5.12.12

Dear Jumie : Tiada Rumahtangga Yang Sempurna

Assalamualaikum u olls, 
U olls,  sejak dua menjak ni....akak terima banyak emel daripada u ols semua.  Ada yang nak luah perasaan pasai mentua,  pasai suami,  pasai kerjaya dan macam-macam lagi.  Apa pun akak ucapkan ribuan terima kasih.  Akak bukanlah Fadzilah Kamsah apatah lagi Ustazah Manisnya Kurma,  akak hanyalah wanita lambang kecantikan gitu. 
Thank you so much for all your support.  Apa pun,  i just nak u olls tau,  apa yang akak tulis...akak ikhlas.  Mana elok tu amiklah.  Yang mana tak elok tu,  buang tepi-tepi.  But the beauty of our sharing sessions ini adalah,  akak bebas nak tulis apa pun,  tanpa perlu rasa was-was semata-mata nak sedapkan hati u olls.  Betul tak?  So sapa salah tetap salah pada akak,  sapa betul,  tetap betul. 
So di sini,  ada satu lagi luahan hati dari seorang pembaca.  Dia pun nak lambang-lambang jugak.  GITU! Ampa pi baca sendiri.  Kelasss ampa semua na...
Anyway,  akak mendoakan agar wanita ini terus cekal dan tiada benda benda tak elok jadi kat dia.  Yes, tiada rumahtangga yang sempurna.  AKAK SETUJU.
Love,
Jumie Samsudin
Lambang Kecantikan

Salam, Jumie.. 

Sejak kebelakangan ni saya selalu membaca luahan hati di blog Jumie yang menjurus kepada hal rumahtangga. Disini saya nak berkongsi pengalaman hidup saya supaya menjadi tauladan pada Jumie sendiri dan pembaca Jumie.

Kalau Jumie ingat, saya pernah menulis kepada Jumie dan pertanyaan saya amat simple"bagaimana menangani suami yang bermulut longkang".  (Sorry akak tak publish pun problem dia dalam blog - Jumie Samsudin)

Buat pengetahuan semua. Ini perkahwinan saya kedua. Kegagalan perkahwinan pertama adalah disebabkan masuk campur ibu mertua yang perangai wallahualam sangat-sangat teruk. Bekas suami tidak bekerja, hidup dengan hasil belas ibu dan bapa mertuanya yang kaya raya. Tapi ada harga yang perlu dibayar. Bekas suami seperti lembu dicucuk hidung. Saya tinggal di Subang Jaya, bekas suami perlu duduk bersama bekas mertua. Saya bekerja. 

Perbelanjaan semua saya yang tanggung. Bekas suami memang tak beri apa-apa. Itu saya tak kisah. Tapi bekas mertua melayan saya macam sampah. Sepanjang 4 tahun berkahwin, saya tak pernah rasa beraya bersama keluarga sendiri(tak kiralah raya apa sekalipun, cina india? Semua tak merasa). 

Sekiranya makan bersama, saya tak boleh makan bersama, lepas semua orang habis makan baru saya makan. Saya juga tak boleh makan banyak,  kalau saya makan banyak sikit, bekas ibu mertua akan capai lauk yang saya nak makan banyak tu dan pelawa pada anak2nya yang lain. 

Umpatan pada saudara mara jangan cakaplah. Memang berkoyan-koyan. Pernah masa saya berpantang anak pertama dirumahnya.  Dikatakan saya pemalas kerana tak tolong dia memasak dan mengemas.  Sedangkan saya dalam pantang. Bekas suami juga tak dibenarkan menjaga atau memegang anak saya sekiranya saya tengah memasak atau melakukan kerja. 

Sekiranya bekas ibu mertua ternampak,  maka saya akan dikatakan "mengkulikan" anaknya. Akhirnya saya dan bekas suami bercerai, klimaks apabila anak saya sakit, saya meminta bekas suami pulang kerumah membawa anak ke klinik. Bekas ibu mertua talipon dan memaki hamun saya, dan menyebut tentang ibu dan keluarga saya. Dan untuk kali pertama saya melawan dan maki dia semula. Dan saya tak benarkan bekas suami pulang ke rumah lagi..dan saya mohon cerai tanpa meminta apa-apa nafkah sekalipun cuma hak penjagaan anak sahaja.

*moral: isteri akan sabar dan mampu menangani apa-apa masalah sekiranya mendapat sokongan suami..tetapi jika suami tidak mampu mengangkat maruah dan melindungi isterinya..dia tidak layak dipanggil suami..

Perkahwinan kedua saya dengan seorang lelaki yang saya jumpa di lapangan kerja. Kami di dalam bidang yang sama. Buat pengetahuan Jumie, saya adalah pemegang ijazah dari universiti tempatan.  Manakala suami sekarang hanya lulusan SPM (itupun SAP) tapi saya tak kisah, kerana dia memang pandai cari duit. Gaji dia seminggu melebihi gaji saya sebulan. Itu yang saya suka padanya, kerana dia seorang yang rajin berusaha. Awal perkenalan dan perkahwinan dia amat baik dan pemurah.  Bukanlah duitnya yang saya cari. Kerana awal perkenalan dulu, pendapatan saya mencecah ke 8ribu sebulan. Sehinggalah bila kami berkahwin dia meminta saya berhenti dari membuat field work, kerana dia tak suka saya ligat kesana-sini mencari duit. Tak mengapalah. Saya berhenti kerja dan bekerja di bahagian pentadbiran kerana saya mendengar kata suami.

Untuk pengetahuan Jumie. Keluarga mertua baru saya AMAT baik hati! Ibu mertua saya sgt menyayangi saya dan anak saya. Anak saya dilayan seperti cucu sendiri. Bukan hanya ibu mertua, malah keseluruhan keluarga mertua sekarang sangat baik hati. Alhamdulillah...

Tapi malangnya.. Memang perkahwinan itu tiada yang sempurna.  Suami saya bermulut jahat dan cepat tangan. Dia tak mampu menangani masalah dan stress dengan baik. Maki hamun, caci dan terajang, pukul memang jadi makanan saya. Walaupun adegan memukul itu mungkin sekali dalam setiap 2 atau 3 bulan.  Tapi ia masih menyakitkan saya. Walaubagaimanapun, mental torture itu yang paling teruk. Panggilan bodoh, pergi mampus dan sebagainya memang mainan mulutnya.

Keluarga mertua saya tahu sikap panas baran suami (tapi tidak tahu suami pernah memukul saya) Ibu mertua saya dan makcik-makciknya selalu meminta saya bersabar kerana katanya walaupun suami saya itu mulut jahat, tapi hatinya baik..buat pengetahuan Jumie, saya tak pernah mengadu kepada ibu mertua kerana saya bukan jenis yang suka mengadu dan menyusahkan hati orang tua.

Suami saya seorang yang mencintai dirinya. Dia selalu rasakan dia sentiasa benar dan saya sentiasa salah. Dia selalu mengeluarkan perkataan yang mana penyampaian lebih kepada mahu saya merasakan diri saya ini bodoh dan tidak cantik. (Walaupun pada hakikatnya saya seorang yang pandai dan saya sememangnya agak cantik ( bukan saya memuji diri tapi alhamdulillah memang itu realitinya kalau Jumie tak percaya, saya boleh hantar gambar ya.. Hahahah).(Kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn- Jumie Samsudin)

Saya percaya tindak-tanduk dia lebih kepada insecure, tak percaya dan takut akan kehilangan saya. Dan tidak boleh terima tahap kebijaksanaan saya lebih dari dia..tapi niat itu tidak menghalalkan cara.

2 hari ini saya bergaduh besar dengan dia. Buat pengetahuan Jumie, saya bekerja dengan syarikatnya. Puncanya hanya kerana saya meminta dia dengan cara baik, untuk menyemak sesuatu dia jabatan kerajaan. Dan dia marah saya, kata saya menyusahkan dia. Jadi saya menjawab, kalau tak nak tolong tak mengapalah, tapi janganlah membebel dan menengking saya" dengan nama Allah, ayat saya amat lembut ( saya seorang yang sangat soft spoken dan lembut orangnya). Dan buat pertama kali dia tidak balik kerumah, dan tidur dirumah mertua.

Pagi semalam dia pulang kerumah dan terus memaki hamun saya, ugut bunuh, tolak saya ke dinding.. Dan dia juga kata keluarga saya.. Dan pantang saya bila keluarga saya. Tak pandai ajar saya dan apabila keluarga saya dilibatkan sama, maka buat pertama kali saya melawan. Saya beritahu yang saya bencikan dia. Benci dengan layanan dia. Dan saya nekad kali ini saya mahu tinggalkan dia..
-sebenarnya banyak lagi kata2 dia yang mengguris hati saya..

Untuk makluman semua juga, sebenarnya suami saya ni bila masa dia baik.. Dia sangat-sangat baik! Dia suka holiday.  So kami selalu pergi holiday.. Dan saya tahu dia cintakan saya sepenuh hati dia.. Cuma sikap dia membunuh jiwa saya..

Saya tak kisah kalau orang kata hidup saya membilang laki. Pedulikan apa kata orang.
Sebenarnya penderaan mental lagi teruk dari penderaan fizikal. Itu yang saya tak boleh tahan. I insult my intelligence hidup dengan lelaki seperti bekas suami dan suami sekarang.

* saya tak berniat menceritakan keburukan rumahtangga kepada orang lain.. Cuma saya harap ini menjadi pengajaran kepada semua wanita diluar sana. Kerana saya pernah ada kawan, yang mempunyai suami yang baik, keluarga mertua yang baik, financial yang stabil.. Tetapi mencari lelaki lain untuk dijadikan skandal atas alasan suami dia tak "nakal" tak modern watsoever.

Tiada perkahwinan yang sempurna.. Kalau kamu mahu kesempurnaan.. Pilihlah hidup sendiri tanpa pasangan hidup..

Terima kasih..

Lambang Wanita Merdeka!

2 comments:

  1. ala sian sangat baca kisah dia ....sabar ek awak . Biarla apa org nak kata ...walaupun lepas nih kalau di takdir kan apa apa cam jodoh tak panjang ke u jgn malu kay sebab nih bukan salah u ...

    banyak kan saba n banyakkan berdoa .

    Since ur in law sangat baik ...y dont u mintak nasihat dr dia org

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...