When i first got married to En. Khafi, dan kami melawat rumah atok En. Khafi di Gersik, Muar. Dalam satu perjalanan ke Gersik, depa pernah mentioned "Kalau pergi terus boleh ke Bukit Kepong," dalam hati akak terdetik...."Bukit Kepong yang bersejarah tu ka??? Ataupun nama tempat tu sama ja dengan Bukit Kepong yang dalam filem tu," Yelah...kita kat Malaysia ni, nama tempat sama....tapi actually negeri yang berlainan. Contohnya, Air Itam....Johor ada Air Itam, Penang pun ada Air Itam. Kedah pun ada Air Itam. Kan?
Akak tak tanya banyak-banyak sebab akak pun takut kena perli oleh bapak mertua akak yang suka memerli anak menantunya yang montel tapi jelitawan dan fesyen ini.
Then, baru baru ini masa we olls pergi ke Gersik melawat saudara-mara bapak mentua ku, we olls adik beradik ambil keputusan untuk jalan-jalan ke Bukit Kepong. Kali ini memang sah Bukit Kepong ini adalah Bukit Kepong yang dalam filem trajis hasil arahan Tan Sri Jins Samsudin itu. Kami pun discuss elok-elok sebelum bertolak pergi ke Bukit Kepong yang katanya lebih kurang 45 minit dari Gersik. Selepas Bukit Kepong, kami bercadang nak pi mandi di Gunung Ledang.
Sumpah demi Allah sebelum ni akak tak tau Bukit Kepong ni kat mana. Akak tak pernah amik tau. Yang akak tau, Bukit Kepong ini adalah peristiwa trajis serangan komunis ke atas satu balai polis sebelum merdeka. Semua anggota polis dan keluarga depa mati. Sorang je yang survive kot. Tak boleh tengok cerita tu sorang-sorang. Boleh nangis teruk. Rupa-rupanya Bukit Kepong ni terletak di Muar, Johor!
Baiklah, jom tengok gambar-gambar yang kami rakam berserta dengan sedikit info yang boleh akak share dengan u olls semua. Akak harap u olls boleh bagi tambahan maklumat. Thanks!
 |
| Puteri dan Aiman yang maintain pose meletops bila nak amik gambar. |
 |
| Sempat petik buah durian belanda untuk bawak balik Penang. |
 |
| Puteri dan Akmal di belakang kereta. |
 |
| Jalan yang agak jauh dan hening menuju ke Bukit Kepong yang terletak dalam daerah Muar, Johor. Dari bandar Muar ke Bukit Kepong, jaraknya adalah lebih kurang 59km. |
 |
| Dari sini, kita amik simpang Labis. |
 |
| Kita juga akan jumpa Felda Sri Jaya. |
 |
| Sesungguhnya negara kita ini sangat kaya dengan kelapa sawit. |
 |
| Itulah Bukit Kepong u olls! Dari jauh kita boleh nampak dah. |
 |
| Kami sedang melintasi jambatan Sungai Muar. Kami tak berhenti. Gambar ni kami snap macam ni je. Kalau berhenti betul-betul, kita boleh nampak kawasan balai Polis Bukit Kepong yang berada betul betul di tepi Sungai Muar. |
 |
| Sungai Muar, yang dikatakan kaya dengan pelbagai hasil sungai terutamanya udang. Bayangkan seramai 180 orang komunis datang menyerang dan menakluki Balai Polis Bukit Kepong daripada semua arah termasuk dari sungai ini. |
 |
| Pekan kecil di Bukit Kepong. |
 |
| Saya uzur, so tak boleh nak masuk. Dapat baca alfatihah dari luar sahaja. Di sini terkuburnya pusara anggota polis Bukit Kepong yang terkorban masa peristiwa serangan komunis pada tahun 1950 itu. |
 |
| Lokasi ini sedang dinaiktaraf untuk dijasikan galeri dan muzium kepada para pelancong. So masa kami sampai, tempat ni masih dalam proses naik taraf. |
 |
| Tapi akak tetap masuk dengan toughnya bersama En. Khafi dan menyapa pegawai polis yang bertugas di bawah sebuah khemah di tapak ini. Kami minta kebenaran nak datang ambil gambar mana yang boleh. Yelah...kami pun datang dari jauh u olls. Tapi kalau dah tengok perempuan pakai spek mata hitam macam ni.......takkan tak bagi kot. Depa mesti duk confused akak dengan Mrs. Smith. Kannnnnnnnnnnn! |
 |
| Mungkin boat ini antara boat utama yang digunakan oleh PDRM untuk menyusuri Sungai Muar. |
 |
| Pose bersama Aji, Ina and Aiman. |
 |
| Gila kereta polis ni nampak ja macam besar. Hakikat sangat kecik. Tengoklah pintu dia besar mana ja. Akak tak muat u olls!! |
Akak harap agar tapak muzium ini dapat dibangunkan dengan segera dan lebih ramai pelancong terutama pelajar sekolah/kolej/universiti datang buat lawatan kat sini.
Suatu petikan daripada Wikipedia Bebas
Peristiwa Bukit Kepong yang ingin akak share dengan u olls :
Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Mata-Mata Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api.
14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.
 |
Bunga pekan yang cantek. Alfatihah untuk mereka yang rebah demi agama dan negara dalam peristiwa berdarah ini.
|
Eee bestnya hg p sana... Aku suka gila citer bukit kepong. Rasa mcm real abes la citer dia walaupon citer zaman dulu2 tak pakai cgi apa semua...
ReplyDeleteKg saye gak tu akak kt, Grisek...
ReplyDeleteBukit kepong plak pak-mak sedare rmai la...