Olivia Culpo, Miss Universe 2012

Hello u olls,

Tak sah kalau i olls membuat laporan rasmi tentang Miss Universe 2012 yang baru saja berlangsung baru-baru ini. Takhta Miss Universe kali ini jatuh kepada gadis cilik dari US. Haritu keluar la show beauty pageant ni semua kat Astro, tapi akak yang feeling eksaited nak tengok show ni macam mana ka boleh tertidok depan TV. Kisahhhhhhh.

In the end, baca pasai kemenangan ni dalam internet jah. So we olls dah tau yang mahkota Miss Universe 2012 ni telah diberikan kepada Olivia Culpo. Bila tana kat adik-adik akak, depa semua kata “Dia tak berapa cantek la kakak….” AIIYOOO KEKWAT AMPA KATA ORANG TAK CANTEK.

A bit about Olivia Culpo, dia berumok 20 tahun. Di besarkan di Rhodes Island. Dia besarkan oleh keluarga pemuzik. Apabila tiba-tiba dia buat pengumuman kata dia nak try joint pertandingan ratu cantik, family dia semua macam terkejut sebab depa tau Olivia ni very the mangkakrina.

Tapi percubaan pertama dia telah melayakkan dia mendapat gelaran Miss Rhodes Island. Masa competition tu, dia sewa evening dress dengan harga 20USD sahaja. Meletopsss…..orang elok pakai apa pun elok. Later, bila dia compete untuk Miss USA….dia menang lagi u olls dan dia merupakan Miss Rhodes Island pertama yang menang Miss USA. Kerlasssssssssss………….

Tempat kedua untuk Miss Universe 2012 jatuh kepada Miss Philippines, Janine Tugonon manakala tempat ketiga jatuh kepada beradik-beradik I jugak…..Miss Venezuela, Irene Sofia Esser Quintero.   Ampa patut tengok Miss Venezuela menjawab soalan secara bangangnya kat Youtube.  HAHAHA.  Siries nok.  Mak pun nak tergelak melihatnya.  Ramai yang kutuk dan gelak kata "Muka je cantek tapi otak bodoh,"  NOKS!  Bukan soal bodoh noks.  Kalau hang nervous breakdown macam tu....memang secara tak langsung otak hang tiba tiba tidak dapat berfungsi dengan normal.  Tapi mak memang gelak dengar jawapan dari dia.

Pendapat I olls mengenai gadis ini…….SHE IS SIMPLE AND CANTEK. Like American selalu kata “The girl next door….” type. Siriesly I like.

Siriesly…..baju ni tak cantek.  Nampak macam morrr.
Senyuman yang sangat-sangat ikhlas.  Ceria,  happy,  yakin!  I suka.  Pompuan semua yang duk baca blog akak….ampa kena belajar senyum macam ni la.  BUKAN SENYUM KEMUT.  Sedih laaaaaa….senyum kemut.  






Tau tak pasai muka dia terkejut time ni? Sebab Donald Trump baru cium pipi dia.  Pompuan semua yang duk baca blog akak….ampa kena belajar senyum macam ni la. BUKAN SENYUM KEMUT. Sedih laaaaaa….senyum kemut.


Sentap sat tengok gambar ni.
National costume depa. Meletopsss.

Ini gambar dia di hari hari biasa. Siriesly………..dia sangat simple girl yang cantek semula jadi….MACAM I!
Olivia dan mak dia :)

Read more: Daily Mail

Dilem Cinta Asyik Tak Menjadi

Salam Jumie,

Saya baru start baca blog Jumie hari ni. Kawan yang kenalkan dengan blog Jumie. saya tertarik dengan gaya penulisan Jumie yang bersahaja tapi sampai maksudnya.

Terus kepada soalan saya. Saya cuma nak minta pandangan Jumie tentang sikap lelaki. Saya berumur 28 tahun masih single dan baru putus dengan teman lelaki. Ini lelaki ke 3 yang datang kepada saya yang kononnya nak jalin hubungan yang serius ke arah perkahwinan. Mula-mula berkawan macam biasa la. Semuanya indah. Tapi selepas seketika timbul cerita mereka ni masih tak boleh lupakan kekasih lama. Kalau seorang boleh tahan lagi. Tapi masuk yang ke 3 pun timbul isu yang sama. Pening gak fikir.

Yang ke 3 ni masih berhubungan dengan kekasih dia yang dah pun jadi isteri orang. Alkisahnya depa ni dah couple lama. 3 tahun. Tapi family perempuan tu ada calon suami untuk dia dan sekarang dia dah kahwin hampir setahun dengan calon pilihan keluarga. Bila saya mula berkawan dengan yang ke 3 ni selepas 2 bulan saya dapat tahu dia masih berhubungan dengan kekasih dia yang dah jadi isteri orang.

Saya dah ambil tindakan tinggalkan dia. Kecewa 2 hari ja. Hari ni hari ke 3 saya dah ok. Buat apa nak kecewa lama2 kan.hehe. Tapi tu la nak juga tau pandangan Jumie pasal lelaki-lelaki macam ni. Kenapa la mereka tak boleh move on ja mulakan hidup baru?

p/s: Mungkin cerita saya tak begitu detail sebab saya tak pandai mengarang. Harap Jumie faham la cerita kat atas tu.hehe.

Terima kasih♥ 



Hello u olls,

Pendapat saya mengenai lelaki-lelaki ini adalah………mereka ini adalah lelaki lelaki sepi. Gitu. Malah perempuan-perempuan dan sesiapa sahaja yang pernah bercinta tapi tak boleh lupakan kekasih lama YANG SUDAH BERKAHWIN adalah insan-insan yang sepi.

Kenapa I kata dia sepi? Sebab……………hidup ni adalah macam-macam keindahan dan kegembiraan lain yang boleh dicapai pada bila-bila masa sahaja tetapi kenapa dia pilih untuk bermimpi dalam kenangan silam? GITUUU AYAT AKAKKKK….MACAM LIRIK LAGU EDDIE HAMID.

Sapa-sapa yang pernah putus cinta, macam akak…..sekali-sekala kalau u olls nak ‘amik tau’ pasai your X why not. Dia dah kawen ke? Dia dah ada anak ke? Dia kerja mana dan duduk mana lani? Bukan pi tanya directly kat dia. Mungkin kita pi stalk FB dia ataupun kita tanya pada mutual friend dia….GITUUUUU AKAK KANTOI STALK FB X AKAK….HAHAHHA. Tapi bukan sebab akak sepi dan bermimpi dalam kenangan silam, tapi sapa tak mau tau pasai X dia???????? Semua orang ada unsur-unsur jarum dalam diri masing-masing kan. HAHAHAH

Anyway, awak nak suruh I olls kupaskan tentang insan-insan sepi ini? WHY????? Mereka akan terus sepi dan hidup dalam mimpi kenangan silam. There’s nothing that we can do or change them. So why kita kena pikiak teruk pasai depa?

So now u are single? Akak sangat jealous dengan u olls. Kalau u baca blog I dulu-dulu ada banyak penulisan yang ditulis untuk memberikan semangat kepada mereka yang masih dalam misi mencari cinta. Don’t give up and percayalah CINTA itu ada untuk u olls yang gigih dan ikhlas. Insya Allah….   

Read this  :
Hidup Lepas Kahwin, Perempuan Kena Kuat

Tapi buat masa ini, cherish the moment of being single. Go for holiday and cari hobby yang best untuk mengisi masa lapang.

Sekian, love u olls.

Love,

Jumie Samsudin

Azam Tahun Baru 2013 / 1434 Hijrah


Hello u olls,

Tak lama lagi kita eksaited sangat sangat sebab kita akan menyambut tahun baru iaitu tahun 2013.  So apa perasaan u olls semua?  Biasa?  Tak rasa apa?  Teruja?  Tak sabar?  Eksaited?  Sedih?  Semangat?

Apa perasaan I olls pula?  Ada kesedihan dan keterujaan dalam hati i.  I sedih kerana bila I tengok balik apa yang I lalui tahun lepas,  banyak benda yang I olls rancangkan tidak menjadi.  Feeling nak macam tu.  Nak macam ni. Tapi tak menjadi juga.  Walaupun kita cuba koner (pusing) ke sana ke sini,  cuba untuk elak sebanyak halangan yang boleh.  Namun,  masih tak sampai juga.  Tapi betui la,  kita hanya mampu merancang.  Tuhan yang menentukan.



Walau bagaimana pun (gittuuu penanda wacana I),  adakah kerana ada beberapa benda yang kita rancang itu tidak menjadi so kita terus hilang semangat untuk terus merancang apa yang akan mendatang kemudiannya?

Tak boleh u olls.  Orang yang tiada semangat untuk hidup adalah orang yang mati.  Kita tidak boleh mati. 

Kudrat yang Allah berikan,  kita kena ghetiak (ikhtiar) sebaik mungkin.  Janganlah bandingkan pencapaian diri kita dengan kawan-kawan kita yang lain,  aiiyooo boleh sentap 87837 hari.  Akak percaya kita semua ada rezeki masing-masing. 

Kalau kawan kita kerja swasta,  dapat travel for work ke sana ke mari…..kita ni kerja kerajaan duk duduk kat Melesia ni saja….So adakah kita nak kata kita tak berjaya?  Kalau ikut hati nak sentap ja,  akak adalah orang yang paling boleh sentap kau kau.  Akak dikelilingi oleh kawan-kawan akak yang berjaya dan cantek vogidevas.  Pakai kereta besar,  gaji besar,  duduk rumah meletops dan elite,  dapat melancong ke luar negara atas tiket kerja……seems like everything run so smoothly.  Macam akak ni?? Happa la sangat?


Sessi ice cream di depan rumah :)


Tapi akak pikiak positive.  Kalaupun akak tak bernasib baik untuk travel for kerja ke luar negara,  akak tak dapat Anugerah Khidmat Cemerlang pun,  tapi…akak tengok SKT akak tahun 2010 dan 2011 ada kenaikannya.  Insya allah untuk markah 2012 akak mengharap markah yang lebih dari sebelumnya.  And walaupun akak tak berpeluang melancong ke London ataupun Maghribi,  tapi tahun ni akak berkesempatan untuk bercuti di Cameron Highlands bersama suami tercinta.  Tetapi sejuk macam kat Ireland u olls.  FEELING KAN?????  Dan eventhough akak tak mengandung lagi,  tapi nenjiaaaaaaaaaaaaaaaaa…………..lani akak dan En.  Khafi adalah proud parents untuk 7 ekor kucing di rumah kami yang kudus ya…..hahahah very the 10kg friskies sebulan nyah. 

Malam terakhir Aishah bersama Imaan di dalam perut.  Kami makan besar di Soeul Garden.  Esok pagi Aishah kena masuk ward dah :)

Apa pun,  Alhamdulilllah…….kita kena belajar untuk meraikan dan bersyukur dengan perkara-perkara ‘kecik’ yang akak capai tahun  ni.  Insan-insan hebat yang akak berpeluang untuk kenal tahun ni,  pengalaman dan ilmu baru yang akak pelajari….semua tu tak boleh nak describe dengan kata-kata.  I am so happy u olls.

Antara highlights akak tahun ini adalah seperti berikut  :


U olls pula bagaimana?

Sebelum berakhir,  ini akak nak tulis siap-siap pencapaian yang akak nak LAKUKAN untuk tahun 2013.   Ada antaranya adalah impian tahun lepas yang tak boleh dilenyapkan begitu sahaja.  Insya Allah . 

  1. Nak memasarkan Kuih Kacang Mazola ke peringkat nasional. GITUUUUUUUUUU!!! Insya Allah.
  2. Nak beli rumah untuk investment.
  3. Nak sambung buat degree (WOOT WOOT....terima kasih kepada kawan-kawan enjel saya yang memberikan inspirasi).
  4. Buat ruangan office di rumah yang lebih selesa untuk menulis blog di hujung minggu. Tulis 2 artikel sehari! :)FEWWWITTT!
  5. Nak tulih lagi banyak artikel blog yang berkualiti untuk tatapan ampa semua! Sumbangan idea amat I olls hargai!!
  6. Nak tukar kereta baru. (Ikut hati nak pakai HUMMER….senang parking dalam USM. Kalau banyak sangat kereta….bawak naik kot ataih kereta lain semua. HAHAHHA)
  7. Nak bagi eksesais at least 3 kali seminggu. BUKAN NAK KURUIH……TAPI UNTUK KESIHATAN.
  8. Nak dapat ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG. Sebelum ni dapat tahun 2008. Kena kerja kuat.
  9. Nak melancong ke Perhatian Island, Haadyai, Phuket, Pulau Bawean, Gunung Jerai……so far ini dahulu J

Okay itu sahaja untuk hari ini.  Selamat tahun baru untuk ampa semua pembaca setia blog akak yang kudus ini….Thank you so much atas sokongan ampa semua.  

SO…APA PERANCANGAN AMPA TAHUN 2013?

Penyataan Rasmi : SAYA TELAH MENINGGALKAN THE HOUSE OF RED GINCU SEJAK TAHUN 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, sekadar menjelaskan perkara yang tidak jelas dan menerangkan perkara yang samar-samar.

Saya tidak kena mengena dengan business yang dijalankan oleh Surianie Samsudin dalam The House of Red Gincu bermula tahun 2009. THO Red Gincu dijalankan seratus peratus oleh adik saya sendiri.

Saya buat business make up (http://makeup-by-jumie.blogspot.com/)  sendiri secara kudus dan sekarang baru nak buat business kuih kacang kecil-kecilan (http://www.facebook.com/KuihKacangJumie). 

Itu sahaja kepandaian saya. Saya tak pandai membuat pelamin apatah lagi membuat baju yang maha dahsyat.

Oleh itu, sebarang permasalahan dan komen harus disalurkan terus kepada Surianie Samsudin. Kerjasama semua pihak untuk tidak melibatkan nama saya dalam segala urusan The House of Red Gincu saya dahului dengan ucapan terima kasih.  

Sekian, mohon maaf atas segala kesulitan.



Makan at Laili's USM

U olls peminat makanan western?

Bukan the lame chicken chop or fish and chips,  im talking about the real western food like spaghetti bolognese,  lasagna,  baked macaroni or nachos.  Nak makan western yang siriesly sedap macam masak kat rumah dengan harga yang amat berpatutan?

U olls harus try makan di Laili's USM.

Baked macaroni yang sangat meletops.
Spaghati bolognese.
Lasagna. NOHOROM LA AKU TAK SUKA BUAT FOOD REVIEW.  Terseksa masa menaip.
Makanan apa ada kat sini ?
Ada makanan Arab,  Melayu,  Oriental tapi paling best is the western food.  Kalau pi sana,  tengok menu dia...nenjiaaa macam-macam depa juai.  Tapi tak semestinya semua makanan tu depa juai.  I rasa Laili's harus focus kepada speciality nya sahaja.  Sebab they olls pun baru bukak,  just focus pada western food only.  Nanti dah lama-lama bila dah steady dan ada sistem yang baik,  baru tambah menu.


Harga?
Satu meal adalah serendah RM5.  SANGAT MURAHLAZOH!

What u should try?
AKAK SANGAT REKEMEN U OLLS TRY NACHOS DIA!!

NACHOS YANG SEDAPLAZOH.
Waktu operasi  ?
Im not sure tapi........orang USM suka mai time lunch.

Parking?
Senang.  Depan Laili's ada kawasan parking yang besar.


Inilah Laili's :)
Lokasi  ?
Akak tak tau nak explain macam mana.  Ampa check it out Google Maps akak buat kat bawah ni.


View Laili's USM in a larger map


Sekian,  selamat mencuba u olls.

Karangan Anak Menakan I olls

Karangan anak menakan akak Hanna Mashita untuk peperiksaan akhir beliau baru baru ini.  Esei Bahasa Melayu dengan tajuk - Pengalaman yang paling menyeronokkan.  Dia pilih untuk tulis pengalaman pergi ke Johor untuk majlis persandingan akak dan En.  Khafi.

Ampa baca ni  :



Semua dia mention pasai dia seronok naik bas,  pergi tandas,  mandi air terjun,  makan ikan bakar la apa semua.  TAPI....DIA TAK TULIS PUN PASAI KENDURI AKAK KAWEN TU.  TAU TAK PASAIPA???  SEBAB DIA SEDIH SEBAB AKAK DAH KAWEN MASA TU AND AKAK NANTI KENA TINGGAL DUDUK KAT SITU DENGAN KELUARGA EN.  KHAFI.  Sebab masa tu,  dia tanya kat ibu dia "Ibu,  macam mana Mok nak duduk kat sini.  Semua kat sini hutan kelapa sawit saja,"

Anak menakan akak, Hanna Mashitah yang feeling sedih sebab dia tak sanggup nak tinggalkan makcik dia di sini. Dia kata kat mak dia "Macam mana Mok nak tinggal sorang-sorang kat dalam hutan ni. Kesian kat Mok," ;p

Tips Menggembirakan Hati Suami

Salam Mrs Jumie, 
Apa khabar :) Di sini saya ingin mengajukan soalan dan ingin mendapatkan pandangan Mrs Jumie memandangkan Mrs Jumie sudah berkahwin. 
  1. Saya baru sahaja melangsungkan majlis perkahwinan pada November yang lalu, sekarang saya sudah pun duduk serumah dengan suami saya, timbul persoalan sekarang kadang-kadang kenapa suami saya banyak mendiamkan diri seperti memikirkan sesuatu.
  1. Mrs Jumie tahu tak bagaimana saya ingin mengembirakan hati suami saya sedangkan selama ini suami saya seorang yang amat suka bermesra dan mengusik untuk bergurau, saya amat sedih memikirkan nya kerana saya amat sayangkan dia. 
Saya harap Mrs Jumie boleh memberikan pendapat untuk saya yang baru sahaja berkahwin. Terima kasih.

Yang benar,
Anonymous 

Watak pasangan suami isteri yang dilakonkan oleh Aimy Azmi dan Zool Ahmad dalam pementasan teater Cumbuan Dosa Semalam.  I olls akan ulasan kisah teater ini dalam blog tak lama lagi.  Make up effect by Jumie Samsudin.

Hello u olls,

Tahniah sebab u olls baru sahaja berumah tangga. Tapi why suami u olls mendiamkan diri? Pernah u olls tanya mengapa? I assume u olls tak pernah tanya lagi.

Sebenarnya, bila kita kawen…..360 darjah berbeza daripada kita berkapel. Kalau kapel dulu, semuanya indah u olls. Tapi bila kita dah kawen dan duduk serumah, segala maknena kebaikan dan keburukan sebenar terserlah bukan saja pada pasangan malah kepada diri kita sendiri.

Jangan gusar dan ikutkan perasaan sangat. Jangan jadi paranoid hanya semata-mata bila tengok suami u olls suka mendiamkan diri dan tidak suka bergurau senda dengan u olls macam before kawen dulu. Ampa dua-dua sedang melalui fasa ‘penyesuaian’ u olls.

Macam akak dan suami dulu, the first three months memang pedih dan menyakitkan hati. Masa nilah akak tensyen macam macam dengan En. Khafi. Dia isap rokok, tuala tak bergantung lepas di pakai dan En. Khafi pun sebenarnya tengah tensyen dengan akak sebab akak suka masak merapu-rapu yang kadang-kadang meloyakan tekak (tulah sebab akak duk feeling Nigela Lawson). 

Atas nasihat mak ayam akak iaitu Mama Zarina, kami buat satu ujikaji ringkas. Kami dorang kena tulis 10 benda yang kami suka dan tak suka tentang each other. Memang ujikaji ini amat berkesan. Banyak benda yang akak tau tentang diri akak selepas itu. Selama ni akak ingat En. Khafi selesa je dengan apa yang akak buat, rupa-rupanya benda yang paling akak tak sedari macam “CAKAP KUAT KAT TEMPAT AWAM” merupakan kelemahan diri yang En. Khafi sangat menyampah dengan akak.

Mungkin u olls boleh buat cara begini dengan suami u olls. Sebab sesetengah lelaki ni susah sikit nak bagitau masalah depa, EGO u olls. Tapi kalau kena dengan caranya, mesti depa boleh bagi kerjasama.

Antara tips lain yang akak boleh share dengan u olls adalah seperti berikut :

  1. First thing first, kebahagiaan sesebuah rumahtangga tidak terletak hanya di tangan seorang isteri. Dua dua orang kena give and take. We are a team.
  2. Tanya pasangan kita apa yang dia suka and buatlah apa yang dia suka. And tau jugak apa yang dia tak suka……SO JANGAN BUATLAH APA YANG DIA TAK SUKA.
  3. Dua-dua orang kena ada ‘masa dan ruang sendiri’. Tak boleh 24 jam berkepit. Tak dak kebebasan. Wehs……lelaki paling rimaih tau kalau pasangan dia mengongkong dia. Mungkin kalau dia terlalu sayang kat kita, dia boleh tolerate kalau kita style every 30 minit nak call dan SMS tanya whereabouts dia, tapi bak kata orang….macam main layang-layanglah…tarik-tarik lepas u olls. Jangan duk tarik saja.
  4. Hormat!! Hormatilah suami u olls di rumah dan di mana-mana sahaja. Especially depan family dan juga kawan-kawan dia.
  5. Sebagai isteri, u olls adalah menteri kewangan. SO KENA PANDAI JAGA DUIT. Jangan sat-sat duk mintak duit kat laki hang. Jangan suka membazir dan suka berhutang. Masalah kewangan yang kronik boleh merumitkan hubungan suami isteri dan boleh memberikan effect yang tak baik untuk anak-anak.
  6. Hubungan seks yang BAIK yang ni ampa dua dua orang kena berbincang dengan terbuka. Tanya apa yang dia suka and u olls juga kena bagitau yang u suka macam mana. Tapi ingat, seks yang baik juga melibatkan dua-dua pihak. Tak boleh satu pihak ja yang sedap. Masyarakat kita ni, kalau cakap pasai seks mesti ampa pun tau la apa ekspektasinya. SEMUA NAK KENA PERFECT. Hakikat, ada banyak aspek lain yang perlu kita utamakan seperti kesihatan, kebersihan, kerelaan dan kesediaan. 
Actually ada banyak lagi tips yang akak boleh share dengan u olls. Mungkin pembaca lain pun ada tambahan yang boleh they olls kongsikan bersama, yelah akak ni pun baru setahun lebih jer berkahwin u olls. Akak pun masih belajar J

Love,
Jumie Samsudin

Kita Hanya Nak Dengar Nasihat Yang Kita Nak Dengar


Hello u olls,

Kerlas tak tajuk yang I olls tulis ini.  Dengan segala hormatnya,  merujuk kepada perkara di atas…..memang KITA SEMUA HANYA NAK DENGAR NASIHAT YANG KITA NAK DENGAR SAHAJA.

The reason akak cakap ini adalah kerana akak nak kongsi pengalaman akak sendiri.  Bila u olls ada masalah,  siapa u olls pergi untuk luahan perasaan dan minta nasihat?  Suami?  BF?  Kawan?  Kawan baik?  Kawan kerja?  Mak?  Sesiapa pun…..tapi pernah tak u olls hadapi situasi ini  :
U ada masalah….u cerita kat satu orang iaitu KAWAN A.  Tapi  KAWAN A tu bagi nasihat yang tak menyedapkan hati u olls.  So u olls pi mintak nasihat dengan orang lain iaitu KAWAN B.  Dan orang itu pun bagi benda-benda yang menyedapkan hati u olls.  In the end,  KAWAN A dijauhkan kerana dia menyakitkan hati u.  Dan KAWAN B menjadi your new best friend…..walaupun hakikat….benda benda yang menyedapkan hati u olls itu mungkin bukan membawa kebaikan kepada diri u olls.



Haaaaaaaaaaaaaaaaaaa…………pernah tak u olls terfikir macam tu?  

Marilah kita sama-sama kita muhasabah diri.  Yes,  sapa yang nak dengar kritikan dan benda yang ‘buruk’ tentang diri sendiri.  SEMUA ORANG TAK MAU.  Tapi hakikat,  truth hurts u olls.  Akak pun sama.  Even sampai now pun…..kalau hang bagi kritikan dan bagitau kelemahan diri akak….AKAK MASIH SUSAH NAK TERIMA HAKIKAT.  Namun,  macam mana susah pun…Akak kena belajar untuk cope dengan benda tu.  Dan bila kita tau kelemahan kita,  dari situlah kita belajar untuk perbaiki diri kita dan cuba untuk jadi yang lebih baik.

Kalau kita tak mau dengar nasihat yang BURUK tentang diri kita.  Kita nak dengar nasihat yang bagus sahaja………………...in the end kita stuck dalam era yang sama sampai bila-bila.  And macam mana kita nak grow up?

Dulu ampa perasan tak kat blog akak?  Akak tulis macam ni…..ANON-ANON YANG TULIS KOMEN ADALAH SAMA MACAM THEY OLLS YANG BALING BATU SEMBUNYI.  Lebih kurang macam tu la.  Tapi,  kawan baik akak Asmaa telah tegur akak.  Dia kata…actually cara akak tu salah.  Sebagai seorang blogger akak kena bersikap terbuka.  Akak tulis apa yang akak rasa benda tu betul.  Tapi orang lain yang ada nilai-nilai hidup dia sendiri mungkin tak setuju dengan pendapat akak.  Walaupun orang itu ANON,  tapi orang itu ada point dia sendiri. 

Kak Asmaa juga tegur dan nasihat akak sebab akak suka maki-maki balik depa yang suka komen ANON kat blog akak.  Kak Asmaa kata,  akak ni macam poyo ja macam tu and macam blogger murahan yang suka bergaduh dan tak boleh bertoleransi dengan perspektif orang lain.

Mulanya akak marah dan terus mendiamkan diri.  Akak sentap sangat bila kena teguran macam tu.  Akak rasa macam Kak Asmaa ni saja-saja nak bagi akak pereng dan dia cuba suruh akak jadi orang lain yang BUKAN DIRI AKAK YANG SEBENAR. 

Akak amik masa lama juga untuk digest apa yang Kak Asmaa cuba untuk berikan kepada akak.  Alhamdulillah…walaupun susah lani akak dah berubah (I think).  Akak dah tak berapa pereng kalau orang komen secara anon dan in fact,  kalau ada orang yang cuba berikan komen yang bercanggah dengan pendapat akak,  akak lebih relaks dan secara otomatik ‘berkata’ kepada orang itu “Thank you so much for your comment.  U tak salah,  and I pun tak semestinya betul.  I sangat hormati perkongsian u olls,”. 

Kalau u oll perasan dah setahun lebih akak tulis kat blog akak pada ruangan sebelum komen iaitu  ‘Selamat mengomen.  Untuk lebih lanjut,  boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com
Thank you Asmaa and Nonie and Aishah too. 

Ada banyak lagi contoh lain yang lebih kurang sama dengan situasi ini.  Berlaku pada diri akak dan juga teman-teman yang lain.  Begitu juga kepada u olls yang pernah menghantar soalan dan luahan perasaan kepada akak di blog ini.  U olls minta tolong akak berikan pendapat dan nasihat.

 Semestinya,  akak jawab seikhlasnya dan mungkin JAWAPAN,  NASIHAT DAN PENDAPAT AKAK bukan sahaja menyakitkan hati u olls malah membuatkan u olls sangat-sangat tersentap dan tidak mahu membaca blog akak lagi. 

Tepuk dada tanya selera u olls.

Sekian.

Yang ikhlas,
Jumie Samsudin

Kerja Kerajaan vs Kerja Swasta

Salam..hi! Kak Jumie... 
Saya nak buat luahan hati pasal keje gomen vs keje swasta.

Saya ni keje swasta. Alhamdulillah gaji ok, ada bonus,medical claim ok..siap beranak pun depa sponsor..gomen ada? hehe…..sorry orang gomen.

Nak dijadikan cerita, ada la sorang dua orang pakcik and makcik di sekeliling saya obses sangat dengan orang yang keje gomen ni. Saya tau la memang bagus keje gomen. Ada elaun, senang nak buat loan etc...Tapi perlu ke diorang nak memperkotak-katikkan saya yang keje swasta ni? Siap cebik2 muka ala2 menyampah kalo tanya pasal keje saya. Hmm, diorng tu Tuhan ke boleh tentukan berjaya or tak orang tu berdasarkan keje gomen or keje swasta?

Sebenarnya saya tak kisah sangat, tapi taktau camne nak ajar mulut jahat diorang tu. Annoying sangat!! Tolong Kak Jumie.... 
Yang benar, Lana

Wasalam,

GITUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU nak ajar orang yang mulut jahat. Mulut sapa? Mulut hang pun jahat jugak. Kondem orang kerja GOMEN macam I olls. Hey…lupakah marhayam JUMIE SAMSUDIN pun kerja USM (berkanun….tapi kerajaan la u olls. Sebab kami termaktub kepada polisi dan akta yang sama). Sedap-sedap mulut ja kata GOMEN ADER??? Waaahhhh kerlas hang kan.

Okay akak malas nak pereng (marah) lebih-lebih. Actually hang tak sedar yang sebab hang ditekan oleh anasir negative makcik dan pakcik hang, so hang pun turn out jadi seorang yang negative dan suka mengkondem orang. Sedar tak u olls?

Tapi tak mengapa. Actually to be frank u olls…..tak dak bezanya kerja kerajaan ataupun kerja swasta. As long as kita happy dan ikhlas dengan apa yang kita buat insya Allah, Tuhan akan aturkan rezeki kita yang sebaiknya sebagai membalas apa usaha yang telah kita lakukan untuk institusi kerja kita.

Kalau akak nak compare kerja kerjaan lagi bagus…or kerja swasta lebih bagus….SOOOO depa-depa yang kerja kat stesyen minyak? Tukang bawak santan? Assistant kedai pengantin? Pembantu kedai makan? Tukang amik bayaran parking?..Depa tu semua tak bagus ka? Depa pun usaha dan kerja kuat.

Akak tak pernah kerja dengan badan swasta, tapi akak ada ramai kawan yang kerja swasta. Kerajaan or swasta, kedua-duanya ada ‘kelebihan’ pada sesetengah part….tapi ada juga ‘kelemahan’ di bahagian tertentu.

Kalau kerja swasta ada macam-macam benefit…..gaji besar dan paling meletops ada perlindungan kesihatan yang sangat mewah….tapi…..AMPA KERJA BANYAK HAZAB SAMPAI SATU HARI KERJA 12JAM……PASTU BANYAK DUE DATE DAN KENA FOLLOW KPI….Haaaaaaaaaaaaa??? Macam mana? Betui tak?

Kalau kerja kerajaan, gaji (Alhamdulillah….lani kerja kerajaan gaji meletops ya) tapi kita mungkin tak dapat pembiayaan rawatan kesihatan kat hospital private tapi yang penting…..tapi kerja kita….ada seasonnya. Sometimes busy gila….sometimes relaksssssssssssssssss. Pastu bila ada kursus or apa-apa bengkel……..nenjiaaaaaaaaaa kita nanti spend macam-macam untuk habiskan perutukan tahun tu. And dapat duduk hotel meleppss-melepss. Okay what????

So apa yang akak nak kata adalah………………..buat apa hang nak buang masa melayan negativity yang disalurkan oleh makcik dan pakcik hang yang hidup dalam dunia ke-tiga itu sedangkan hakikat yang hang perlu focus adalah….MACAM MANA HANG NAK PASTIKAN AGAR PENCAPAIAN KERJA HANG SENTIASA MENINGKAT DARI SEMASA KE SEMASA? MACAM MANA NAK NAIK PANGKAT? MACAM MANA HANG NAK BAGI SUMBANGAN LEBIH KEPADA SYARIKAT HANG KERJA NI…SUPAYA IN THE END KEUNTUNGAN TU DAPAT BALIK KAT HANG!!!

SAMALAH DENGAN KERJA KERAJAAN. Walaupun kerja kita tidak berpaksikan kepada ‘keuntungan’ tapi kita kena juga pikiak macam mana kita nak pastikan agar kerja kita tak tertangguh, senang nak capai maklumat dan menjadi staf yang bermaklumat, create system kerja yang selaras dengan kemudahan dan teknologi sedia ada. Jangan terkejut ya, kalau pegawai pegawai tinggi di jabatan kerajaan….NAK ATTACH FAIL DALAM EMEL PUN TAK RETI. Apatah lagi nak compressed fail besar untuk hantar dalam emel dan sebagainya? And this people yang duk menggesa dan menggalakkan semua staf untuk menjadi kakitangan yang multi tasking….tapi hakikat?????

So kata mana pun u kerja…itu tak penting. Apa juga tohmahan dan pendapat orang lain terhadap kerja yang u suka buat….LAGILAH TAK REVELAN. Yang penting, bila kita buat kerja………buatlah kerja elok-elok. Cuba untuk jadi aset company, bukan liability.

So now, I rest my case.

Love,

Jumie Samsudin

TARGET NAK DAPAT ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG UNTUK TAHUN 2012 dan 2013.

Teater "Ini Rumah Kita" di Taman Budaya, Pumpong Alor Star


Sebuah karya yang memenangi tempat pertama Sayembara Menulis Skrip Drama Pentas DBP 2011 karya Aina Nabila Ahmad, arahan Senibayan akan dipentaskan pada 24 dan 25 Disember 2012 di Auditorium Taman Budaya Pumpong, Alor Setar, Kedah. Karya yang berkisar tentang kemanusiaan, kecintaan dan kasih sayang di sebuah rumah orang tua-tua...Kisah mereka yang pernah disisih oleh anak-anak sendiri...

Teater "INI RUMAH KITA" anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, Angkatan Budaya Balik Pulau (ABAD), Persatuan Penggerak Warisan Budaya Negeri Kedah (AKRAB ) dengan kerjasama JKKN negeri Kedah.

Tarikh  :  Isnin dan Selasa,  24 dan 25 Disember 2012
Masa  :  8.30 malam
Tempat  :  Taman Budaya,  Pumpong Alor Star Kedah
Tiket  :  RM10

Semua dijemput hadir !

Rumah ini...
Rumah yang berlantai duka, berbumbung cintadi sini kita tertemukan jernih kalbudan sejuk rindudan anak-anak yang pernah jijik melihat tua kitarumah ini ada darah dan zuriat yang berbezatapi budinya amat menjanjikanharum kasturi, wangi firdausi

Pertandingan Karaoke Lagu-Lagu P Ramlee & Saloma sempena Pesra Rakyat P. Ramlee, Balik Pulau, Pulau Pinang


Sesalan Seorang Gadis Selepas Membuat Seks Sebelum Nikah

Dear Kak Jumie, 
Saya baru je pas putus dengan mamat ni. Punca putus sebab dia ada perempuan lain. Saya sangat marah dan terkilan dengan mamat ni. Saya dah kapel dengan dia 4 tahun setengah dan kami telah melakukan hubungan seks selama 3 tahun!!! Yang paling saya marah sebab dia dah janji nak bertanggungjawab tapi akhirnye dia tinggalkan saya. 
Kami juga dah plan nak bertunang and kawen next year. Saya juga dapat tahu yang dia dah buat seks dengan perempuan tu. Selama 2 bulan dia dua kan saya dan dia “main” dengan 2 perempuan dalam masa dua bulan!!! Betul2 tak guna punya jantan.. 
Saya memang dah taknak fikir pasal dia. Cuma saya risaukan masa depan saya..ada ke laki nak terima and kawen dengan saya. Saya memang dah taknak dia tapi dalam masa yang sama saya nak dia bertanggungjawab atas segala perbuatan yang telah dia lakukan kepada saya. Saya harap Kak Jumie dapat memberi pendapat dan nasihat kepada saya. Terima kasih sangat2 kerana sudi baca luahan saya. 
Farra Niya



Dear Farra,

I REALLY FEEL YOU. Kalaulah akak ada kuasa majik yang tersangat hebat di dunia yang fana ini, akak akan mencari sapa jantan durjana itu dan akak akan siat-siat batang pelir dia. Tapi like u said, kita jangan pikiak pasai dia lagi. This is your life….tak bermakna hang dah buat salah sekali…….HANG DAH BERSALAH SAMPAI MATI. Lagipun, manusia mana yang tak pernah buat salah?

Apa saja yang kita buat dalam dunia ini, kita kena buat dengan rasa penuh tanggungjawab. Akak tak mau cakap pasai hokum hakam agama. Dosa dan pahala. Neraka dan syurga. Tu semua kerja Tuhan. Tapi kita sebagai maknusia, apa pun kita nak buat kat dunia ni………kita kena bertanggungjawab kat diri kita dan tidak menganiayai orang lain.

Sesetengah orang boleh kata, tepuk sebelah tangan tak menjadi u olls. Betul tak? Alaa…depa yang duk kata tu semua…macam lah tak pernah jadi orang muda. When its on, ITS ON! Jantan, kalau depa nak purkis…..apa pun depa sanggup buat. Tapi selalunya kita ni sebagai wanita, hanya bermodalkan air liur….NENJIAAAAA…..Kita bagi segala-galanya.

Tapi ini bukan masanya untuk kita focus kepada masalah (iaitu jantan haprak itu) sebab akak percaya…kalau dia pernah buat dajai kat hang dan perempuan lain, lambat laun dia akan buat dajai kat perempuan (bini) baru dia pulak. It will never ends u olls. Sebab jantan sunyi macam ni, depa tak akan pernah puas. Hidup depa adalah untuk TRY TRY TRY dan TRY. Bila depa try pompuan baru dan depa rasa depa boleh dapat……maknanya macam depa ni ada satu power yang baguih. Kat situlah depa dapat keyakinan diri. Sedihkan nasib jantan sunyi macam tu?

Now u olls kena focus pada penyelesaian. Iaitu….apa nak buat pada diri u olls? U rasa takut dan rasa rendah diri dengan apa yang u dah berlaku pada diri u sekarang. U rasa macam u dah tak sama taraf dengan perempuan lain.

  1. Please jangan rasa rendah diri kerana u olls sudah tidak dara. Siriesly akak cakap, virginity tidak menjanjikan kebahagiaan rumah tangga. Ada banyak lagi factor yang main peranan untuk menjamin rumah tangga yang bahagia (in fact….mana ada rumah tangga yang sempurna u olls!) Kecacatan di sana sini yang membuatkan sesebuah sesebuah rumah tangga tu ‘perfect’ dalam caranya sendiri.
  2. Jangan hilang harga diri. Hanya sebab u olls dah pernah terlanjur dengan seseorang dan u olls telah hilang dara….so u terus hilang harga diri dan tak respek diri u olls langsung. Jangan mudah ‘menyerah’ kepada insan lain. Yang dah berlaku…biarlah berlaku. Tapi kalau u olls nak relakan ianya berlaku lagi….u kena buat dengan penuh tanggungjawablah. Jangan duk complain pulak lepas ni “SEMUA LAKI YANG KAWAN DENGAN I…..HANYA NAK MAIN JA DENGAN I…..DEPA TAK MAU SIRIES PUN DENGAN I,” Dah hang kuat ‘menyerah’ …….kucing mana tak tolak friskis percuma?

    Like I said before, jantan bangsat will do anything for a piece of pukis u olls. Lepas dapat pukis, depa boleh pusing macam macam cara untuk buang kita macam tu ja. Sebelum ‘mendapat’ depa sanjung kita macam BINI FIRAUN. Lepas dah dapat….dia buat kita lagi teruk daripada kucing kurap. Apatah lagi kalau dapat yang SEDIA BERKHIDMAT? Aiiyooo…

    So hang kena kuat u olls! Tak bermakna hang terpedaya sekali….hang kena terpedaya selama-lamanya. U sendiri yang paling berhak untuk meletak harga pada nilai diri…bukan orang lain. Kalau hang sendiri yang ‘hilangkan’ harga diri itu……siapa lagi yang nak tolong hang?
  3. Jangan risau pasai jodoh. Allah ni maha besar u olls. Hang kena sentiasa berdoa dan PERCAYA dengan qada dan qadar tuhan. Kalau hang betul betul ikhlas nak mencari seorang suami yang boleh terima hang seadanya, doalah banyak-banyak. Allah dengar doa kita. Tambah-tambah doa orang yang teraniaya. Bumi Allah ni luas. Kalau hang betul betul percaya dan yakin dengan kuasa Dia…..cinta tu akan mai tampa hang sedari. Apa pun, always be true to yourself. Jangan buat naya kat orang lain. 

Itu sahaja yang akak mampu share dengan u olls. Sebab tulah akak selalu pesan kepada adik-adik akak semua, straight or LGBT….kalau nak buat seks. Buatlah dengan keadaan yang betul-betul ready.

Akak akan sentiasa doakan kebahagiaan hang dunia dan akhirat. BE STRONG BEBEH! Ingat tu, hanya hang sorang yang boleh jaga ‘purkis’ dan ‘hati’ hang sendiri….so jangan senang-senang bagi kat orang!

Love,
Jumie Samsudin
Lambang Kecantikan

Nanti Akak Terangkan Ya.....



Terima kasih Dik Linda,

Hang pi tanya mak hang pasaipa.  Haruslah dia marah.....bukan sahaja (mungkin) sebab dia tak tau...ataupun dia paranoid takut anak dia LGBT puloppss!

Nanti akak bagi penjelasan dengan cara akak ya.  

Tapi apa pun,  hang kena buat research sendiri la....banyak membaca dek non.

Emel dari Insan Keliru

Kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!

Akak pun confuse ni.......hang nak tanya akak ni dulu janzzz......maknanya dulu janda ataupun dulu jantan?

*Pose dan terus ketwok ke belakang pentas.  

OKAYTHANKSBYE

Soalan Panas daripada HunnyBee

Salam Jumie,  
Di sini saya ada beberapa persoalan yang ingin saya minta saudari bincangkan, jelaskan, terangkan, huraikan, tindakan dan saranan dengan lebih berhemah dan intelligent. Maaf andai penulisan saya serabut sebab saya bukan seorang penulis yang baik :)

Wasalam,

Wowww....u olls...kerlasnya bahasa dan juga penulisan u olls. For the first time akak rasa macam happy sangat sebab u ols tak guna perkataan short form langsung. Thank you so much. Soalan-soalan yang u olls berikan amat menarik untuk dijawab. Walaupun i olls agak sibuk kebelakangan, tapi emel seperti u olls ini yang membuatkan i olls rasa happy untuk menjawabnya.

Soalan 1  :  Mengapakah perlu ibu bapa melihat kebahagiaan anak2 dengan menyuruh mereka berkahwin? Mungkin anak2 ada alasan tersendiri mengapa mereka tidak mahu berkahwin dan biarkanlah andai itu yang membahagiakan mereka, daripada kelak tidak boleh memberikan komitmen dan kebahagiaan kepada pasangan, hanya nak melunaskan permintaan ibu bapa

Pada pendapat akak, tidak semua ibu bapak nak tengok kita kawen u olls. Not all. Akak kenal ramai ibu bapa yang walaupun datang dari generasi yang berlainan (generasi belajar kat menulis guna kalam…ampa tak tau kalam tu apa ampa pi tanya kat mak ampa) tetapi Alhamdulillah mereka ini mampu untuk ‘bergerak’ seiring dengan kehendak dan cara hidup orang zaman sekarang. Dulu-dulu orang tua bagi anak depa kawen awai, sebab depa nak bagi anak depa hidup berdikari. Kalau tak kawen lagi, maknanya mak bapak masih nak kena tanggung hidup si anak tu. Orang dulu-dulu kan susah….

Zaman sekarang ni, dah lain u olls. Nak kawen ja dah kena siap berpuluh ribu ringgo. Lepas kahwin….haaa….lagi banyak duit nak kena pakai. Sesetengah parents dah faham, kalau anak dia tak ready nak kawen (lebih selesa hidup sendiri), so depa tak mendesak apa pun. Tapi kalau tengok anak depa, rumah ada, kerja baguih, pastu ada marka sempoi punya duk merendek sana sini….of coz la depa akan tanya….”Ampa ni duk berdating ja…..bila nak menikah. Nanti apa kata orang,” Dalam soal tu…..akak tak salahkan mak bapak. Akak salahkan si anak-anak yang gedik yang duk berkepit sakan mengalahkan orang menikah.

Gambar katun ini diamik dari website pakarcinta.com.


Tapi ada sesetengah ibu bapa yang ‘terlalu akur’ dengan ‘kata orang”. Just sebab anak depa duk berkepit sana-sini, depa dah gaduh suruh anak depa menikah. Padahal anak depa tak ready langsung. (Anak pun mengheeelaaa takleh nak haling dah). Tapi paling menyedihkan kalau ada mak bapak yang paksa anak depa kawen just sebab anak orang lain dah sibuk menikah kenduri kendara meletops letaps…..so depa pun nak suruh anak depa kawen jugak sebab depa pun heboh nak lawan buat kenduri lagi sempoi. Semuanya kerana sesetengah ibu bapa ini turut tertekan dengan ‘apa orang kata’.

So, pada pendapat akak actually tak semua ibu bapa suka mendesak anak-anak untuk cepat cepat berumah tangga walaupun terkadang itu depa amat menyedari yang anak depa tak ready untuk berkawen, tapi kalau ada ibu bapa yang berkehendak sedemikian….bergantung kepada anak tu sendiri untuk handle perkara ini. Pada pendapat I olls, walaupun kita diajar untuk menghormati dan menyayangi ibu bapa kita, tapi pada masa yang sama kita kena sedar….INI HIDUP KITA. Sampai bila kita nak grow up as an individual kalau setiap keputusan besar dalam hidup kita ditentukan oleh orang lain…..


Soalan 2  :  Buat ibu bapa di luar sana yang dapat mengesan anak adalah seorang LGBT, adakah dengan memaksa mereka berkahwin akan membuatkan mereka kembali normal? Pada saya usah dipaksa menjadi straight dengan berkahwin, ia akan memburukkan lagi keadaan. Cubalah fahami sedalam2nya bagi mencari penyelesaian kepada permasalahan anak itu, bukan menambah lagi kekeliruan mereka. 

Betul, akak juga berpendapat begitu. Tapi u olls selalunya, ibu bapa yang sedar anak depa LGBT tapi tetap nak paksa anak depa kawen…sesungguhnya depa tu semua adalah orang-orang yang hidup dalam penafian/indenial. SEBAGAI IBU DAN BAPA yang membesarkan anak depa dari sekecik-kecik 2 kg….sampailah dah besar 80kg dan ke atas….takkanlah hang ‘tak kenal’ anak hang macam mana. Kan……………..kesian Kak Som dipaksa kawen juga dengan Tijah. Merana Kak Som…..merana lagila Tijah.

Gigi Chao anak taikun hartanah dari Hong Kong. Gigi Chao adalah seorang lesbian. Tapi bapak dia Cecil Chao Sze-tsung menawarkan HKD500 000 kepada mana-mana lelaki yang sanggup stret-kan Gigi dan kawen dengan Gigi.  Gitu.  Contoh en-denial yang sangat tegar.


Soalan 3  :  Bagaimana jika suatu hari saudari mendapati anak saudari adalah seorang LGBT, atau termengandung anak luar nikah (mintak simpang 44 malaikat). Apakah saranan yang boleh diberikan kepada anak2 LGBT selain memarahi, memaki hamun dan memaksa berkahwin?

Soalan ini amat menarik sekali. Dulu, I olls pernah tanya my gay friends “Nok, apa perasaan hang kalau hang dah kawen nanti, hang ada anak..tapi anak hang gay…..macam mana?” U know what my friend said? “I will and never ever want my son to be gay…..sebab aku tau susahnya jadi gay ni,” Kerapkali media barat menggambarkan sesetengah ibu yang sangat sangat teruja bila tahu anak depa gay. Siap terus ajak anak depa pi shopping semua. Gitu. I olls juga terbayang macam tu u olls…tapi tak semua gay ada taste yang kerlas ya….hahaha…ada juga gay yang taste kamfung. GITUUUU FEELINGNYA KAK ZAH.

Kalau suatu hari nanti, saya ada anak….dan saya tau anak saya gay, first sekali saya tak akan tanya dia apa-apa. Bila dia ready….biar dia sendiri yang akan bagitau saya. Dan apabila dia bagitau, well of course sebagai seorang ibu takkan saya terus-terus nak buang dan hina dia. KASIH SAYANG IBU LAIN KUASANYA….Dan mungkin dari situ, I olls akan cuba sebaiknya untuk menjadi orang yang paling close untuk anak I olls. Apa juga dia nak ceritakan, I olls akan cuba untuk jadi pendengar terbaik.

Terlalu radikal untuk keluarga Malaysia?  


Akak bersyukur kerana akak dikurniakan sahabat-sahabat LGBT yang tak pernah rasa kekok untuk kongsi kegembiraan mahupun keperitan hidup mereka kepada akak. Tahukah u olls, ada sesetengah kes gay mempunyai keinginan seks kepada jantina yang sama kerana mereka telah diliwat atau menjadi mangsa gangguan seks oleh lelaki yang selalunya………adalah AHLI KELUARGA ataupun KENALAN KELUARGA terdekat pada usia mereka belum akil baligh. Kalau itu yang berlaku kepada anak akak….akak nak carik sapa jantan tu dulu dan akak potong kote dia. SIRIESS!!!

Tapi kalau ‘kehendak’ itu datang sendiri (only God knows why) and anak akak cakap dia masih virgin…….(syukur) akak akan cuba berikan dia kekuatan yang sekuat mungkin. Tak semestinya seseorang yang gay kena buat seks baru dia lengkap sebagai seorang gay (itulah yang akak selalu pesan kat teman-teman gay akak yang masih virgin…..only do it when u are ready). And yang paling penting sekali, sebagai seorang gay dia kena tau hidup dia teramatlah mencabar. Akak nak dia bertanggungjawab atas semua tindak tanduk dan kelakuan yang dia nak ambil. Kerana at the end of the day, ini hidup dia.

U olls harus baca review akak tentang cerita Juno di sini  :  [Movie of The Month] Juno


Bagaimana pula kalau saya tau yang anak saya mengandung anak luar nikah, well well well well. Untuk pengetahuan HunnyBee, saya ada banyakkkkkkk pengalaman mengenai perkara ini. Apabila seorang gadis mengandung anak luar nikah, selalunya siapa yang dipersalahkan?? SI GADIS KAN??? So si jantan pi mana?

Seikhlasnya saya cakap, saya dah tolong beberapa gadis yang termengandung luar nikah. Alhamdulillah, bekerja di USM ni, I olls kenal ramai orang-orang baik dan banyak info berguna. Tahukah u olls bahawa kat Malaysia ni kita ada banyak NGO yang membantu kes-kes macam ni. Depa sediakan tempat tinggal, depa tanggung kos kita mengandung dan melahirkan anak dan paling meletops sekali, kalau kita tak mau baby tu….depa akan uruskan untuk dijadikan anak angkat kepada keluarga yang layak. Rumah-rumah istimewa ini handle the girls like HUMAN BEINGS bukan macam penjenayah ya….

Tapi kalaulah perkara ini berlaku kepada anak saya sendiri, I WILL NEVER EVER EVER EVER halau anak saya dan suruh dia duduk di rumah kebajikan. DAH LAH ANAK SAYA TENGAH RAPLAH DAN GUNDAH GULANA KERANA MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH, PASTU RASA TERAMAT TAKUT DENGAN TOHMAHAN MASYARAKAT……TAKKAN SAYA NAK HALAU ANAK SAYA MACAM TU JA DAN HIDUP MEREMPAT.

Walau apa juga keputusan yang anak i olls nak buat dengan hidup dia,  sebagai parents i rasa the best is to well informed dia tentang semua keputusan yang dia nak amik.  Apa risiko dan apa kebaikannya.  Biarlah dia sendiri yang buat keputusan.

Yes, u olls boleh kata yang I ni feeling American sahaja. Feeling cerita “JUNO”. Tapi no no no no. I olls perempuan dan I olls betul betul boleh faham sengsara seorang gadis yang pernah mengandung tanpa nikah. Herdikan keluarga, BF tak bertanggungjawab (selalunya), tiada hala tuju dan macam-macam lagi. I olls dah handle beberapa case tapi tak boleh nak diceritakan di sini kerana ini adalah rahsia u olls. Bernikah hanya semata-mata untuk ‘menghalal’ anak itu……..tidak menjanjikan apa apa bahagia. Ada macammmmmmmmmmmmmmmmmm macammmmmmmmm lagi yang dia boleh kecapi sebelum dia betul-betul bersedia untuk settle down. And kalau dia nak lahirkan anak itu dan terus menjadi ibu kepada anak itu…..WHY NOT!!!!

Dan of course, selepas apa yang dia lalui (kesusahan) pastinya dia akan LEBIH MENGERTI untuk menghargai diri dan hidupnya. Dengan sokongan dan kata-kata semangat daripada keluarga, pastinya anak gadis itu akan membesar menjadi seorang wanita yang lebih STRONG.

Kalau u olls kenal sapa-sapa yang mengandung anak luar nikah, please-please-please………JANGAN BUANG DIA. Kerana mengandung anak luar nikah bukanlah hukuman mandatory untuk seorang gadis.

Soalan 4  :  Kenapa manusia berfikir untuk mengecap kebahagiaan perlu berkahwin. Kenapa? Hidup single takkan layak untuk bahagia ke? Bukankah kebahagiaan itu terletak di tangan individu itu masing2, dengan izin dari-Nya.
Entahlah….i olls tak tau nak jawab macam mana. Banyak udang banyak garam kan….banyak pondan banyaklah kaknamnya…gitu! Tapi betul, I olls sentiasa mengingatkan perkara ini dalam my blog ----kawen bukan jawapan kebahagiaan. Kawen hanyalah perpindahan ke sebuah dunia lain!!!


Soalan 5  :  Kenapa perlu orang kita perlu mencemuh orang yang tak kahwin, kahwin lambat and so on? Kenapa orang kita terlalu busy body? Lom kahwin tanya bila nak kahwin. Bila dah kahwin tanya pula bila nak dapat anak. Adakah mereka tidak tahu bahawasanya rezeki, hidup, mati itu semua di tangan Allah. Kalau boleh order dah lama order sama Dia, esok aku nak anak macam rupa Suri atau Maddox, boleh camtu? Atau kita boleh pergi shopping ke mana2 mall untuk mendapat isteri/ suami? Tak kan? So why bother so much?
Thanks, 
HubbyBee  

Orang-orang macam ni biasanya adalah orang yang ‘takdak life’ ataupun ‘takdak erti hidup’. So disebabkan depa takdak erti hidup….depa mai la menyibuk life orang lain. So kenapa u olls nak risau dengan orang-orang takdak life ni? Kenapa u olls nak buang masa fikir tentang depa? Lihatlah macam mana negativity mereka telah meresap dalam hidup u olls. Be strong and keep your chin up. I olls dah laluinya………….and siapalah I olls ini. (sekadar bekas Miss Venezuela 2003….gituu!)….im sure u olls adalah jenis orang yang ‘ada erti hidup’. Pi melancong, pi menulis, pi belajar new hobby, pi buat amal jariah, pi la buat apa-apa pun…just keep busy…Cuma jangan pikiak pasai orang orang yang ‘takdak life ni”

Sekian saja celoteh dari I olls. Siapa pun u olls, lelaki atau perempuan, ITS YOUR LIFE!!! Takdak sapa yang boleh jaga hati kita selain kita sendiri.

Love,
Jumie Samsudin
Lambang Kecantikan

Teater "Orang Minyak-Jangan Pilih Pintu Belakang" by

Please click on the picture for larger view.
Persatuan Teater Resdong's dengan kerjasama Pusat Pengajian Seni USM dan Dewan Budaya USM membawakan teater bertajuk  "Orang Minyak-Jangan Pilih Pintu Belakang" di bawah arahan dan skrip dari Abu Mamu Rajalawak.

Menampilkan pelakon tempatan seperti Mamak Cuit, Shazli Cuit, Azmir Cuit dan Sheikh Skema.

Teater ini akan diadakan pada :

Tarikh  :  Sabtu dan Ahad,  29 & 30 Disember 2012 
Masa  :  8.30 malam
Lokasi  :  Dewan Budaya USM.

Pas masuk RM10. 

Untuk pertanyaan juga untuk mendapatkan Pas Masuk hubungi: Hasrol(Lanun) 012-5618434 / Murshid 017-4268005.

Click here  :  Official Facebook Teater "Orang Minyak-Jangan Pilih Pintu Belakang" 

Emel dari Seorang Lelaki Bisexual

Hello u olls semua,

Hari ini akak nak share dengan u olls satu emel panjang daripada seorang pembaca blog Jumie Samsudin yang menceritakan tentang hidup dia sebagai seorang bisexual. Akak tak edit apa-apa pun kandungan emel beliau sebab akak rasa, dah cukup elok penulisan beliau ini.  Cubalah baca dengan hati yang terbuka.  Akak mohon u olls semua cuba mengerti dan cuma menghormati,  jangan sesekali menghukumi.  Hukum-hukum ni semua bukan kerja kita u olls.

Kepada u olls wanita-wanita pompuan heteroseksual,  yang dah kawen,  yang belum kawen,  yang ada BF ataupun yang masih single.......bukalah mata u olls.  Dunia ini luas.  Akak bukan nak menakut-nakutkan u olls tapi at least u olls kena terima 'kewujudan' ini.  Kenapa dan mengapa?   Jangan duk feeling yang hidup ini hanya diri u olls semata-mata.  Kerana cerita ini adalah cerita betul.  Bukan FIKSYEN!

Komen dan respons daripada u olls semua amatlah akak hargai.

ps/  Thank you to Ritz for sharing this.



Salam Puan Jumie,

First sekali saya nak cakap yang saya ni memang avid reader of Puan Jumie nyer blog sejak dulu lagi, saya tak penah miss setiap article yang di post kan oleh Puan Jumie walaupun article tu pasal mekap ke ape...lately ni saya selalu baca post Puan Jumie pasal kehidupan dan kesusahan kawan-kawan PLU sekalian....disebabkan itu saya terdorong untuk menulis email ini kepada Puan Jumie tentang kehidupan saya dengan niat mungkin ia dapat membantu mereka yang bermasalah di dalam dunia PLU ini, mula-mula biar saya intro diri saya dulu, nama saya Mohamad Ritzuan Kairuddin, berumur 29 berasal dari negeri di selantan semenanjung dan saya ada seorang Bisexual. Saya hendak stress di sini yang saya ni betul-betul Bisexual dari aspek yang saya memang tertarik kepada lelaki dan juga wanita (kasar bahasa, kira saya ni stim tengok Chris Evans shirtless atau Lindsay Lohan posing dalam Playboy...hahaha) so ini lah story saya.

SELF-DISCOVERY

Saya mula-mula rasa yang saya ni different pada umur saya 13 tahun, kira once saya masuk puberty.  Saya rasa yang ada something wrong skit, kalau time dengan kawan-kawan sleepover kat rumah diorang,  member sorang akan sneak-in bawak porno VCD dia curi dari abang dia, masa tengok tu kawan-kawan lain semua syok tengok perempuan tu, tapi saya rasa attracted to both...macam tak tau mana yang patut saya tengok...so, of course I was scared....time tu saya takde sapa yang saya boleh tanya. 
Jadi saya research lah sendiri about homosexuality and stuff....dalam masa setahun tu saya agak takut jugak...sebab takut saya ni gay and macam mana it is against our religion...saya fight and fight nak hide my feelings, tiap-tiap kali saya solat saya mesti saya Tanya diri saya “Ya Allah, kenapa buat diri saya macam ni...”  So, one day masa umur saya 15 tahun, saya ingat lagi...saya ada mimpi about a random person saya terjumpa kat tepi laut...dia datang kat saya dan berborak....then last sebelum dia pegi dia cakap “Accept who you are.....terima lah diri sendiri seperti anda dilahirkan...”. The next day tu saya research about Bisexuality and more detail lagi about Homosexuality.....after that I have come to the fact that I am born a Bisexual.....because I agree that Homosexuality is not something we can choose or a lifestyle choice.....it is imprinted in your DNA and you are born with it.....kita tak boleh help it if kita dilahirkan begini....so, from that day on, I accepted my fate, dari saya seksa diri nak be who I am not.

LOVE, SEX & RELATIONSHIPS

Now since I dah accept diri saya as a Bisexual, doesn’t mean that everything is hunky-dory....ada jugak suka-duka yang saya terpaksa lalui,  let me tell you about my personality....saya ni boleh dilabelkan sebagai Straight Act kot tapi saya bukan jenis yang belagak macho atau terlebih over ke ape....saya just be normal je, some people tengok saya kata confirm saya ni 100% straight ada jugak kata yang saya ni Gay, ada jugak yang confuse...tak sure....for me I just say, let them think whatever they want...as long as tak menyusahkan saya atau ape.....I am happy...when comes to relationships saya memang equally dated Men and Women......ok ni nak masuk teratori 18sx skit but don’t worry Puan Jumie, nothing too detail....hehe. 
When it comes to sex....I’ve tried it all....saya Top dan juga Bottom....this is something interesting to me lah, di sebabkan saya bisexual and penah di bottomkan...it made me a better lover to women....frankly speaking, when I make love to a woman, I know how certain stuff can make them feel good or feel pain sebab I know how it feels to...tu yang I think yang buat I rasa being a bisexual tu its not a bad thing. Bak kata my friend yang PLU...”Awak tu bukan Bisexual.....tapi BIFlexual....semua ko nak balun!” hehe. 
But ada jugak yang tak best jadi Bisexual....when it comes to Love. When you are a Bisexual you have a choice of loving everyone or anybody......I have been in love with a man and a woman.....my heart have been broken so many times and I have broken many hearts to....so, how do you choose? If you are in love with your boyfriend should you tell him that you also like girls? Or Vice-versa with your girlfriend? Ada one traumatic event yang saya tak akan lupa sampai bila-bila. 
Umur saya dalam 22 tahun and I was in love with my girl name Sheena and I was in love with my boy Khai (nama sebenar telah ditukarkan...hehe).....Sheena adalah perempuan yang first I confess I ni bisexual too and she accepted me...because we were in love....but I also told her about Khai, dan how saya cintakan dia gak....Khai tau pasal Sheena....dia sendiri nampak saya saying sheena....ni tak tau nak cakap maybe rezeki saya time tu, both of them are willing to accept each other because saying kan saya jugak....during that time I felt like the luckiest Guy in the world! I have the girl of my dreams and the boy of my dreams!Kira diorang bermadu lah... Life can’t get any better....or so I thought....at first everything seem to be ok, all 3 of us hung out together....tengok wayang, shopping and both my gf and bf got along weel...then after setahun, saya dapat kerja baru . 
Because of work yang gak demanding, I had less time to spend with them, that’s when things jadi rough, kadang-kadang saya ada masa nak spend time gan sorang je, then next week the other, sometimes tak dapat nak jumpa pun...to be honest, I didn’t manage my time properly.....both of them started to get jealous of each other, sheena call khai tanya saya ada gan dia ke, khai call sheena tanya I gan dia and so on, so on. Dengan kerja and stuff it was beginning to stress me out but saya tahan because I love them both...then came d-day...all 3 of us had the biggest fight ever....semua kata-kata kesat dikeluarkan...semua perasaan terpendam di keluarkan.... 
But apa yang Sheena cakap lah yang buat saya feel worst...dia cakap, “ Dengan Ina, at least Ritz bleh kawen.....ada anak....start a family.....Dengan DIA ni....apa yang bleh dapat?” those words hit me like a ton of bricks....... 
I loved Sheena because she was sweet and confident and understood me....But I also loved Khai...he helped a lot a few years back, masa family tengah susah....he help me...bagi duit...tolong carikan kerja...gave me a place to stay....he was my soul mate.....masa time tu saya dapat nampak kesedihan dia and dia punya anger...Khai cakap, “ I know I can’t have kids with Ritz, tapi saya boleh saying dia more then you can.....Ritz, you need to choose....Me or HER?” . 
Masa dengar soalan tu my whole world came crumbling.....because of who I am......I cannot decide......i cried....and cried in front of them....telling them I can’t choose.....in the end I had to do what is best for everyone.....I did not choose Khai or Sheena....I let them go.....and dua-dua pun rasa it was for the best...after that, I didn’t open my heart to anyone...then after 2 years baru all 3 of us talked to each other......Sheena dah kawin and expecting her first anak........ 
Khai jumpa his new partner and dah move in with him......I was truly and honestly happy for them...but at the same time, I feel sad and regret....because I could have that....Sheena could be expecting my first child with her.....Khai and me could have moved in together.....since that fight....I tak seriously date anybody....just biasa-biasa je...scandal here and there....date guys....girls....but non of them I open my heart to....until last year.... 
I found another girl who is much more understanding and she can accept me being a bisexual....I loved her....kita berdua dah nak bertunang dah semua.....but....It didn’t happen not because of my sexuality but because of money.... she is a golddiger....enough said....tak nak cerita lagi banyak because pedih tu masih baru lagi.....So, what can I say about Bisexual Love? Don’t deny what your heart wants.....meaning if you rasa nak date this guy....go ahead.....if you nak couple dengan that girl go ahead.

THE CURRENT PROBLEM FOR LGBT

Macam saya cakap tadi, lately banyak article and isu about a gay guy yang nak kawen, weither because of pressure, family, tanggapan orang or what so ever....this is just my opinion and I don’t mean to offend anybody......because I too have PLU friends yang suddenly terus kawen...yang top and even yang bottom.... 
I ask them why so sudden.....most of them answered was the standard “sampai bila nak jadi macam ni?” or “Sebab tak nak family tau...”. Apa-apa pun I wish them all the best...but I feel that what they are doing, is just denying their feelings and would do more damage then good..... 
I know ramai yang married men sometimes gi rumah urut gay untuk dapat blowjob on the pretext yang wives diorang tak reti blowjob lah apalah.....most of them claim yang they are straight....I don’t know about that....tapi that’s my point.... 
If you are gay and you want to start a family and change yourself...alhamdulilah...I support that....but don’t go behind your wives’ back.......curang is curang..... whether it is with a man or a woman....but that doesn't mean to get rid of all your PLU friends.....friends are friends.....it doesn’t have to be about sex....if your PLU friends can’t accept yang you nak berubah.....then maybe they are not your friends at all.....
Maybe I am lucky that being a bisexual I can truly love a women....but to my Gay brothers and lesbian sisters don’t force yourself into loving someone just because you have too.....a forced love is bad.....if you rasa belum time lagi...then don’t.....biarlah apa orang kata.....it is our lives to live...not theirs....and dengan zaman sekarang, people are more excepting then before. 
Selain blog Puan Jumie another blog yang I rasa is the best...blog Saudara Naj Mi.....to me his blog is one of the most informative blog about LGBT issues I ever read....people should gather strength from his attitude despite the obstacle he has to go trough.....yang the latest article about ‘biar membujang asal tak sebarkan virus”....if very very interesting......sama like what I said....what you need to do is be honest with yourself.....don’t force yourself to do something that might hurt the people around you. No matter what religion, what race or what colour you are......Love is universal and it should come naturally.

ADVICE FOR ALL

Also, saya ada sedikit kata-kata untuk adik-adik PLU yang masih confuse dalam hidup mereka. First of all, figure out what you are....Gay? Lesbian? Bisexual? Or Even Trans? Remember that we didn’t choice to be who we are....we were born with it (macam lagu lady gaga lah plak...huhu). 
Second, decide on what you want to do....if you want to change, ask your friends or family to help you....because if that is what you want to do...then go ahead....banyak tempat yang boleh membantu if you decided you don’t want to be a LGBT.....If you want to accept who you are like I did...then Have Fun! 
Tapi bukan maksud to have sex all the time or anything......ingat ni jelah....sex is just a physical thing, seronok kejap then habis lah...Love is forever.....jangan guna point nak masuk dunia LGBT just because of sex....do it because that is who you are.... 
A proud L....G....B....T.......memang kita kan hadapi suka dan duka....but that is what life is all about.....Kepada sape-sape yang heterosexual yang baca ni....meaning lelaki atau perempuan.....if you found out or your partner bagitau that he or she is a bisexual or whatsoever....jangan nak marah or melenting and act like we are disgusting or ape.....we are humans too and we have feelings......if you nak marah-marah and tak boleh accept....means you don’t love him or her betul......find out why you nak rasa angry? Just because he or she said they are bisexual, gay or lesbian? You should be grateful yang they tell you, and try to help them trough their difficult time together....not alienated them....apa yang awak fitnah atau buat kat kitaorang boleh terkena balik kat kamu....remember....awak semua someday akan ada anak....he or she could turn out to be gay, bisexual or lesbian....remember that. 
Dalam mana agama pun....kita semua di ajar untuk respect dan saying semua kaum manusia .....tolerance is what is important.....not hatred....the energy you use to hate someone.....would go much better if you use to help or accept somebody. Sekarang ni saya rasa happy sebab ada somebody in my life to help me....and HE is such a sweet guy....hehehe and I am slowly opening my heart to him......where do I see myself in the future? Honestly I don’t know.....I want to have a family and children.....maybe I should do what Ricky Martin and his Husband do?? Hahaha Joking....anyway I don’t want to think about it....I just go day by day accepting who I am.....Carpe Diem....Seize The Day.

THANK YOU

Akhir sekali, terima kasih kepada Puan Jumie kerena sudi membaca email saya ini dan juga kepada mereka yang membaca....harap tahun baru ini akan bawa kehiduapan yang lebih berbahagia untuk anda semua....kepada meraka yang tengah rasa down...jangan risau....kita semua ada untuk membantu....insyallaah

Thank You Again......

Waalaikumsalam,

Sincerely,

Ritzuan.

NOXFORD :

Staright act - Berlagak macam dia tu jantan straight yang suka perempuan.

PLU - People Like Us...LGBT :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...