13.1.13

Perjalanan Berliku Dalam Mencari Redha Nya

Hello u olls,

Satu lagi perkongsian yang simple, kudus tapi penuh dengan nilai nilai baik yang boleh dicedok bagi mereka yang ‘mahu’. Peringatan untuk ampa semua, artikel ini mengandungi unsur-unsur yang diluar norma masyarakat kita tetapi ianya tetap berlaku. Pertimbangan dan tolak ansur daripada anda semua amat akak hargai. Lihatlah mata burung, bukan dari bawah tempurung

Love,
Jumie Samsudin


Assalamkumwbth Kak Jumie, Saya salah seorang pembaca blog Kak Jumie walaupun kadang-kadang saya tidak sependapat dengan pendapat Kak Jumie dalam penulisan kak itu.  Saya terasa terpanggil untuk meluahkan rasa hati saya sama sebagai pengajaran mungkin setelah terbaca beberapa luahan perasaan daripada beberapa orang yang kak paparkan untuk tatapan umum.  Saya sendiri tidak pasti sama ada kisah saya ini kisah sedih, gembira atau apa. Namun saya tuliskan perjalanan saya & anda nilaikan sendiri masyarakat kita pada hari ini.  Saya boleh dipanggil sebagai Aizat, berusia 25 tahun dan berperwatakan lembut.   

Saya mungkin jadi begitu disebabkan (pada persepsi saya) saya anak bongsu & saya memang anak yang manja serta rapat dengan ibu saya serta dibesarkan bersama seorang kakak. Jadi sikap saya terbawa-bawa hingga ke sekolah & boleh dikatakan sehingga kini. Nak kata saya kacak semestinya tidak, apatah lagi comel. Jadi itulah sedikit sebanyak pengenalan diri saya. 

Ada juga ahli keluarga yang memerli saya dengan pelbagai sindiran & kata-kata yang sungguh memilukan hati. Namun saya abaikan sahaja kata-kata mereka dengan beranggapan mereka cuma habuk yang melekat di tapak kaki yang tidak memberi apa-apa kesan, malah bukan mereka yang menyara saya & saya hidup pun bukan atas harta mak bapa mereka. 

Dalam alam persekolahan saya sering diejek sebagai sotong, lembut, pondan, mak nyah dan macam-macam lagi tanpa siapa peduli dengan perasaan saya pada kata-kata mereka. Di sekolah saya agak rapat & baik dengan guru-guru kerana layanan rakan-rakan saya begitu (kecil-kecil lagi mereka dah pandai kutuk orang) terhadap saya. Ada yang cemburu dengan keakraban saya dengan guru-guru saya sehingga melontarkan pelbagai cacian terhadap saya. 

Saya seorang yang sangat memilih kawan agar mengelakkan diri dari terjerumus ke dalam perkara-perkara yang tidak elok. Saya agak tertarik dengan lelaki namun saya tidak layan perasaan itu kerana takutkan balasan Allah SWT. Orang mungkin menghakimi saya mengatakan bahawa saya ini coverina, plastik dan sebagainya namun secara realitinya ini adalah saya & saya cuba sebaik mungkin menjadi manusia yang patuh pada peraturan agamanya. Saya tidak mahu menambah dosa besar dalam dosa-dosa yang sedia kita lakukan dalam kehidupan kita. 

Pada masa yang sama ingin memelihara nama baik agama, keluarga & bangsa pada mata masyarakat & dunia. Saya tidak mahu menambahkan lagi penyakit dalam masyarakat dunia yang sedia sakit dengan pelbagai masalah. Oleh itu saya cuba untuk menjadi manusia yang normal walaupun saya agak lembut orangnya. 

Sewaktu membesar saya terdedah dengan macam-macam dugaan yang langsung saya tidak pernah terfikir sewaktu kecil mahupun dalam mimpi sekali pun. Ada beberapa orang & kisah yang saya tidak mungkin lupa seumur hidup saya. Antaranya: 

Pertama  :  Sewaktu saya belajar disekolah menengah, ada seorang lelaki (pemabuk) di kampung saya & dia berbangsa India, setiap hari dia akan singgah di kedai perniagaan keluarga saya (sewaktu saya jaga seorang diri) dan suka bercakap lucah dengan saya & mengajak saya keluar bersamanya untuk berseronok (melakukan seks). Kalau kacak boleh juga saya tabahkan hati namun,dia dahlah lelaki tua, tak kacak pulak tu.haha3 

Saya seriusly rasa terhina sangat dengan ajakan dia. Hina sangatkah jadi lelaki lembut.?? Setiap kali dia ajak saya pasti menolak sambil gelak-gelak kerana takut dia melakukan sesuatu yang tak elok sebab dia kan kaki botol, dia bukannya dalam kawalan dia bila mabuk. (Namun kini lelaki itu dah mati, saya rasa gembira dia dah tiada sebab saya anggap itu pembalasan Allah pada dia) 

Kedua  :  Ada seorang lelaki ini ajak saya bercinta & melakukan seks. Ini pun sewaktu saya belajar di sekolah menengah juga. Saya sentiasa mengelak bertemu dia & takut dia apa-apakan saya kerana badan dia memang sasa & dia sentiasa bersiul mengganggu saya bila dia terlihat kelibat saya. Namun saya berjaya juga melepaskan diri dari dia. (Akhirnya kini, lelaki  itu telah berubah menjadi seorang yang alim & telah pun mendirikan rumah tangga. Bersyukur saya pada Yang Esa kerana buka pintu hatinya untuk bertaubat). 

Ketiga  :  Sewaktu di alam IPT pula lebih hebat dugaan yang mendatang. Saya ada seorang kawan daripada IPT lain yang saya kira sangat baik. Walaupun pada pandangan mata saya dia sangat kacak namun saya jauhkan segala perasaan agar tidak fikir yang bukan-bukan kerana bagi saya dia seorang sahabat yang sangat baik & saya sering rindu untuk meluangkan masa bersamanya. Namun sungguh tiada disangka bahawa suatu hari sahabat yang terbaik yang saya anggap itu menghantar mesej mengajak saya untuk mengisap "dia punya". Terkejut bukan kepalang. 

Saya terus memberi mesej melalui FBnya mengatakan bahawa ada orang yang menggunakan no telifon bimbitnya untuk menghantar mesej yang sedemikian kerana terfikir bahawa ada orang yang menghack taliannya. Namun terkejut beruk sekali lagi apabila sahabat itu mengaku bahawa itu memang mesej dari dia & dia minta agar saya tidak membuat bising. Katanya dia dah lama mengimpikan perkara itu dilakukan oleh saya padanya. Saya rasa sungguh tidak percaya. Bagaikan orang yang disorongkan bantal saya diamkan sahaja perkara tersebut kerana sayang padanya. 

Oleh disebabkan faktor jarak yang jauh maka kami cuma bertukar-tukar mesej cinta terlarang melalui sms sahaja. Sehinggalah suatu hari saya tersedar dari buaian nafsu bahawa dia adalah sahabat saya & saya tidak boleh meneruskan kehidupan yang sebegitu saya segera menamatkan kelakuan begitu & menerangkan padanya yang saya tidak mahu dia terus berdosa kerana saya. 

Syukurlah kami duduk jauh, kalau dekat mungkin lebih teruk kami terlanjur dalam hubungan terlarang. Siapa sangka orang yang kelihatan kacak & perkasa pada luarannya mempungai minat yang songsang pada kawan sendiri. 

Keempat  :  Sewaktu di alam IPT juga, saya hampir dirogol oleh senior. Ini adalah perkara yang tidak mungkin saya lupakan seumur hidup saya. Kisahnya bermula apabila seorang senior selalu menegur saya dalam fb & saya pun melayannya dengan bertanya khabar dan sebagainya. Sehinggalah suatu hari dia berkata dia ingin melawat saya di asrama saya menginap ketika saya berada seorang diri.Saya pun terima sahaja kedatangannya kerana hormatnya sebagai senior. 

Setelah beberapa ketika bersembang dia baring di riba saya & saya tidak syak apa-apa kerana lihatkan dirinya yang gagah bagai lelaki biasa sehinggalah dia cuba untuk meraba "saya punya" terus terkejut & cuba untuk menghalang tangannya dari merayap, kemudian dia ambil tangan saya & letakkan atas "dia punya". Saya terus menarik tangan saya & waktu itu saya sedar dia sedang ghairah. Saya berasa sungguh takut, nak menjerit berasa amat malu takan saya nak jerit "tolonggg ada orang nak rogol saya"?? 

Saya hanya fikirkan Allah & cuba sedaya upaya mempertahankan maruah saya. Kemudian dengan tidak semena-mena dia menarik kepala saya dan cuba untuk mencium saya pula, saya terus menolaknya. Kemudian melihat segala usahanya gagal, dia merayu pulak mengajak saya bersama (melakukan seks). Saya terus duduk memeluk lutut bagi mengelakkan dia bertindak lebih jauh. 

Saya hanya terbayang pembalasan Tuhan pada waktu itu, seluruh tubuh saya menggeletar. Dan akhirnya dia pulang hampa setelah pujukkannya gagal. Saya menangis gila-gila kerana terfikir hinanya diri saya sehingga orang ingin melakukan begitu. Saya hilang segala hormat padanya kerana kelakuannya namun saya tidak memarahi/memakinya kerana fikirkan dia masih seorang yang lebih tua dari saya. 

*********************


Itu adalah situasi & orang-orang yang tidak mungkin saya lupa seumur hidup saya. Saya berasa cukup terhina dengan situasi dan kelakuan mereka. Salah ke saya menjadi lelaki lembut (bukan atas kehendak sendiri)? Apa dosa saya pada mereka?? Walaupun saya cuba untuk mengubah gaya percakapan & sebagainya namun semua perkara itu tak menjadi kerana inilah diri saya. Saya bukannya buat-buat menjadi lembut. Ini adalah diri saya secara semula jadinya. Apa yang saya ingin katakan disini ialah lihatlah layanan masyarakat terhadap orang-orang seperti saya. 

Namun saya sangat bersyukur kerana Allah SWT masih lagi memelihara saya daripada melakukan aktiviti songsang tersebut. Walaupun peluang untuk menjadi songsang terbuka didepan mata namun pilihan tetap berbalik kepada tangan kita. 

Tak salah untuk menjadi lembut namun bersalah menjadi songsang. Tak salah ada perasaan suka pada lelaki namun menjadi salah bila kita layan perasaan itu. Tak salah menjadi orang yang lemah pada fizikalnya namun yang bersalah bila kita biarkan orang lain mengambil kesempatan pada kelemahan kita. Lebih bersalah lagi ialah orang yang mengambil kesempatan ke atas kelemahan golongan seperti kami. 

Saya kasihan pada pada orang-orang yang terjebak ke jalan hitam kerana layan masyarakat pada mereka & disebabkan oleh keadaan. Saya mendoakan agar kita semua diberi hidayah & petunjuk oleh-Nya agar kita semua sentiasa dalam jalan yang diredhoinya. 

Apa yang ceritakan disini hanyalah sebahagian sahaja bukanlah keseluruhan kisah hidup saya. Jadi pembaca boleh menilai kisah & menegur kesilapan saya namun kalian tetap tidak boleh menghakimi saya. Yang berhak menghakimi kita semua hanyalah Allah SWT Yang Maha Adil penghakimanNya. 

Buat masa ini saya masih mampu mengawal nafsu dan godaan syaitan namun pada masa depan saya tidak tahu, saya mohon doa dari rakan-rakan agar Allah menjauhkan saya daripada terlibat dalam dunia songsang. Saya tahu saya bukan baik cuma saya tidak mahu saya menjadi lebih teruk lagi. 

Semoga kisah hidup saya menjadi pengajaran & tauladan bagi semua. Tak perlu menghina orang seperti saya, sekurang-kurangnya saya berjaya sampai ke menara gading walaupun saya lelaki yang lembut. Anak kalian yang lelaki perkasa sudah sampai ke mana?? Fikirkan sendiri... 

Untuk Kak Jumie pula, teruskan berkarya diharapkan penulisan-penulisan kak dapat membuka mata masyarakat tentang realiti kehidupan. Mungkin penulisan dan penceritaan saya kurang baik. Maaf atas segala kelemahan & kekurangan tersebut. Sekian terima kasih. 

Yang benar,Hamba Allah

10 comments:

  1. Kesiannya!

    Tapi bangga dengan dia sebab dia cuba sedaya upaya utk katakan tidak pada dugaan2 yg menimpa. Harap dia tabah la ye menempuh hari2 mendatang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah kita semua diduga oleh Allah setiap hari. Macam aku dugaan nak turunkan berat badan dan hang pula...masalah nak ingat jalan dan peta.

      Delete
  2. Replies
    1. Lajiunya hampa membalaih. Epot bayan lepas kosong ka?

      Delete
    2. agak la.. dok nganga ja nie.. sib la ada jumiesamsudin.com balik mai cepat... ada story nak mintak advice

      Delete
  3. Alhamdulillah semoga adik berterusan diberi kekuatan melawan kehendak nafsu itu, berdoa dg Allah selalu minta Dia melindungi diri adik.

    Tidak ramai orang seperti adik diluar sana tu...maybe ada 1 dalam 1000 kut yang kuat melawan godaan syaitan tu.

    Pasti hidup adik akan diberkati Allah sepanjang hayat jika adik terus dapat melawan segala dugaan yang datang......:)

    ReplyDelete
  4. Aizat,

    Chaiokkk...teruskan berjuang menghadapi ujian ini...

    ReplyDelete
  5. Aizat... Allah sentiasa bersama kamu. InsyAllah~

    ReplyDelete
  6. Mad respect! Allah swt hanya menduga orang-orang yang tabah & sabar..and you are lucky to be one of them. Terima ini sebagai asam garam kehidupan,ingatlah sesungguhnya besar ganjaran bagi orang-orang yang sabar :)

    ReplyDelete
  7. pendapat saya.. didikan agama yang baik menjadikan beliau kuat menghadapi dugaan...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...