26.1.13

Jalan-jalan di Teluk Kemang dan Port Dickson, Negeri Sembilan

Hello u olls,

Tempoh hari sebelum we olls pulang ke Tangkak,  Johor akak dan En.  Khafi singgah di Port Dickson.  Rancang nak datang dua hari awal,  boleh mandi mandi laut dan makan seafood apa bagai.  Tapi kisahnya akak demam tak berbau.  OHHHH tak pasal-pasal a night before bertolak ke PD akak demam panas teruk.  So kami terpaksa tangguhkan satu hari perjalanan kami.

Tiba di Port Diskson,  kami terus ke rumah adik lelaki En.  Khafi dan isterinya yang terletak di Lukud.  Adik En.  Khafi kerja sebagai polis bantuan kat ladang kelapa sawit Sime Darby.  Sooooooooooooooo amatlah dekat u olls.

Ini adalah beberapa keping gambar yang akak ambil ketika berjalan-jalanrinda di PD.  Insya Allah,  lepas ni ada rezeki we olls nak datang lagi.  Ada banyak tempat-tempat menarik kat PD and buat macam-macam aktiviti lain.  Boleh baca kat sini  :  Tempat-Tempat Menarik di Port Dickson.   Sebab kali ni,  akak demam........

Tapi...tengoklah gambar-gambar akak...WALAUPUN!!

Pantai Port Dickson yang famous.

Pantai menuju ke Jeti Pulau Cahaya.


Akak bersama biras akak iaitu Ina.  Ina ni adalah perempuan yang dulu sangat sopan dengan akak.  Lani dia sangat ting tong dengan kakak iparnya ini.

Jeti ke Pulau Cahaya dari tepi.

Jeti Pulau Cahaya.

Larangan!!!

Di atas titi menuju Pulau Burung. Depa kata kat sini lah depa berlakon filem Aku Terima Nikahnya....Filem tak lojik lakonan Nora Danish dan Adi Putra. Adi Putra hilang ingatan. Sedar-sedar Nora Danish bini dia. So dia mengamuk ngamuk tak mau terima bini dia....GILA KA APA!! DAPAT BINI CANTEK MACAM TU DUK BUAT KEKWAT. Kalau ang sedar-sedar dapat bini gemok macam aku macam mana pulak hang halau dan buang aku?


Ya Allah pompuan yang pakai baju hijau ni....dari belakang!! Menakutkan!!

Menurut kata adik ipar saya (yang pakai baju biru tu) kalau air pasang...kadang kadang jeti ini akan tenggelam.  Tinggal dua anak tangga je.  So kalau dalam keadaan macam tu.  Pelancong tak boleh berjalan-jalan la.

Bacalah sendiri.


Dipaksa posing sebelah signboard oleh suami yang kekwat sebab gambar dia langsung takdak.

Pelancong boleh turun untuk lihat pokok bakau dengan lebih dekat.  Tangga disediakan.  Akak pun turun lah apalagi.

Pastu akak buat pose ni!

Jangan tiru aksi ini. Benih pokok paya bakau bukan untuk dimakan.




Keluarga adik ipar ku.  Aji,  Ina serta Puteri dan Aiman (diselubung)

Haa...ini baru dapat tengok gambar Aiman dengan fathernya.  (AMPA JANGAN DUK USHAR ADIK EN.  KHAFI LAMA-LAMA.............LAKI ORANG!!)

Pantai Teluk Kemang yang sangat famous untuk orang datang bermandi manda.  Rasanya kat sinilah dulu Norlia Ghani lari lari seksi dengan Kuswadinata,  Nora dan Yusuff Haslam dalam filem Sikit Punya Gila.

Kami tak mandi (SEBAB AKAK TAK SIHAT)....just lepak lepak makan aiskrim dan jalan-jalan tepi pantai.
Insyallah,  akak akan datang lagi!

2 comments:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...