13.12.12

Gangguan Seksual Melalui Telefon

Hai Kak,  
Saya ni ada problem ni. Dulu saya ada la bf. La ni dah jadi etak dia. Dia ni mula-mula dulu baik tapi taktau la pasaipa jadi gatai. Dia suka phone sex kak oiiiii. Rimaih aih. Asal message ja mst nak lucah-lucah. Lani kami break dah tapi dia dengan muka taktau malunya dok message-message lagi. Penah dulu cheq dok maki dia, cheq cakap “Hang ingat aku sangap sangat ka dengan tut hangpa tu. Kalau hang taktahan sangat p la cari pelacur”. Sampai macam tu cheq dok maki dia kak. Tapi harammmmmm dia takpaham bahasa. Dia diam sat ja pun, pastu message balik. Ni malam tadi dok message cheq cakap “I sejuk laaa. U taknak teman i ke?'

Tolonggggg saya kak.  
Yang benar,
Cheq stresssss!!!

Hello cheq,

Awat la hang hebiak sangat.  Tok sah duk takut dengan jantan-jantan sendu macam ni.  Jangan duk buang masa duk maki-maki and layan depa.  Bila kita maki dan marah depa,  depa lagi suka......menyengsa-nyengsa telok burut depa bila tau kita duk rasa resah gelisah.

Akak bagi tips senang kat hang,  sebab akak kan simbol seks u olls....dulu akak selalu kena gangguan macam ni (Gituuuuuuuuuuuuuuuuu gigih mengaku diri simbol seks).  Tips akak buat ni memang selalunya menjadi.

Bila dia SMS hang ja lagi sekali,  terus hang copy message ni dan hantar kat number dia "Salam,  saya telah buat laporan polis kerana gangguan seksual melalui telefon daripada pihak kamu.  Semua butiran tentang diri kamu telah dimasukkan dalam laporan polis kerana sekarang ni,  semua nombor telefon adalah berdaftar.  Sekiranya saya terima satu lagi SMS lucah dari kamu,  pihak polis tidak akan teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.  Sekian,"

Awak SMS kat dia...dengan ejaan yang betul.  Jangan guna perkataan shortform.  Bila kita taip betul betul ejaan.  Benda tu nampak serius.  Kita psiko dia la u olls.

Tapi kalau dia message hang lagi,  hang sila pergi buat laporan polis.  Kat sini akak buat contoh laporan polis siap-siap untuk hang copy,  edit dan print dan bawakan kepada pihak polis masa buat laporan.  So nanti senang,  polis akan terus copy laporan awak.

Template laporan polis untuk gangguan seksual melalui telefon  :

"Saya (Nama: _____),  (No.  KP  :___)  ingin membuat laporan polis mengenai gangguan seksual melalui khidmat pesanan ringkas SMS ke nombor telefon bimbit saya iaitu (No tel hp  : _____).  Gangguan seksual melalui SMS ini dihantar oleh seorang lelaki yang merupakan bekas teman lelaki saya bernama _________________ melalui nombor telefon bimbitnya iaitu ____________.  Kami telah memutuskan perhubungan sejak ______.
SMS lucah yang dihantar kepada saya amat mengganggu ketenteraman dan keselamatan diri saya.  Gangguan melalui SMS ini telah dilakukan olehnya pada tarikh-tarikh berikut  :

  • Tarikh dan masa SMS 1
  • Tarikh dan masa SMS 2 (dan seterusnya)
Saya pernah merayu dan memarah dia agar menghentikan gangguan ini.  Namun tidak diendahkan. Saya membuat laporan polis ini kerana saya bimbang akan keselamatan diri saya."

Ringkas dan padat u olls.  Hang isi ja tempat kosong yang akak bagi tu,  pastu hang print siap siap.  Selepas membuat laporan polis,  depa akan terus forward laporan ini kepada inspektor khas yang menyiasat hal-hal gangguan seksual macam ni.

Hang jangan risau!! Jangan duk malu sebab hang perempuan,  hang pun mendiamkan diri.  Nak lapor takut orang pandang serong kat hang.  Kalau macam tu,  hang duduk la diam diam kat situ sampai detu mai berdiri depan hang tunjuk kote dia.  HAAAAA.....jangan takut.  Kalau takut,  ajak kawan-kawan untuk teman.  Ada support group sikit.  Kita perempuan kena berani ya deknon!!!

Akak harap hang tak mendiamkan diri.  Orang selalu kata,  kesalahan paling besar mangsa gangguan seksual adalah MENDIAMKAN DIRI.

Nanti akak cerita pengalaman kawan akak handle kes gangguan seksual yang berlaku ke atas diri dia.  Lepas dapat kata-kata semangat dan panduan bernas dari akak,  kini dia hidup dengan penuh yakin sebab si pengganggu seksual itu terus tunduk dan hormat pada beliau.  

Tak boleh cerita kat sini.   

Sebab panjang sangat.

Hang pi buat apa akak suruh dulu.

Love,
Jumie Samsudin
Sepupu Beyonce

1 comment:

  1. Ha! Kan... Siap bagi template report polis lagi... Takyah dok maki2, kesian2 sebab dia ex-bf... Kita kena tegas kot dalam bende2 camni... Kalo tak nnt senang2 je kena tindas... Report tetap report.... Ade aku kesah kalo dia kena tangkap, kena dakwa... Sapa suruh start cari pasal, kan???

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...