18.1.13

Artist-Artist Malaysia Yang Tak Makan Tua

Hello u olls semua,

Akak lani dah umur 28 tahun.  Sat saja u olls.  Lagi dua tahun akak dah nak masuk group 30 an.  Tapi takpalah,  semua ini hanyalah NOMBOR.  Takdak apa-apa yang perlu dirisaukan.  Akak rimaih orang orang yang nak gedik gedik and risau bila nak masuk umur 30 an.  Risau gedik kerana bagi mereka,  angka 30 itu adalah satu tempoh dimana kita kena punyai segalanya dan berjaya dalam hidup.  Tak semestinya u olls.  Macam mana nak ukur kejayaan?  Very subjektif.

Kerisauan akak yang paling ketara untuk menjelang 30 an ini adalah masalah dan simtem ketuaan yang sedang mula dirasai.  Antara simtem yang akak dah rasai adalah  :

  • Sakit lutut
    Nohoroommmmmm!  Kalsium tak cukup ka apa.  Mungkin akak punya berat badan lebih.  Tapi kawan akak yang tak berapa gemok pun kata "Mok....aku main acilut sembunyi (main sorok-sorok) dengan anak aku bawah meja....hari ni aku yang sakit lutut,"  HAAAAAAAA!!
  • UBAN YANG MAKIN BANYAK
    Yes...uban akak sangat banyak.  Bukan sebab masalah ka apa.  Memang akak ikut jejak langkah jenetik mak akak iaitu Kak Edeh yang pada usia akhir 40an semua rambutnya yang hitam telah bertukar menjadi stroberi blonde.  HAAAAAAAAAAAAAAAA!!  And bila dia potong rambut pendek muka dia terus jadi macam Judith Dench.  Akak dulu suka cabut uban.  Tapi hairstylist akak tak bagi,  dia kata,  kalau kita cabut uban...bukan akan tumbuh dua kali ganda (Melayu daoh mana la yang buat teori tu) sebenarnya kalau kita cabut uban,  kutikel rambut kita akan tercabut dengan akar sekali.  So....risikonya mungkin bila akar rambut dah tercabut....tiada rambut baru yang akan tumbuh lagi.  So makin kuranglah rambut kita.
  • Metabolism yang makin rendah
    Akak punya metabolism memang rendah.  Nafsu syahwat sahaja yang tinggi.  Tapi perbezaan yang akak rasakan adalah,  dulu kalau tak makan nasik 2 hari,  badan dah ringan semacam.  Lani diet tak makan nasik seminggu pun,  belum tentu seluar dalam menjadi longgar.
  • Rinkles di sana sini
    Yes.....now i got rinkles oredi! Tapi mungkin sebab akak adalah wanita agam so muka akak sentiasa cekang.  And muka akak tidak kering (dulu very very the berminyak...) so orang kata muka orang yang kering ni lagi cepat kendur.  
Okay u olls!  Mungkin u olls juga mempunyai simtem simtem yang sama macam akak.  Hari ini akak nak share dnegan u olls artist-artist Malaysia yang akak rasa macam tak makan.  Its not BOTOX obviously....sebab kalau pakai BOTOX ka filler ka atau apa apa....Akak boleh menyekennya (scan).  Jom kita tengok gambar-gambar depa dan bersamalah kita jeles.

Aziz M Osman
DOB : 2 Oktober 1962
Umur  pada tahun 2013  :  51


Najib Ali
DOB : Tak tau....tapi dia jadi pengacara sejak awal 1990! That was 22 years ago.
Umur  pada tahun 2013  : unknown

Nassier Wahab (thank to CC sebab bagi info ni :)
DOB : 18 April 1962
Umur pada tahun 2013  :  51


Amy Search
DOB : 28 Julai 1958
Umur  pada tahun 2013  : 55 

Shila Majid
DOB 3 Januari 1965
Umur  pada tahun 2013  : 48 


Rahmat Mega
DOB : Tak tau birthday dia bila tapi dia dah jadi artist sejak tahun 1989!! That was 24 years ago.
Umur  pada tahun 2013  : unknown

Amy Mastura
DOB  :  10 Mei 1971
Umur  pada tahun 2013  : 43



6 comments:

  1. hakak,
    umur amy search tu betul ka?
    pasai pa 2013 - 1958 = 48???

    math fail ka?
    matilah pagi2 dah carut mar hayam *larikkkkkk*

    akak jgn lupa nassier wahab. sekarang dah tua lagi hensem daripada zaman muda. makan hati tgk dia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorrylah mak ayam silap taip ni. Sat i edit ya.

      Betuiiiiiiiiiiii!! I terlupa nak masukkan Nassier Wahab.

      Delete
  2. Replies
    1. Yes dia singapore....tapi kerap kali muncul di kaca tv kita sekarang. Tu yang akak masuk je sekali. Kalau tak boleh terima fakta ni, abaikan je.

      Delete
    2. Jangan pulak hang pi report kat Zack Zaidi, nanti akak kena carut dengan pengerusi Seniman tu.

      Delete
  3. alamak...jgn laa repot kat zack zaidi...dia nanti mai USM cari jumie plak...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...