22.1.13

Resepi Puding Kek dari Chef Eiyzall Eizhann Azami

Hello u olls,

Satu lagi resepi yang sangat simple dan senang oleh Chef Eiyzall Eizhann Azami yang sangat senang gila gila gila babi.  Siriesly saya sangat rekemen u olls semua try this resepi apabila tetamu datang especially tetamu itu adalah family suami kita.  Boleh la kita pose pose kekwat sambil kata "Alaa...senang je buat resepi ni...." gitu!  Niat dah tak baik kan?

Nampak very sofistikated,  sedap dan very the English English macam mana ka.  Bahan yang digunakan pun very mudah.  Tapi kalau ampa creative boleh improvised ikut cara sendiri.  Jom kita cuba!

Bahan-bahan  :
1 biji / gulung kek berperisa coklat/coffee (Chef Eiyzall amat rekemen u olls guna kek perisa coffee kerana perisa itu akan compliment pada bancuhan kastard)

Bahan B
1 cawan tepung kastard
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
5 cawan air kosong

Bahan C
1 tin susu cair
1 tin air kosong
Garam dan gula sesedap rasa
Vanilla essence sesedap rasa

Chef Eiyzall mendapat tajaan Alagappa's.  Gituuu!

Cara-caranya  :
1.  Kacau rata semua Bahan B.  Masukkan Bahan B ke dalam sebuah periuk dan masak bahan itu sampai pekat dan berkilat.  Pastikan anda memasak menggunakan api yang sederhana.  Letak di tepi.


2.  Potong kek dan susun dalam bekas yang sesuai.

Masa potong kek,  anda kena buat muka kekwat macam ni.  Walaupun ada ubat jerawat di pipi.  


3.  Tuang bahan B yang telah dimasak tadi ke dalam bekas yang telah disusun dengan potongan kek.  Sejukkan dalam peti ais.



4.  Kalau anda tidak mahu letak kek pun takpa,  so jadilah puding kastard biasa.  Setengah orang suka  kastard yang agak lembik,  oleh itu Chef Eiyzall sarankan u olls jangan masak Bahan B terlalu lama.  Tapi kalau u suka kastard yang lebih pejal,  so masaklah lama-lama sampai berkilat dan pekat.




5.  Untuk kuah,  masak bahan C hanya untuk seketika.  Pandai-pandailah ejas gula dan garam untuk memaniskan dan melemakkan kuah itu.

Cadangan hidangan  :
1.  Potong puding dan masukkan ke dalam bekas khas.
2.  Letakkan sedikit sumi jelly + buah laici + buah-buah cocktail + cincau atau apa-apa sahaja
3.  Tuang kuah.  Makan lah sampai rasa nak menangis.


3 comments:

  1. HAHAHAH~
    Kak Jumie over tau..
    Makan pa smpai rasa nk menangis.
    Bnci2!

    ReplyDelete
  2. Biasalah....kita memerlukan drama dalam hidup...baru meletops. Astro ria.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...