15.1.13

Saya Nak Jadi Straight ataupun Bisexual?

Salam Kak Jumie,

Saya Draziff. Saya nak minta pendapat akak. Saya dapati saya menyukai perempuan dan lelaki. So that's mean saya ni bisexual. Tapi saya lebih ke arah meminati lelaki. Saya betol-betul confuse. Apa pun saya nak jadi straight.

Untuk pengetahuan kak, saya baru 17 tahun. Tahun depan, saya baru nak ambil SPM. Tapi saya sangat-sangat down sebab kekeliruan ini. Saya rasa saya boleh jadi straight.

Pada pendapat akak apa patut saya buat untuk jadi straight?

Yang benar,
Draziff.

Assalamualaikum Draziff,

Tapi buat masa ini, jangan terlalu focus kepada hal hal NAK JADI STRAIGHT ataupun NAK JADI BISEXUAL ataupun NAK JADI GAY.

Hang just focus .....HANG NAK JADI ORANG YANG BAIK, PELAJAR YANG BAIK DAN ANAK YANG BAIK.

Orang yang baik bermaksud, jangan menipu dan mempermainkan perasaan orang. Berkawanlah dengan sesiapa pun, gay, lesbians, straight, pondan ataupun sapa-sapa pun...tapi yang paling penting sekali...u always berniat baik.

Pelajar yang baik...u kena belajar rajin rajin for your SPM. Focus pada apa yang u nak jadi lepas alam persekolahan ini.

Anak yang baik...apa pun u nak buat...ingat mak bapak kita.

Love,
Kak Jumie
Lambang Kecantikan

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...