Personaliti Bulan Jan 2013 | Aiman Syazwan Roslan

Hello u olls semua!

Seperti yang dijanjikan,  insya allah bermula 2013 ni akak nak mulakan kembali segmen yang telah lama dikatop iaitu segmen Personaliti Bulan Ini.  Akak dengan bangganya akan lebih teliti dalam memilih siapa yang layak menjadi Personaliti Bulan Ini di blog akak yang sendu ini.  Disamping kita dapat belajar sedikit sebanyak mengenai hobi, minat dan juga keghairahan para PBI ini....kita juga dapat berkenal-kenalan dan membina jaringan yang lebih kuat.


PBI yang pertama untuk kali ini adalah istimewa sebab ini adalah kali kedua dia jadi PBI kat blog akak.  Please jangan hanjing akak kenapa akak bagi dia jadi PBI dua kali.  Tapi ada sebabnya.  Kalau dulu u olls baca dia dia artikel ini  :  Personaliti Bulan Ini | Aiman Syazwan Roslan dia dah berjaya kurus sikit....tapi kalini dia dah kurussss banyak banyak iaitu sebanyak 52 kilo!!!!  Dan siap buat body lagi.

Haruslah menjadi inspirasi kita semua!  Jom baca!

Nama : Aiman Syazwan Bin Roslan

Umur : 25 Tahun

Tarikh Lahir : 25 May 1987

Zodiac : Gemini

Location/hometown  : Penang

Occupation : Student

Emel : aimansyazwanr@yahoo.com

Facebook link : https://www.facebook.com/aimansyazwan




Berat badan dulu : 127kg



Berat badan sekarang : 75kg





JS  :  Tahniah Aiman.....kali ni HANG LEBIH LEBIH LEBIH DAN MAKIN KURUS. Berbanding dengan pencapaian hang masa masuk Kosmo dulu. So, apa perasaan hang sekarang?

Aku rasa macam orang baru dengan badan yang makin kurus. Tapi perangai aku sama ja tak berubah. Cuma aku jadi lebih yakin bila jalan sorang-sorang kat shopping mall. Stamina pon makin lama makin meningkat. Dan yang paling best aku boleh kawal nafsu makan. Aku akan pikiaq 2-3 kali kalau nak beli makanan. Aku akan elak beli makanan yang banyak lemak. Takut. Apa-apa pon aku rasa sangat happy dengan perubahan yang mendadak ni.



JS  :  Macam mana u olls maintain berat badan ideal macam ni?

Beauty is pain bak kata orang Amerika. Aku amik kata2 ni lekat dalam kepala otak. Nak cantik bukan senang. 
Aku maintain dengan hanya minum 4 liter air kosong sehari (MAKKKKKK AIIIII BANYAKKNYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA - JS), elak makanan yang tak berkhasiat macam junk food dan fast food dan yang paling penting aku exercise 5 kali seminggu dalam masa sejam setiap hari. 
Sabtu dan Ahad hari untuk rest and recover body. Hari Sabtu merupakan cheat day. Aku makan saja apa yang aku suka. Ahad hari cleansing day. Diet balik. Macam tu la aku maintain. Bukan susah sebenarnya nak kurus. 
Oh ya aku tak amik apa2 produk macam susu yang overrated tu. Buat apa perabih duit bila kita boleh turun dengan cara semulajadi. Tak gitu? Kita kena push diri sendiri kalau nak cantik. Bukan dok goyang kaki ja mengharap Jin turun bagi kita 3 wishes macam Alladin. Kalau macam tu aku pon mau haha.

JS  :      Ada tak orang terkejut beruk apabila melihat kehemseman hang sekarang?

Ramaiii. Kawan-kawan aku semua mostly terkejut bila terserempak aku cakap aku dah lain sangat nampak hensem. Kadang-kadang aku jadi malu depa dok puji2 aku. Ya la dulu dah biasa gemuk kan. Takdak sapa puji. 
Orang tak pandang pon bila tgk aku jalan2 sorang2 kat mall time gemok. Ada sampai member aku yang segan dengan aku sebab depa dah kenal aku since dari gemok and depa suka kacau aku time tu and bila dah kuruih depa tatau nak kacau aku macam mana lagi kot. Kacau manja2 saja macam cubit2 hehe.

JS  :       Im sure family and kawan-kawan banyak bagi dorongan hang nak kuruih ni. Tapi ada tak orang-orang yang jeles? (SOALAN ALA ALA URTV)

Yes family and kawan-kawan banyak bagi dorongan untuk kurus. Sapa kata takdak orang2 yang jeles? Sah2 la ada. Aku dengar kawan-kawan cakap belakang sebab aku selalu post gambar kat Facebook. Yang tak boleh blah aku ddengar depa cakap “Apa Aiman nak buktikan dengan post gambar2 kat Facebook”. Aku pon feeling2 retis la buat bodo ja. Orang cakap kalau people talk behind your back that means you are somebody. Aku malaih nak layan orang macam ni. Kat depan plastic kat belakang cakap belakang. So low class and so joyah!


JS  :  Yes betul u olls.  Tak perlu layan Joyah-joyah macam ni.  Boleh tak hang cerita lagi pasai kes-kes jeles macam ni (akak semakan ke po di sini )?

Contohnya macam aku cakap tadi. Orang cakap belakang. Aku pernah post gambar kat Instagram and Kevin Zahri tanya boleh tak post gambar tu kat Facebook. Aku cakap ok sure. Then yang tak bleh blah ada sorang hamba Allah ni kutuk cara aku berpakaian. Yang tu aku tak kisah. Tu aku admit salah aku tak tutup aurat. 
Tapi paling aku terkejut sanggup dia fitnah macam ni “betullar sekarang banyak individu" setiap kali bila berjaya turunkan berat badan pasti ada buka aurat..lupa tuhan bila dh Berjaya”. 
Aku macam wow statement “Lupa Tuhan itu adalah satu tamparan yang sangat kuat. Perlu ka nak cakap macam tu? Kalau taktau apa-apa pasal orang tu tak perlu nak fitnah macam tu. Tapi aku macam biasa buat bodoh ja macam Hanis Zalikha orang2 dok kutuk dia tapi dia chill saja. Tapi dalam hati kita taktau kan perasaan dia. Hi Hanis Zalikha! Eh haha :P



JS  :  Aiman,  setakat tunjuk gambar lengan dan ketiak.....tu bukan aurat lelaki pun.  Tapi mana nak tau kalau-kalau hang tunjuk masel kat paha.  HAHAH orang tu sentap la Aiman.  Anyway,  do you still loves food?

Of course! Aku actually makan saja apa yang aku mau tapi makan tak ikut nafsu la. Aku lebih makan makanan berkhasiat everyday macam nasi segenggam dengan ayam dan sayur lebih, subway sandwich dan macam-macam lagi. Kadang2 makan Dominos. Aku indulge once in a while. Lepas tu bakar la balik lemak2 dengan exercise. Senang bukan?

JS  :      So u said u suka bereksesais sendiri.  Boleh tak hang share apa-apa tips eksesais kat kami di sini  ?

Kita kena displin.  Tapi bak kata Kevin Zahri, kita perlu minimum 20 minit exercise everyday. Rest sehari. Kalau nak cepat berat turun, jaga makan dan buat Interval Training. Buat kat rumah saja. Tak perlu pi gym bagai. Check out youtube ni for cool workouts;

1. http://www.youtube.com/user/sixpackshortcuts
2. http://www.youtube.com/user/ScottHermanFitness
3. http://www.youtube.com/user/BeFit


JS  :      Apakah perkara paling best bila dah kurus sekarang? (AKU SUKA TENGOK HANG BERFESYEN...ADAKAH INI KESERONOKKANNYA)

Yupp itu semestinyaaa. Dulu sangat susah nak cari baju. Nak cari baju size XL kat Topman pon ketat. Lani pi mana-mana kedai especially Topman yang cutting kecik tu aku dah bleh pakai size “S”. Bayangkan dari size XL ke S aku dah turun. Size seluar pun dah banyak turun. From 44” to 32”. Aku pon tak percaya. Aku target nak slim sampai 30”. Yang tak bleh blah sorang lecturer kat fakulti aku tanya. Lepas ni nak pi buat show kat mana. Dia cakap aku macam artis. Haha comey ja. Padahai aku pakai baju formal saja. Takdak la dress up over2.


JS : Adakah anda seorang yang GYM BRAGGER like Justin Bieber? HAHAHA
Oh tidak. Aku tak pi gym. Aku buat semua exercise tu kat rumah ja. Belum masanya lagi untuk ke gym. Tapi one day aku akan enroll gak pi gym. Sebab kat gym lagi banyak equipment yang best.

Rumah aku adalah gym aku. Tu la aku cakap beauty is pain. Kalau nak ada seribu daya. Tak perlu produk bagai untuk kurus. Knowledge pasai health and fitness tu penting kalau nak kurus. Rajin-rajinkan diri tengok pasal health and fitness kat web. Jangan asyik dok Facebook 24 jam saja.

JS  :    Boleh tak bagi tips paling simple untuk sapa-sapa yang feeling nak menguruskan badan.

Tips bermula dengan diri sendiri. "Will Power" baca di bawah :
  1. No junk food.
  2. No fast foodNo air manisKurangkan carbs
  3. Amalkan minum air kosong saja
  4. Exercise at least 20 minit sehari selama 6 hari seminggu
  5. Amalkan hidup aktif
  6. Tidur at least 8 jam sehari
  7. Rekod berat badan setiap minggu
  8. Cari orang hot sebagai idol
  9. Be yourself
  10. Jangan biarkan orang lain bagi influence negatif
  11. Think positive

JS  :  Ucapan sikit.............................

Hello kepada semua pembaca setia Blog Jumie Samsudin, kalau ingin tips yang lebih mendalam lagi untuk kurus. Sila ke website Kevin Zahri seperti yang tertera di bawah. Semoga cerita saya dapat memberikan inspirasi kepada anda. Kalau ternampak aurat tu maafkan saja. People make mistakes. Don’t judge a book by it’s cover. Semoga anda dapat capai matlamat untuk mencantikkan diri. Jangan cantik untuk orang lain, cantiklah untuk diri sendiri.
Jemput baca artikel mengenai Aiman di blog KevinZahri  :  Aiman Syazwan Kurang 50kg Dalam 2 Tahun Dengan Natural Diet

Jislah Mengenal Fizikal Rasulullah SAW, 9 Februari 2013 di Dewan Kuliah A, USM



Program : Jislah Mengenal Fizikal Rasulullah SAW

Tarikh : 9 Februari 2013

Masa : 8.00 pagi - 10.00 malam

Tempat : Dewan Kuliah A, USM

Penceramah : Ustaz Hanif Harun

Yuran : RM100 (seorang)  /  RM 80/seorang ( berkumpulan 2 orang ke atas)

Segala maklumat lebih lanjut boleh merujuk link di bawah :

Facebook Event : Jilsah Mengenal Fizikal Rasulullah SAW


Keterangan lanjut,  sila hubungi  :
Hami Asyraf : 0125966782
PakDin : 0193568210

Tambahan Emosi dalam Emel Rasmi/Kerja - Please Elakkan

Hello u olls semua,

Tidak berapa lama dahulu.  Akak pernahlah terlalu tensyen lampau kat office tak tau nak buat macam mana.  Akak pun emel kat seorang pegawai HR kat office i.  Akak buat luahan perasaan pasai tensyen akak hadapi kat office ni dan akak dah tak tau macam mana nak buat dah.  Akak dah try untuk amik cuti tapi after the cuti akak tetap tensyen dan rasa tak semangat nak mai kerja.  The reason akak emel panjang-panjang kat pegawai itu adala untuk bertanya pendapat dia tentang bagaimana akak boleh settlekan masalah akak yang sangat down ini.

Walaupun niat emel akak itu adalah sangat murni (feeling) tapi emel akak itu mengandungi beberapa tambahan emosi yang tidak diperlukan memandangkan emel itu adalah emel rasmi kepada salah seorang pegawai sumber manusia (HR).  Antara tambahan emosi yang akak masukkan dalam emel itu adalah :

"Saya rasa macam nak menangis apabila setiap hari saya datang ke office"

"Please jangan jumpa saya kat pejabat kerana saya rasa macam nak menangis,"

Dan beberapa contoh lagi yang akak cari emel tu tapi haram tak jumpa.  Maybe i dah delete habis dan tak simpan langsung.  

Tapi akak sempat tunjuk emel itu kepada seorang sahabat akak iaitu Kak Asmaa yang bijaksana.  Beliau ada banyak pengalaman dalam bidang sumber manusia.  Apabila dia baca emel itu,  dia kata semua okay cuma dia tak berapa suka kerana cara luahan perasaan akak itu 'telalu emosi'.  

Sebagai seseorang yang berpengalaman dalam pengurusan sumber manusia,  dia sendiri banyak handle kes-kes 'luahan perasaan' staf sebegini.  Dan dia kata apabila pihak dia menerima emel-emel berbaur emosi daripada staf wanita,  maka pegawai-pegawai HR yang berjantina lelaki akan memperlekehkan emel tersebut dan memandang penghantar emel itu sebagai seorang yang terlalu emosi.  Mereka juga secara tak langsung meng-jenerelaiz (generalized) semua wanita sebagai EMOSI!

Oleh itu Kak Asmaa tak suka.  Dia tegur akak dia kata

"Next time hang nak emel apa apa pasai kerja dan urusan rasmi lain...PLEASE JANGAN TAMBAH EMOSI.  Hang kena nampak profesional.  Walau macam mana hang down dan sedih pun,  hang kena always be profesional dan jangan tunjuk emosi hang,"  

Itu pesan Kak Asmaa kepada akak.  Akak simpan dalam hati.  

Sejurus kemudian,  akak dapat balasan daripada pegawai HR di office akak.  Alhamdulillah,  emel yang beliau hantar itu amatlah positif.  Selain memberikan pujian dan kata dorongan kepada akak,  dia juga memberikan beberapa cadangan lain untuk akak perkasakan bakat dan ilmu dalam diri akak.  Selain menyokong akak untuk cuba menukar jabatan (which akak dah apply dan ditangguhkan oleh pihak atasan),  dia menyarankan akak untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda.  

So,  that's about it.  Tapi siriesly,  lepas mendapat balasan daripada pegawai HR itu,  akak rasa segan-segan pulak apabila bertembung dengan dia di office.  AHAHAHA....siriesly...akak duk terpikiak.

"Deni mesti duk gelak baca emel aku yang emosi tu semua.  Mesti dia kata ....Jumizah ni  dah la gemok...kuat emosi....tapi duk buat hot kat office,"  HAHAHAHA...siriesly.  

Tapi takpa.  Lesson learnt!!  Start dari itu,  apabila akak berurusan dalam emel bersama pensyarah ataupun pelajar,  akak telah mengelakkan diri akak daripada menambah emosi dalam emel akak.  Walaupun akak marah dan tak suka dengan perkara yang sedang akak handle tu,  tapi kalau perkara itu memang salah akak,  akak akui akak salah dan janji akan perbaikinya.  Semuanya very simple dan straight to the point.  Tak perlu CC kepada sapa-sapa.  

Sesetengah orang,  kalau dia marah dan tak puas hati,  dia akan emel dan CC kepada semua orang. Kalau ada emel Agong pun dia nak CC juga.  Akak tak suka cara itu.  Siriesly,  selagi boleh settle tahap kita,  kita settled tahap kita.  Kalau nak CC kepada mana-mana pihak,  memang betul betul keperluan untuk memastikan boss akak tau dan ambil maklum.  Lagipun,  akak ni kerani cabok je. Apalah level akak sangat nih.  Cuma depa tambah perkataan eksekutif ja nak bagi akak rasa sedap hati sikit.



So,  kisahnya nak share dengan u olls.  Baru-baru ini,  akak telah membuat kesalahan dalam urusan kerja akak.  Setelah menghantar hasil kerja akak kepada semua pihak yang berkenaan,  akak mengharapkan komen dan feedback daripada mereka agar memeriksa hasil kerja akak.

Malangnya,  akak menerima sebuah emel yang penuh dengan emosi daripada seorang rakan kerja kami.  Beliau memang tidak puas hati kerana walaupun permintaannya telah dibuat sebanyak 2 kali,  tapi akak tetap membuat catatan yang salah.  

Yes...yes...yes....Akak salah.  Salah tetap salah.  Tapi..............................cara beliau emel itu.  FUHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!  Memang sarat dengan emosi.  Akak bagi satu jer contoh ayat permulaan kepada u olls semua

"SAYA AMAT SEDIH DAN KECEWA DENGAN PERKARA INI. Adakah permintaan saya terlalu sukar untuk dilakukan? "

And yes,  beliau CC kepada semua pihak.  Akak amatlah sedih.  Sedih kerana perkara ini bukanlah melibatkan kerugian harta kerajaan sebanyak 4.8 billion USD.  Akak mengharapkan sekiranya betul akak membuat kesalahan,  kalau boleh dia datang dan tegur akak direct dan tanya kenapa masih berlaku kesalahan walaupun setelah dua kali beliau membuat permintaan tersebut.  Mungkin ada reason dan sebab-sebabnya yang perlu pencerahan.  Bukannya dia tak kenal akak.  Akak ni dah 8 tahun buat kerja ni.  Dan akak bukannya robot,  memang moto kerja kita untuk elakkan kesilapan. Tapi maknusiaaaaaaaaaa....memang penuh dengan kesilapan.  

Tapi tidak,  beliau memilih untuk emel kepada akak dan orang-orang yang tidak berkenaan dan penuh emosi dalam tulisan CAPS.  

Akak sedih sangat-sangat.  Tapi dalam kesedihan itu,  akak kena pantas dan tidak membuatkan orang lebih marah kepada akak.  

Akak terus reply kepada semua pihak yang berkenaan :

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada **** atas teguran yang diberikan. Saya memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat atas segala kesusahan dan kesulitan yang timbul di atas kesilapan saya. Saya akan membetulkan perkara ini dan membuat catatan agar perkara ini tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan.

Akak pun terus melihat kembali kepada catatan yang telah dibuat dan akak dengan tenang pun emel semula kepada pihak beliau dan menerangkan mengapa permintaan beliau tidak dibuat  (ada sebabnya mengapa akak tidak memberikan pilihan yang beliau mahukan).  Akak memohon jasa baik beliau untuk memberikan cadangan dan komen mengenai perkara itu.  Kesalahan akak di sini adalah,  akak tidak rujuk kepada beliau dahulu dan membuat keputusan untuk tidak menggunakan pilihan yang beliau berikan.  

Akhirnya,  akhirnya beliau memberikan respons beliau.  Setlled sudah.  

Tapi...........stilll semua orang tahu perkara ini.  

Apa yang akak belajar hari ini adalah,  jangan sekali kali menambah emosi dalam emel rasmi/kerja. Kalau boleh elakkan ayat-ayat sendu,  elakkan menaip secara CAPS dan BOLD dan jangan sekali kali kita menulis dalam tulisan MERAH.

Kita nak kerja satu jabatan.  Kita nak kerja satu institusi.  Kita nak kerja satu keluarga.  Hari hari kita akan jumpa dan tengok orang itu.  So its good that we always have a good relationships dengan semua orang melalui emel,  telefon ataupun in person.

Kalau kita tak puas hati dengan seseorang,  lebih baik kita bawa untuk berbincang secara dua muka.  Selain dapat menyetelkan sesuatu perkara dengan baik,  kita juga dapat merapatkan silaturahim dua pihak dan yang paling best......KITA LEBIH RASA HAPPY NAK BERURUSAN DENGAN ORANG ITU PADA MASA AKAN DATANG.  

Tapi kalau kita betul betul dah down dan sedih sangat,  take some time away....pi bancoh kopi ka...tengok Youtube lawak ka...baca paper ka.....main Facebook ka....then bila kita dah cool down baru kita start menulis emel.  

Penulisan artikel ini bukan untuk hentam mana-mana pihak tetapi muhasabah kepada diri saya sendiri.  Saya buat salah dan saya belajar daripada kesilapan saya.  Dan saya harap perkongsian saya ini dapat memberikan manfaat kepada semua pihak.

Love u olls!

Jumie Samsudin

Melawat Bukit Kepong, Warisan Sejarah Malaysia

When i first got married to En.  Khafi,  dan kami melawat rumah atok En.  Khafi di Gersik,  Muar.  Dalam satu perjalanan ke Gersik,  depa pernah mentioned "Kalau pergi terus boleh ke Bukit Kepong,"  dalam hati akak terdetik...."Bukit Kepong yang bersejarah tu ka???  Ataupun nama tempat tu sama ja dengan Bukit Kepong yang dalam filem tu,"  Yelah...kita kat Malaysia ni,  nama tempat sama....tapi actually negeri yang berlainan.  Contohnya,  Air Itam....Johor ada Air Itam,  Penang pun ada Air Itam.  Kedah pun ada Air Itam.  Kan?

Akak tak tanya banyak-banyak sebab akak pun takut kena perli oleh bapak mertua akak yang suka memerli anak menantunya yang montel tapi jelitawan dan fesyen ini.  

Then,  baru baru ini masa we olls pergi ke Gersik melawat saudara-mara bapak mentua ku,  we olls  adik beradik ambil keputusan untuk jalan-jalan ke Bukit Kepong.  Kali ini memang sah Bukit Kepong ini adalah Bukit Kepong yang dalam filem trajis hasil arahan Tan Sri Jins Samsudin itu.  Kami pun discuss elok-elok sebelum bertolak pergi ke Bukit Kepong yang katanya lebih kurang 45 minit dari Gersik.  Selepas Bukit Kepong,  kami bercadang nak pi mandi di Gunung Ledang.  

Sumpah demi Allah sebelum ni akak tak tau Bukit Kepong ni kat mana.  Akak tak pernah amik tau.  Yang akak tau,  Bukit Kepong ini adalah peristiwa trajis serangan komunis ke atas satu balai polis sebelum merdeka.  Semua anggota polis dan keluarga depa mati.  Sorang je yang survive kot.  Tak boleh tengok cerita tu sorang-sorang.  Boleh nangis teruk.  Rupa-rupanya Bukit Kepong ni terletak di Muar,  Johor!  

Baiklah,  jom tengok gambar-gambar yang kami rakam berserta dengan sedikit info yang boleh akak share dengan u olls semua.  Akak harap u olls boleh bagi tambahan maklumat.  Thanks!

Puteri dan Aiman yang maintain pose meletops bila nak amik gambar.

Sempat petik buah durian belanda untuk bawak balik Penang.

Puteri dan Akmal di belakang kereta.

Jalan yang agak jauh dan hening menuju ke Bukit Kepong yang terletak dalam daerah Muar, Johor. Dari bandar Muar ke Bukit Kepong, jaraknya adalah lebih kurang 59km.

Dari sini,  kita amik simpang Labis.

Kita juga akan jumpa Felda Sri Jaya.

Sesungguhnya negara kita ini sangat kaya dengan kelapa sawit.


Itulah Bukit Kepong u olls!  Dari jauh kita boleh nampak dah.

Kami sedang melintasi jambatan Sungai Muar.  Kami tak berhenti.  Gambar ni kami snap macam ni je.  Kalau berhenti betul-betul,  kita boleh nampak kawasan balai Polis Bukit Kepong yang berada betul betul di tepi Sungai Muar.

Sungai Muar,  yang dikatakan kaya dengan pelbagai hasil sungai terutamanya udang.  Bayangkan seramai 180 orang komunis datang menyerang dan menakluki Balai Polis Bukit Kepong daripada semua arah termasuk dari sungai ini.

Pekan kecil di Bukit Kepong.  

Saya uzur, so tak boleh nak masuk. Dapat baca alfatihah dari luar sahaja. Di sini terkuburnya pusara anggota polis Bukit Kepong yang terkorban masa peristiwa serangan komunis pada tahun 1950 itu.

Lokasi ini sedang dinaiktaraf untuk dijasikan galeri dan muzium kepada para pelancong.  So masa kami sampai,  tempat ni masih dalam proses naik taraf.  

Tapi akak tetap masuk dengan toughnya bersama En.  Khafi dan menyapa pegawai polis yang bertugas di bawah sebuah khemah di tapak ini.  Kami minta kebenaran nak datang ambil gambar mana yang boleh.  Yelah...kami pun datang dari jauh u olls.  Tapi kalau dah tengok perempuan pakai spek mata hitam macam ni.......takkan tak bagi kot.  Depa mesti duk confused akak dengan Mrs.  Smith. Kannnnnnnnnnnn!

Mungkin boat ini antara boat utama yang digunakan oleh PDRM untuk menyusuri Sungai Muar.

Pose bersama Aji,  Ina and Aiman.
 

Gila kereta polis ni nampak ja macam besar.  Hakikat sangat kecik.  Tengoklah pintu dia besar mana ja.  Akak tak muat u olls!!




Akak harap agar tapak muzium ini dapat dibangunkan dengan segera dan lebih ramai pelancong terutama pelajar sekolah/kolej/universiti datang buat lawatan kat sini.  




Suatu petikan daripada Wikipedia Bebas Peristiwa Bukit Kepong yang ingin akak share dengan u olls :

Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Mata-Mata Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api.
14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.

Bunga pekan yang cantek.  Alfatihah untuk mereka yang rebah demi agama dan negara dalam peristiwa berdarah ini.

Bacaan tambahan  :  Saya lihat bayi rentung

Jalan-jalan di Teluk Kemang dan Port Dickson, Negeri Sembilan

Hello u olls,

Tempoh hari sebelum we olls pulang ke Tangkak,  Johor akak dan En.  Khafi singgah di Port Dickson.  Rancang nak datang dua hari awal,  boleh mandi mandi laut dan makan seafood apa bagai.  Tapi kisahnya akak demam tak berbau.  OHHHH tak pasal-pasal a night before bertolak ke PD akak demam panas teruk.  So kami terpaksa tangguhkan satu hari perjalanan kami.

Tiba di Port Diskson,  kami terus ke rumah adik lelaki En.  Khafi dan isterinya yang terletak di Lukud.  Adik En.  Khafi kerja sebagai polis bantuan kat ladang kelapa sawit Sime Darby.  Sooooooooooooooo amatlah dekat u olls.

Ini adalah beberapa keping gambar yang akak ambil ketika berjalan-jalanrinda di PD.  Insya Allah,  lepas ni ada rezeki we olls nak datang lagi.  Ada banyak tempat-tempat menarik kat PD and buat macam-macam aktiviti lain.  Boleh baca kat sini  :  Tempat-Tempat Menarik di Port Dickson.   Sebab kali ni,  akak demam........

Tapi...tengoklah gambar-gambar akak...WALAUPUN!!

Pantai Port Dickson yang famous.

Pantai menuju ke Jeti Pulau Cahaya.


Akak bersama biras akak iaitu Ina.  Ina ni adalah perempuan yang dulu sangat sopan dengan akak.  Lani dia sangat ting tong dengan kakak iparnya ini.

Jeti ke Pulau Cahaya dari tepi.

Jeti Pulau Cahaya.

Larangan!!!

Di atas titi menuju Pulau Burung. Depa kata kat sini lah depa berlakon filem Aku Terima Nikahnya....Filem tak lojik lakonan Nora Danish dan Adi Putra. Adi Putra hilang ingatan. Sedar-sedar Nora Danish bini dia. So dia mengamuk ngamuk tak mau terima bini dia....GILA KA APA!! DAPAT BINI CANTEK MACAM TU DUK BUAT KEKWAT. Kalau ang sedar-sedar dapat bini gemok macam aku macam mana pulak hang halau dan buang aku?


Ya Allah pompuan yang pakai baju hijau ni....dari belakang!! Menakutkan!!

Menurut kata adik ipar saya (yang pakai baju biru tu) kalau air pasang...kadang kadang jeti ini akan tenggelam.  Tinggal dua anak tangga je.  So kalau dalam keadaan macam tu.  Pelancong tak boleh berjalan-jalan la.

Bacalah sendiri.


Dipaksa posing sebelah signboard oleh suami yang kekwat sebab gambar dia langsung takdak.

Pelancong boleh turun untuk lihat pokok bakau dengan lebih dekat.  Tangga disediakan.  Akak pun turun lah apalagi.

Pastu akak buat pose ni!

Jangan tiru aksi ini. Benih pokok paya bakau bukan untuk dimakan.




Keluarga adik ipar ku.  Aji,  Ina serta Puteri dan Aiman (diselubung)

Haa...ini baru dapat tengok gambar Aiman dengan fathernya.  (AMPA JANGAN DUK USHAR ADIK EN.  KHAFI LAMA-LAMA.............LAKI ORANG!!)

Pantai Teluk Kemang yang sangat famous untuk orang datang bermandi manda.  Rasanya kat sinilah dulu Norlia Ghani lari lari seksi dengan Kuswadinata,  Nora dan Yusuff Haslam dalam filem Sikit Punya Gila.

Kami tak mandi (SEBAB AKAK TAK SIHAT)....just lepak lepak makan aiskrim dan jalan-jalan tepi pantai.
Insyallah,  akak akan datang lagi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...