26.12.12

Tips Menggembirakan Hati Suami

Salam Mrs Jumie, 
Apa khabar :) Di sini saya ingin mengajukan soalan dan ingin mendapatkan pandangan Mrs Jumie memandangkan Mrs Jumie sudah berkahwin. 
  1. Saya baru sahaja melangsungkan majlis perkahwinan pada November yang lalu, sekarang saya sudah pun duduk serumah dengan suami saya, timbul persoalan sekarang kadang-kadang kenapa suami saya banyak mendiamkan diri seperti memikirkan sesuatu.
  1. Mrs Jumie tahu tak bagaimana saya ingin mengembirakan hati suami saya sedangkan selama ini suami saya seorang yang amat suka bermesra dan mengusik untuk bergurau, saya amat sedih memikirkan nya kerana saya amat sayangkan dia. 
Saya harap Mrs Jumie boleh memberikan pendapat untuk saya yang baru sahaja berkahwin. Terima kasih.

Yang benar,
Anonymous 

Watak pasangan suami isteri yang dilakonkan oleh Aimy Azmi dan Zool Ahmad dalam pementasan teater Cumbuan Dosa Semalam.  I olls akan ulasan kisah teater ini dalam blog tak lama lagi.  Make up effect by Jumie Samsudin.

Hello u olls,

Tahniah sebab u olls baru sahaja berumah tangga. Tapi why suami u olls mendiamkan diri? Pernah u olls tanya mengapa? I assume u olls tak pernah tanya lagi.

Sebenarnya, bila kita kawen…..360 darjah berbeza daripada kita berkapel. Kalau kapel dulu, semuanya indah u olls. Tapi bila kita dah kawen dan duduk serumah, segala maknena kebaikan dan keburukan sebenar terserlah bukan saja pada pasangan malah kepada diri kita sendiri.

Jangan gusar dan ikutkan perasaan sangat. Jangan jadi paranoid hanya semata-mata bila tengok suami u olls suka mendiamkan diri dan tidak suka bergurau senda dengan u olls macam before kawen dulu. Ampa dua-dua sedang melalui fasa ‘penyesuaian’ u olls.

Macam akak dan suami dulu, the first three months memang pedih dan menyakitkan hati. Masa nilah akak tensyen macam macam dengan En. Khafi. Dia isap rokok, tuala tak bergantung lepas di pakai dan En. Khafi pun sebenarnya tengah tensyen dengan akak sebab akak suka masak merapu-rapu yang kadang-kadang meloyakan tekak (tulah sebab akak duk feeling Nigela Lawson). 

Atas nasihat mak ayam akak iaitu Mama Zarina, kami buat satu ujikaji ringkas. Kami dorang kena tulis 10 benda yang kami suka dan tak suka tentang each other. Memang ujikaji ini amat berkesan. Banyak benda yang akak tau tentang diri akak selepas itu. Selama ni akak ingat En. Khafi selesa je dengan apa yang akak buat, rupa-rupanya benda yang paling akak tak sedari macam “CAKAP KUAT KAT TEMPAT AWAM” merupakan kelemahan diri yang En. Khafi sangat menyampah dengan akak.

Mungkin u olls boleh buat cara begini dengan suami u olls. Sebab sesetengah lelaki ni susah sikit nak bagitau masalah depa, EGO u olls. Tapi kalau kena dengan caranya, mesti depa boleh bagi kerjasama.

Antara tips lain yang akak boleh share dengan u olls adalah seperti berikut :

  1. First thing first, kebahagiaan sesebuah rumahtangga tidak terletak hanya di tangan seorang isteri. Dua dua orang kena give and take. We are a team.
  2. Tanya pasangan kita apa yang dia suka and buatlah apa yang dia suka. And tau jugak apa yang dia tak suka……SO JANGAN BUATLAH APA YANG DIA TAK SUKA.
  3. Dua-dua orang kena ada ‘masa dan ruang sendiri’. Tak boleh 24 jam berkepit. Tak dak kebebasan. Wehs……lelaki paling rimaih tau kalau pasangan dia mengongkong dia. Mungkin kalau dia terlalu sayang kat kita, dia boleh tolerate kalau kita style every 30 minit nak call dan SMS tanya whereabouts dia, tapi bak kata orang….macam main layang-layanglah…tarik-tarik lepas u olls. Jangan duk tarik saja.
  4. Hormat!! Hormatilah suami u olls di rumah dan di mana-mana sahaja. Especially depan family dan juga kawan-kawan dia.
  5. Sebagai isteri, u olls adalah menteri kewangan. SO KENA PANDAI JAGA DUIT. Jangan sat-sat duk mintak duit kat laki hang. Jangan suka membazir dan suka berhutang. Masalah kewangan yang kronik boleh merumitkan hubungan suami isteri dan boleh memberikan effect yang tak baik untuk anak-anak.
  6. Hubungan seks yang BAIK yang ni ampa dua dua orang kena berbincang dengan terbuka. Tanya apa yang dia suka and u olls juga kena bagitau yang u suka macam mana. Tapi ingat, seks yang baik juga melibatkan dua-dua pihak. Tak boleh satu pihak ja yang sedap. Masyarakat kita ni, kalau cakap pasai seks mesti ampa pun tau la apa ekspektasinya. SEMUA NAK KENA PERFECT. Hakikat, ada banyak aspek lain yang perlu kita utamakan seperti kesihatan, kebersihan, kerelaan dan kesediaan. 
Actually ada banyak lagi tips yang akak boleh share dengan u olls. Mungkin pembaca lain pun ada tambahan yang boleh they olls kongsikan bersama, yelah akak ni pun baru setahun lebih jer berkahwin u olls. Akak pun masih belajar J

Love,
Jumie Samsudin

2 comments:

  1. haaa..yang ni kite nak tanya ko kak, macamane petua nak kurangkan volume bercakap kat public tu. Kite kalau bercakap punya kuat suara satu alam semesta boleh dengar. Dah cube kurangkan tp bile dengar HOT GOSIP + KETERUJAAN tu, Makin kuat la suara kite kak oi...

    ReplyDelete
  2. saya mengalami konflik terkawal ni lepas setahun kawen,setahun kami PJJ so tak tau lagi pattern dok sebumbung macamana.Ni dah 2 bulan duduk sekali memang akan ada masalah tapi bukanlah bertekak 24jam.Perangai kitorang memang sama,dua2 cepat marah,dua2 cepat sejuk,saya pulak kepala batu.Saya nak share pun saya rasa rendah diri sebab saya pun baru lagi.
    Antara yang saya dan laki suka buat:
    1)tinggalkan surat bawah bantal ke, tampal kat peti ais ke, ucap terima kasih ke, mintak maaf ke..apa2 jelah
    2)sebelum tido mesti kena berbual dulu,bual hati ke hati
    3)explain kat laki bidang tugas hakiki..e.g kemas katil,tolong sidai kain tu bahagian dia..tetap dan berpencen unless kita volunteer nak tolong
    4)bincang untuk set rules dalam rumah so tak ada lah isu stokin berlonggok ke, towel tak sidaike..

    Yang penting ialah komuikasi..=)
    3)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...