30.1.13

Tambahan Emosi dalam Emel Rasmi/Kerja - Please Elakkan

Hello u olls semua,

Tidak berapa lama dahulu.  Akak pernahlah terlalu tensyen lampau kat office tak tau nak buat macam mana.  Akak pun emel kat seorang pegawai HR kat office i.  Akak buat luahan perasaan pasai tensyen akak hadapi kat office ni dan akak dah tak tau macam mana nak buat dah.  Akak dah try untuk amik cuti tapi after the cuti akak tetap tensyen dan rasa tak semangat nak mai kerja.  The reason akak emel panjang-panjang kat pegawai itu adala untuk bertanya pendapat dia tentang bagaimana akak boleh settlekan masalah akak yang sangat down ini.

Walaupun niat emel akak itu adalah sangat murni (feeling) tapi emel akak itu mengandungi beberapa tambahan emosi yang tidak diperlukan memandangkan emel itu adalah emel rasmi kepada salah seorang pegawai sumber manusia (HR).  Antara tambahan emosi yang akak masukkan dalam emel itu adalah :

"Saya rasa macam nak menangis apabila setiap hari saya datang ke office"

"Please jangan jumpa saya kat pejabat kerana saya rasa macam nak menangis,"

Dan beberapa contoh lagi yang akak cari emel tu tapi haram tak jumpa.  Maybe i dah delete habis dan tak simpan langsung.  

Tapi akak sempat tunjuk emel itu kepada seorang sahabat akak iaitu Kak Asmaa yang bijaksana.  Beliau ada banyak pengalaman dalam bidang sumber manusia.  Apabila dia baca emel itu,  dia kata semua okay cuma dia tak berapa suka kerana cara luahan perasaan akak itu 'telalu emosi'.  

Sebagai seseorang yang berpengalaman dalam pengurusan sumber manusia,  dia sendiri banyak handle kes-kes 'luahan perasaan' staf sebegini.  Dan dia kata apabila pihak dia menerima emel-emel berbaur emosi daripada staf wanita,  maka pegawai-pegawai HR yang berjantina lelaki akan memperlekehkan emel tersebut dan memandang penghantar emel itu sebagai seorang yang terlalu emosi.  Mereka juga secara tak langsung meng-jenerelaiz (generalized) semua wanita sebagai EMOSI!

Oleh itu Kak Asmaa tak suka.  Dia tegur akak dia kata

"Next time hang nak emel apa apa pasai kerja dan urusan rasmi lain...PLEASE JANGAN TAMBAH EMOSI.  Hang kena nampak profesional.  Walau macam mana hang down dan sedih pun,  hang kena always be profesional dan jangan tunjuk emosi hang,"  

Itu pesan Kak Asmaa kepada akak.  Akak simpan dalam hati.  

Sejurus kemudian,  akak dapat balasan daripada pegawai HR di office akak.  Alhamdulillah,  emel yang beliau hantar itu amatlah positif.  Selain memberikan pujian dan kata dorongan kepada akak,  dia juga memberikan beberapa cadangan lain untuk akak perkasakan bakat dan ilmu dalam diri akak.  Selain menyokong akak untuk cuba menukar jabatan (which akak dah apply dan ditangguhkan oleh pihak atasan),  dia menyarankan akak untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda.  

So,  that's about it.  Tapi siriesly,  lepas mendapat balasan daripada pegawai HR itu,  akak rasa segan-segan pulak apabila bertembung dengan dia di office.  AHAHAHA....siriesly...akak duk terpikiak.

"Deni mesti duk gelak baca emel aku yang emosi tu semua.  Mesti dia kata ....Jumizah ni  dah la gemok...kuat emosi....tapi duk buat hot kat office,"  HAHAHAHA...siriesly.  

Tapi takpa.  Lesson learnt!!  Start dari itu,  apabila akak berurusan dalam emel bersama pensyarah ataupun pelajar,  akak telah mengelakkan diri akak daripada menambah emosi dalam emel akak.  Walaupun akak marah dan tak suka dengan perkara yang sedang akak handle tu,  tapi kalau perkara itu memang salah akak,  akak akui akak salah dan janji akan perbaikinya.  Semuanya very simple dan straight to the point.  Tak perlu CC kepada sapa-sapa.  

Sesetengah orang,  kalau dia marah dan tak puas hati,  dia akan emel dan CC kepada semua orang. Kalau ada emel Agong pun dia nak CC juga.  Akak tak suka cara itu.  Siriesly,  selagi boleh settle tahap kita,  kita settled tahap kita.  Kalau nak CC kepada mana-mana pihak,  memang betul betul keperluan untuk memastikan boss akak tau dan ambil maklum.  Lagipun,  akak ni kerani cabok je. Apalah level akak sangat nih.  Cuma depa tambah perkataan eksekutif ja nak bagi akak rasa sedap hati sikit.



So,  kisahnya nak share dengan u olls.  Baru-baru ini,  akak telah membuat kesalahan dalam urusan kerja akak.  Setelah menghantar hasil kerja akak kepada semua pihak yang berkenaan,  akak mengharapkan komen dan feedback daripada mereka agar memeriksa hasil kerja akak.

Malangnya,  akak menerima sebuah emel yang penuh dengan emosi daripada seorang rakan kerja kami.  Beliau memang tidak puas hati kerana walaupun permintaannya telah dibuat sebanyak 2 kali,  tapi akak tetap membuat catatan yang salah.  

Yes...yes...yes....Akak salah.  Salah tetap salah.  Tapi..............................cara beliau emel itu.  FUHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!  Memang sarat dengan emosi.  Akak bagi satu jer contoh ayat permulaan kepada u olls semua

"SAYA AMAT SEDIH DAN KECEWA DENGAN PERKARA INI. Adakah permintaan saya terlalu sukar untuk dilakukan? "

And yes,  beliau CC kepada semua pihak.  Akak amatlah sedih.  Sedih kerana perkara ini bukanlah melibatkan kerugian harta kerajaan sebanyak 4.8 billion USD.  Akak mengharapkan sekiranya betul akak membuat kesalahan,  kalau boleh dia datang dan tegur akak direct dan tanya kenapa masih berlaku kesalahan walaupun setelah dua kali beliau membuat permintaan tersebut.  Mungkin ada reason dan sebab-sebabnya yang perlu pencerahan.  Bukannya dia tak kenal akak.  Akak ni dah 8 tahun buat kerja ni.  Dan akak bukannya robot,  memang moto kerja kita untuk elakkan kesilapan. Tapi maknusiaaaaaaaaaa....memang penuh dengan kesilapan.  

Tapi tidak,  beliau memilih untuk emel kepada akak dan orang-orang yang tidak berkenaan dan penuh emosi dalam tulisan CAPS.  

Akak sedih sangat-sangat.  Tapi dalam kesedihan itu,  akak kena pantas dan tidak membuatkan orang lebih marah kepada akak.  

Akak terus reply kepada semua pihak yang berkenaan :

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada **** atas teguran yang diberikan. Saya memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat atas segala kesusahan dan kesulitan yang timbul di atas kesilapan saya. Saya akan membetulkan perkara ini dan membuat catatan agar perkara ini tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan.

Akak pun terus melihat kembali kepada catatan yang telah dibuat dan akak dengan tenang pun emel semula kepada pihak beliau dan menerangkan mengapa permintaan beliau tidak dibuat  (ada sebabnya mengapa akak tidak memberikan pilihan yang beliau mahukan).  Akak memohon jasa baik beliau untuk memberikan cadangan dan komen mengenai perkara itu.  Kesalahan akak di sini adalah,  akak tidak rujuk kepada beliau dahulu dan membuat keputusan untuk tidak menggunakan pilihan yang beliau berikan.  

Akhirnya,  akhirnya beliau memberikan respons beliau.  Setlled sudah.  

Tapi...........stilll semua orang tahu perkara ini.  

Apa yang akak belajar hari ini adalah,  jangan sekali kali menambah emosi dalam emel rasmi/kerja. Kalau boleh elakkan ayat-ayat sendu,  elakkan menaip secara CAPS dan BOLD dan jangan sekali kali kita menulis dalam tulisan MERAH.

Kita nak kerja satu jabatan.  Kita nak kerja satu institusi.  Kita nak kerja satu keluarga.  Hari hari kita akan jumpa dan tengok orang itu.  So its good that we always have a good relationships dengan semua orang melalui emel,  telefon ataupun in person.

Kalau kita tak puas hati dengan seseorang,  lebih baik kita bawa untuk berbincang secara dua muka.  Selain dapat menyetelkan sesuatu perkara dengan baik,  kita juga dapat merapatkan silaturahim dua pihak dan yang paling best......KITA LEBIH RASA HAPPY NAK BERURUSAN DENGAN ORANG ITU PADA MASA AKAN DATANG.  

Tapi kalau kita betul betul dah down dan sedih sangat,  take some time away....pi bancoh kopi ka...tengok Youtube lawak ka...baca paper ka.....main Facebook ka....then bila kita dah cool down baru kita start menulis emel.  

Penulisan artikel ini bukan untuk hentam mana-mana pihak tetapi muhasabah kepada diri saya sendiri.  Saya buat salah dan saya belajar daripada kesilapan saya.  Dan saya harap perkongsian saya ini dapat memberikan manfaat kepada semua pihak.

Love u olls!

Jumie Samsudin

3 comments:

  1. betollllsss sgt cik jumie....ni ada sekoq baru send email kat i olls smlm...english ntah hape2.smpi berpinau otak pikir ape dia nk shoot..print screen nk highlight mnda2 tertentu pon tak guna tools kat paint..men lukihhh ja....font lak..mcm katun2....tu pon ada hati nk hentam org n cc semua boss....last2 tadak sekoq reply...

    ReplyDelete
  2. Kadang2 susah jugak email pun. Sebab dalam otak kita, cara penyampaian kita lain... Tapi sampai kat org lain, dia baca intonasi dia dah jadi lain.

    Tapi tanak respon email atau jumpa terus tanya tak puas hati kat mana. Banyak kali dah terkena camni. Da la dorg plak emo2 pegi ngadu kat supervisor langsung tak jumpa kita tanya dulu awat hang camni ke apa... Haish sadis kot.

    Redha je lah

    ReplyDelete
  3. So lepas tu aku jadi special case. Hanye org IT dan supervisor je yg tau ape da jadi ngan email aku. Hahahahaa... So special okeh...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...