Status Facebook Best Tahun 2013 by Jumie Samsudin

Hello u olls,

Di sini akak lampirkan antara banyak-banyak status Facebook akak untuk tahun 2013.  Ada yang lawak.  Ada yang menyanyat hati.  Ada yang lawak.  Macam-macam ada.  Sapa-sapa yang cuba nak add akak kat Facebook,  tapi maybe sampai lani akak tak approve,  minta mahap banyak-banyak.  Sebab FB ni kalau more than 5000 friends nanti depa suruh bukak account baru.  Takpa,  ampa follow ja kat FB.  Sebab most of my status apa semua tak private pun.  Kiter takdak rahsia banyak banyak u olls....kita very transparen.t

So jom kita tengok dan baca balik status-status Facebook I olls.

Kategori  :  Peristiwa

Before bertukar ke tempat baru.
Click read more

Majlis Perkahwinan Wan Maimunah & Makpol Saimon

Hello u olls,

Tahniah kepada aktres kesukaan ku Wan Maimunah yang telah melangsungkan perkahwinannya pada 14 Disember 2103 di Johor Bahru. Menurut catatan dalam Beautifulnara, Ibu menerima "bimbingan ke jalan yang diredhai Allah" sebagai mas kahwinnya.

I sangat adore lakonannya.  Tak kisahlah watak sedih,  watak jahat,  watak lawak...semua dia 'main' best!!  Tapi lately dia dah banyak tak berlakon.  Tup tup terus dah kawen dah.  :)  Im so happy for her.




Click to read more

Promosi Sewa Iklan di blog JUMIESAMSUDIN.COM

Hello u olls!!

Kepada semua peniaga online di Penang dan di seluruh Malaysia.  Jom buat sewaan iklan dengan blog saya dengan kadar yang sangat berpatutan untuk u olls semua menjelang tahun 2014 ini.

Top Banner 728px × 90px
Harga biasa RM180 untuk 6 bulan


Harga istimewa  :  RM120 untuk 6 bulan!!


Side Bar 300px × 121px
Harga biasa RM90 untuk 6 bulan

Harga istimewa  :  RM50 untuk 6 bulan


Untuk pengetahuan semua, blog ini sudah mempunyai kunjungan sebanyak 3,174,893 dan ia akan meningkat dari masa ke semasa. Blog ini juga mempunyai PR iaitu Google Page Rank sebanyak 2. Jika anda tidak percaya maka anda boleh menyemaknya sendiri di sini Alexa Rank dan Google Page Rank. Saya juga mempunyai lebih kurang 3466 penyokong di laman rasmi Facebook Blog Jumie Samsudin dan ia akan meningkat dari masa ke semasa. Mengikut catatan Overview Stats melalui Blogger.Com untuk bulan Disember 2013, blog ini mempunyai kunjungan unik antara 3000-7000 setiap hari.

Tarikh tutup promosi ini adalah 
Selasa,  31  Disember 2013!!

Soalan lazim :

1.  Macam mana saya nak buat tempahan?
Contact saya melalui wassap di 0124130060 ataupun email saya jumiess@gmail.com.  Sila berikan nama,  no telefon,  emel,  dan laman web yang ingin diiklankan.


2.  Macam mana nak buat bayaran kat Jumie?
Bayaran boleh dibuat secara tunai (jumpa saya),  bank in secara online / ATM ke butiran akaun Maybank saya.


3.  Siapa design banner?
Banner selalunya disediakan oleh client sendiri.  Tapi kalau nak bantu saya sediakan banner,  bayaran RM10 dikenakan untuk simple design.

4.  Lepas saya buat bayaran apa yang jadi?  Bila iklan itu akan dikeluarkan?
Selepas pembayaran dibuat,  saya akan hantar emel pengesahan kepada client dengan butiran tempahan sewa iklan.  Tempoh sewaan iklan akan bermula daripada tarikh saya upload iklan ke dalam blog dan bukan daripada tarikh bayaran dibuat.

5.  Boleh kah saya tukar banner kalau saya mau?  Ada charge tambahan?
TIADA BAYARAN untuk pelanggan yang ingin tukar banner.  Nak tukar berapa banyak kali pun boleh.  Just email me your banner :)

Merry Christmas and Sorry Sebab Demam

Hello semua,

Masih tak terlambat untuk memberikan ucapan Selamat Hari Krismas untuk u olls semua.  Anyway,  sorry takdak post semalam and hari ini.  I olls demam teruk since monday.  Will try to do my best untuk update story kat ampa na.

ps/  To Lenny,  Wawa and Wan,  projek perkhemahan untuk orang gemok pada hari Sabtu dan Ahad ini terpaksa aku pospond-kan ke tarikh lain atas sebab kesihatan ku yang tahi ini.

Love,
Jumie Samsudin

Senam Yang Iya Iyalah

Hello u olls,

Letih duduk kat office seharian mengadap PC dan kelebek data dan dokumen?  Jom kita eksesais!!



Click read more

Apabila Proton Meniru Design Jenama Kereta Lain by Tuan Hj Norzafry B Norhalim

Hello u olls,

Relaks sat.  Jom baca penulisan Tuan Hj Norzafry B Norhalim.  Beliau ialah seorang jurutera muslim berjiwa besar, merupakan graduan kejuruteraan di sebuah universiti di Australia. Kini berkhidmat di salah sebuah syarikat besar di Arab Saudi. Pernah menjadi Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) bagi tahun 2011/2012.

APABILA Proton mengumumkan model terbaru Perdana, ramai yang respon dengan negatif terhadap rupa bentuk model tersebut yang mirip Honda Accord.

Seperti biasa, cemuhan demi cemuhan dilemparkan kepada Proton di atas pengeluaran model ini. 

Saya suka untuk memberi pandangan berdasarkan beberapa fakta berikut:

  1. Saya kurang senang mendengar kritikan serta cemuhan terhadap Proton ini, tatkala pada masa yang sama apabila Kia mengeluarkan model seakan Audi, ramai yang memuji, juga tatkala Honda mengeluarkan model Accord 2011 yang seakan Audi, ramai juga yang memuji dan membelinya. Bahkan Mazda 6 tahun 2013 juga mirip Lexus, tiada pula yang mencemuh. Mentaliti sebegini wujud sifat dualisma, di mana berlakunya tindakan pilih kasih dalam kritikan.

    Proton Perdana Baru Rupanya Dari Model Nissan Fuga

    Nissan Fuga



    Click read more

Video Klip Baru Sepupu Saya : Beyoncé - Drunk in Love (Explicit) ft. JAY Z

Hello u olls,

Beberapa jam yang lalu,  Beyonce telah mereleasekan album terbarunya iaitu BEYONCE.  Pihak media semua amat terkejut dengan pengumuman oleh sepupu I olls ini kerana meraka tidak tau langsung yang dia nak keluarkan album baru.  Tiba tiba ja ada pengumuman baru di kala they olls feeling nak hari raya Krismas ni.

Seperti biasa,  sepupu akak yang super diva dan super kekwat ini dengan rasa rendah hatinya kata dia nak bagi suprise istimewa untuk para peminatnya.


Click here to read full article.

Make Up by Jumie Samsudin : Tempahan 2014 dibuka sekarang

Hello u olls,  

Hari ini (Ahad,  22 Disember 2013) selesailah semua tugasan make up untuk 2013! Alhamdulillah and thank you to all customer yang sudi memberi kepercayaan kepada tangan ini untuk berkarya. Kepada bakal pengantin 2014, saya menanti tempahan daripada anda semua dengan hati penuh ikhlas :) I love u olls!!

Here are some of the pengantin yang i olls make up from Ogos to Disember 2013.  Ada juga gambar pengantin yang tiada dalam ini (atas permintaan pelanggan).  But walaupun u olls tak boleh tengok...pastinya amat meletops dan cantek.  (ayat angkat bakul....)



Untuk tempahan / quotation harga, please contact me at :

Jumie Samsudin

SMS/Watsapp :
+60 12 - 413 0060

Email :
jumiess@gmail.com

Weblog :

Sekian, love u olls!

What Goes Around, Comes Around

Hello u olls,

Hari ini akak nak story yang telah terjadi kepada akak baru baru ini.  Best jugak cerita ini harus dikongsi bersama u olls semua.  Menjadi pedoman di hari Isnin yang fana.

Dua tahun lalu,  masa akak feeling nak kawen,  maka akak pun gigihlah pergi membuat jemputan kawen kepada semua rakan-rakan.  Yang mana jauh,  kita Facebook and hantar kad sahajalah.  Yang mana dekat,  kita pergilah hantar kad tu kat rumah.  Ikut mana yang dan.

Nak dijadikan cerita,  ketika akak pergi hantar kad kat rumah kawan baik akak yang bernama Hamid,  ketika itu adalah beberapa rakan kepada kawan baik akak ni yang boleh dikatakan kenalan kepada akak juga.  Akak tak sangka they olls semua berada di rumah kawan baik akak ni.

Oleh itu,  apabila akak dah alang-alang jumpa dengan they olls ni semua,  akak pun bersuara

"U olls...since ampa dah ada sini.  Nanti 3 September ampa sudi sudi lah mai ke kenduri aku.  Minta maaflah aku takdak kad ni.  Anggaplah kad aku untuk Hamid ni kira untuk ampa semua jugak la..."  kata akak dengan penuh sopan santun ikhlasnya.

Tiba tiba..........................................


Click read more

Ribut Kecil di Johor Bahru, 19 Disember 2013

Hello u olls,

Just nak share satu kejadian Allah yang berlaku di Johor Bahru semalam (19 Disember 2013) sekitar jam 4.30pm.  Kejadian ini belaku di hadapan Pusat Islam Iskandar Johor.  Thanks to my bro Rusdi Redza kerana share ni dalam Facebook beliau.  Kita share untuk tatapan semua.


Click for more photos

Tempat Akak Blogging

Hello u olls,

Ever wondered dimana dan bila akak blogging setiap hari?  Well inilah tempatnya.

Taken from my Instagram album  @jumiekhafi

Dulu akak blogging kat ruang tamu.  Kat meja makan.  Kat sofa.  Mana - mana yang dan la dengan laptop office (dulu akak takdak laptop sendiri.  Akak pinjam office punya bok balik).  Then, lani akak dah ada laptop sendiri.  Acer Aspire 4752.  Beli second hand dari kawan En.  Khafi.  Lepas ada laptop sendiri pun akak feeling duk blogging kat ruang tamu jugak.

Then one day,  family akak datang berkunjung di rumah akak di hujung minggu.  So bila Abang Manap and Kak Edeh mengkongker ruang tamu untuk aktiviti makan-makan depa dan tengok TV.  Akak takdak port la pulak nak menulis blog.  Nak tulis dalam bilik tidur akak macam sendu la plaks.

So macam mana ka,  akak kemas ruang tamu kat tingkat atas rumah akak dan terus placing meja kat tepi tingkap macam ni.  And lani,  kat sinilah akak bertenggek almost every night (bila mood mai) menulis blog.  

Kalau mood baik,  akak boleh spend time kat sini sampai 3-5 jam.  Tapi kalau takdak mood tu...erm....faham-fahamlah.  



Okaylah...dah ada tempat yang damai walaupun yes,  tingkap rumah akak ini kelihatan sedikit angker.  Akak saja tak mau bubuh kain langsir.  Biar jer macam ni.  Jaring-jaring tu,  dulu Abang Manap pasang sebab tak mau bagi kucing masuk.  Sikit hari,  akak suruh la En.  Khafi buka sangkar tu.  Tingkap klasik ni nampak huduh sangat bila ada sangkar macam tu kan.

Harapnya lepas ni,  dengan adanya tempat yang lebih kondusif,  akak akan menghasilkan lebih banyak artikel.  Target 2014,  5 artikel satu hari.  Tak kisahlah,  u olls tak rajin komen pun takpa.....

Sekian,  wabila hi taufik wall hidayah.  Wasalam mualaikum warahmatullah hi waba rakatuh.

Love,
Jumie Samsudin


Felixia Yeap from Playboy Bunny to Hijabistas

Hello u olls,

Then hari ini,  i terima INBOX daripada Pojiepooh Hanya Satu.

"U olls tak mau buat review pasai Felixia Yeap ke?"

"Huh??? Siapa tu?"  jawab I olls pantas.  Dalam hati akak terus terdetik - ni mesti kes Cina duk kutuk buat blog lucah lagi.

Then i GOOGLE her.  And i found all her photos like this saying "Felixia Yeap , the THIRD Malaysian woman ever in Malaysia's history to be featured in a Playboy magazine, after Jacinta Lee (1986) and Amber Chia (2006)."

Akak sentap sat. Ohhh dah ada ka orang Malaysia jadi Playboy model.  Dulu i pun pernah dapat offer jadi Playboy model,  tapi i tolak sebab kakak i dah jadi Hajah.  (soory Kak Julie...hihihi).

 Sentap tak tengok gambar dia ni?  Okay ampa click Read More and tengok lebih banyak gambar hazab perempuan ni.


Comeinya Budak Budak ni Nyanyi

Comelnyaaa budak budak ni.  Tahniah untuk ustazah yang train depa!!


Keputusan PMR Keluar Hari Ini!

Bestnya hari ini tengok HOME FEEDS ramai adik-adik,  anak-anak menakan yang mendapat banyak A untuk PMR.  Tahniah adik semua.  Kepada yang tidak mendapat markah yang baik,  tiada A,  jangan putus asa.  Teruskan usaha.

Kawan Kak Jumie dulu masa PMR ada yang takdak A langsung. Tapi depa tak putus asa.  For SPM depa strive betui betui.  Lani depa semua dah jadi engineer and PTD di jabatan kerajaan.

If there's a will there's always a way!!

Love u olls.



Tahniah untuk Abang Lan and Kak Bain atas kejayaan Batrisyia dapat 8A!!

Visiting Alor Star, Kedah Part V : Menara Alor Star

Hello u olls semua,

**Hari tu tertinggal nak edit cerita ni.  Duk ada dalam draft punya lama.  Tak bubuh dia auto publish pun.  Hareee betui.  Haaaaa ampa tengok and baca juga la.  I olls auto publish untuk esok.

Yeahhhh!  Nak naik Menara Alor Star pulak.  Ampa kalau masuk Alor Star ampa kena baca pantun ni  :

"Ampa mai Aloq Staq....kepala ampa aku putak...."

Itulah yang En.  Khafi kata kat akak masa kami duk drive menuju ke menara ini.  Suami akak (kelahiran Johor tapi dibesar dan dikhatankan di Kuala Lumpur) memang suka feeling cakap utara.  Siap dengan geleng-geleng kepala sekali.  Sikit hari nanti dia akan cakap sampai keluar lidah la pulak.  Ampa tunggu laaa...

Sapa pernah naik menara ini?

Dari jalan di tengah kota Alor Star kita boleh nampak menara ini.  

Click read more

International Office Gala Night Hollywood Glam 2013 @ Park Royal Penang [ Akak menang best dress u olls! ]

Helllo u olls,

Ampa semua tau kan,  akak dah beberapa bulan berhijrah daripada Pusat Pengajian Sains Kemasyarakan,  USM ke Pejabat Antarabangsa,  USM.  Still dalam USM tapi agenda kerja sedikit lain.  Kat sini akak tak jaga student langsung.  Akak lebih banyak jaga kerja di bawah Timbalan Pendaftar untuk TNC Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa.  Buat mesyuarat dan buat filing.

Tapi yang bestnya kat sini adalah kami ada banyak event yang akak kena tolong attend dan tolong pi buat buat sibuk.  Macam u olls tahu,  after like three weeks masuk office ni akak terus terbang ke Australia.  Ehks...silap...terbang ke Singapore.

Seterusnya,  baru baru ini akak dan rakan-rakan pejabat telah dijemput untuk menghadiri majlis makan malam selamat tinggal ataupun dalam Bahasa Inggeris Farewell Dinner untuk fellow international students yang bersama-sama kami sepanjang Semester I,  Sidang Akademik 2013/2014.

Event organizer untuk malam meletops itu (yang diadakan pada setiap semester.  Like 2 kali setahun.  Mampuihlah setahun 2 baju aku nak kena prepare!!) iaitu Shafiq Wahab dia bertanya kepada akak sebelum dia pi meeting bersama AJK dinner yang lain.

"Kak Jumie ada idea tak nak buat tema apa? "  tanya Shafiq Wahab.  Pelajar daripada Pusat Pengajian Pengurusan yang sedang buat practical di office kami.  Dia juga adalah pemilik butik pengantin Shaf Tera.

Kata Shaf Tera sebelum ni depa dah pernah buat macam-macam tema.  Dan yang terkini adalah Bollywood themed.

"Kali ni kita buat Hollywood Glam pulak la...feeling-feeling red carpet gitu,"  kata akak.




Click read more untuk sambung baca artikel

Video Pakcik Nyanyi Karaoke di Kenduri Kawen

Hello u olls,

Sapa rasa pakcik ni perform macam Usher?  Sila angkat tangan!!!!



Luahan Hati Datin Seri Rosmah Mansor Disember 2013

Hello u olls,

Out of no where,  tiba-tiba ada orang share link ni kat Facebook.  Akak pun terbaca dan nak share dengan u olls.  Jemput baca semua.

After u olls baca,  sapa-sapa yang ada input pasai hal ni maybe boleh share  :

  1. Kenapa tiba tiba keluar statement ini?
  2. Ada link / sidang akhbar rasmi mengenai perkara ini ke?
  3. Kenapa setelah sekian lama barulah beliau bersuara?  Siapa yang mendesak ataupun memuju beliau untuk keluar dengan statement ini?
  4. U olls percayakah 100 % penulisan ini?
  5. Apakah tindakan yang harus kita buat sebagai rakyat Malaysia selepas membaca luahan hati ini?
I cannot answer all that question di atas.  Mungkin kalian bisa.  So please share your thoughts with me.  

Sekian,  sebelum pergi.  Terimalah gambar Alyah post dengan Remie Ishak.

Love,  
Jumie Samsudin


Baca artikel penuh dengan click read more

I olls dah tengok The Hobbit: The Desolation of Smaug

Hello u olls,

Kami dah tengok The Hobbit: The Desolation of Smaug. Bagus cerita dia. Of courselah sambungan daripada cerita terdahulu. Tapi seperti biasa cerita ni tergantung, naga a.k.a Smaug tak mati lagi and kita semua tak akan tau sama ada Bilbo berjaya curi batu Arkenstone tu.

Disebabkan i olls membeli tiket Beaniplex (ala-ala tilam tu), makanya di akhir plot cerita ini masa dwarves semua duk faik dengan naga ...akak telah mentidurkan diri sampai habis.

So tunggulah akhir 2014 untuk sambungan cerita The Hobbit part III - There and Back Again.



Click read more

Dear Kak Jumie : Tak confident dengan Tunang (Sebab Kewangan Dia Nampak Macam Tak Kukuh)

Salam Kak Jumie yg vavavoooom
I'm getting married next year. InsyaAllah. Tunang saya ni semua alhamdulilah stakat ni okay. Tapi dari segi kewangan dia belum kukuh. Gaji sy pun lebih dari dia.
So hujung bulan je sure saya kena tolong dia sedikit sebanyak. Saya tak kesah cuma sometimes takot jugak bila fikir how our marriage gonna survive nanti. Tau la perempuan. Nak shopping, nak go vacation. Saya macam risau mcm mana future nanti ngan dia.
Dia baik kak jumie. Pendiam, penyabar, hormat org tua and everything nice laahhh. Tapi tulah..saya risau macam mana nak hidup kalau dia takleh take care of himself pun.. rasa nak cakap dgn dia takot dia terguris or fikir sy materialistic but reality is I came from a family where my mum yang feed us till besar. Saya just taknak go through the same thing as my mum.
Salah ke saya pikir camni kak jumie? How to overcome this feeling?

Thanks for listening. Stay fabulous akak!
Yang benar,
Nadeeya Julia


Pementasan Teater Cumbuan Dosa Semalam 15 & 16 Disember 2013 Panggung Sasaran USM

Cumbuan Dosa Semalam merupakan sebuah karya Dudok a.k.a. Yusof Bakar dan diarahkan oleh Taufiq Sallehuddin Apek.

Naskhah adaptasi Teater Cumbuan Dosa Semalam ini telah berjaya merangkul Johan Festival Teater Pahang 2013, dan kini naskhah asal dipentaskan di Pulau Pinang pula.

Mengisahkan empat buah cerita berbeza iaitu:

Nafsu berkisar tentang hubungan songsang dua orang gadis. Mereka cuba merasionalkan dosa yang bakal mereka lakukan.

Kesal mengisahkan tentang seorang ibu yang kemurungan akibat kematian anak tunggalnya. Beliau kerap mengalami delusi kerana terlalu merindukan anaknya.

Setia memaparkan konflik kesetiaan seorang lelaki terhadap seorang wanita selepas diasak dengan tanggungjawab.

Panas merupakan cerita surirumah yang menjadi mangsa pukul suami yang panas baran. Akibat terlalu tertekan, satu tindakan telah dilakukan oleh surirumah itu.

15 & 16 Disember 2013

Panggung Sasaran, 8.30 malam, RM 5.00


Ulasan Majlis Resepsi Persandingan Rozita Che Wan & Zain Saidin RZCWZS

Hello u olls,

Marilah kita story pasai majlis resepsi sahaja.  Event grandis ini diadakan secara eksklusif dengan jemputan lebih kurang sebanyak 500 orang sahaja.  Tiada VVIP seperti YDP Agung ataupun menteri terlibat dalam jemputan ini.  Let's see al the pictures!!

Di akhir cerita-cerita perkahwinan Che Ta and Zain ini,  akak harap u olls semua janganlah buang tenaga-tenaga baik dalam tubuh badan u olls semata-mata untuk benci dan kutuk depa dua orang ini.  Like i said in my previous ulasan,  depa dua orang deserve a good life.  Biak pi la kalau hantaran depa ada 5 pasang kasut pun.

Thanks kepada u olls yang amik saranan baik daripada I olls ini.  Yelah u olls.  Akak bukanlah fevret sangat dengan Che Ta meletops ni,  tapi akak dulu pun masa menikah pakai mahkota tinggi juga u olls.  Drag tak pasai masa majlis berinai siap dengan head gear tiga lapis.  And masa majlis perkahwinan...akak feeling pakai dress warna biru.  Semua tu akak feeling sorang-sorang juga.  Orang nak kutuk apa pun,  akak tak kisah kan!!  So sebab itulah akak feel for Che Ta,  we olls semua deserve a beautiful wedding.  And selagi kita mampu,  of course kita nak buat yang terbaik.

Bercakap pasai sponsor.....u olls janganlah nak kutuk-kutuk apa pun pasai orang-orang yang sponsor macam-macam untuk perkahwinan Che Ta and Zain.  Kalau ikut hati,  akak dan En.  Khafi pun nak sponsor 100 balang kuih kacang letak setiap satu atas meja tetamu.  Buat kudapan tetamu yang datang sambil tengok Che Ta ketwok dengan dress-dress letos dia.  Tapi nak buat macam mana,  konsep depa Percintaan di Paris...so tak sesuai la nak bubuh Kuih Kacang atas meja tetamu.  Kalau macaroons bolehla u olls..

I like both dresses yang Che Ta pakai pada malam ini.  Tapi rasanya i lebih suka yang Rizalman buat for cake cutting ceremony.  Warna tu....aiyooo meletops sangat.  Lain daripada yang lain u olls.  Cream masam macam mana ka.


Click read more  

Ulasan Majlis Pernikahan Rozita Che Wan & Zain Saidin RZWZS

Hello u olls,

Next chapter,  majlis pernikahan Rozita Che Wan dan Zain Saidin.  Three words for it.  OTT!  Over the top.  Siriesly u olls.  Gazebo pernikahan walaupun larat dengan bunga-bungaan dan kain,  tapi for me ianya nampak teratur dan kemas.  Lebih-lebih lagi depa guna konsep meja duduk ala-ala pernikahan di Indonesia.  I really like it like it.

Busana dan barangan kemas yang Che Ta gayakan memang menyerlahkan KEDIVAAN beliau.  Tapi yang paling I olls tidak tahan adalah hantaran yang diberikan oleh para pengantin ini.  Kalau biasanya kita tengok satu hantaran ada satu beg / satu kasut sahaja kan?  Tapi not for pasangan diva ini, satu hantaran paling kurang ada 2 hadiah.  Gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa meletopss!!

Paling tak tahan handbags untuk Che Ta.  Ada 3 okay!! Birkin warna biru ( tak tau laaa berapa puluh ribu tu...........),  Channel bronze and satu lagi beg warna pink.  Yang tu akak tak tau jenama apa.



Okay,  i olls faham.  Ada juga berpendapat,  masih relevan lagikah mahkota tinggi begitu?  Well...bagi I olls.  Untuk Che Ta....this is the truly right look for her.  She can never go for something plain and simple u olls.  And i lovess the set barang kemas daripada Habib Jewels itu.  Sungguh meletops.  Especially the subang labuh.  Aiiiyooo...batu apakah itu?  Pale jade maybe.   Tentu berat u olls.  Harap Che Ta pergi buat urutan cuping telinga lepas ni.  


Okay jom continue reading.  Click more u olls!


Ulasan Majlis Berinai Rozita Che Wan & Zain Saidin RCWZS

Hello u olls, 
Okay now let's continue with gambar-gambar majlis  berinai untuk Rozita Che Wan dan Zain Saidin.  Before I olls sambung dengan lebih lanjut lagi,  i bagitau siap-siap,  tiada komen sindiran dan kutukan yang i olls akan buat dala ulasan ini.  Bukan sebab I olls adalah nak bodek Che Ta kita,  dia bukan kenal i olls pun,  and she is not my favorite artist pun.  (Artist feveret akak hanya Beyonce) tapi siriesly...walaupun ramai yang kata beliau over dan segala persalinan yang beliau pakai untuk majlis perkahwinan beliau adalah supernova berlebihan tapi dalam jiwa i olls yang sediakala overnova merasakan,  I olls sangat suka dengan setiap pilihan persalinan dan rekaan busana yang dibuat untuk semua majlis perkahwinan beliau.  
Dan kalau Che Ta nak pilih something very plain simple for her wedding....siriesly!!  Beliau akan menjadi orang lain.  
Don't compare dia dengan wedding Jovian Mandagie.  U olls macam nak compare Shiela Majid dengan Wahida Wasini.  Sebab dua dua ada taste dan style sendiri u olls.
And please janganlah nak bandingkan umur dia dan Zain Saidin.  So what kalau Zain Saidin 29 dan dia adalah 40 tahun.  Memang I olls akui depa berdua nampak berbeza.  Tapi age is just a number right?  And to be frank,  Rozita Che Wan walaupun beliau dah umur 40 tahun,  tapi beliau jauh nampak lebih vouge,  muda,  bergetah berbanding dengan u olls u ollls Kak Nab yang baru mencecah 35 tahun kan?????  Jangan dengki u olls.  Memang kenyataan.
Okay i olls akan sambung ulasan i olls.  But please do not expect i olls carut carutan. I totally like all the looks for Che Ta wedding.  
She and Zain deserve a good happy marriage life.  Kita semua pun ada hak untuk dapat kebahagiaan itu juga kan?
Love,
Jumie Samsudin 

Zain sedang diinaikan oleh penginai daripada My Beautiful Inai.  Kerlas u ollls.

Click read more

Kad Jemputan Rozita Che Wan & Zain Saidin RCWZS

Hello u olls,

Seperti yang dijanjikan,  akak akan membuat review semua event sempena majlis perkahwinan RZCWZS yang berlangsung last week.  Thank you blog blog hiburan terhebat di Malaysia terutamanya Budiey.Com,  liputan blogger itu akak rasa paling terperinci dan jelas.  Ayat beliau juga sangat tidak plastik.  Memang patutlah beliau maybe antara satu-satunya blogger hiburan yang dijemput secara eksklusif oleh pasangan pengantin ini.

So first sekali let's check out gambar kad jemputan kedua-dua pasangan pengantin ini.  Sangat eksklusif. One in pink and one in velvet black.  Yang warna pink tu adalah untuk majlis pernikahan.  Dan yang warna velvet hitam adalah untuk majlis resepsi.  Kat dalam kad jemputan ni juga disertakan CD yang mungkin berisi gambar-gambar pengantin.

Bila baca details pada kad jemputan majlis resepsi (jemputan hanya lebih kurang 500 orang sahaja okay),  dia ada tulis (Tetamu berumur 17 tahun ke atas sahaja)....kerlasss sangat.  Tapi u olls,  orang KL memang boleh buat jemputan macam mana pun.  Tak banyak kore (soal banyak) depa akan follow etika majlis yang ditetapkan oleh tuan rumah.  KAT PENANG SORRY EHK.................................................takdak maknanya.

Bestnya Budiey.Com dapat kad jemputan ni.

Kad yang cantek ini di-design khas oleh KadLestari,  Kuala Lumpur.  Meletops they ollls!  http://kadlestari.blogspot.com/




Click Read More

Dosa Kering

Hello u olls,

Kepada ampa semua yang duk vote blog aku kata lay out tak cantek....maka aku post gambar ni!  Saja nak bagi ampa sakit ati balik.



Click Read More to Continue Reading

Bestnya Kampung Padang, Kuala Pegang, Baling Kedah

Hello u olls,

Baru-baru ini akak telah dijemput untuk make up satu pengantin (yang juga rakan pejabat akak masa di School of Social Sciences,  USM) di sebuah kampung iaitu Kampung Padang,  Kuala Pegang,  Baling Kedah.

Bila Diana (nama pengantin) mai contact akak  dia tanya lagu ni " Ampa betui ka boleh mai mekap kat rumah kami ni...rumah kami jauh tau.  Dia nak pi area ayak terjun Lata Bayu tu...."

Akak pun jawab  "Ehk....takpaaa...kami memang suka laaa nak pi area area kampung ni.  Syioook!"  Yes,  akak memang suka suasana kampung.  Siriesly.  Sejak kecil akak duduk kat bandar jer u olls.  Dibesarkan kat New York,  bila dah kerja mai duduk kat Penang (feeelinggg......)

Bila tiba masanya akak pun sampailah kat rumah pengantin.  Diana amat terkejut kerana akak boleh sampai kat rumah dia tanpa perlu call dia banyak-banyak kali and tanya arah tuju.  Dia punyalah stenbai bagi no fon kakak dia semua in case pada hari nak make up tu akak tersesat ke and tak dapat call no telefon dia.

Tapi alhamdulillah,  disebabkan akak mempunyai IQ yang tinggi dan akak pakai WAZE maka tiba-tiba pada hari kejadian akak pun cuih (muncul) depan pintu rumah dia.

Disebabkan akak datang terawal sikit,  so lepas set barang make up akak di bilik pengantin,  akak pun keluar sebentar dan jalan-jalan di sekitar rumah beliau.

Rumah pengantin terletak di tengah-tengah sawah bendang.  Ada satu jer jalan untuk masuk ke rumah beliau.  Jalan kecik and muat-muat satu kereta sahaja.  Orang kampung semua mai makan kenduri naik basikal (orang Kedah kata gerek),  naik motor atau jalan kaki.  On the way nak masuk ke rumah Diana ni,  kami lalui jalan kecik yang tersusun dengan pokok-pokok kekabu.  Pokok nyiur yang tinggi runcing.  Sungai yang jernih depan sungai (Diana kata memang budak-budak kampung tiap-tiap petang akan mandi kat situ). And of course sawah padi.

Akak pun ikut beberapa orang kampung (wanita) yang sedang sibuk menyediakan juadah kenduri sejak subuh lagi.  2 ekor lembu tumbang katanya,  disembelih subuh tadi.  Cepat betui orang kampung ni buat kerja.  Suasana merewang kat sini memang meriah.  Teringat macam kenduri kendara di rumah mentua akak di Serom,  Tangkak.

Cerita panjang-panjang...sorryla bagi ampa boriam.  Akak memang suka dan sangat ADOREEE dengan suasana kampung.  Kalau akak tensyen,  En.  Khafi selalu drive akak jalan-jalan kat area Balik Pulau Penang (sebab kat situ ada lagi suasana kampung yang indah-indah).  Akak akan buka tingkat dan keluarkan muka akak untuk tengok suasana kampung tu.  En.  Khafi pun akak suka tengok akak excited macam anak anjing tengok luar tingkap.

Satu hari,  kalau ada rezeki,  akak nak beli sebiji rumah di sebuah kampung.  Biarlah jauh...tapi mesti best!!

Love,
Jumie Samsudin

Okay jom tengok gambak :)

Wanita ini feeling sebelum memulakan tugas sebagai mecap retis.  
Pemandangan depan rumah pengantin.  Buka pintu nampak ni.  Mulut akak keluar pelangi tengok ni.
CLICK READ MORE TO CONTINUE READING

Sila Vote (tarikh tutup 20 Disember 2013)

Hello u olls,

Ada orang kata blog akak tak cantek.  Lay out nampak tak profesional.  Alaaa....u olls ni baru nak feeling colour colour sikit.

So,  hope u olls take ur little time untuk catat VOTE kat tepi tu...

Nanti akak nak tengok keputusan.  Kalau ramai orang tak suka then i will change it :)

Thanks naaa!!

Love,
Jumie Samsudin

Malam Persembahan Kebudayaan Hari Warga Staf USM 2013

Hello u olls,

Baru-baru ini seluruh ahli keluarga USM telah bersuka ria dalam program ala-ala family day yang dipanggil HARI WARGA STAF USM.  Family day besar-besaran ini melibatkan semua kampus USM iaitu Nibong Tebal,  Kelantan dan Bertam.  Kali ini program ini diadakan di KAMPUS INDUK iaitu yang berada di Penang.  Memang meriah lah u olls.....kira macam kalau beraya...beraya di rumah KAK LONG paling tua :)

Macam-macam aktiviti yang dibuat sepanjang hari itu,  dari pagi sampai malam.  Ada marathon,  pertandingan mewarna,  MASTERCHEF,  treasure hunt,  sukaneka dan macam-macam lagi.  Kemuncak HARI WARGA STAF USM adalah malam persembahan kebudayaan dimana setiap kontijen akan menghantar team yang akan buat persembahan drama muzikal.




Tema 60an dan hadiah khas 'King & Queen' Malam Persembahan Kebudayaan Hari Warga Staf USM 2013

TEMA 60an : Kenangan Mengusik Jiwa
Pihak urus setia menambahkan kemeriahan Malam Persembahan Kebudayaan dengan menyediakan hadiah khas kepada hadirin yang mengenakan pakaian mengikut tema. Hadiah yang disediakan merupakan jam tangan, hamper dan barangan elektrik bernilai RM500.00 setiap orang.  Semua warga staf USM dijemput hadir.

Tarikh : 30 November 2013
Masa  : 8.00  - 11.30 malam
Tempat : Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP) USM
Click read more

Dermalite Comedone Control Essence | Produk Paling Bagus untuk Kulit Berjerawat dan Berminyak



Hello kawan-kawan,

A few months ago saya ada post untuk perkenalkan produk kulit yang amat bagus untuk kulit yang berminyak + berjerawat + open pores + white /black heads iaitu Dermalite Comedone Control Essence.

Cara pakai  :  
Cara pakai sangat mudah.

1.  Basuh muka dengan pencuci muka
2.  Kalau u olls nak pakai toner...pakai toner dulu.  Tapi since i pakai benda ni,  i tak pakai toner dah.
3.  Titik essence ini kat tapak tangan.  2 titik dah cukup.  Menggunakan jari,  sapu essense ini kat tepi hidung (kawasan yang sangat banyak white head),  kawasan T zone,  dagu dan kawasan yang selalu ada tumbuh jerawat.  Kalau ada jerawat baru nak tumbuh / pecah,  sapu juga kat situ.

4.  Biar for 30 seconds to 1 minute,  then u olls pakai pelembab ataupun terus pakai BB Cream.

5.  Ulang step ini setiap kali u olls basuh muka.  Paling bagus pakai 3 kali sehari.  Tapi orang pemalaih macam I,  mula-mula rajin pakai hari hari semua.  Bila muka dah makin cantek,  kadang-kadang 3 hari pun tak pakai.  Tapi muka memang dah kurang berminyak and boleh kata macam dah takdak jerawat dah.

Why i like it?
Sejak April...lani dah Disember.  Baru habis satu botol ni.  So walaupun agak mahal,  tapi amatlah berbaloi.  Tahan lama and amat berkesan.  Kulit saya (walaupun tak selincin Nur Fazura) tapi adalah bebas jerawat kecil-kecil di wajah.


Susah nak cari produk ni?
Ramai yang message saya kata tak dapat cari product ni.  Cari kat banyak farmasi tak jumpa.

Oleh itu,  saya yang kebetulan nak beli stok untuk diri saya nak tanya SAPA-SAPA YANG NAK TUMPANG BELI SEKALI,  BOLEH LA SAYA TOLONG BELIKAN.


Cara Nak Beli?
PM me your details (Nama,  no telefon dan alamat penghantaran).

RM135 termasuk penghantaran ke seluruh Malaysia.

Untuk orang Penang,  boleh terus ambil kat saya di USM,  harga RM130.

Please PM me ataupun wassap me at 0124130060. PLEASE JANGAN CALL...wassap je k.

Love,
Jumie Samsudin


Testimony!!

Satu ketika dulu kulit saya pernah jadi macam ni.  Ampa boleh baca kat sini  :  Masalah Kulit Akak Di Awal Tahun Yang Fana




Tapi lepas berbulan-bulan pakai produk ni.  Ini kulit saya now......semua gambar ni takdak edit edit na!  Make up pun nipisss ja.





Pementasan Teater Bisikan Cinta pada 11 hingga 13 Disember 2013 di Panggung Pelenggang Cahaya USM

Sempena Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang pada September yang lalu, Teater Bisikan Cinta telah dinobatkan sebagai "Johan" dan meraih anugerah "Pengarah Terbaik", "Pelakon Lelaki Terbaik", "Pelakon Pembantu Terbaik" dan "Busana Terbaik". Dengan itu, kami sangat berbesar hati untuk mementaskan semula teater ini.


Sinopsis:
Mustika dibawa lari oleh teman lelakinya, Ikmal. Ikma

l merancang untuk membunuh Mustika pada malam kejadian. Ikmal menuduh Mustika sebagai penyebab segala penderitaan yang ditanggungnya..

Apakah punca Ikmal berkelakuan sedemikian. Apakah yang telah Mustika lakukan terhadap Ikmal sehingga teman lelakinya sendiri merancang untuk membunuhnya?

Segalanya bakal dirungkai dalam pementasan Teater "Bisikan Cinta".

Lakonan: Camayra Lazania, Yoomyn Myn, Kayrol Unwar, Azhar Jalil, Tok Moh , danArezarul Niezam, dan penampilan istimewa Pirates Prince a.k.a Danial Bowl Bintang Mencari Bintang.
Karya : Razali Ridzuan
Arahan : Intan Farhanim Othman
Produksi : Final Year Student Drama dan Teater dgn kerjasama School of The Art dan Kersani

Tarikh : 11-13 Disember 2013
Tempat : Panggung Pelenggang Cahaya USM
Pas Masuk : RM10

Sembah Ratu 99 Step Zapin untuk Tengku Puan Pahang

U olls semua,

Akak sembah ratu 99 step zapin untuk Tengku Puan Pahang,  Y.A.M. Tunku Hajjah Azizah Amina Maimuna Iskandariah binti Sultan Mahmud Iskandar al-Haj dalam usaha beliau yang tidak henti-henti membantu rakyat negeri Pahang yang sedang dilanda banjir.

Tatkala tragedi banjir yang sedang berlaku di beberapa kawasan utama di Pahang especially Kuantan,  dipolitikkan oleh banyak kaum-kaum marhaen di laman Facebook dan sebagainya (mendakwa bahawa kerajaan Malaysia tidak menyalurkan bantuan dengan baik dan membandingkan frasarana bantuan mangsa banjir di Malaysia dengan kecanggihan mangsa tsunami di Jepun) sedang asyik mengomel panjang pasal tragedi ini,  Tengku Puan Pahang dengan rasa rendah dirinya sanggup buang crown, buang segala maknena regalia pangkatnya untuk membantu mangsa-mangsa banjir di negerinya.


Memang betullah apa yang dia tulis di laman Instagramnya,  "Tunku Azizah Mahmood Iskandar :  To serve and not be served...."

Click read more


Erma Fatima Bayar Saman Guna Duit 5 Sen dan Senaskah Al Quran?

Hello u olls,

Sapa ikut perkembangan Erma Fatimah dan Rebeca Nur Islam.  Kalau sapa yang tak tau,  sila pi godek-godek sendiri dalam Beautifulnara ataupun apa-apa blog gossip yang best.

Lepas gendung gendang,  pihak mahkamah memutuskan bahawa Erma Fatimah kena juga bayar kepada Rebeca Nur Islam sebanyak RM11,200.  



Baca lagi

Dear Jumie : Toyol Belaan Makan Janin Ku

Dear Jumie,
Terdetik di hati nak kongsi kisah aku ni.  Perasaan aku berkecamuk.  Malu ada,  marah ada,  takut pun ada.  Tapi aku kuatkan hati aku untuk tulis emel yang panjang berjela ini untuk hang.  Kalau hang sudi,  mohon publish dalam blog hang.  Semoga mendapat iktibar dan juga menjadi pengajaran kepada kita semua. 
Kisah yang aku nak ceritakan ini bukanlah rekaan.  Bukan ciptaan.  Bukan fiksyen.  Aku karang cerita ini berdasarkan pengalaman aku sendiri.  Pengalaman hidup aku sebagai seorang  perempuan yang membela toyol dan memakai susuk untuk melariskan perniagaan aku.

Ya!  Kalian mesti tak percaya langsung dengan kata-kata aku inikan?  Zaman moden macam sekarang ni,  mana ada lagi orang membela toyol dan memakai susuk?  Sekarang ni dah masuk dekad kedua dalam kurus ke 21 ni.  Tapi memang betul Jumie,  aku bela toyol dan memakai susuk untuk kepentingan peribadi ku.

Umur aku lebih kurang sama dengan hang Jumie.  Aku berniaga barangan kecantikan.  So berniaga seperti aku kenalah always tapil vouge dan cantek meletops sentiasa.  Alhamdulillah business aku memang menguntungkan pada permulaannya.  Tapi lama-kelamaan,  aku rasa macam keuntungunan aku ni macam tak cukup jer.   
Aku perlu usaha lebih.  Bukanlah sebab aku tamak nak untung banyak,  tapi zaman sekarang memang kena pakai duit banyak kan?  Anak-anak aku dah makin besar.  Diorang dah masuk sekolah.  Duit kena la pakai banyak.

Suami aku kerja sebagai kontraktor.  So far business dia bagus juga.  Tapi  nak bayar hutang rumah,  hutang kereta,  bil itu dan ini,  memang rasanya macam tak cukup.

Dress Perkahwinan Kim Kardashian : Fantasy Designer Sketches

Hello u olls,

Tarikh kawen depa...tak tau lagi bila.  Tapi Brides.Com telah menjemput beberapa wedding dress designer yang tersohor untuk menyumbangkan idea yang mereka ingin gambarkan untuk Kim K pakai masa hari perkahwinannya dengan Kanye West.

So akak pun feeling la nak share dengan ampa kan.


Apa pun,  akak sangatlah suka baju yang dipakai oleh Kim K masa Kanye West bertunang dengan beliau di dalam satu ceremony kezutan di sebuah stadium.  Tipulah Kim K and the whole family kata depa tak tau apa.  Tengok dress Kim K pakai pun dah tau dia feeling lawa.

Jom tengok!


My expectation  :

Berdasarkan perkahwinan Kim Kardashian yang lalu,  u olls boleh baca kat sini :  Kim Kardashian Wedding - Sembah Ratu 14 Step kat Marhayam Kita akak mengharapkan agar wedding dress untuk kali ini adalah lebih sopan dan lebih cover up TAPI tetap vouge dan meletops.  Saya nak tengok lebih banyak lace untuk mengromantiskan lagi wanita sendu ini.  Tapi of course...i want to see her klivej. Makan ati.

Ada yang mencadangkan beliau pakai wedding dress warna hitam and some yellow.  But please please please tak mau la pakai warna lain selain putih......

So ampa tengok ampa paling suka mana?

Yang i suka  :

Hayley Paige

Unlike the ruffled skirts and bedazzled bodices other designers dreamed up, Hayley Paige sketched a softer, lace-embellished mermaid gown design for Kim. The silhouette still hugs Kim's curves and flaunts a low-cut neckline, but like Jim Hjelm's fantasy dress, Hayley Paige's also sports stylish long sleeves. We love how the sketch includes a high-drama cathedral-length veil with the same intricate lace appliqés as the gown.


Yang Lain-Lain.....Ampa suka mana?

Click bawah

Mat Bangla tiru Video Awek Legoland

Maca sadhe ya....
Maca some dhara....


HAHAHAH


Hareee laaa....macam mana la mat bangla ni boleh feeling buat video ni?

Mesti ada mat kalpat berbangsa Melayu di belakang video ini yang memaksa mamat ni buat video ni.


American Music Award 2013 Performance Review

Hello u olls!

Okay now.  Kita tengok pula ulasan pasai persembahan malam American Music Award 2013 ini!  Siries i sangat puas hati dengan persembahan dalam AMA 2013 ini.  Rasanya lagi best daripada MTV Awards baru baru ni.  Setiap persembahan ada pertunjukan dia sendiri.  Kesan warna daripada lampu LED belakang memang best tapi yang membuatkan lebih best adalah kesungguhan dan bakat artist-artist tu bila perform.

So jom baca my review!


Katy Perry performing Unconditionally

Suka sangat persembahan ala-ala taman bonsai Jepun ni.  Semua berkimono and berpayung kertas.  Tapi saya memang tak boleh belah dengan suara tenggelam timbul Katy Perry.  Tapi ini memang style dia dari dulu.  Dia punya suara memang tak berapa nak sedap kalau live.  Ataupun kena pi dengar secara live...bukan melalui TV / Youtube pun.

Bila bukak website mat salleh depa kata Katy Perry ni racist pi pakai semua macam Jepun.  Gila bodonya orang putih.  Apakahnya racist?  Aku tak faham konsep racist orang putih ni.  Bukankah kita patutnya lebih bangga bila artist antarabangsa mempopularkan lagi budaya kita.

Mak tunggu Beyonce nak perform pakai kebaya nyonya,  pastu habis lagu...dia tarik kain batik panjang tu tinggai kebaya dengan seluar dalam saja.  Kerlasss dak????  Menangis Rosmah Mansor.



Click read more.

American Music Award 2013 Red Carpet Fashion Review

Hello u olls,

U olls tengok tak tayangan ulangan American Music Award 2013 yang berlangsung baru baru ini.  Penganjuran event anugerah yang memang ditunggu-tunggu.  Tidak dibayangi dengan apa-apa invasion,  especially British Invasion,  so...Adele boleh duduk tepi sengap sengap.  This anugerah betul-betul menghargai hasil bakat penggiat seni muzik Amerika.  I really like the shows tahun ini.  SIMPLE tapi sangat puas hati dengan most all of the performances.

Jom tengok gambar fesyen and cerita pasai persembahan!!

Ampa suka mana?



Jangan Jadi Askhole


Hello u olls,

Selamat hari Senayan.  Ive been busy SATURDAY AND SUNDAY (bila la JUMIE SAMSUDIN tak busy kan?) Tapi pada hari malam ni akak tetap tulis something untuk u olls baca apabila buka blog pada hari Senayan.  Walaupun u olls tidak memberikan banyak komen...(hahaha tetap nak carut ampa kan) tapi takpalah.....yang penting bila akak buka blog akak tengok sekarang blog akak dah ada 3 juta pembaca....kira okay la.  I TETAP SAYANG U OLLS.

Dah tulis panjang-panjang pasai aktiviti hidup akak,  then i delete sebab rasa macam boring cerita pasai perjalanan hidup ku yang semak samun itu.

Okay,  sudah-sudah.

Ampa tengok gambar di atas.  Apa itu ASKHOLE?

Ampa tau tak?



Karnival Ilmu 3P 2013 “JOM PAKAT-PAKAT BACA!”

Hello u olls semua!!

Especially gang pencinta buku di kawasan Utara,  jom kita beramai-ramai memeriahkan Karnival Ilmu 3P yang juga merupakan Pesta Buku terbesar yang diadakan for the first time di PENANG!!  Kerlas u olls.  Karnival yang bakal berlangsung dari hari Rabu,  27 November 2013 hingga 1 Disember 2013 adalah anjuran Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dan Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MAPOBA).  Oh yesss lokasi?  Di Politeknik Seberang Perai,  Pulau Pinang.



Macam-macam aktiviti yang akan dijalankan.  Antaranya u olls boleh beli buku-buku teks dan rujukan sekolah, novel dan pelbagai jenis lagi pada harga gudang! Cabutan bertuah turut diadakan dengan menawarkan hadiah berupa hamper, barangan elektronik dan hadiah utamanya ialah sebuah motor Modenas. Selain daripada itu, pelbagai aktiviti menarik menanti anda seperti :

  1. Rancangan Jom Masak bersama Chef Jaafar Onn
  2. Forum Bicara Cinta Anak Muda Bersama Sham Kamikazee
  3. Rancangan Rilek Brader Bersama Imuda & Art Fadil
  4. Persembahan Kumpulan Nasyid Unic / Inteam
  5. Pertunjukan magik, boria dan lain-lain...
Ikon bagi Karnival Ilmu 3P ialah Imuda dan acara ini akan dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas.

Lebih 10,000 buah buku akan dijual pada harga gudang! Jangan lepaskan peluang ini!


See u there people!!

Akak Masuk Paper Mingguan Malaysia - Ahad, 24 November 2013

Hello u olls!

Sapa beli paper Mingguan Malaysia pada hari Ahad yang lalu bersamaan 24 November 2013.  Alangkah terkejutnya pagi itu,  bila bangun tidok and check fon semua penuh dengan message Wassap "Ceeeee...masuk paper...steady!!"

Akak terus feeling Kim Kardashian ni!!  Macam mana akak boleh masuk paper?  Apakah kisahnya?

So kawan-kawan akak pun amik gambar and tagged akak di Facebook.  Makanya,  akak pun tak tau cerita apa and artikel apa, tapi penulis tu maybe just Google gambar 'kereta lama' and terus amik gambar ini yang diambil daripada artikel dalam blog akak yang bertajuk "
Membeli Kereta Buat Kali Pertama". 



Thanks Kak Razita Rahim and Suraimi Rawang yang share gambar ni.

Oleh itu kepada sesiapa yang ada paper Mingguan Malaysia ahad yang lalu,  can u please kerat the artikel yang mengandungi gambar akak ini,  scan and email to me at jumiess@gmail.com.

Thank you so much people!!

Yang benar,
Jumie Samsudin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...