12.12.12

Teater 'Cumbuan Dosa Semalam'







Sebuah teater yang memaparkan sifat manusia yang ketagihkan dosa-dosa lampau. 4 buah cerita realisme yang taboo tetapi dekat dengan masyarakat akan dipertontonkan

Nadia/Latifah
Nadia adalah seorang lesbian yang tegar. Hubungannya bukan setakat pada peringkat emosi, tetapi menjurus kepada hubungan fizikal. Dan Nadia kini senantiasa ketagihkan hubungan itu. Pertemuan dengan Latifah menyebabkan dia terpaksa merasionalkan tindakannya.


Nurul/Shahril
Nurul merupakan seorang ibu yang kemurungan akibat kematian anak tunggalnya. Beliau kerap mengalami gangguan delusi kerana merindukan anaknya. Suaminya, Shahril terpaksa bersabar dengan kerenah Nurul. Satu hari, kesabaran masing-masing mencapai hadnya.

Enna/Eddy
Enna seorang gadis yang sosial tapi setia pada cinta. Enna mengandung, anak orang yang dicintainya, Eddy. Eddy itu acuh tak acuh dalam perhubungan, tidak mahukan anak itu, mahupun perhubungan yang sah.

Faridah/Khairul
Faridah seorang isteri yang setia. Terlalu setia. Walau kepada suaminya, Khairul yang panas baran. Nadia selalu menjadi mangsa keganasan rumah tangga, tetapi beliau tetap tidak mahu melaporkan keadaan suaminya kerana terlalu sayangkan rumahtangga mereka.


Teater ini akan dipersembahan pada  :

Tarikh  :  Khamis,  Jumaat,  Sabtu dan Ahad (20,  21,  22 dan 23 Disember 2012)
Masa  :  8.30 malam
Tempat  :  Panggung Pelenggang Cahaya USM
Bayaran masuk : RM 10.00


Fakta Cepat :

  • Seramai 26 orang pelakon terlibat secara langsung.
  • Setiap malam anda akan dapat menonton 4 cerita yang sama, tetapi oleh pelakon-pelakon yang berbeza.
  • Membariskan pelakon-pelakon teater baru dan lama
  • Membariskan pengarah-pengarah teater baru



No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...