18.12.12

Soalan Panas daripada HunnyBee

Salam Jumie,  
Di sini saya ada beberapa persoalan yang ingin saya minta saudari bincangkan, jelaskan, terangkan, huraikan, tindakan dan saranan dengan lebih berhemah dan intelligent. Maaf andai penulisan saya serabut sebab saya bukan seorang penulis yang baik :)

Wasalam,

Wowww....u olls...kerlasnya bahasa dan juga penulisan u olls. For the first time akak rasa macam happy sangat sebab u ols tak guna perkataan short form langsung. Thank you so much. Soalan-soalan yang u olls berikan amat menarik untuk dijawab. Walaupun i olls agak sibuk kebelakangan, tapi emel seperti u olls ini yang membuatkan i olls rasa happy untuk menjawabnya.

Soalan 1  :  Mengapakah perlu ibu bapa melihat kebahagiaan anak2 dengan menyuruh mereka berkahwin? Mungkin anak2 ada alasan tersendiri mengapa mereka tidak mahu berkahwin dan biarkanlah andai itu yang membahagiakan mereka, daripada kelak tidak boleh memberikan komitmen dan kebahagiaan kepada pasangan, hanya nak melunaskan permintaan ibu bapa

Pada pendapat akak, tidak semua ibu bapak nak tengok kita kawen u olls. Not all. Akak kenal ramai ibu bapa yang walaupun datang dari generasi yang berlainan (generasi belajar kat menulis guna kalam…ampa tak tau kalam tu apa ampa pi tanya kat mak ampa) tetapi Alhamdulillah mereka ini mampu untuk ‘bergerak’ seiring dengan kehendak dan cara hidup orang zaman sekarang. Dulu-dulu orang tua bagi anak depa kawen awai, sebab depa nak bagi anak depa hidup berdikari. Kalau tak kawen lagi, maknanya mak bapak masih nak kena tanggung hidup si anak tu. Orang dulu-dulu kan susah….

Zaman sekarang ni, dah lain u olls. Nak kawen ja dah kena siap berpuluh ribu ringgo. Lepas kahwin….haaa….lagi banyak duit nak kena pakai. Sesetengah parents dah faham, kalau anak dia tak ready nak kawen (lebih selesa hidup sendiri), so depa tak mendesak apa pun. Tapi kalau tengok anak depa, rumah ada, kerja baguih, pastu ada marka sempoi punya duk merendek sana sini….of coz la depa akan tanya….”Ampa ni duk berdating ja…..bila nak menikah. Nanti apa kata orang,” Dalam soal tu…..akak tak salahkan mak bapak. Akak salahkan si anak-anak yang gedik yang duk berkepit sakan mengalahkan orang menikah.

Gambar katun ini diamik dari website pakarcinta.com.


Tapi ada sesetengah ibu bapa yang ‘terlalu akur’ dengan ‘kata orang”. Just sebab anak depa duk berkepit sana-sini, depa dah gaduh suruh anak depa menikah. Padahal anak depa tak ready langsung. (Anak pun mengheeelaaa takleh nak haling dah). Tapi paling menyedihkan kalau ada mak bapak yang paksa anak depa kawen just sebab anak orang lain dah sibuk menikah kenduri kendara meletops letaps…..so depa pun nak suruh anak depa kawen jugak sebab depa pun heboh nak lawan buat kenduri lagi sempoi. Semuanya kerana sesetengah ibu bapa ini turut tertekan dengan ‘apa orang kata’.

So, pada pendapat akak actually tak semua ibu bapa suka mendesak anak-anak untuk cepat cepat berumah tangga walaupun terkadang itu depa amat menyedari yang anak depa tak ready untuk berkawen, tapi kalau ada ibu bapa yang berkehendak sedemikian….bergantung kepada anak tu sendiri untuk handle perkara ini. Pada pendapat I olls, walaupun kita diajar untuk menghormati dan menyayangi ibu bapa kita, tapi pada masa yang sama kita kena sedar….INI HIDUP KITA. Sampai bila kita nak grow up as an individual kalau setiap keputusan besar dalam hidup kita ditentukan oleh orang lain…..


Soalan 2  :  Buat ibu bapa di luar sana yang dapat mengesan anak adalah seorang LGBT, adakah dengan memaksa mereka berkahwin akan membuatkan mereka kembali normal? Pada saya usah dipaksa menjadi straight dengan berkahwin, ia akan memburukkan lagi keadaan. Cubalah fahami sedalam2nya bagi mencari penyelesaian kepada permasalahan anak itu, bukan menambah lagi kekeliruan mereka. 

Betul, akak juga berpendapat begitu. Tapi u olls selalunya, ibu bapa yang sedar anak depa LGBT tapi tetap nak paksa anak depa kawen…sesungguhnya depa tu semua adalah orang-orang yang hidup dalam penafian/indenial. SEBAGAI IBU DAN BAPA yang membesarkan anak depa dari sekecik-kecik 2 kg….sampailah dah besar 80kg dan ke atas….takkanlah hang ‘tak kenal’ anak hang macam mana. Kan……………..kesian Kak Som dipaksa kawen juga dengan Tijah. Merana Kak Som…..merana lagila Tijah.

Gigi Chao anak taikun hartanah dari Hong Kong. Gigi Chao adalah seorang lesbian. Tapi bapak dia Cecil Chao Sze-tsung menawarkan HKD500 000 kepada mana-mana lelaki yang sanggup stret-kan Gigi dan kawen dengan Gigi.  Gitu.  Contoh en-denial yang sangat tegar.


Soalan 3  :  Bagaimana jika suatu hari saudari mendapati anak saudari adalah seorang LGBT, atau termengandung anak luar nikah (mintak simpang 44 malaikat). Apakah saranan yang boleh diberikan kepada anak2 LGBT selain memarahi, memaki hamun dan memaksa berkahwin?

Soalan ini amat menarik sekali. Dulu, I olls pernah tanya my gay friends “Nok, apa perasaan hang kalau hang dah kawen nanti, hang ada anak..tapi anak hang gay…..macam mana?” U know what my friend said? “I will and never ever want my son to be gay…..sebab aku tau susahnya jadi gay ni,” Kerapkali media barat menggambarkan sesetengah ibu yang sangat sangat teruja bila tahu anak depa gay. Siap terus ajak anak depa pi shopping semua. Gitu. I olls juga terbayang macam tu u olls…tapi tak semua gay ada taste yang kerlas ya….hahaha…ada juga gay yang taste kamfung. GITUUUU FEELINGNYA KAK ZAH.

Kalau suatu hari nanti, saya ada anak….dan saya tau anak saya gay, first sekali saya tak akan tanya dia apa-apa. Bila dia ready….biar dia sendiri yang akan bagitau saya. Dan apabila dia bagitau, well of course sebagai seorang ibu takkan saya terus-terus nak buang dan hina dia. KASIH SAYANG IBU LAIN KUASANYA….Dan mungkin dari situ, I olls akan cuba sebaiknya untuk menjadi orang yang paling close untuk anak I olls. Apa juga dia nak ceritakan, I olls akan cuba untuk jadi pendengar terbaik.

Terlalu radikal untuk keluarga Malaysia?  


Akak bersyukur kerana akak dikurniakan sahabat-sahabat LGBT yang tak pernah rasa kekok untuk kongsi kegembiraan mahupun keperitan hidup mereka kepada akak. Tahukah u olls, ada sesetengah kes gay mempunyai keinginan seks kepada jantina yang sama kerana mereka telah diliwat atau menjadi mangsa gangguan seks oleh lelaki yang selalunya………adalah AHLI KELUARGA ataupun KENALAN KELUARGA terdekat pada usia mereka belum akil baligh. Kalau itu yang berlaku kepada anak akak….akak nak carik sapa jantan tu dulu dan akak potong kote dia. SIRIESS!!!

Tapi kalau ‘kehendak’ itu datang sendiri (only God knows why) and anak akak cakap dia masih virgin…….(syukur) akak akan cuba berikan dia kekuatan yang sekuat mungkin. Tak semestinya seseorang yang gay kena buat seks baru dia lengkap sebagai seorang gay (itulah yang akak selalu pesan kat teman-teman gay akak yang masih virgin…..only do it when u are ready). And yang paling penting sekali, sebagai seorang gay dia kena tau hidup dia teramatlah mencabar. Akak nak dia bertanggungjawab atas semua tindak tanduk dan kelakuan yang dia nak ambil. Kerana at the end of the day, ini hidup dia.

U olls harus baca review akak tentang cerita Juno di sini  :  [Movie of The Month] Juno


Bagaimana pula kalau saya tau yang anak saya mengandung anak luar nikah, well well well well. Untuk pengetahuan HunnyBee, saya ada banyakkkkkkk pengalaman mengenai perkara ini. Apabila seorang gadis mengandung anak luar nikah, selalunya siapa yang dipersalahkan?? SI GADIS KAN??? So si jantan pi mana?

Seikhlasnya saya cakap, saya dah tolong beberapa gadis yang termengandung luar nikah. Alhamdulillah, bekerja di USM ni, I olls kenal ramai orang-orang baik dan banyak info berguna. Tahukah u olls bahawa kat Malaysia ni kita ada banyak NGO yang membantu kes-kes macam ni. Depa sediakan tempat tinggal, depa tanggung kos kita mengandung dan melahirkan anak dan paling meletops sekali, kalau kita tak mau baby tu….depa akan uruskan untuk dijadikan anak angkat kepada keluarga yang layak. Rumah-rumah istimewa ini handle the girls like HUMAN BEINGS bukan macam penjenayah ya….

Tapi kalaulah perkara ini berlaku kepada anak saya sendiri, I WILL NEVER EVER EVER EVER halau anak saya dan suruh dia duduk di rumah kebajikan. DAH LAH ANAK SAYA TENGAH RAPLAH DAN GUNDAH GULANA KERANA MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH, PASTU RASA TERAMAT TAKUT DENGAN TOHMAHAN MASYARAKAT……TAKKAN SAYA NAK HALAU ANAK SAYA MACAM TU JA DAN HIDUP MEREMPAT.

Walau apa juga keputusan yang anak i olls nak buat dengan hidup dia,  sebagai parents i rasa the best is to well informed dia tentang semua keputusan yang dia nak amik.  Apa risiko dan apa kebaikannya.  Biarlah dia sendiri yang buat keputusan.

Yes, u olls boleh kata yang I ni feeling American sahaja. Feeling cerita “JUNO”. Tapi no no no no. I olls perempuan dan I olls betul betul boleh faham sengsara seorang gadis yang pernah mengandung tanpa nikah. Herdikan keluarga, BF tak bertanggungjawab (selalunya), tiada hala tuju dan macam-macam lagi. I olls dah handle beberapa case tapi tak boleh nak diceritakan di sini kerana ini adalah rahsia u olls. Bernikah hanya semata-mata untuk ‘menghalal’ anak itu……..tidak menjanjikan apa apa bahagia. Ada macammmmmmmmmmmmmmmmmm macammmmmmmmm lagi yang dia boleh kecapi sebelum dia betul-betul bersedia untuk settle down. And kalau dia nak lahirkan anak itu dan terus menjadi ibu kepada anak itu…..WHY NOT!!!!

Dan of course, selepas apa yang dia lalui (kesusahan) pastinya dia akan LEBIH MENGERTI untuk menghargai diri dan hidupnya. Dengan sokongan dan kata-kata semangat daripada keluarga, pastinya anak gadis itu akan membesar menjadi seorang wanita yang lebih STRONG.

Kalau u olls kenal sapa-sapa yang mengandung anak luar nikah, please-please-please………JANGAN BUANG DIA. Kerana mengandung anak luar nikah bukanlah hukuman mandatory untuk seorang gadis.

Soalan 4  :  Kenapa manusia berfikir untuk mengecap kebahagiaan perlu berkahwin. Kenapa? Hidup single takkan layak untuk bahagia ke? Bukankah kebahagiaan itu terletak di tangan individu itu masing2, dengan izin dari-Nya.
Entahlah….i olls tak tau nak jawab macam mana. Banyak udang banyak garam kan….banyak pondan banyaklah kaknamnya…gitu! Tapi betul, I olls sentiasa mengingatkan perkara ini dalam my blog ----kawen bukan jawapan kebahagiaan. Kawen hanyalah perpindahan ke sebuah dunia lain!!!


Soalan 5  :  Kenapa perlu orang kita perlu mencemuh orang yang tak kahwin, kahwin lambat and so on? Kenapa orang kita terlalu busy body? Lom kahwin tanya bila nak kahwin. Bila dah kahwin tanya pula bila nak dapat anak. Adakah mereka tidak tahu bahawasanya rezeki, hidup, mati itu semua di tangan Allah. Kalau boleh order dah lama order sama Dia, esok aku nak anak macam rupa Suri atau Maddox, boleh camtu? Atau kita boleh pergi shopping ke mana2 mall untuk mendapat isteri/ suami? Tak kan? So why bother so much?
Thanks, 
HubbyBee  

Orang-orang macam ni biasanya adalah orang yang ‘takdak life’ ataupun ‘takdak erti hidup’. So disebabkan depa takdak erti hidup….depa mai la menyibuk life orang lain. So kenapa u olls nak risau dengan orang-orang takdak life ni? Kenapa u olls nak buang masa fikir tentang depa? Lihatlah macam mana negativity mereka telah meresap dalam hidup u olls. Be strong and keep your chin up. I olls dah laluinya………….and siapalah I olls ini. (sekadar bekas Miss Venezuela 2003….gituu!)….im sure u olls adalah jenis orang yang ‘ada erti hidup’. Pi melancong, pi menulis, pi belajar new hobby, pi buat amal jariah, pi la buat apa-apa pun…just keep busy…Cuma jangan pikiak pasai orang orang yang ‘takdak life ni”

Sekian saja celoteh dari I olls. Siapa pun u olls, lelaki atau perempuan, ITS YOUR LIFE!!! Takdak sapa yang boleh jaga hati kita selain kita sendiri.

Love,
Jumie Samsudin
Lambang Kecantikan

1 comment:

  1. penjelasan yg lengkap
    HEBAT u ni sis..
    hihi..teruskan penulisan ni..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...