7.12.12

Kisah Rashid Lancir, Peniaga Pakistan Yang Sunguh...

Hello u olls,

Haaa penat duk menjawab emel-emel u olls semua,  hari ni akak nak cerita benda funny funny sikit.  Bagi u olls release tensyen.  Asyik duk baca bebelan akak sahaja.

Okay,  pertengahan tahun ini (2012) akak telah berkenalan dengan seorang hamba Allah yang bertajuk Rashid Lancir.

Kisahnya begini u olls.


Di suatu petang yang fana,  akak tengah angkat kain jemuran di depan rumah akak.  Masa tu dah lewat petang.  Baru balik office la gitu.  Tiba-tiba satu mamat Pakistan lalu depan rumah akak sambil bawak motor.  Dia nampak akak yang jambu ini sedang mengangkat kain,  maka dia pun berenti dan tegur akak.

"Assalamualaikum kaka......mau tengok kain ka.  Kain tudung ada,  kain tilam karpet toto semua ada.  Murah saja.  Boleh bayar hutang sikit sikit,"  katanya.  Kita semua memang tau,  peniaga Pakistan ni memang macam-macam diorang jual.  Direct selling gitu.  Pastu boleh jual secara ansuran dengan kita.  Tak dak susah payah daftar AEON or pakai credit bagai macam kat kedai-kedai lain.

"Waalaikumsalam,  aku tak mau tengok kain tilam semua.  Hang ada kain langsir? I mau design cantek-cantek punya,"  kata akak.

"Ada kakak....sikit jam saya mai bawak ketelok,"  kata mamat itu.  So akak pun setuju,  tapi akak suruh dia mai lewat malam sikit sebab tunggu En.  Khafi balik u olls.  Akak pun amik la number handphone dia semua.

So malam itu,  dia pun datanglah ke rumah kami.  Kami pun tengok design kain dan juga design kain langsir yang dia boleh sediakan.  Cantek-cantek juga.  So lepas we olls pilih warna dan juga design,  dia pun bagi harga kat we olls.  Untuk 4 panel langsir tingkap,  2 panel langsir pintu,  dengan kain and upah jahit semua baru RM440.  NOHOROMMMMMMMMMMM murahnya.  So kami pun memang setuju untuk ambil.  Kami bagi deposit RM50.  Dia kata dalam masa seminggu langsir tu boleh siap.

Lepas seminggu dia SMS akak "Kaka...lancir suda siap..bila kaka free saya mau pangsang,"  gitu SMS dari Rashid.  Sejak itu,  akak pun panggil dia Rashid Lancir sebab dia eja LANCIR untuk langsir.

Bila kain langsir semua dah siap,  we olls sangat puas hati.  Kain bagus,  jahitan pun kemas.  Kami pun buat bayaran langsir tu sampai habis.  Tak mau hutang dah.  So now,  kami yakinlah dengan si Rashid Lancir ni.  Kami bercadang nak beli TV LCD dan juga almari TV yang lebih meletops kat rumah kami.  So lepas dia bawak katelok semua,  kami pun pilih semua.....and dia pun bagi harga yang sangat reasonable.  RM1800 untuk TV and almari.  Kami hanya kena bayar RM100 sebulan. GILAAAAAAAAAA MELETOPSSSSSSSS.

Lepas seminggu,  barang pun sampai.  Kami pun kena bayar RM400 untuk permulaan.  So balance kami bayar RM100 sebulan.

Masuk bulan pertama,  Rashid ni duk buat kongkiang dah.  Akak tak suruh dia datang rumah amik bayaran,  akak minta no akaun Maybank dan akak bank in kat dia.  Lepas akak SMS kata duit dah masuk.  Dia reply message akak macam ni "Thank you dear....love you..."

NOHOROMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMsiye punya Rashid Lancir duk buat gatai gatai kat aku.  Awat hang nak try aku ka?  Butuh pak hang.  Pastu akak pun bagitau kat En.  Khafi.

HAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA apa lagi......Khafi pun SMS kat Rashid Lancir,  berbunyi begini "U apa pasai tulis I love you sama kakak.  U kena pukul sampai jalan guna skate board ka?"

HAHAHAH....memang lawak.  Sejak itu.  Rashid pun macam behave.

Lepas beberapa bulan macam tu.  Tiba-tiba dia called akak tak berenti.  Dia mintak tolong akak bayar duit TV dan almari tu semua bagi habis.  Baki TV dan almari ada lagi RM1000 macam tu.  Dia kata dia nak balik Pakistan sebab mak dia sakit.

Mula-mula En.  Khafi macam malas nak layan mamat ni.  Dia rasa macam syak wasangka.  Kenapa tiba-tiba dia nak suruh bayar full.  Sedangkan,  depa ni ada banyak business link.  Kita boleh sambung bayar dengan kawan-kawan business depa.  Ataupun, lepas dia balik Malaysia,  kita sambung bayar balik.  Kita tak lari ke mana.  Kenapa nak kena bayar habis secara lamsam.  Ini bukan perjanjian kita.

Tapi akak duk rasa kesian pulak.  Akak pujuk En.  Khafi kata kesian kat dia,  nak balik kampung jauh.   Nak kena pakai duit banyak.  Kita kampung kat Tangkak pun rasa macam jauh gila susah nak balik.  Inikan pula they olls yang nak kena balik sampai Pakistan.

So,  in the end En.  Khafi pun ikut turut kata isteri dan membayar lamsam RM1000 kepada Rashid Lancir.  Dia datang rumah we olls untuk ambik duit tu.  Tengok muka dia,  akak rasa macam kesian pulak.  Tapi at the same time rasa macam nak tergelak kalau dia jalan guna skate board (CELAKA KAN AKAK?)

Maka,  kami ingatkan habislah cerita Rashid Lancir ini.  Akak telahpun mendoakan agar dia senang-senang balik ke Pakistan  menziarah ibu,  isteri dan anak.  Katanya dia rancang nak balik Pakistan lebih kurang 3 bulan.

Tiba-tiba.................seminggu lepas we olls bayar kat Rashid.......sesuatu telah berlaku.  Tengahari itu,  weekend yang fana,  akak tunggu kat depan rumah sebab nak pi makan kenduri (tunggu kawan akak mai amik),  tiba-tiba Rashid Lancir lalu dengan motor kapcainya.

MUKA DIA TERUIH JADI KECIK MACAM TIKUIH BILA NAMPAK AKAK.  Akak pulakkkkkkkkkkkkkkk terussssssssssssssss darah menderau derau laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..........

Lepas dua minit,  Rashid Lancir SMS akak "Kaka saya suda balik Malaysia.  Saya pergi 1 mgu sj. Saya ada gambar anak saya kalau kaka mau tingok,"

Korang ajak.....................masih nak menipu aku.  Ingat aku bodo piang ka apa.  Kita duk ingat nak bagi business lagi banyak kat dia.  Kalau betul nak pakai duit,  suruh la kita bayar advance lebih sikit.  Setakat dua tiga ratus,  insya allah tak dak masalah.  Ini suruh kita bayar habis.  Macam dah taknak apa-apa business relationships dengan kita.  Pastu guna pula alasan mak sakit kat kampung. Tunggu mak ang sakit betui baru ang tau!!

"Hang penipu la babi.  Hang jangan bagi abang nampak hang,  dia pukul hang sampai mati,"

Sejak itu akak pun tak dapat apa-apa message dari Rashid Lancir lagi.  And kami pun tak nampak dia lalu kat depan rumah kami dah.

Sekian sahaja cerita akak.  Moral of the story,  buatlah business baik-baik.  Jangan tipu orang.  tak berkat.

11 comments:

  1. salam kenal
    sis..mula bc seronok dah..
    tang nk ending tu x menahan ketawa tu..

    suka bc ur story tau..very the honest gitew...hihihi

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Yes, kesian kat dia. Tapi, depa pandai :) Kita kena lah jadi lebih pandai.

      Delete
  3. dia nk try hang tu...harga masih tinggi..haha

    ReplyDelete
  4. "U apa pasai tulis I love you sama kakak. U kena pukul sampai jalan guna skate board ka?"

    Kelassssssss En Khafi!!!!!!!!!!! hahahahahahaha

    ReplyDelete
  5. Salam Jumie..gigih atie membaca kisah rashid lancir nih.hikhik.Kat taman ni pon ada gak org pakistan lalu lalang depan rumah jual barang & jual eskreem..naik motor..kdg2 beskal.

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum...

    memula baca nama rashid lancir ni pelik gak..dah baca bawah sikit gelak sat..ooo padanlah pelat sebut langsir..wkwkwkw...

    hish tak baik sungguh..sebab tu kandajebat mmg xkan layan mamat² pakistan yg dok bagi salam nak jual barang..agaknya sebab tak mau jadi kes kena pukul sampai jalan guna skate board..wakakakaka..mmg murah jumie tapikan depa ni ayat manis...tanam tebu itu tepian bibiq...so pasni takyah beli kat depa tau...
    tapi kesian plak kat dia...muka kecik ni..wkwkwk..

    ReplyDelete
  7. macam mana aku boleh terlepaih crita nih... hahahaha lawak...

    ReplyDelete
  8. suka part rashid mcj kak "ok dear i love u" gatal bahaya jugak depa ni..;)

    ReplyDelete
  9. Hahahahhahaha baru pasan post nii!! Adoii saket perut tahan gelak teruih tak jadi semelit haaaaaaaaa *larrriiiiiii

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...