3.12.12

Pengalaman Hadiri Kursus Kesan Khas Dalam Tatarias Seni Persembahan USM bersama Didie Dotz Diaz

Assalamualaikum dan salam sejahtera u olls semua,

Hari ini akak nak share dengan u olls pengalaman akak apabila berpeluang menyertai sebuah kursus anjuran Unit Latihan USM dengan usahasama Pusat Pengajian Seni USM yang bertajuk "Kursus Kesan Khas dalam Tataris Seni Persembahan,".  Kursus ini dikhaskan kepada pegawai-pegawai budaya yang selalu terlibat dengan pelbagai persiapan belakang tabir untuk persembahan-persembahan pentas dalam USM.  Namun,  akak amat bertuah apabila mendapat undangan khas daripada En.  Yusof Bakar,  PP Seni untuk menyertai program ini.

Kursus ini disampaikan oleh seorang pakar dalam bidang solekan iaitu Didie Dotz Diaz.  Very simple and humble person.  Tak garang u olls.  Teringin zaman belajar dengan Nurul Shukor,  nak duduk pun tak boleh dek non.  So bila dapat cikgu yang very the baik,  so we olls anak-anak murid pun.....very theee la.


Cikgu Dotz sedang memulakan kelas. Kelas timpungan Abang Rashid di sana.  

Tapi pengalaman yang diberikan kepada kami ini dengan hajat besar dapat disampaikan kepada pelajar dan staf USM kelak apabila kami terlibat dalam apa-apa produksi teater,  tarian dan sebagainya.  Akak menjunjung tinggi usaha Pusat Pengajian Seni terutamanya team D.  Hardy yang  bukan sahaja telah berusaha sebaiknya untuk anjurkan latihan malah telah turun padang dan memberanikan dirinya untuk bagi we olls tontiang(conteng) muka dia.  Semoga lepas ni,  orang bukan je tau team seni persembahan USM bukan sahaja ada show yang bagus malah rambut dan make up pun melepss!


Sessi kelas berlangsung.  Meleps kan akak duduk?  Very the mak ayam gangster.  *Akak yang duduk tempat ke tiga dari kiri (TAK KENAL AKU LAGI!!)



Walaupun sibuk dengan pelbagai kerja kerja di office,  akak gigih bawak laptops to bila ada kelapangan i can still reply email gitu.  Kalau nak ikut sibukkkkkkkkk saja,  tak kemana la aku.  Pada hari pertama kursus,  niat akak datang dengan hati yang kosong penuh luhur untuk menimba ilmu.  Alhamdulillah,  banyakkkkkkkkkkkk yang akak belajar.  Thanks to Cikgu Dotz.

Antara perkara yang kami pelajari adalah seperti berikut  :
  1. Barang-barang keperluan asas dalam solekan.
    Kami go through semua barang-barang yang tersedia dalam beg make up.  Foundations,  lip colour,  eye shadow,  brushes dan macam-macam lagi.  Semuanya kembali kepada asas.  Akak belajar sekali lagi.  :)

    Beg make up yang dibeli oleh PP Seni.  Sapa nak pinjam,  kena jumpa Dr.  Hardy.

    Kak Ramnah,  student yang sangat dedikasi.  Tak lepas tulis nota.

  2. Belajar tentang fungsi make up.
    Make up digunakan sejak zaman purba kala u olls.  Sampailah zaman sekarang.  Dr.  Hardy cerita sikit sikit pasai make up pada zaman firaun.  Wanita-wanita zaman firaun,  depa pakai make up sebab depa nak dekatkan diri dengan tuhan.  Manakala zaman Queen Victoria dulu,  orang orang bangsawan make up muka depa bagi nampak pucat,  kerana lagi pucat seseorang itu bermakna orang itu lebih tinggi tahap bangsawannya.  Sampai ada orang yang sanggup kelar tangan depa,  bagi keluar darah banyak-banyak....so muka depa nampak pucat.  AIIYOOOOO!  Mak takut.  Sampailah,  Queen Victoria terus haramkan penggunaan make up.

    Tapi zaman sekarang,  kita belajar dan menggunakan make up untuk pelbagai perkara dan acara.

    Of course untuk make up harian,  kita guna solekan untuk keyakinan diri dan untuk menutup kecelaan pada wajah.  (MUKA AKAK OKAY....tak make up pun okay...cuma nampak macam terung sikit).

    Akak sedang membentang hasil 'face study' yang akak buat kat muka Dr.  Hardy.


    Seterusnya,  untuk make up kesan khas,  kita perlu gunakan untuk mengubah karakter dan sebagainya.  Make up ini selalunya digunakan untuk pementasan,  filem dan sebagainya.  Akak sangat suka tengok filem yang memberikan effect make up yang bagus.  Antara make up meletops yang akak suka dalam filem adalah filem THE IRON LADY,  macam mana depa ubah muka makcik Meryl Streep tu jadi macam Margaret Thatcher.  Siries akak respect.  Memang patut depa menang Oscar.

    Selain itu,  akak juga suka make up yang dihasilkan dalam filem Burlesque and also Sucker Punch.  Make up gila kemas dan sesuai dengan purpose filem itu yang berbentuk filem ala-ala muzikal.

    Antara make up filem paling buruk dan takdak effort bagi akak adalah....................THE HUNGER GAME.  Ampa dahla filem ala-ala saintifik.  Tapi make up dan reka bentuk rambut sangat sedih.

    Sekarang ni,  industri make up fashion and filem kat barat of course tersangat sangat sangatlah advance.  Ampa perasan tak lani,  kaunter make up Loreal pun dah ada jual barang-barnag make up HD.  Ampa tau tak apa tu make up HD?  Make up HD adalah untuk make up yang sangat halus dan memberikan effect yang lebih jelas untuk lensa camera HD.  Bak kata Cikgu Dotz,  dengan lensa camera HD,  cap cari make up artist kat atas kulit model pun boleh nampak ya!!

    Baru-baru ni akak tengok filem SKYFALL.  Hasil seni make up luka depa semua memang real,  and disebabkan filem itu HD,  so luka tu nampak lagi details.  Kat kening James Bond ada luka sikit pun boleh nampak dengan jelas.   And disebabkan lensa HD,  akak siap boleh nampak perempuan jahat dalam filem Bond tu punya lipstick ada terkeluak-tekeluak sikit.  Meletops kan teknologi sekarang?????

  3. Belajar tentang cara-cara mengenali bentuk wajah.
    Secara amnya,  manusia ada 4 jenis bentuk wajah.  Empat segi petak,  empat segi tepat,  bulat dan bujur.  Kami belajar macma mana nak kenal bentuk wajah dan macam mana nak aplikasi make up yang betul untuk mencapai jenis make up yang kami nak.  Daripada pengenalan kepada skill asas ini,  kita boleh make up untuk ubah gender iaitu daripada make up drag ataupun make up pompuan jadi lelaki.  HAAAAAAAAAAAAAAAA...tunggu kau Danny Harmizi.  Aku akan ubah muka kat tak lama lagi jadi Ramlah Ram.

    Contoh sketching bahagian yang perlu dihightlight dan di-contour-kan.

    Sessi 'face study'.

    Peta wajah yang amat penting untuk proses melakar idea make up sebelum membuat sebarang kerja solekan. 

     
  4. Cara make up untuk tarian pentas.  
    Dalam asas make up tarian pentas,  kami belajar sara prep/persediaan wajah sebelum make up.  Membentuk kening.  Cara pakai foundation yang betul.  Make up socket penuh,  socket separuh dan corner.  Make up smokey.  Cara pakai bulu mata dengan betul.  Pakai lipstick.  And of course shading dan highlighting.

    Contoh lakaran untuk make up socket penuh,  socket half and corner.
    Muka terung akak di make up sebelah untuk tunjuk teknik make up smokey.  Beza kan?


    Hang duk tengok apa Rashid?  Hang taste kat akak ke?



    Ini akak make up Leya untuk persembahan tarian.  Akak masih kekok yang make up show.  Sebab tangan akak terlalu feeling nak make up WOMAN!!  (Model ini merupakan student Soc Sc master yang merupakan penari yang active dalam show show kat USM).  Dia mai volunteer jadi models.  

    Apa pun yang pasti,  inilah cara make up yang sering disalah guna oleh make up artist kepada para pengantin.  Dari aplikasi foundation,  bedak asas,  contouring all very the all out untuk mengubah wajah si pengantin.  Sedangkan asasnya,  seorang pengantin kena nampak fresh,  cantek dan very simple.  Tak boleh ceritakan bezanya di sini,   kalau nak....kena contact akak,  kita buat kelas ya (ooohhhh business la pulak kan).
  5. Effect make up aging.  Make up lebam / bruises.
    Yang ni meletops sekali,  daripada pembelajaran skill mengenal bentuk wajah,  dari situ kami belajar pula tentang butiran-butiran halus pada wajah yang boleh dikembangkan untuk mengubah usia seseorang.  Yang ni sangat fun,  akak kena make up Dr.  Hardy target untuk dia jadi 70 tahun.  We had so much fun kat sini bila tengok hasil kami menjadi (dengan bimbingan Cikgu Dotz).

    Ini gambar akak amik dengan camera handphone akak.  Cikgu Dotz yang buat kesan lebam ni. Balik rumah, sambil bukak pintu kereta,  akak teriak panggil En.  Khafi "Abiang................Ya punya tangan terlanggak pintu....lebam teruih,"  kata akak sambil membuat lakonan palsu Fasha Sandha.

    En.  Khafi teruih muka berubah jadi macam Vadivelu (pelakon cerita tamil).  Dia memang tak boleh tengok akak sakit. Ini teruih nampak tangan lebam pulak.  "Haaaaaaaaaaaaaaaaaaa pasai paaaaaaaaaaaaaaaaa,"  jerit En.  Khafi dengan muka cuaknya.

    Bila tengok muka dia cuak....akak tak berani nak belakon dah.  Teruih gelakk......pastu pi dekat dekat dia,  tonyoh lebam dengan jari...pastu kata "Hehehe...tak tak....mekap jaa....niii ada eyeshadoww...tengokk tengokk,"  kata akak sambil tunjuk jari akak telekat eyeshahow.  
    Membuat aksi Walking Dead sambil diperhati oleh Cikgu Dotz.

      
    Abang Zul,  he looks 40s.  (Tapi umur sebenar beliau adalah 51 tahun ya.  Akak sembah ratu)



    Abang Zul,  at 60's.
    Akak memulakan teknik make up pada Dr.  Hardy.




    Akak pose sebelah Dr.  Hardy........pasai pa muka dia macam pereng.  AKAK TAK TAU.  heheheh

    Dua orang tua :)
  6. Cara aplikasi rambut palsu dan cara membuat sanggul mudah untuk pementasan.
    Cikgu Dotz ajar we olls cara nak membuat sanggul simple menggunakan rambut sendiri.  Akak panggil sanggul ini sebagai sanggul JLO.  Asasnya,  kami juga belajar cara untuk back comb rambut dengan betul.  Apa itu back comb?  Back comb adalah...bagi kerosot rambut u :)



    Inilah cara mudah untuk buat sanggul JLO.  Contoh di buat pada rambut akak.  Tapi tak nampak kemas,  sebab tak pakai hairspray (Cikgu Dotz tak pakai sebab lepas tu dia nak ubah - ubah rambut I).



    Ini contoh yang akak buat kat rambut Kak Zah.  Meleps kan?


    Inilah depa duk buat kat rambut akak.  Feeling Lara Croft.  Tapi ini contoh saja.  Kalau betul betul tak boleh guna rambut palsu ni.  Sebab colour rambut akak blonde ala-ala Eva Mandes.  

    Duk tak duduk pakai cucuk sanggul pulak.  Teknik yang diajar juga oleh Cikgu Dotz. Bukan main cucuk ja u olls. Takut tercabut paku akak tu.  Haaa....

Akhir kata,  akak sangat happy dapat belajar dalam kursus ini.  Dengan harapan pada masa hadapan,  bila USM ada produksi yang memerlukan khidmat akak,  haruslah akak bersedia memberikan khidmat.

Love,
Jumie Samsudin 
Lambang Kecantikan.

Gambar masa akhir kelas.

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...