17.1.13

Pengalaman Menghadiri Pertandingan Miss 2 Faces Universe 2011

Hello u olls semua. Hari ini akak ingin menceritakan pengalaman pertama akak untuk mengepi satu majlis pertandingan orang cantek-cantek (seperti akak) yang dipanggil pertandingan Miss Two Facess Universe 2011. Sebagai seorang FUH, akak sangat teruja dan sangat happy dan enjoy dengan pengalaman yang akak lalui ini.

Apa itu FUH?  Wellsss......FUH itu biar akak dan adik beradik sejantina akak yang memahaminya.  HAHAHA.

Okay,  mai sini akak nak cerita pasai Miss Two Faces.  Kepada u olls yang mempunyai mentaliti di bawah tempurung kelapa (tidak dinamik),  akak nasihatkan agar stop daripada terus membaca artikel ini kerana akak tidak suka di akhir nanti u olls akan mencarut -carut dan copkan akak ini ahli neraka sedangkan perbuatan u olls pun sama neraka jugak laharnya.

Sorry jugak kerana butiran mengenai pertandingan ini tidak dapat akak kongsi secara detailsnya sebab u olls faham-faham lah kita duduk dalam negara Melesia ya.  Nanti ada pulak yang dicop ahli neraka sana sini.  Tapi seikhlasnya akak nak share dengan u olls semua hari ini kerana akak pada pendapat akak DUNIA INI SANGAT LUAS,  PENUH DENGAN PELBAGAI BENDA YANG KITA BOLEH BELAJAR (TAK SEMESTINYA MASUK UNIVERSITI SAJA BOLEH DAPAT ILMU DAN PENGALAMAN MACAM INI) DAN PENGALAMAN YANG SANGAT TERNILAI DAN TIDAK DAPAT DIJUAL BELI DENGAN WANG RINGGIT.

I olls dengan salah seorang tetamu yang duduk semeja dengan akak.

Pengenalan Miss 2 Faces Universe 2011
Pertandingan ini ialah satu pertandingan orang-orang cantek yang amatlah unik.  Lain daripada Miss Penang,  Miss Malaysia,  apatah lagi Miss World dan Miss Universe,  Miss 2 Faces adalah satu pertandingan dimana para peserta perlu tampil dalam dua faces (rupa) iaitu sebagai seorang wanita dan seorang lelaki.  HAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!  Memang merletopssssss u olls. 

Sediklt info tentang Miss 2 faces.. Miss 2 faces berlainan jika dibandingkan dengan Miss2 yg sering diadakan di kalangan hadek2.. Miss 2 faces mensyaratkan supaya peserta utk tampil sebagai perempuan & kemudian bertukar kepada lelaki.. siapa yg bila menjadik perempuan, cantik.. kemudian menjadik lelaki hemsem, dialah yg akan dinobatkan sebagai pemenangnya!!

Orang yg che mekap & handle mendapat tempat ke 4.. boleh lah daripada x der apa2.. dia juga memenangi Best Man Appear.. itu bermakna che berjaya menjadikkan dia seorg lelaki yg hot pada malam tu.. gitew.. apa2 pun semuanya berjalan lancar.. syukur.. walaupun kelam kabut berkejar2an pada malam tu.. gitew..
by S a f f u a n S t u d i o

Terdapat 26 peserta daripada seluruh dunia yang menyertai pertandingan ini.  Dan kali ini,  rakan akak dari zaman model modeling dulu telah berjaya melayakkan diri untuk pertandingan ini dengan mewakili negara beliau iaitu SOUTH AFRICA!!

Ini bukan Miss South Africa,  ini akak.  Bekas Ratu Venezuela 2003.

So haruslah akak turun padang dan feeling - feeling mak ayam menemani beliau sepanjang pertandingan yang diadakan selama almost 1 bulan di Melesia ini.

Pusingan Pertama - National Costume
Memandangkan kali ini ada ramai kontesten jadi acara peragaan pakaian kebangsaan ataupun national costume dijalan terdahulu.  Terbahagi kepada 3 minggu tak salah akak.  Setiap minggu 8 atau 9 wakil dari pelbagai negara telah memperagakan pakaian kebangsaan masing-masing.  Rakan akak daripada South Africa memilih pakaian yang sangat daring iaitu baju suit harimau dengan bulu-bulu haiwan yang sangat VAS!

Pusingan Utama - SANGAT GILANG GEMILANG
Selepas mendapat pelepasan daripada sang suami,  maka akak pun telah meluangkan masa beberapa hari untuk menemani rakan akak dari South Africa ini.  Daripada hari pertama memilih evening gown,  suit untuk lelaki hingga dealing dengan all the make up artist akak pun membantu beliau.

Pada malam utama dimana semua 26 peserta akan berentap akak tampil simple dengan dress hitam dengan overcoat.  Bak kata rakan akak yang bernama Ms.  Isketambola,  "Kenapa kakak tidak memondankan diri akak?"  maksudnya kenapa akak tidak berdress all-out.  Bagi akak,  akak nak besederhana u olls.  Sebab tujuan akak nak menghadiri majlis gilang gemilang ini untuk melihat sesuatu yang baru dalam hidup akak.



Kehadiran para tetamu semua amatlah menerujakan kakak.  Kalaulah boleh akak nak mintak they olls semua pose kat red carpet dan akak nak buat review semua pemesyen-pemesyen yang hadir ke majlis ini.  Siriesly akak suka they olls semua ada taste tersendiri.

Pengacara Yang Merletops
Salam hormat pembuka kata telah dimulakan oleh seorang MC yang amat gahnya di dalam dunia beauty pageant antarabangsa ini.  Katanya MC ini merupakan MC yang bertanggungjawab menjadi juruacara untuk majlis perkahwinan Erra Pazira dan Engku Emran dan kini Engku Emran telah pun menyunting beliau sebagai seorang juruhebah radio di bawah syarikat itu.  Akak rasa u olls pasti tahu siapa orang yang akak maksudkan.


Selama ini akak hanya melihat persembahan beliau di Youtube.  Akak rasa pengacara ini terlalu sangat memondankan dirinya malah bahasa yang digunakan adalah amat lazer over the top.  Namun,  apabila akak berada dalam majlis yang gilang gemilang ini akak dapat rasakan suntikan aura yang dibawa oleh MC gilang gemilang ini.  Sesungguhnya dia mempunyai acuannya sendiri dan aura beliau telah berjaya tersuntik dalam setiap tetamu yang hadir.  Majlis ini memang akan berbeza tanpa beliau.  Tahniah Kak Vi.

Selepas semua para tetamu mengambil tempat (lokasi meja akak amatlah merletops juga),  kami pun menanti pembukaan majlis ini dengan penuh debaran.  Tapi apa yang disajikan sebagai permulaan telah berjaya melopongkan mulut akak ini.  Katanya,  persembahan pembukaan sahaja sudah meriah dengan bertemakan Miss Two Faces!! 

Later on,  tabir pun dibuka dan para tetamu buat pertama kalinya melihat para peserta daripada 26 buah negara berposing letops di atas pentas dengan dress-dress merletops mereka semua!  Namun sajian posing mereka berakhir dengan begitu pantas sekali.  Selepas tabir dilabuhkan,  kami semua disajikan dengan nyanyian oleh seorang penyanyi tempatan yang amatlah terkenal dan mempunyai beberapa buah lagu yang amatlah merletops.  Ini first time akak tengok beliau nyanyi live dan siriesly akak sembah ratu dan menjerit "ONE MORE" after beliau menyanyi.  And of coz,  lepas balik Penang terus akak pantas mendownload lagu-lagu penyanyi ini. 



Selepas itu,  tibalah acara yang amat dinanti-nantikan dan paling menggerunkan para peserta iaitu acara 'introduction' dimana setiap peserta perlu memperkenalkan diri masing-masing.

Perkenalan yang paling menarik perhatian akak ialah pengenalan yang dipersembahkan oleh peserta daripada Thailand yang membawa mesej "If you want to be beautiful like me,  please come to my country because we have the best cosmetic sergeants in the world.  Welcome to my country Thailand,  the land of plastic surgery,"  KAU TAK MENANGIS DENGAR STATEMENT MISS THAILAND yang tampil anggun dengan dress warna merah magenta.

Satu lagi pengenalan yang membuatkan akak teruja ialah pengenalan daripada Miss UAE.  "Good evening ladies and gentlemen.  My name is ____(akak lupa nama dia)___ and i worked in the police department in my country United Arab Emirates,"  SENTAPPPPPPPPPPPPPPPP!! Polis wanita terusssss....

Makan Hati Dengan Dresses They Olls

Pakaian-pakaian dress yang dikenakan oleh mereka jugak tidak kurang hebatnya.  Membuatkan tulang-tulang getis akak meronta-ronta untuk membuat ulasan mengenai setiap pakaian yang dikenakan.  Kegelisahan akak ini membuatkan akak tidak tahu nak start di mana.  Jadi akak lay back and enjois the show.  Rakan akak tampil dengan dress warna teal gelap dengan potongan edgy dengan lubang di pinggang.   Something different.  Wanita berperut 7 lapis seperti akak tidak digalakkan untuk memakai dress edgy macam itu.

Dress daripada Miss Indonesia juga membuatkan beberapa kutil nanah tumbuh di paru-paru akak.  Makan hati melihat beliau memakai dress haute couture berkepok di belakang macam mana ka.  Very the Lea Michelle masa Golden Globe 2011.  Cuma Miss Indonesia pakai warna maroon mempesona.


Akak juga suka dress daripada Miss Sri Lanka yang very the dress + saree.  Sebijik dress Marchesa yang JLO pakai.  Tengok sini.  Dalam hati akak,  macam manalah wanita-wanita secantek ini nak transform jadi jantan pulak selepas ini. 

Selepas sesi pengenalan selesai untuk semua 26 peserta daripada 26 buah negara.  Kami disajikan dengan pelbagai persembahan meletops daripada 'kakak-kakak' yang sungguh berbakat.  Ada yang membuat miming show,  ada yang menyanyi live dan ada yang membuat persembahan tarian.  Semua ini adalah untuk memberi ruang masa kepada para peserta untuk 'transform' daripada seorang wanita kepada seorang lelaki.

JANTANZ TIME!
Selepas almost sejam,  tabir merah dibuka semula.  Semua tetamu yang sejak tadi lalai dengan jamuan makan malam dan persembahan selingan kembali fresh dan bersemangat untuk melihat para peserta yang bakal muncul sebagai seorang 'lelaki'.  Akak menanti penuh debar,  harapnya rakan akak itu telah siap bersalin.


Dan apabila tirai dibuka,  setiap peserta tampil satu persatu dalam gaya seorang lelaki yang maskulin,  macho dan very stylo.  Semua tetamu bertepuk bersorak apabila para peserta yang tadinya very the ayu kini muncul sebagai seorang lelaki yang kendu.  Semakin kendu u olls,  semakin kuatlah tepukan yang diterima.  Tepukan hebat dilontarkan kepada Mr.  Thailand ( dah nama pun Siam,  of coz lagu mana punya handsome kah akak pun suka),  Mr.  Greece ( yang merupakan everybody's favorite.  Siap meja kakak-kakak supermodels depan meja I berdiri sebab syiok sangat kat Mr.  Greece yang very the fish-fish son itu).

Mr.  Dominican Republic tak kurang hebatnya.  Masa dia pakai evening dress,  dia agak 'tenggelam' orang tak berapa perasan dia wujud (maybe sebab dia pakai dress hitam yang tak berapa grand.  Pemilihan dress yang tepat adalah amat penting untuk menarik perhatian crowd ya),  tapi apabila dia tampil dengan suit dan unshaven face teruih nampak dia macam FARID KAMIL!!!!!!! Terujaaaaaa akak melihatnya.

Mr.  France tampil dengan gaya 'playful' tapi serius.  Dengan yakinnya beliau pakai suit ala-ala Kelvin Clein summer style dengan rambut panjang yang dilepaskan.  Akak suka gaya beliau.  Katanya,  Mr.  France 'suka' kat kawan we olls from South Africa ini yang mempunyai rupa wajah yang strong (tulang rahang yang menonjol).  Dia tanya kat kawan I olls "U ni mat rempit ke?  I tastelahh!" Nak termeninggal akak mendengar statement itu.  Rakan akak,  Mr.  South Africa tampil simple dengan jeans and tuxedo putih dengan gaya rambut mohawk dan hair tattoo yang meletops.  OH YESS!! Dia sangat jejaka rempit yang kelihatan ganaz.

Persembahan Akhir Miss/Mr.  Two Faces 2010

Sudahlah peragaan jantan-jantan daripada 26 negara.  Ada juga yang mengecewakan kami.  Namun kami tetap berikan tepukan yang gemuruh sebagai memberi semangat kepada they olls.  Maybe ini kali pertama mereka bertanding.  Tall respect untuk keberanian,  keyakinan dan kesungguhan mereka.  Selepas selesai,  kami disajikan pula dengan persembahan khas oleh Miss/Mr.  Two Faces 2010. 

Persembahan beliau sungguh touching dan sungguh kena dengan tema malam itu.  Beliau tampil dengan pakaian wanita (ala-ala baju mandi yang edgy macam sepupu akak iaitu Beyonce),  dan sambil miming lagu 'My Way'  beliau menanggalkan setiap helai pakaian yang berada di atas tubuh badannya.  Kasut,  baju,  baju dalam,  make up dan perlahan-lahan beliau mengenakan suit kemas seorang lelaki.  Dan akhir sekali beliau membuang rambut pelasu beliau itu.  Saat itu,  di riak wajah beliau kelihatan titisan air mata di wajahnya yang sudah hiba.  Akak dapat rasa apa yang beliau sampaikan dalam persembahan ini.  BUKAN MUDAH HIDUP DALAM DUNIA MEREKA.  Satu dewan berbisik-bisik selepas beliau menamatkan persembahan beliau.  Mungkin bertanya sesama mereka "U olls...dia menangis kee?"

Top 10 and Top 5
Tibalah saat-saat yang dinanti-nantikan.  Seperti yang dinanti-nantikan,  pengumuman TOP 10 dibuat.  Akak berdebar.  Adakah rakan akak akan berjaya atau tidak?  Competition sangat lah sengit.  Makan hati we olls tengok peserta-peserta lain yang sangat cantek dan handsome!  Tapi akak menyedapkan hati akak apabila teringat kata-kata kawan i olls itu yang berkata "I bertanding kat Melesia ni bukan untuk menang.  Dapat wakil negara i sampai sini pun i dah happy sangat,"

Keputusan diumumkan,  mereka yang terpilih oleh juri-juri (seorang fashion designer,  seorang pengusaha fesyen,  seorang make up artist,  seorang international model dan seorang pelakon popular) adalah seperti berikut  :  Mr.  Thailand,  Mr.  Greece,  Mr.  France,  Mr.  Domican Republic,  Mr.  Sri Lanka,  Mr.  India,  Mr.  Indonesia,  Mr.  Zimbabwe,  Mr.  Kenya dan Mr.  Angola.  Nampaknya perjuangan rakan akak berakhir di sini,  akak punyalah takut kalau-kalau dia feeling sedih ka teruih nak amk flight balik Cape Town malam ni.  Tapi kisahnya masa jumpa kat belakang tabir,  muka dia punyalah ceria macam baru dapat jantan elok.  Tahniah Ms/Mr.  South Africa,  katanya ini permulaan! Kita cuba lagi tahun depan.

Q&A Session
Peserta-peserta top 10 berketwok depan kami dan selepas itu,  seorang demi seorang dipanggil untuk memilih soalan yang diberikan dalam sampul-sampul yang berwarna.  Soalan yang diajukan adalah soalan yang sangat mengujikan IQ dan EQ para peserta. 

Antara soalan yang dan jawapan yang akak suka ialah untuk Mr.  Kenya.  Akak tak ingat macam mana ayatnya.  Tapi lebih kurang macam ni,  "Apa pendapat u olls tentang perkahwinan untuk pasangan gay?"  Jawapan yang diberikan oleh Mr.  Kenya amatlah menusuk sanubari akak.  Katanya lebih kurang macam ini "Pada pendapat saya kahwin atau tidak itu tidak penting kerana cinta adalah lebih penting dan cinta itu adalah tunjang utama untuk sesuatu perhubungan,"  Kerlassssssss!

Akak juga terpesona dengan jawapan yang diberikan oleh Mr. Sri Lanka sehingga beliau mendapat satu tepukan yang gemuruh daripada seluruh warga dewan.  Tidak dapat disangkal lagi apabil beliau mendapat gelaran Miss IQ untuk pertandingan ini. Bagi akak dan rakan-rakan akak,  beliaulah yang layak untuk mendapat takhta Miss / Mr.  Two Faces 2011 ini kerana beliau bukan saja cantek dan handsome malah bijak.  Akak mintak maaf sebab akak tak dapat quote balik soalan dan jawapan oleh Mr.  Sri Lanka ini kerana faktor usia akak dah lupa semuanya.  Sorry u olls.

Ada juga soalan gampang yang betul-betul membuatkan penonton semua berasa kaget seketika.  Soalannya "Kalau u olls boleh diberikan pilihan,  u olls nak jadi lelaki atau perempuan?"  Jawapan yang diberikan oleh Mr.  Thailand agak mengecewakan "Saya nak jadi lelaki kerana..........saya boleh pergi gym kerana boleh bersenam...bla bla bla,"  Sedihlah u olls.  Kenapaaa?? Perempuan tak boleh pergi gym ke?  Fondan tak boleh pi gym ke?



Maka berakhirnya semua sesi Q&A yang dikendalikan oleh pengacara yang berwibawa itu.  Mereka yang terpilih dalam senarai Top 5 ialah Mr.  Thailand,  Mr.  Kenya,  Mr.  Greece,  Mr.  Sri Lanka dan Mr.  Domican Republic.  Walaupun agak terkejut mengapa Mr.  Thailand boleh terpilih namun kami perlu berfikir lojik,  walaupun Q&A session beliau tidak begitu memberangsangkan namun kita kena ingat markah-markah lain dalam sesi pengenalan,  evening dress dan juga national costume.  Mr.  Thailand adalah pemenang untuk hadiah Best National Costume.

Keputusan
Akhirnya,  saat-saat yang dinantikan telah tiba.  Pemenang Ms/Mr Two Faces 2010 pun memberikan ketwok terakhir di pentas peragaan sambil melambai-lambai kepada kami semua.  Semua memberikan tepukan gemuruh kepada beliau.  Tetapi pastinya mereka yang tersenarai sebagai TOP 5 berdebar hati macam nak melahirkan anak di atas pentas sana.

Keputusan di umumkan.  Tempat ke 5 - Mr.  Thailand.  Tempat ke 4 - Mr.  Domican Republic.  Tempat ke 3 - Mr.  Kenya.  Tempat ke 2 - Mr.  Sri Lanka.  Dan tempat pertama..........................Mr. Greece!!


Akhir Kata
Tibalah kita di akhir artikel.  Akak tak berapa ingat sangat apa yang berlaku selepas keputusan pemenang di umumkan.  Para tetamu terus bergerak ghairah mencuri - curi peluang untuk bergambar dengan para pemenang dan rakan-rakan jemputan yang lain.  Seharusnya peluang semesti ini adalah amat dinanti-nantikan oleh para adik-adik.  Time nilah they olls nak amik gambar and tayang kat FB u olls.  Ramai kot 'kakak-kakak' merletops yang turun padang memeriahkan suasana.

Tapi akak tidak dapat berbuat demikian,  akak hanya melangkah sepi perlahan-lahan ke pintu keluar bilik.  Akak hanya sempat mengambil gambar dengan pengacara majlis yang meletops.  So happy akak sempat bergambar dengan beliau.  Akak kembali ke bilik hotel dengan hati yang hiba. 

bersama pemenang.  

Akak bersama pengacara majlis yang meleps.

Yang penting,  akak nak ucapkan ribuan terima kasih kepada para penganjur yang telah menjayakan majlis yang gilang gemilang ini.  Terima kasih kerana memberi peluang kepada kami semua untuk menyaksikan sesuatu yang amat menarik sekali.  To Kak Bar,  SANGAT MENYESAL TAK DAPAT AMBIL GAMBAR DENGAN U OLLS.

To all yang membaca artikel ini,  siapa juga diri kamu,  lelaki,  perempuan atau separuh-separuh semuanya adalah yang terbaik di dunia ini.  Hargainya dan raikannya.

ps/  tak sabar untuk menonton Miss 2 Faces 2013!

Love,
Jumie Samsudin

4 comments:

  1. Takde link video kat youtube ke weh?? Nk jugak tgk dorg transform... Sbb nk tgk top 5... Confirm la jadik pompuan cun, jadik laki hensem... Mcm supermodel tuh... Andrej pejic... Haha...

    ReplyDelete
  2. kerlass ko marhayamm..dapat pegi acara gilang gemilang mcm nih...mak makan hati hokkaayyy...apapun ko tetap vogue disteww dgn mekap smokey2..simple tapi kerlass..mak suka.
    p/s: kat pic yg last yg hang dgn emcee tu..belakang sana yg dress merah tu Ferry Karisma kah? ayoooooo mekap retiss malatopsss tuuuu...yg selalu mekap didi alias & segala produksi rashid sibir tanah kuboq semua ..diaa laaa... ;)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...