2.1.13

Membayar Saman Secara Online

Hello u olls semua,

Hari ini akak ingin mengajak u olls semua untuk menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.  Sapa kat sini pernah kena saman oleh pihak polis? Maksud akak kena saman atas kesalahan lalu lintas di atas jalan raya.  So u olls kalau pernah kena sama (sama ada saman ekor atapun terus ditahan oleh pihak polis) ,  u olls pernah bayar tak?

Selama 5 tahun akak duk jadi pemandu....inilah first time akak kena saman dengan pihak polis.  Kisahnya,  pada hari yang fana itu,  akak duk bawa kereta sambil cakap fon.  Masa tu busy duk call orang sana sini nak hantar tempahan kuih kacang u olls.  Sekali nenjiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....kot tepi mai satu macam punya kuda putih yang laju.  Rupa-rupanya pakcik polisi.

Akak mintak maaf banyak-banyak dengan pegawai polis tu.  Tapi dia terpaksa menyaman akak.  Salah tetap salah u olls.  So akak pun amiklah tiket saman itu.

Tapi macam mana nak bayar?  Nak kena pergi balai ke?

Akak tanya kawan akak Danny Harmizi yang merupakan Miss South Africa 2012.  Dia suruh akak try untuk buat pembayaran melalui portal online yang dipanggil RILEK.COM.  Akak ingatkan laman blog apa la nama punya sempoi.  Rupa-rupanya RILEK bermaksud 'Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan'.  KERLASSSSSSSS....

So inilah tatacara yang simple untuk buat pembayaran saman secara online  :

Mula-mula u olls masuk ke dalam website ini  :  http://www.rilek.com.my/rilek-prod/index.php
Pastu u olls skroll turun bawah pastu u olls boleh tengok ada macam-macam logo bagi badan-badan dan syarikat di bawah kerajaan kita.  So kita click kat PDRM dulu.
Lepas tu u olls akan jumpa muka macam ni.  Kalau u olls belum ada ID,  u olls click kat REGISTER di tengah atas laman ini.  Pendaftaran amat mudah dan pantas.
Bila dah buat REGISTRATION barulah u olls boleh LOG IN macam ni.

Lepas kita log in menggunakan ID dan PASSWORD kita,  kita akan jumpa muka ini.  Then kita click SEARCH BY NRIC.  Masukkan no IC u olls.  Pastu tulis balik abjad rahsia kat dalam kotak tu....baru u olls click CHECK SUMMONS.


Bila dah log in,  U olls akan tengok semua saman yang tercatat di bawah nombor IC u olls terkeluar kat sini. Kalau saman itu   ditulis YES pada ruangan BL...maknanya saman itu dah blacklisted.  So saman-saman yang dah BL (Black List) u kena bayar secepat mungkin.  If not,  nak renew your road tax pun tak boleh.

Sekian sahaja pesanan khidmat masyarakat untuk hari ini.  Jalankan tanggungjawab anda sebagai rakyat ya :)

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...