28.12.12

Azam Tahun Baru 2013 / 1434 Hijrah


Hello u olls,

Tak lama lagi kita eksaited sangat sangat sebab kita akan menyambut tahun baru iaitu tahun 2013.  So apa perasaan u olls semua?  Biasa?  Tak rasa apa?  Teruja?  Tak sabar?  Eksaited?  Sedih?  Semangat?

Apa perasaan I olls pula?  Ada kesedihan dan keterujaan dalam hati i.  I sedih kerana bila I tengok balik apa yang I lalui tahun lepas,  banyak benda yang I olls rancangkan tidak menjadi.  Feeling nak macam tu.  Nak macam ni. Tapi tak menjadi juga.  Walaupun kita cuba koner (pusing) ke sana ke sini,  cuba untuk elak sebanyak halangan yang boleh.  Namun,  masih tak sampai juga.  Tapi betui la,  kita hanya mampu merancang.  Tuhan yang menentukan.



Walau bagaimana pun (gittuuu penanda wacana I),  adakah kerana ada beberapa benda yang kita rancang itu tidak menjadi so kita terus hilang semangat untuk terus merancang apa yang akan mendatang kemudiannya?

Tak boleh u olls.  Orang yang tiada semangat untuk hidup adalah orang yang mati.  Kita tidak boleh mati. 

Kudrat yang Allah berikan,  kita kena ghetiak (ikhtiar) sebaik mungkin.  Janganlah bandingkan pencapaian diri kita dengan kawan-kawan kita yang lain,  aiiyooo boleh sentap 87837 hari.  Akak percaya kita semua ada rezeki masing-masing. 

Kalau kawan kita kerja swasta,  dapat travel for work ke sana ke mari…..kita ni kerja kerajaan duk duduk kat Melesia ni saja….So adakah kita nak kata kita tak berjaya?  Kalau ikut hati nak sentap ja,  akak adalah orang yang paling boleh sentap kau kau.  Akak dikelilingi oleh kawan-kawan akak yang berjaya dan cantek vogidevas.  Pakai kereta besar,  gaji besar,  duduk rumah meletops dan elite,  dapat melancong ke luar negara atas tiket kerja……seems like everything run so smoothly.  Macam akak ni?? Happa la sangat?


Sessi ice cream di depan rumah :)


Tapi akak pikiak positive.  Kalaupun akak tak bernasib baik untuk travel for kerja ke luar negara,  akak tak dapat Anugerah Khidmat Cemerlang pun,  tapi…akak tengok SKT akak tahun 2010 dan 2011 ada kenaikannya.  Insya allah untuk markah 2012 akak mengharap markah yang lebih dari sebelumnya.  And walaupun akak tak berpeluang melancong ke London ataupun Maghribi,  tapi tahun ni akak berkesempatan untuk bercuti di Cameron Highlands bersama suami tercinta.  Tetapi sejuk macam kat Ireland u olls.  FEELING KAN?????  Dan eventhough akak tak mengandung lagi,  tapi nenjiaaaaaaaaaaaaaaaaa…………..lani akak dan En.  Khafi adalah proud parents untuk 7 ekor kucing di rumah kami yang kudus ya…..hahahah very the 10kg friskies sebulan nyah. 

Malam terakhir Aishah bersama Imaan di dalam perut.  Kami makan besar di Soeul Garden.  Esok pagi Aishah kena masuk ward dah :)

Apa pun,  Alhamdulilllah…….kita kena belajar untuk meraikan dan bersyukur dengan perkara-perkara ‘kecik’ yang akak capai tahun  ni.  Insan-insan hebat yang akak berpeluang untuk kenal tahun ni,  pengalaman dan ilmu baru yang akak pelajari….semua tu tak boleh nak describe dengan kata-kata.  I am so happy u olls.

Antara highlights akak tahun ini adalah seperti berikut  :


U olls pula bagaimana?

Sebelum berakhir,  ini akak nak tulis siap-siap pencapaian yang akak nak LAKUKAN untuk tahun 2013.   Ada antaranya adalah impian tahun lepas yang tak boleh dilenyapkan begitu sahaja.  Insya Allah . 

  1. Nak memasarkan Kuih Kacang Mazola ke peringkat nasional. GITUUUUUUUUUU!!! Insya Allah.
  2. Nak beli rumah untuk investment.
  3. Nak sambung buat degree (WOOT WOOT....terima kasih kepada kawan-kawan enjel saya yang memberikan inspirasi).
  4. Buat ruangan office di rumah yang lebih selesa untuk menulis blog di hujung minggu. Tulis 2 artikel sehari! :)FEWWWITTT!
  5. Nak tulih lagi banyak artikel blog yang berkualiti untuk tatapan ampa semua! Sumbangan idea amat I olls hargai!!
  6. Nak tukar kereta baru. (Ikut hati nak pakai HUMMER….senang parking dalam USM. Kalau banyak sangat kereta….bawak naik kot ataih kereta lain semua. HAHAHHA)
  7. Nak bagi eksesais at least 3 kali seminggu. BUKAN NAK KURUIH……TAPI UNTUK KESIHATAN.
  8. Nak dapat ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG. Sebelum ni dapat tahun 2008. Kena kerja kuat.
  9. Nak melancong ke Perhatian Island, Haadyai, Phuket, Pulau Bawean, Gunung Jerai……so far ini dahulu J

Okay itu sahaja untuk hari ini.  Selamat tahun baru untuk ampa semua pembaca setia blog akak yang kudus ini….Thank you so much atas sokongan ampa semua.  

SO…APA PERANCANGAN AMPA TAHUN 2013?

4 comments:

  1. Tahniah dengan pencapaian JumieS!! Semoga SUKSES selalu!

    Suka baca blog ni bagi inspirasi.. dan suka baca gossip sensasi terkini! hehehe

    Style Me Gorgeous By Qashmere For All & Plus Size Fashion

    Blog Qashmere
    Take Care Sis

    ReplyDelete
  2. Jumie,
    Betui..insyalallah tahun depan kami pun semangat nak pasarkan kuih raya/kek/cupcakes ke seluruh malaysia. Mana tau kita boleh kolebrasi? kan? Apa pun tq so much pasai tulis artikel pasai Bake with Love & promote kot blog nie. Appreciate sangat. Hopefully next year akan lebih oshem. :)

    ReplyDelete
  3. Assalam jumie aq suke hang...sbb hang sllu pk +ve....kitakan iron women kene kuat ok...jgn kalah tp kene terus usaha...btw aq doakan ang dptcapai apa yg dihajati...ameennnn...rindu gila kat hang lagi2 bila ketingtongan ang menjelma....... hahahahh

    ReplyDelete
  4. selamat tahun baru kak..tahun baru (2013) ni baru balik malaysia setelah 3 bulan berkampung di Jepun..dengan semangat dan azam baru utk tulis thesis dan siapkan master, then sambung phd pulak..insyaAllah..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...