10.12.12

Dear Kak Jumie : Masalah Boss Yang tak Best

Salam Kak Jumie, 
Mujuq la ado tempat uuntuk wat luahan prasaan neh.. =))  Actually, saya tengah stress la neh. major problem nya pasai keja.

sy keja ngan universiti sbg pnsyarah.. 
problem start bila waktu nak sah jwtan. 
serius xbleh nak terima kenyataan disbbkan markah prestasi (yg kena isi setiap tahun) menurun... 
tahun pertama sy hanya bekerja selama 6 bulan, sy dpt 82%, but tahun kedua, sy dh keja selama setahun, sy cuma dapt 81%!.. 
aa...stress gila..seolah2 mcm sy xbuat kerja..pdhal tahun kedua la sy byk buat kerja + research..tapi diorng mcm nak caras ja.. 
sy xphm la kak jumie..menda mcm neh bukan sy ja kena..tp org pon ado kena jugak..yg sedih nya..boss yg menilai tu lnsung xbg sokongan untuk confirm jwtan..
dprd apa yyg senior2 smpaikan, katanya boss sy tuh xsuka ngan kami2 neh, so sbb tu dia kasik markah skit...aaaa..what on earth la dia tu....sy sndri pon xphm knapa dia xsuka?...perlu ka sy pi tnya dia sndri? 
now, sy tgh srabut, komitmen bertmbah, tp kerja xdpt lgi nk konfirm..mcm mana tu kak jumie..bleh x kasik kata2 smngat skit... sy risau sgt kot2 xbleh nak konfirm, xpasai2 kena crik keja lain.. 
help me kak jumie.. 
terima kasih.

*  Emel ini saya tak edit ejaan dengan sengajanya.  Inilah tulisan asal dari emel yang saya terima.



Dear u olls!

Haaa...................ni aku nak mula berletiak ni.  Hang kata hang pensyarah universiti,  AWAT HANG TULIS EMEL MACAM BUDAK FORM 3?  Just because hang ingat hang nak emel kat Jumie Samsudin,  so hang pun tulis macam shortform SMS macam ni.  Babe,  ini bukan telefon nak type cepat-cepat.  Ini emel. Kenala ada etika yang betul sikit.

Kalau emel-emel lain yang akak dapat,  selalu akak akan edit dulu.  Tapi untuk tajuk hang ni,  akak purposely takdak edit sebab akak nak stressed-kan di sini betapa pentingnya penulisan emel yang baik sebagai seorang PENSYARAH universiti.

Kepada u olls-u olls lain di luar sana,  amalkanlah menulis dengan ejaan yang betul.  Bukan shortform.  I sangat pantang bila baca shortform dalam emel ni semua.  Patutlah hang dapat markah sikit untuk kerja hang.  Sebab mungkin hang rasa hang buat kerja banyak,  tapi hakikat semua kerja hang buat SHORTFORM.  HAAAAAAAAAAAAAA!!!

Berbalik kepada masalah u olls dalam emel ni,  akak jangka u olls bekerja dalam IPTA bukan IPTS.  Sebab kalau markah-markah penilaian diri ni,  sah -sah badan kerajaan sahaja yang buat proses macam ni.

Untuk u olls yang tak tau,  untuk sah dalam jawatan kerajaan,  ada banyak peringkat yang u olls kena lalui.  Seperti pengalaman akak,  percubaan adalah dalam tempoh 6 bulan.  Masa tu gaji separuh je u olls dari gaji sebenar.

Kemudian,  kena hadiri kursus Bina Negara selama seminggu.  And then kena kursus induksi selama 2 minggu.  Pastu dalam tempoh 3 tahun pertama,  tiap-tiap tahun kena capai markah yang tinggi (di atas 80%) untuk membolehkan kita disahkan dalam jawatan.  Last stage,  kita akan kena interview.  Kalau fakta akak salah please komen ya.

And secara amnya u olls............semua orang yang kerja kerajaan mesti tunggu 3 tahun baru boleh sah dalam jawatan.  Jarang-jarang berlaku - orang tak boleh sah dalam jawatan.  Melainkan orang tu betul betul ada masalah disiplin dan tidak mampu untuk memberikan prestasi kerja yang di-expect oleh sesuatu jabatan.

Dalam kes u olls,  u olls baru tahun ke dua.  Tapi yang merisaukan u olls adalah mengapa markah u olls sikit setiap tahun.  And u expect untuk dapat markah yang lebih tinggi daripada usaha yang telah dilakukan.

HEY U OLLSS!!  Kata pensyarah............profesional la sikit.  Bawa borang penilaian u olls itu dan pergi jumpa dengan pegawai penilai (iaitu Dekan u olls),  tanya dia kenapa u dapat markah macam tu?  And persiapkan diri dengan jawapan-jawapan dan bukti kukuh yang menunjukkan bahawa u olls patut dapat markah yang lebih tinggi dari itu.  Kita semua ada hak untuk tahu markah yang kita peroleh.

Duk bising and tak puas hati kat belakang buat apa.  Kalau betul-betul ada komplot nak menjatuhkan group u da kawan-kawan,  tulis je surat aduan kepada VC u olls.  Kat USM,  pensyarah or student emel ke kat VC.  For sure dapat perhatian.

Sekian sahaja.  Akak tak mau membebel panjang.  Macam mana nak jadi pensyarah ni?

Yang benar,
Jumie Samsudin


7 comments:

  1. Jumie, ada kes mahkamah last week lecturer tu tuntut untuk dinaikkan ke gred 52. Dia saman university tu dan dia menang. Kuar dlm paper last week. Tapi sesungguhnya akak sudah lupa uni mana.. Tapi sila lah google kot2 jumpa.
    Boleh suruh dia dan kwn2 hire lawyer jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui babe, kalau kita YAKIN dengan hasil kerja kita. WHY NOT! U either fight for your right ataupun u olls boleh terus blah and carilah rezeki lain kerana BUMI ALLAH sangat luas. GITU

      Delete
  2. hahaha ... sy pun pernah kje lecturer, tp ajar B.I.,,

    that's why my English is always written in full -- because I must set a good example to my students..

    ReplyDelete
  3. ishhh...betoi ka pensyarah ni?? hihihi.. selamat maju jaya ya.. ^^

    ReplyDelete
  4. Haha.. Kan dh kena beletiaq ngan kak jumie...

    ReplyDelete
  5. Hihihi tak pasai2 kena bebel ngan jumie...

    ReplyDelete
  6. betul ckp jumie..
    i pun kerja dengan kerajaan juga.untuk disahkan jawatan kita diberi tempoh percubaan selama 3 tahun.Dalam tempoh tersebut kita perlu lulus peperiksaan perkhidmtan dan lulus kursus induksi dengan jayanya.Tapi kalau kita dapat lulus peperiksaan yang dikehendaki dalan tempoh singkat kita boleh memohon kepada SPA (Suruhanjaya Perkhidmatam Awam) untuk mempercepatkan pengesahan jawatan kita.Mcm i 2 tahun lebih i dah dapat pengesahan jawatan.sekiranya dalam tempoh 3 tahun kita masih tak dapat pengesahan jawatan lagi maka kita perlu memohon tempoh perlanjutan dengan kebenaran ketua jabatan.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...