pierre Andre

Drama Rantaian Terbaik – ‘Jangan Ambil Padang Kami’

Drama Komedi Terbaik   – Elly & Epit (Red Communications Sdn Bhd)

Lakon TV Terbaik       – Lum Pung Hui (‘Di Telapak Kaki Bonda’)

Videografi Terbaik     – ‘Aku Mahu Terbang’ (Neon Entertainment (M) Sdn Bhd

Filem Terbaik          – ‘Bunohan’

Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Shaheizy Sam (‘Songlap’)

Pelakon Wanita Terbaik Filem – Maya Karin (‘Ombak Rindu’)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem – Syafie Naswip (‘Songlap’)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem – Lisa Surihani (‘Ombak Rindu’)

Pengarah Terbaik Filem  – Fariza Azlina / Effendee Mazlan (‘Songlap’)

Lakon Layar Terbaik Filem – Dain Iskandar Said (‘Bunohan’)

Laporan Khas/Berita Terbaik – Bom Jangka (Berita TV9)

Rancangan Hiburan Terbaik – Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25

Rancangan Muzikal Terbaik – Anugerah Juara Lagu 26

Rancangan Realiti Terbaik – Jemputan Umrah (episod 1)

Rancangan Bual Bicara Terbaik – Bella : Labour Day Special

6 comments:

  1. thanks jumie. i memang tunggu review you!
    tengok kejap je ari tu sebab macam serabut jer...

    ReplyDelete
  2. i suka sebab nama i dimention dalam artikel kali ini... saya fames selama 24 jam....

    ReplyDelete
  3. sujuddddd bilamana Jumie dah start buat ulasan fesyen..
    anugerah ni merapu ja lebih tapi suka mai tgok sebab fesyen2 depa..
    yang cantik dan pelik!
    pasnih i nak pi red carpet kene mintak pendapat Jumie dulu la nih!

    ReplyDelete
  4. hahahha best la ulasan. Paling best ialah yang ONE WORD tu... "Perlukah?"

    ReplyDelete
  5. baju yang izara aisyah pakai was designed by cosry uols! duta katanya

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...