4.12.12

Short Trip ke Homestay Embunan Emas, Kulim Kedah

Hello u olls,

Sempena cuti sekolah ni.  Adik En.  Khafi yang kecik sekali iaitu Akmal,  telah datang ke Penang untuk stay dengan kami.  Meletops dia lepas dapat kata-kata dorongan daripada abang dia,  terus gigih naik bas ke Penang sorang-sorang.  Kerlas adik!

So minggu lepas,  we olls pun bawak Akmal jalan-jalan di hujung minggu.  Akak dapat idea untuk stay di Kulim sebab akak mempunyai sahabat Facebook yang ada homestay kat sana.  Dah banyak kali dia duk invite akak mai duduk homestay dia.  Dekat dengan air terjun and paling best, jauh dari hiruk pikuk kota.  GITU.  Yelah....PENANG NI...BILA MAI MUSIM CUTI SEKOLAH...SESAK MESAK MENGALAH KOTA MUMBAI.  PENUH DENGAN PELANCONG U OLLS.  So,  we olls orang Penang eskep ke tempat lain.

Homestay Embunan Emas
Homestay Embunan Emas ni terletak di Junjong,  Kulim,  Kedah.  Kebetulan akak ada make up di Sungai Petani,  so kami plan,  after make up session,  we olls terjah terus ke Kulim.  Perjalanan dari Sungai Petani ke Kulim adalah lebih kurang 30 minute jah.  Samalah kalau dari Penang Island, lebih kurang 30 minutes je.

Homestay Embunan Emas (nama meletops naa......very the good fengshui),  diuruskan oleh Amy dan suami beliau.  Tapi macam family business la u olls.

Sign board menuju masuk ke Embunan Emas Homestay.

Balai Polis Junjong.

Lokasi
Lokasi Homestay Embunan Emas,  terletak betul betul di tepi Balai Polis Junjong Kulim.  U olls refer pada peta Google Maps yang akak sertakan ni.

Jenis-jenis Penginapan
Setakat ini,  depa ada 3 lot penginapan.  Seri Embun,  sempena nama arwah nenek depa.  Adalah rumah besar yang ada 3 bilik tidur,  ruang tamu.  Memang besar.  Akak dah masuk kat dalamnya u olls.  Kat sini akak letak gambar-gambar taken officially untuk blog rasmi Embunan Emas Homestay.  Akak pun sebab masa mula-mula sampai macam tercungap cungap excited gitu,  dah la first time jumpa Amelia.  Gituuuuuuuuuu.......kena feeling-feeling sopan la.

Lepak petang makan buah moktan (rambutan) di depan Seri Embun bersama Amy dan anak-anak.

Pisyo!!

Lot kedua adalah Seri Intan,  ini adalah bilik penginapan yang akak amik.  Sesuai untuk 2-4 orang.  Konsep studio u olls.  So masuk-masuk terus bilik tidur and belakang tu ada pantry.  Tepi pantry tu ada walk in wardrobe lengkap dengan tempat serika  u olls.  And of course,  toilet american standard,  ada hot shower ya!!  Sebut pasai pantry,  akak betul betul menyesal sebab tak buat preparation nak datang sini.  Sebab pantry yang disediakan dalam Seri Intan sangatlah meletops.  Ada dapur,  barang nak memasak semua ada (simple-simple),  cumanya kita bawak bahan nak masak je u olls.  Setakat nak goreng goreng cok-kodok.....boleh sangatlah.

Pemandangan yang damai dari pintu dapur Seri Intan yang kami duduk :)

Wanita harimau sedang pose maut di pintu sliding door.

Ada mesin eksesais juga.........MOTIPPPPPPPPPPPPPPP!!!

Petang kami sampai tu hujan.  So dua beradik ni duk berebut nak pasang air cond or bukak kipas je.

Motif akak tunjuk gambar pose ini bukan untuk menunjukkan yang bulu kening akak yang jarang tetapi untuk menunjukkan bahawa semua selimut,  lapik tilam dan bantal kat homestay ni guna brand AKEMI ya..............meleps sangat.

Petang tu hujan...........kami tak tau nak buat apa :)


And lastly,  Seri Anies.  Sempena anak-anak Amy dan suami.  Ada dua unit.  Tapi dua dua konsep yang sama.  Bilik untuk dua orang menginap.  Tiada peti ais,  tiada pantry.  Macam bilik hotel la u olls.  Selalunya orang ambil bilik ini sebagai tambahan.

Amy pose bersama kakak harimau :)


Tujuan Penginapan di Homestay Embunan Emas
So u olls dah tengok kan unit-unit yang ada kat sini.  Selalunya orang yang menginap kat sini adalah orang-orang Kulim yang datang nak ziarah sanak saudara di kampung sekitar Kulim ataupun diorang ada kenduri kendara kat sini.  Selain tu,  ada juga yang datang stay kat sini untuk hantar anak-anak masuk asrama MRSM PDRM Kulim ataupun Sekolah Vokasional Kulim yang terletak tidak jauh dari sini.

Seri Intan dari depan :)

Halaman yang luas.

Amy cakap,  ada satu pelanggan tetap dia,  selalu datang sini and stay dua tiga hari bersama anak-anak mereka untuk mencari ketenangan.  Katanya,  keluarga tu,  anak-anak dia semua pelukis.  So depa semua mai sini,  relak-relaks and cari ketenangan dan hasilkan seberapa banyak lukisan.  Pastu balik,  depa juai lukisan depa.  MELETOPSSSS!  Very the Ferancis ya.

Pokok durian yang tinggi dan besar di depan unit Seri Intan.  

Selain itu,  ada juga yang bukan nak cari kedamaian tapi memang nak buat meriah kat sini.  So depa mai sini buat family day and even....BUAT KENDURI KAWEN U OLLS!  Meletopsss!  So depa sewa semua unit dan buat kenduri kat unit Seri Embun.  Meletops sangat.

Musim Durian
Jangan sentap ya u olls,  masa we olls datang sini kebetulan adalah musim durian.  Maka bila katanya musim durian,  sepanjang jalan menuju masuk ke Junjong Kulim ada orang juai durian kampung ya.  Dan kat dalam Embunan Homestay ni,  ada macam-macam buah yang sedang menumbuh.  Ada rambutan,  pulasan,  duku langsat,  manggis,  cempedak and also durian.  Tapi,  Amy kata durian depa tak cantek sebab tupai duk makan.  HEHEH tak palaaa....

Gambar sesi memetik buah rambutan :)


Taman Rekreasi Air Panas Ulu Legong,  Baling
Ini kali kedua akak datang sini.  Dulu first time datang,  dah berapa tahun dulu.  Masa tu ada 3 kolam ja.  Tapi sekarang akak datang.  Nenjiaaaaaaaaaaaaaaaa......................ada banyak kolam,  besar.  Pastu ada banyak ruang untuk buat camping.  Dah macam Lost World Of Tambun pulak akak rasa.  Memang puas hatilah dengan bayaran RM6 satu kepala yang dikenakan untuk orang dewasa nak masuk.

Pintu gerbang.

Orang buat kemping :)

Tapi,  satu yang akak tak suka nak datang sini adalah perjalanan yang super duper jauh gila babi.  Bukan sahaja jauh,  tapi gelap pastu kena lalu pekan Baling,  Weng dan Siong.  Daripada Ulu Legong,  kena pulak naik turun bukit lebih kurang 5 km untuk sampai ke taman rekreasi ni.

Daripada Kulim,  kami drive up to Baling amik masa lebih kurang 1 jam lebih.  Sampai kat Pekan Baling,  jalan jem sebab banjir pulak.  AIIIYOO YOO YOOO...so kami kena masuk simpang jalan kampung yang gelap gulita.  Dah la gelap gulita....kereta tak banyak u olls.  Ada sebuah or dua buah je.  Tiba-tiba ada satu kereta duk ikut rapat dari belakang.  Dia duk angkat high beam.  En.  Khafi punya la bengkek.  Pastu kami bagi dia potong,  dia tak mau.

Pastu En.  Khafi terlepas cakap macam ni "Apa ni duk angkat high beam....awat atas kereta aku ada....." kata kata En.  Khafi terhenti di situ.  Mungkin dia nak cakap,  "Ada hantu ka,"  Tapi dia tak berani nak sambung.............dia tau akak penakut....so En.  Khafi sambung....."Awat atas kereta aku ada.......beg ka,"

HAHAHAH nohoroommmm En.  Khafi serrr ngoks.  Akak tak gelak kat situ.  Akak diam je.  Dah balik baru kami gelak-gelak.  Lagi satu yang membuatkan akak terdiam adalah kerana,  dalam perjalanan kat kampung area Weng,  akak nampak ada orang lelaki tengah panjat parit.  TIBA TIBA DI WAKTU MALAM ada orang duk panjat parit kat tepi jalan.  HANG TAK HORROR?

Khafi besak dan Khafi kecik.

Ting tong tiang,  lepas melalui onak dan duri,  akhirnya kami tiba di Taman Rekreasi Air Panas Ulu Legong,  dan alangkah terkejutnya bila kami dapati NENJIAAAAAAAAAAAAAAAA PUNYA BANYAK KERETA,  BAS ROMBONGAN DAN JUGA MOTORSIKAL.......................tadi awatt takdak punnnnnnnn ampa ni semua kat jalan!!

Salah satu kolam yang ramai orang duduk melepak dan bermandi manda.

Khafi besak dan Khafi kecik sedang melihat kolam paling panas airnya.  Tapi maybe sebab malam tu terlampau sejuk,  so air ni pun tak begitu panas(macam yang akak ingat dulu).  Kita boleh celup celup kaki.


Air Terjun Sungai Junjong,  Kulim
Esoknya,  kami ke Air Terjun Sungai Junjong.  Daripada Embunan Emas Homestay.....sangat dekat.  Bawak kereta 5 minit je u olls.  So i olls dan adik Akmal,  bawak towel je.  Tak sibuk nak bawak baju salin lepas mandi.  HEHEHE.

Yoga di waktu pagi sementara tunggu laki bangun tidok.

Proses menghabiskan buah buah semalam :)

Pemandangan cantek menuju ke Air Terjun Junjong.

Kena bayar dua ringgit untuk masuk sini :)

Sampai ja kat Air Terjun Sungai Junjong......apa kami buat dulu?  BELI DURIAN.  Yes..................durian kat sana boleh tahan sedap la.  Isi tebal.  Macam durian kat Penanglah pulak akak rasa.

Durian lai.....


Satu akak nak cakap pasai Air Terjun Sungai Junjong.......dia takdak air terjun :) Dia just ada sungai air bukit yang sangat sejuk macam nak kacip gigi rasanya.  Masa kami mai....air keruh sebab semalam ujan lebat.  Tapi takpa....bersih air dia tak berbau selut ka apa ka.  Banyak orang kampung yang memenuhi tempat ini,  mandi-mandi dan berkelah.  Anak-anak ikan ramai u olls....Danny mesti suka mai sini.

Tapi apa pun,  memang best mandi ayak terjun sejuk sejuk...pastu makan durian kasi panas  :)

Add caption
Makan durian session!

Kami nak jual kereta ni.  Berminat?  PM me :)


Jungle tracking sebentar.  Actually kami nak cari port mandi.  Tapi lagi naik atas,  lagi kecik anak sungai dia.


Bertemu uncle durian.  "Aiiiaaaaa susah....susahhh...."

Adik dua kat belakang tu duk pose kekwat.

Mandi di bawah pokok-pokok durian.
Alien vs Predator

Menari ballet di sebelah suami.


Sekian sahaja cerita ceriti daripada akak.  Sapa kata bercuti best kena pi jauh-jauh and tempat oversea sahaja.  Nenjia......mai Kulim pun boleh holiday u olls.  

Untuk keterangan lanjut mengenai Embunan Homestay,  mai baca blog depa  :  http://embunanemashomestay.blogspot.com/


Nak tengok lagi banyak gambar?  Click sini  :  Short Trip ke Homestay Embunan Emas, Kulim Kedah

Jumlah bajet yang terlibat  :
Penginapan  :  RM150 (Terima kasih Amy sebab tak amik bayaran dari kami.  Hadiah katanya)
Minyak and tol  :  RM50
Makan / Minum :  RM100

4 comments:

  1. oo..homestay kak amelia shafer :-)
    nice la...kampung ambience..sesuai cari ketenangan..!

    ReplyDelete
  2. yuhuuuu... kami mai...!! addoii la.. dr kelmarin dulu dok bz tkleh nak mengomen entry ampa ni.. hihi.. ni baru la ader kelapangan *walaupun mlm ni malam jemahat kami korban kan jua masa tu..:P *(boleh caya ka?) haha..

    Ok lah...kesempatan ini kami nk ucap tenkiuk..tengkiuk utk ampa ngan En Khafi & adik En Khafi yg sudi terjah homestay cinonet kami.. kami harap ampa hepi kt sini..dan harap ampa leh 'tidoq lena' mlm tu..:))) maaf la kalau layanan kami yg tak seberapa tu...dan tengkuik jugak la sbb sudi wat entry ni dlm blog ampa yg vegadavaasss tu.. haha..

    Ok.. senang2 lg ampa mai lg tau.. kita ber BBQ skali na.. kita bersteamboat jugak..:))))

    Kepada pengunjung blog ampa.. kalau senang2 terjah la blog homestay kami.. http://embunanemashomestay.blogspot.com kalau nk roger teruih pun buleh.. 0124707224 :)

    Jumpa lg babai! :)


    Nota kaki; aniwey...Murni AlFathunnisa ni mai kot celah mana? hahahah... ada ja dia tu...sampai kt sini pun dia ada..hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks to you sebenarnyaa Amy. Ampa dan suami memang sangat baik. Dont worry kami akan mai balik .....TUNGGUUUUUUUUUUUUUUUUUU

      Delete
  3. Salam, Nanti boleh boleh terjah nora homestay pulak di perlis. Boleh tgk kat norahomestayperlis.blogspot.com.
    noraayub.blogspot.com n like page fb Homestay NORA, Perlis.
    homestay kami rumah tradisional rumah perak. Jemput dtg ya.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...