31.1.13

Personaliti Bulan Jan 2013 | Aiman Syazwan Roslan

Hello u olls semua!

Seperti yang dijanjikan,  insya allah bermula 2013 ni akak nak mulakan kembali segmen yang telah lama dikatop iaitu segmen Personaliti Bulan Ini.  Akak dengan bangganya akan lebih teliti dalam memilih siapa yang layak menjadi Personaliti Bulan Ini di blog akak yang sendu ini.  Disamping kita dapat belajar sedikit sebanyak mengenai hobi, minat dan juga keghairahan para PBI ini....kita juga dapat berkenal-kenalan dan membina jaringan yang lebih kuat.


PBI yang pertama untuk kali ini adalah istimewa sebab ini adalah kali kedua dia jadi PBI kat blog akak.  Please jangan hanjing akak kenapa akak bagi dia jadi PBI dua kali.  Tapi ada sebabnya.  Kalau dulu u olls baca dia dia artikel ini  :  Personaliti Bulan Ini | Aiman Syazwan Roslan dia dah berjaya kurus sikit....tapi kalini dia dah kurussss banyak banyak iaitu sebanyak 52 kilo!!!!  Dan siap buat body lagi.

Haruslah menjadi inspirasi kita semua!  Jom baca!

Nama : Aiman Syazwan Bin Roslan

Umur : 25 Tahun

Tarikh Lahir : 25 May 1987

Zodiac : Gemini

Location/hometown  : Penang

Occupation : Student

Emel : aimansyazwanr@yahoo.com

Facebook link : https://www.facebook.com/aimansyazwan




Berat badan dulu : 127kg



Berat badan sekarang : 75kg





JS  :  Tahniah Aiman.....kali ni HANG LEBIH LEBIH LEBIH DAN MAKIN KURUS. Berbanding dengan pencapaian hang masa masuk Kosmo dulu. So, apa perasaan hang sekarang?

Aku rasa macam orang baru dengan badan yang makin kurus. Tapi perangai aku sama ja tak berubah. Cuma aku jadi lebih yakin bila jalan sorang-sorang kat shopping mall. Stamina pon makin lama makin meningkat. Dan yang paling best aku boleh kawal nafsu makan. Aku akan pikiaq 2-3 kali kalau nak beli makanan. Aku akan elak beli makanan yang banyak lemak. Takut. Apa-apa pon aku rasa sangat happy dengan perubahan yang mendadak ni.



JS  :  Macam mana u olls maintain berat badan ideal macam ni?

Beauty is pain bak kata orang Amerika. Aku amik kata2 ni lekat dalam kepala otak. Nak cantik bukan senang. 
Aku maintain dengan hanya minum 4 liter air kosong sehari (MAKKKKKK AIIIII BANYAKKNYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA - JS), elak makanan yang tak berkhasiat macam junk food dan fast food dan yang paling penting aku exercise 5 kali seminggu dalam masa sejam setiap hari. 
Sabtu dan Ahad hari untuk rest and recover body. Hari Sabtu merupakan cheat day. Aku makan saja apa yang aku suka. Ahad hari cleansing day. Diet balik. Macam tu la aku maintain. Bukan susah sebenarnya nak kurus. 
Oh ya aku tak amik apa2 produk macam susu yang overrated tu. Buat apa perabih duit bila kita boleh turun dengan cara semulajadi. Tak gitu? Kita kena push diri sendiri kalau nak cantik. Bukan dok goyang kaki ja mengharap Jin turun bagi kita 3 wishes macam Alladin. Kalau macam tu aku pon mau haha.

JS  :      Ada tak orang terkejut beruk apabila melihat kehemseman hang sekarang?

Ramaiii. Kawan-kawan aku semua mostly terkejut bila terserempak aku cakap aku dah lain sangat nampak hensem. Kadang-kadang aku jadi malu depa dok puji2 aku. Ya la dulu dah biasa gemuk kan. Takdak sapa puji. 
Orang tak pandang pon bila tgk aku jalan2 sorang2 kat mall time gemok. Ada sampai member aku yang segan dengan aku sebab depa dah kenal aku since dari gemok and depa suka kacau aku time tu and bila dah kuruih depa tatau nak kacau aku macam mana lagi kot. Kacau manja2 saja macam cubit2 hehe.

JS  :       Im sure family and kawan-kawan banyak bagi dorongan hang nak kuruih ni. Tapi ada tak orang-orang yang jeles? (SOALAN ALA ALA URTV)

Yes family and kawan-kawan banyak bagi dorongan untuk kurus. Sapa kata takdak orang2 yang jeles? Sah2 la ada. Aku dengar kawan-kawan cakap belakang sebab aku selalu post gambar kat Facebook. Yang tak boleh blah aku ddengar depa cakap “Apa Aiman nak buktikan dengan post gambar2 kat Facebook”. Aku pon feeling2 retis la buat bodo ja. Orang cakap kalau people talk behind your back that means you are somebody. Aku malaih nak layan orang macam ni. Kat depan plastic kat belakang cakap belakang. So low class and so joyah!


JS  :  Yes betul u olls.  Tak perlu layan Joyah-joyah macam ni.  Boleh tak hang cerita lagi pasai kes-kes jeles macam ni (akak semakan ke po di sini )?

Contohnya macam aku cakap tadi. Orang cakap belakang. Aku pernah post gambar kat Instagram and Kevin Zahri tanya boleh tak post gambar tu kat Facebook. Aku cakap ok sure. Then yang tak bleh blah ada sorang hamba Allah ni kutuk cara aku berpakaian. Yang tu aku tak kisah. Tu aku admit salah aku tak tutup aurat. 
Tapi paling aku terkejut sanggup dia fitnah macam ni “betullar sekarang banyak individu" setiap kali bila berjaya turunkan berat badan pasti ada buka aurat..lupa tuhan bila dh Berjaya”. 
Aku macam wow statement “Lupa Tuhan itu adalah satu tamparan yang sangat kuat. Perlu ka nak cakap macam tu? Kalau taktau apa-apa pasal orang tu tak perlu nak fitnah macam tu. Tapi aku macam biasa buat bodoh ja macam Hanis Zalikha orang2 dok kutuk dia tapi dia chill saja. Tapi dalam hati kita taktau kan perasaan dia. Hi Hanis Zalikha! Eh haha :P



JS  :  Aiman,  setakat tunjuk gambar lengan dan ketiak.....tu bukan aurat lelaki pun.  Tapi mana nak tau kalau-kalau hang tunjuk masel kat paha.  HAHAH orang tu sentap la Aiman.  Anyway,  do you still loves food?

Of course! Aku actually makan saja apa yang aku mau tapi makan tak ikut nafsu la. Aku lebih makan makanan berkhasiat everyday macam nasi segenggam dengan ayam dan sayur lebih, subway sandwich dan macam-macam lagi. Kadang2 makan Dominos. Aku indulge once in a while. Lepas tu bakar la balik lemak2 dengan exercise. Senang bukan?

JS  :      So u said u suka bereksesais sendiri.  Boleh tak hang share apa-apa tips eksesais kat kami di sini  ?

Kita kena displin.  Tapi bak kata Kevin Zahri, kita perlu minimum 20 minit exercise everyday. Rest sehari. Kalau nak cepat berat turun, jaga makan dan buat Interval Training. Buat kat rumah saja. Tak perlu pi gym bagai. Check out youtube ni for cool workouts;

1. http://www.youtube.com/user/sixpackshortcuts
2. http://www.youtube.com/user/ScottHermanFitness
3. http://www.youtube.com/user/BeFit


JS  :      Apakah perkara paling best bila dah kurus sekarang? (AKU SUKA TENGOK HANG BERFESYEN...ADAKAH INI KESERONOKKANNYA)

Yupp itu semestinyaaa. Dulu sangat susah nak cari baju. Nak cari baju size XL kat Topman pon ketat. Lani pi mana-mana kedai especially Topman yang cutting kecik tu aku dah bleh pakai size “S”. Bayangkan dari size XL ke S aku dah turun. Size seluar pun dah banyak turun. From 44” to 32”. Aku pon tak percaya. Aku target nak slim sampai 30”. Yang tak bleh blah sorang lecturer kat fakulti aku tanya. Lepas ni nak pi buat show kat mana. Dia cakap aku macam artis. Haha comey ja. Padahai aku pakai baju formal saja. Takdak la dress up over2.


JS : Adakah anda seorang yang GYM BRAGGER like Justin Bieber? HAHAHA
Oh tidak. Aku tak pi gym. Aku buat semua exercise tu kat rumah ja. Belum masanya lagi untuk ke gym. Tapi one day aku akan enroll gak pi gym. Sebab kat gym lagi banyak equipment yang best.

Rumah aku adalah gym aku. Tu la aku cakap beauty is pain. Kalau nak ada seribu daya. Tak perlu produk bagai untuk kurus. Knowledge pasai health and fitness tu penting kalau nak kurus. Rajin-rajinkan diri tengok pasal health and fitness kat web. Jangan asyik dok Facebook 24 jam saja.

JS  :    Boleh tak bagi tips paling simple untuk sapa-sapa yang feeling nak menguruskan badan.

Tips bermula dengan diri sendiri. "Will Power" baca di bawah :
  1. No junk food.
  2. No fast foodNo air manisKurangkan carbs
  3. Amalkan minum air kosong saja
  4. Exercise at least 20 minit sehari selama 6 hari seminggu
  5. Amalkan hidup aktif
  6. Tidur at least 8 jam sehari
  7. Rekod berat badan setiap minggu
  8. Cari orang hot sebagai idol
  9. Be yourself
  10. Jangan biarkan orang lain bagi influence negatif
  11. Think positive

JS  :  Ucapan sikit.............................

Hello kepada semua pembaca setia Blog Jumie Samsudin, kalau ingin tips yang lebih mendalam lagi untuk kurus. Sila ke website Kevin Zahri seperti yang tertera di bawah. Semoga cerita saya dapat memberikan inspirasi kepada anda. Kalau ternampak aurat tu maafkan saja. People make mistakes. Don’t judge a book by it’s cover. Semoga anda dapat capai matlamat untuk mencantikkan diri. Jangan cantik untuk orang lain, cantiklah untuk diri sendiri.
Jemput baca artikel mengenai Aiman di blog KevinZahri  :  Aiman Syazwan Kurang 50kg Dalam 2 Tahun Dengan Natural Diet

5 comments:

  1. nice entry! sgt lah memotivasikan org lain utk kurus secara sihat! tq jumie and JS :)

    ReplyDelete
  2. comelnya dia dulu, oleh itu mak yakin adibah nor boleh jadi rozita che wan!!!

    ReplyDelete
  3. ok ku sungguh teruja n termotivasi nk kurusss

    ReplyDelete
  4. Sememangnya saya selalu yakin setiap manusia gemuk atau kurus itu cantik ciptaannya..
    Kalau yang gemuk jadi kurus, sure cantik!
    Memang jadi idola saya sekarang..

    P/S: Saya pasti Jumie kurus secantik kazen Beyonce! Saya amat percaya!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...