12.12.12

Review Movie : Skyfall, Zaiton : Ceritaku, The Help, English Vinglish and Life of Pi

Hello u olls,

Akak nak share dengan u olls secara ringkas tentang movie-movie yang akak sempat tengok sejak dua menjak ni.  Mungkin u olls ada pandangan masing-masing,  please share your thoughts too :)


Skyfall
Akak peminat James Bond dari dulu.  Walaupun suami akak kutuk akak tahap teruk,  tapi dia terpaksa teman akak tengok juga.  Actually James Bond punya story baguih la.  Memang ukur paras kepada industri filem aksi Hollywood sejak dulu lagi.  Cerita Skyfall kali ini started dengan aksi yang sangat rancak,  naik motor celah-celah kesibukan kota Instanbul pastu tiba-tiba gaduh atas kereta api semua.  Pastu last-last towards the end,  very the drama u olls...banyak sembang-sembang.  Tapi overall,  akak sangat suka sebab James Bond kali ini ada banyak penukaran watak-watak kekal seperti M (Judith Dench muka macam mak I,  Kak Edeh) telah ditukarkan dengan M baru iaitu Ralph Fiennes (pelakon watak Voldemort dalam cerita Harry Potter).  Akak puas hati dengan cerita,  cinematography,  skrip (James Bond banyak carut-carut hero zaman baru....hehehe) and also jalan cerita.

Depa pakai camera HD,  memang clearrrrrrrrrrrrrrr gilaaa semua benda nampak terang.  Taken from my previous artikel Pengalaman Hadiri Kursus Kesan Khas Dalam Tatarias Seni Persembahan USM bersama Didie Dotz Diaz ,  akak requote balik apa akak tulis  :

Sekarang ni,  industri make up fashion and filem kat barat of course tersangat sangat sangatlah advance.  Ampa perasan tak lani,  kaunter make up Loreal pun dah ada jual barang-barnag make up HD.  Ampa tau tak apa tu make up HD?  Make up HD adalah untuk make up yang sangat halus dan memberikan effect yang lebih jelas untuk lensa camera HD.  Bak kata Cikgu Dotz,  dengan lensa camera HD,  cap cari make up artist kat atas kulit model pun boleh nampak ya!! 
Make up tak perfect yang telah mem-perfectkan cerita ini.

Baru-baru ni akak tengok filem SKYFALL.  Hasil seni make up luka depa semua memang real,  and disebabkan filem itu HD,  so luka tu nampak lagi details.  Kat kening James Bond ada luka sikit pun boleh nampak dengan jelas.   And disebabkan lensa HD,  akak siap boleh nampak perempuan jahat dalam filem Bond tu punya lipstick ada terkeluak-tekeluak sikit.  Meletops kan teknologi sekarang?????

Ha...satu lagi akak nak tambah,  Ms.  Money Penny......tak berapa cantek la pompuan tu.  (BOLEH???)



Zaiton : Ceritaku 

Akak beli cerita ni bila keluar kat Astro First.....HEY!  At least akak support filem Malaysia.  Akak tak beli DVD cetak rompak ya.  Akak memberikan ekspektasi yang tinggi kepada cerita ini.  Sebab memang dulu,  akak adalah peminat cerita tema autobiography begini.  Zaiton Sameon pula adalah diva Malaysia yang sangat ulung pada sekitar tahun 80 an dan 90 an.  Sampailah tragedi kemalangan jalanraya yang menimpa dia dan anak dia,  Kak Ton jadi macam ting tong sikit dan sejak itu kejayaan seninya merudum jatuh.

Pada akak,  penceritaan pada filem ini sangat lemah.  Terlalu perlahan dan akak tak jumpa pun intipati yang cuba disampaikan.  Sampailah masa akhir filem ni,  keluar video clip kecik Kak Ton yang kelihatan sihat dan segak memberikan ucapan penghargaan dan dia berpesan kepada para penonton semua bahawa nikmat dan kesenangan yang Allah bagi kat kita boleh ditarik pada bila-bila masa.

Kalau Kak Ton tak cakap tu,  akak tak rasa pun feel itu.  Akak tak rasa pun dari pelakon ataupun skrip.

Sedikit komen akak kepada pelakon utama yang memegang watak Zaiton Sameon.  Akak merupakan peminat Zaiton Sameon,  so masa Kak Ton eksiden pun dia ting tong sikit,  akak selalu tengok dia kena interview kat TV.  Walaupun akak kecik lagi time tu,  tapi akak sangat remember cara Kak Ton menjawab soalan-soalan.

Zaiton Sameon masa dulu dulu.  EKZOTIK SANGAT.


Kak Ton jadi tingtong,  lirik pun tak ingat u olls.  Nak nyanyi macam mana.  Tapi...............dia tak seceria,  secacah dan seYAKIN watak Zaiton dalam filem ni.  Akak rasa,  pelakon gagal membuat research mengenai watak Zaiton Sameon dan akak rasa dia tak berjaya jadi Zaiton Sameon.  In fact,  dia pendek sikit sedangkan Kak Ton kita very the tinggi lampai dan mempunyai kaki panjang berkulit sawo matang ala-ala Whitney Houston gitu.  Apa pun, akak puji suara yang digunakan untuk menggunakan untuk runut bunyi filem ini.  SANGAT STRONG....tapi............lepas Kak Ton eksiden...............................dia nyanyi tak se-strong itu u olls.  Tu la i kata....buat research dulu.

Teaser poster yang menampilkan Mislina.  

Sebenarnya ada banyak gossip disebalik pembikinan filem ini.  Mulanya filem ini diarahkan oleh Ibu Fauziah Nawi dan dilakonkan oleh Mislina Mustaffa.  Tapi tak tau pasaipa,  producer REJECT hasil kerja ibu.  So Esma Daniel yang jadi pengarah filem ini dan pelakon pun ditukar kepada Nadia Aqilah.  Akak rasa....................kalau Mislina berlakon lagi best!!




The Help
Haaa....cerita ni akak tengok kat HBO.  Sebuah cerita yang mendapat beberapa award masa Academy Award tahun lepas.  Cerita dia berlatar belakangkan era 50-an di sebuah pekan bertajuk Jackson, Mississippi.  Cerita ini mengisahkan bagaimana pembantu-pembantu rumah yang merupakan wanita-wanita kulit hitam ditindas dan diinayai oleh majikan mereka yang berkulit putih.   Tapi tak semua yang bersikap bangsat seperti itu.  Ada juga mat salleh yang sangat baik dengan pembantu rumah mereka dan mereka dah anggap orang gaji depa ni adalah keluarga sendiri.

Tapi macam mana depa (mat saleh) sayang orang gaji depa pun,  depa tak akan berani untuk tunjuk perasaan hormat mereka itu kepada kawan dan jiran (mat saleh) lain sebab depa TAKUT depa akan dihina dan dipulau.

Buku The Help dalam filem ini.

Namun,  ada seorang penulis muda yang bertindak berani.  Dia tulis sebuah buku yang memaparkan kisah-kisah dan pengalaman orang gaji berkulit hitam.  Namun,  penulisan itu dibuat secara ANONYMOUS.  Memang menjemput perasaan marah sesetengah pihak la u olls.  Tapi apa pun,   biar pun orang marah dan tak suka dengan penulisan tanpa nama ini,  namun kebenaran tetap kebenaran.  A thought for myself as a blogger,  lepas ni kalau ada ANON yang memaki hamun atau mengutuk cara akak....maybe orang itu ANON dan maybe orang tu kurang hajar...tapi kalau dia betul.....tetap betul.



English Vinglish
Sebuah filem Tamil yang betul betul meletops!!!  Dahlah dilakonkan oleh mak ayam ratu ular senduk iaitu Sridevi.  Menggeletis bila akak tengok dia berlakon.  Sapa kalau tak kenal Sridevi,  ampa pi tanya mak mak ampa semua......pasai satu cerita Hindustan tajuk NAGINA.  Lakonan Sridevi dan hero Rishi Kapoor.  Sridevi adalah puteri ular senduk....dia bercinta dengan maknusia iaitu Rishi Kapoor.  Aiiiiyooo meletops tau cerita fantasi tu.  Akak suka.

Okay...berbalik kepada cerita English Vinglish.  Cerita ini tentang seorang wanita yang juga seorang isteri dan seorang ibu yang mempunyai masalah untuk berbahasa Inggeris.  So kelemahannya itu menyebabkan anak dia malu kat dia.  Dan suami dia pulak,  selalu gelakkan dia.

So,  bila dia ada peluang untuk pergi ke US untuk melawat family kat sana.  Sridevi pi belajar English.  Dia berusaha bersungguh-sungguh untuk belajar bahasa ini dan merupakan antara pelajar yang bagus dalam kelasnya.  Tapi dia merahsiakan perkara ini dari keluarganya kerana dia malu akan diketawakan.

Kendu kan jantan ni?  Kalau ampa mesti dah feeling dah....

Dalam ramai-ramai yang duk ada dalam kelas dia tu,  ada satu mamat Perancis yang duk syiok kat Sridevi.  Hari hari dia duk try mengorat Sridevi.  Apa yang menakjubkan sekali,  bila depa bersembang...mamat tu cakap French,  Sridevi cakap Tamil.  Tapi walaupun menggunakan bahasa yang berbeza.....but deep down depa saling memahami perasaan masing-masing.  Tapi,  sebagai seorang wanita India yang mempunyai pegangan hidup yang kuat,  dia tak akan mudah terlayu dengan godaan macam ni.

Berlainan dengan keluarga Sridevi sendiri,  walaupun mereka bercakap dengan bahasa yang sama iaitu Tamil....namun..........................................mereka tak boleh faham perasaan keluarga mereka sendiri.  Setiap percakapan dan kelakuan yang mereka buat,  langsung tidak meng-endahkan perasaan Sridevi.  And itulah yang mengajar akak dalam filem ini.


Life of Pi
Cerita ini memang akak nanti-nantikan. Sebuah filem yang diangkat daripada sebuah novel dengan tajuk yang sama hasil penulisan seorang jejak matsalleh (my suprise) bernama Yann Martel dari Kanada.

Akak tak mau bagitau jalan cerita untuk filem ini.  AMPA PI TENGOK SENDIRI PLEASE.  Cerita ini sangat best.

Pertama kali bila aku keluak dari panggung wayang mulut akak terdiam dan tak tau nak komen apa2. Kalau tidak, macam burung kuit kuit duk komen tu komen ni and bagi review tah apa-apa. Bukan tak faham cerita ni, tapi tak tau lagi nak describe cerita ni macam mana. Kawan-kawan semua, kalau ada peluang pi la tengok cerita ini di panggung wayang. : )

Akak sangat suka dengan jalan cerita filem ini.  MEMANG LAIN.  Cinematography.  Visual effect meletops especially bila si Richard Parker tu yang terkam-terkam pi.  AKAK PULAK YANG  JERIT-JERIT TUTUP MATA.....PADAHAL....WE OLLS TENGOK CERITA TU TAKDER 3D APA PUN.  Feeling kan akak ni!!

Hasil lakonan very good.  Akak suka bila tengok wajah yang akak kenali iaitu Tabu...terus akak rasa macam Mujeranggedee...ranggede....mujerangge ranggede mujeranggede....GITU!  

Tapi pendapat akak tentang filem ini,  kita belajar satu perspektif baru untuk melihat kehidupan kita ini dan Pencipta-Nya.  Ya,  hidup ini adalah seperti sebuah pi (π).  Sapa dulu amik add math dia akan paham.  22/7.  Nisbah ini adalah penting untuk menjulat pengiraan bulatan.  Metafora π yang digunakan dalam cerita ini memberikan perspektif baru kepada kita untuk menisbah bulatan / kitaran kehidupan kita ini.

Sebagai seorang manusia, kita tak boleh nak jalan lurus sangat.  Tak boleh terlalu obses dengan satu perkara sahaja.  Contohnya,  zaman sekarang,  orang taksub dengan teknologi sains sahaja.  So depa tak percaya tuhan.  Sampai sanggup perlekehkan soal agama dan tuhan.  Ada pulak yang terlalu obses dengan tuhan,  akhirnya sampai menolak kemajuan dan arus kemodenan.

Tapi dalam cerita Life of Pi ni,  kita belajar bahawa untuk melengkapkan hidup kita ini,  kita kena ada agama dan tuhan,  kena ada ilmu manusia (sains dan teknologi),  kepercayaan dan rasa hormat sesama manusia dan makhluk lain dan yang paling penting sekali kita kena guna lojik akal.  Kalau seseorang itu boleh mengerti apa yang disampaikan oleh cerita ini,  mungkin dia tidak akan sewenang-wenang memandang rendah kepada orang UMNO yang nak membantu saudara Islam di Gaza.  Tak kisahlah orang tu UMNO,  Pas,  PKR,  Melayu,  Cina,  India....kalau dia buat baik......maknanya dia buat baiklah.  Tak payahlah kita nak pertikaikan dia.  Itu kerja Tuhan,  bukan kerja kita.

Kesimpulannya,  ini untuk sapa yang dah tengok cerita Life of Pi (sebab ada yang dah tengok tapi mungkin tak faham).  Dalam cerita yang disampaikan dalam filem tu,  Pi terhanyut di atas perahu bersama seekor harimau,  orang utan dan juga seekor dubuk. In the end semua mati,  kecuali dia dan harimau.  Dia bersyukur kerana dia hidup dengan harimau itu kerana harimau itu yang mengajar dia untuk survive kehidupan di atas laut (nak tangkap ikan dan sebagainya).  Sebab dia takut harimau itu akan lapar dan makan dia,  so dia terpaksa belajar tangkap ikan,  bunuh ikan dan makan ikan -  walaupun selama ni dia vegetarian.  Akhirnya,  selepas mereka terdampar di tepi pantai........harimau itu terus masuk ke hutan dan tidak pandang langsung ke arah Pi.

Lukisan dari kawan saya Ms.  Parimala yang menggambarkan keadaan di atas bot.  Dia sangat tersentuh dengan buku Life of Pi.  Akak pun nak pi beli buku ini untuk koleksi sendiri.


Apabila Pi cerita kisahnya dengan seekor harimau itu kepada orang lain,  ORANG TAK PERCAYA.  Memang impossible kan?  So depa paksa Pi cerita benda yang lojik.  So,  Pi cerita situasi yang sama............tapi watak-watak itu ditukarkan......Dubuk yang jahat itu adalah tukang masak yang jahat dan ganas.  Zebra yang patah kaki tu adalah seorang kelasi kapal.  Orang utan itu adalah mak Pi sendiri.  Tukang masak itu nak berkuasa atas boat kecil itu sampai dia membunuh si kelasi dan mak Pi....sebab itu....Pi jadi tersangat marah sampai akhirnya dia sendiri yang membunuh Dubuk itu.

At the end of the story,  Pi tanya kat mat salleh yang nak beli cerita dia.  "Which story yang hang suka?"  Mat salleh tu kata...."Aku pilih cerita yang hang dan harimau tu,"  dan Pi pun jawab...."Samalah dengan Tuhan........"

Ampa paham dakkk?????? Kalau tak paham jugak,  memang IQ ampa 0.0658.  So akak tak mau nak explain panjang-panjang dah.  

8 comments:

  1. seriusly LIFE OF PI sgt2 best..
    tak rugi duit p tgk kt imax theater..
    gmbr sharp..cantik..
    kami terpegun part yg ada obor2 tu..
    MasyAllah..cantiknya smpi terpegun..
    tu baru rekaan dr akal fikiran manusia..
    ce bayangkan Syurga Allah.. (eh melalut plak)

    tp mmg tak rugi laa tgk cita tu..
    byk pengajaran..in fact nk p tgk lg skali ni..
    Tun M pn p tgk!

    ReplyDelete
  2. suka dgn review ini..walaupun antara cerita kt atas, muvie Life of Pi ja yg sy tgk...hehehe...cerita nh mmg best..bg sy cmni la.."jalan cerita dia mendatar but in the very good movement so we can enjoy and feel in every moment through this movie.."..sy pon suka ending dia..yg 1 st bila rimau tu x pandang dia then leave him alone..its so sad n yet logic..bg sy kalo tetiba rimau tu toleh kt dia n senyum then larik masuk hutan tu mmg sgt serr bg la..but its not...lg 1 time Pi nangis akhir2 tu..walaupun air mata dia x mencurah jatuh but i can feel it..xperlu nanges bagai nak rak tp xda feeling..hehehee...we may difference in many ways but its always has many ways for us to find for being connected....mcm Pi n rimau tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksud "HARIMAU TU MASUK HUTAN DAN TAK PATAH BALIK" pada hemah akak adalah.....harimau tu melambangkan sikap ganas, makan ikan, bunuh bintang lain.....bila dia masuk hutan tak patah balik kat Pi seolah-olah nak kata....PI tak akan jadi ganas lagi.......sikap macam tu...harus dibuang terus.

      Delete
    2. hurmm..setuju3!!!!hehehehee....IQ akak mmg terbukti tinggi seperti yg diuar-uarkan..hehehee...

      Delete
    3. yesss...hahahaha...nnt kak wat la review pasal muvie strawberi cinta plak..ahaks!!!!sy mcm da dpt bayangkan je review akak tu mcm mana...mst hotzz kan...hehehehee..

      Delete
    4. Sejak bila hang rasa mak ayam hang tengok cerita cerita macam ni?

      Delete
    5. hehehehee..saja provoke akak..hahaha..saya tau awai2 lg akak da reject all this kind of film....tp sy teringin nk baca sharootan akak pasai cerita2 spisis nh..sbb sy tgk dia punya preview kt tv pon da serrr...hhahahaha...

      Delete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...