24.1.13

Nachos AJL 27 by Chef Eiyzall Eizhann Azami

Hello u olls,

Satu lagi resepi meletops yang telah Chef Eiyzall buat apabila masuk ke dapur akak pada beberapa minggu yang lalu sempena event besar kumpulan kami iaitu AJL27.  Kalau siangnya kami dah buat Laksa Johor and puding kastard,  malamnya....kami buat nachos!!  Kalau pi Laili's or Chili's,  satu pinggan nachos dah berapa ringgo.  Ini kami buat sekali satu bekas nala punya.  Memang puas makan!!  Satu resepi simple yang harus dicuba untuk seisi keluarga masa tengok TV!

Makanlah JUMIZAH!!

Bahan-bahan  :
3 paket keropok Chacos (kami beli perisa Spicy Curry)
200 gram mozzarella cheese (kalau nak lebih pun takpa)


Bahan A  :
1 ulas bawang merah (sederhana) dicincang
2 ulas bawang putih dicincang
2 cm halia (sikiitt jer) dicincang
2 camca rempah kari daging Babas' Extra Hot
5 keping daging burger yang dipotong dadu
Garam dan gula secukup rasa

Bahan B  :
Sayur salad iceberg dihiris kasar
Carrot dipotong dadu
Bawang merah dipotong dadu
Cili merah dipotong dadu
Timun jepun dipotong dadu
Perahan limat nipis


Cara-caranya  :

  1. Tumis bawang merah,  bawang putih dan halia bersama minyak yang panas sampai naik aroma.  Masukkan rempah kari dan kacau hingga wangi.

  2. Masukkan daging burger yang dicincang.  Kacau hingga daging masak.  Taburkan garam dan gula secukup rasa pada tumisan ini.  Letak tepi seketika.



  3. Dalam sebuah mangkuk gaul semua bahan B dan letakkan di tepi.


    Perempuan kekwat sedang menyediakan bahan B.  Sila abaikan pelipat ketiak beliau.

  4. Dalam sebuah mangkuk berasingan,  masukkan keropok Chachos sedikit demi sedikit dengan lapisan tumisan daging burger kita berserta cheese.  Ulang lapisan ini sehingga semua bahan habis.







  5. Bakar nachos kita ini di dalam ketuhar dengan suhu 170 darjah celcius selama 3-5 minit sahaja.  Tak perlu bakar lama-lama nanti cheese akan kering.

  6. Selepas itu,  keluarkan nachos daripada ketuhar.  Tabur bahan B yang telah kita gaulkan tadi.



  7. Makanlah panas-panas sambil tengok TV macam budak-budak ni.

Dari kiri Mamu (@mkahr87 ) , Vick (@vknsvrn)and Eiyzall (@EzalEzham ).


Teka teki teka tekok,  apakah botol yang paling tak sesuai yang ada dalam himpunan botol-botol di dalam gambar ini?


Jawapan  :  Botol peluntur cucian jenama Tesco.  HAHAHAHAHAH perasaan tak?  Anak-anak ayam akak carut akak akak bubuh botol Clorox kat celah-celah botol kicap dan sos.  Motif??? Sebab akak guna Clorox bukan untuk masakan,  tapi untuk merendam kain buruk.  

Pose kekwat memakan nachos!!!! 

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...