25.12.12

Kita Hanya Nak Dengar Nasihat Yang Kita Nak Dengar


Hello u olls,

Kerlas tak tajuk yang I olls tulis ini.  Dengan segala hormatnya,  merujuk kepada perkara di atas…..memang KITA SEMUA HANYA NAK DENGAR NASIHAT YANG KITA NAK DENGAR SAHAJA.

The reason akak cakap ini adalah kerana akak nak kongsi pengalaman akak sendiri.  Bila u olls ada masalah,  siapa u olls pergi untuk luahan perasaan dan minta nasihat?  Suami?  BF?  Kawan?  Kawan baik?  Kawan kerja?  Mak?  Sesiapa pun…..tapi pernah tak u olls hadapi situasi ini  :
U ada masalah….u cerita kat satu orang iaitu KAWAN A.  Tapi  KAWAN A tu bagi nasihat yang tak menyedapkan hati u olls.  So u olls pi mintak nasihat dengan orang lain iaitu KAWAN B.  Dan orang itu pun bagi benda-benda yang menyedapkan hati u olls.  In the end,  KAWAN A dijauhkan kerana dia menyakitkan hati u.  Dan KAWAN B menjadi your new best friend…..walaupun hakikat….benda benda yang menyedapkan hati u olls itu mungkin bukan membawa kebaikan kepada diri u olls.



Haaaaaaaaaaaaaaaaaaa…………pernah tak u olls terfikir macam tu?  

Marilah kita sama-sama kita muhasabah diri.  Yes,  sapa yang nak dengar kritikan dan benda yang ‘buruk’ tentang diri sendiri.  SEMUA ORANG TAK MAU.  Tapi hakikat,  truth hurts u olls.  Akak pun sama.  Even sampai now pun…..kalau hang bagi kritikan dan bagitau kelemahan diri akak….AKAK MASIH SUSAH NAK TERIMA HAKIKAT.  Namun,  macam mana susah pun…Akak kena belajar untuk cope dengan benda tu.  Dan bila kita tau kelemahan kita,  dari situlah kita belajar untuk perbaiki diri kita dan cuba untuk jadi yang lebih baik.

Kalau kita tak mau dengar nasihat yang BURUK tentang diri kita.  Kita nak dengar nasihat yang bagus sahaja………………...in the end kita stuck dalam era yang sama sampai bila-bila.  And macam mana kita nak grow up?

Dulu ampa perasan tak kat blog akak?  Akak tulis macam ni…..ANON-ANON YANG TULIS KOMEN ADALAH SAMA MACAM THEY OLLS YANG BALING BATU SEMBUNYI.  Lebih kurang macam tu la.  Tapi,  kawan baik akak Asmaa telah tegur akak.  Dia kata…actually cara akak tu salah.  Sebagai seorang blogger akak kena bersikap terbuka.  Akak tulis apa yang akak rasa benda tu betul.  Tapi orang lain yang ada nilai-nilai hidup dia sendiri mungkin tak setuju dengan pendapat akak.  Walaupun orang itu ANON,  tapi orang itu ada point dia sendiri. 

Kak Asmaa juga tegur dan nasihat akak sebab akak suka maki-maki balik depa yang suka komen ANON kat blog akak.  Kak Asmaa kata,  akak ni macam poyo ja macam tu and macam blogger murahan yang suka bergaduh dan tak boleh bertoleransi dengan perspektif orang lain.

Mulanya akak marah dan terus mendiamkan diri.  Akak sentap sangat bila kena teguran macam tu.  Akak rasa macam Kak Asmaa ni saja-saja nak bagi akak pereng dan dia cuba suruh akak jadi orang lain yang BUKAN DIRI AKAK YANG SEBENAR. 

Akak amik masa lama juga untuk digest apa yang Kak Asmaa cuba untuk berikan kepada akak.  Alhamdulillah…walaupun susah lani akak dah berubah (I think).  Akak dah tak berapa pereng kalau orang komen secara anon dan in fact,  kalau ada orang yang cuba berikan komen yang bercanggah dengan pendapat akak,  akak lebih relaks dan secara otomatik ‘berkata’ kepada orang itu “Thank you so much for your comment.  U tak salah,  and I pun tak semestinya betul.  I sangat hormati perkongsian u olls,”. 

Kalau u oll perasan dah setahun lebih akak tulis kat blog akak pada ruangan sebelum komen iaitu  ‘Selamat mengomen.  Untuk lebih lanjut,  boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com
Thank you Asmaa and Nonie and Aishah too. 

Ada banyak lagi contoh lain yang lebih kurang sama dengan situasi ini.  Berlaku pada diri akak dan juga teman-teman yang lain.  Begitu juga kepada u olls yang pernah menghantar soalan dan luahan perasaan kepada akak di blog ini.  U olls minta tolong akak berikan pendapat dan nasihat.

 Semestinya,  akak jawab seikhlasnya dan mungkin JAWAPAN,  NASIHAT DAN PENDAPAT AKAK bukan sahaja menyakitkan hati u olls malah membuatkan u olls sangat-sangat tersentap dan tidak mahu membaca blog akak lagi. 

Tepuk dada tanya selera u olls.

Sekian.

Yang ikhlas,
Jumie Samsudin

1 comment:

  1. yup..betul apa yang akak tulis ni..setiap orang ada pendapat yang berbeza..kadangkala kritikan tu baik untuk kita menambahbaik diri kita..terpulang pada kita macam mana nak terima..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...