23.1.13

Ulasan Teater Cumbuan Dosa Semalam & Pengalaman Menjadi Jurusolek

Hello u olls semua,

Hari itu akak telah diberi kesempatan untuk menjadi jurusolek untuk persembahan teater karja kumpulan seni dari Pulau Pinang iaitu Bakawalee.  Thank you kepada En.  Yusof Bakar yang telah memberikan peluang ini kepada saya dengan memberikan jemputan secara rasmi melalui boss saya iaitu Dekan,  PP Sains Kemasyarakatan USM.

Kepada u olls yang tidak berkesempatan untuk menonton teater 1 jam 15 minit ini,  sebenarnya u olls adalah rugi sekali.  Teater ini mengupas isu-isu yang amat dekat dengan hati akak iaitu isu perempuan.  

Teater ini mengandungi empat kisah. Kisah Panas, Kesal, Setia dan Nafsu. Melibatkan 26 orang pelakon. Banyak kan??? Tapi ini adalah kerana, selama 4 hari pementasan, kita akan dipertontonkan dengan pelakon-pelakon yang berlainan untuk watak yang sama dalam setiap 4 kisah ini. Haaaaaaaaaaa! Ampa faham ayat falsafah tinggi akak?



Teater ini juga melibat pelakon lama dan pelakon baru begitu juga dari segi pengarahan. Setiap kisah ada pengarah sendiri. Idea ini dibina begini oleh En. Yusof Bakar sebagai memberi peluang kepada ahli-ahli keluarga baru dalam team Bakawalee.  Suatu usaha yang sangat lestari.

Jom dengar ulasan akak.  Tapi ulasan akak ini berdasarkan hari kedua dan ketiga.  Sinopsis di bawah adalah nisopsis asal dari pihak produksi teater.  Bukan penulisan akak.  Hope u olls enjois.

Nafsu  
Pelakon  :  Eyta dan Intan and Eyta and Mazlina

Pengarah  :  Tengku Noorasyikin

Eyta & Intan.  Malam kedua kisah ini antara seorang perempun lesbian dan BFnya seorang pengkid.

Malam ketiga.  Eyta dan Mazlina.  Kisah dua orang perempuan lesbians.

Sinopsis  :  Nadia adalah seorang lesbian yang tegar. Hubungannya bukan setakat pada peringkat emosi, tetapi menjurus kepada hubungan fizikal. Dan Nadia kini senantiasa ketagihkan hubungan itu. Pertemuan dengan Latifah menyebabkan dia terpaksa merasionalkan tindakannya.

Ulasan  :  Akak ada ramai kawan gay dan TS.  Tapi seingat-ingat akak,  akak tak pernah ada kawan rapat yang merupakan seorang lesbians.  Akak selalu dengar orang cakap,  lelaki kalau dia dah jadi gay...dia susah nak jadi straight.  Dia mungkin akan jadi bisexual sahaja (kalau later on in his life dia continue untuk ada keinginan seksual kepada wanita tulen lain).  Bagaimanapun,  ada yang berkata,  kalau pompuan tu pernah jadi lesbians,  tapi bila dah kawen dan merasakan kesedapan  'batang' maka dia terus berubah menjadi seorang wanita heteroseksual.  Betul atau tidak?  Masih tidak ada bukti penyelidikan mengenai perkara ini.

Kisah Nafsu ini mengusik perasaan semua insan-insan yang menonton teater ini.  Dahlah disogok sebagai kisah pertama.  Kedua-dua pelakon di'amanahkan' untuk tidak begitu menonjolkan aksi-aksi cumbuan dan keintiman terlampau kerana tak mau penonton 'terganggu' dan hilang fokus kepada penyampaian asal yang ingin disampaikan dalam skrip yang berbelit-belit itu.

Tapi melalui kisah ini,  akak dapat tau rasakan bahawa...........seorang wanita yang menghambakan dirinya dengan nafsu.  Dia tidak akan ke mana-mana.  Hidup dia hanya akan terus dibelenggu dengan macam-macam issue lain.  Okay....kita tengok kisah kedua.  Tapi macam mana pula kalau dia tak lesbian.....dia heteroseksual.  Adakah seorang wanita itu akan tetap menyerah kuat kepada jantan lain hanya sebab nafsu.  Fuh!  Kena sambung tengok teater ni lagi.

Kesal
Pelakon  :  Sheikh Rahman dan Faiz / Zul dan Aimy

Pengarah  :  Mirwazi

Sheikh Rahman dan Faiz

Zul dan Aimy

Sinopsis  :  Nurul merupakan seorang ibu yang kemurungan akibat kematian anak tunggalnya. Beliau kerap mengalami gangguan delusi kerana merindukan anaknya. Suaminya, Shahril terpaksa bersabar dengan kerenah Nurul. Satu hari, kesabaran masing-masing mencapai hadnya.

Ulasan  :  Nurul dalam kisah ini menyesal tak sudah sebab anak dia mati ketika sedang dirawat dalam ICU.  Masa kematian tu,  Nurul tengah solat subuh.  So dia menyesal tak sudah sebab dia tak berada bersama anak dia masa anak dia mati.  Dia tak boleh terima kenyataan yang 'cahaya mata' yang diberikan oleh Allah itu hanya dipinjamkan sebentar.  Dua malam kisah ini ada sedikit perbezaan.  Malam kedua Sheikh Rahman dan Faiz,  Sheikh jadi suami yang kerja sebagai mekanik  (kerja biasa) so orangnya sangat rendah dan tidak ada keyakinan untuk membendung ke'meroyan'nan isterinya.  Pada malam ketiga pulak,  Zul menjadi seorang suami yang sangat alim.  Watak Nurul yang meroyan itu dikekal untuk Faiz dan Aimy.

Tapi,  apa yang akak dapat lihat adalah,  perempuan ni kalau dia meroyan sebab menyesal tak sudah-sudah,  tak boleh terima qada dan qadar oleh Tuhan tapi dia kalau nak ting tong dia ting tong jugak.  Walaupun suami dia lelaki biasa macam Sheikh ataupun suami yang Alim macam Zul.

Perempuan memang suka ikut emosi dia.  Kadang-kadang benda tak tentu hala dia pi menyesal teruk-teruk.  Betul tak u olls?  Hakikat Allah itu ada dan dah jelas selalunya apa sahaja yang ditentukan Allah pasti ada sebab-sebabnya.  Kita kena sabar sahaja.

Bukan sahaja soal anak mati....kadang-kadang perempuan ni kalau putus cinta aiiyooooooooooooo lagaknya lebih daripada orang mati anak lagi! (merujuk kepada diri sendiri tak lama dulu).  Makan tak lalu.  Tidur tak lena.  GITUUUUUUUUUU!  Sampai kata diri sendiri kena bomoh bagai.  Tapi hakikat akak tengok diri akak dalam perspektif ini,  soalnya hati kita.  Sampai bila kita nak terus menyesali apa yang dah jadi.  Sampai bila kita nak move on.  Perempuan suka ikut hati.

Akhirnya,  Nurul dalam kisah ini bunuh diri u olls.  Memang betul la...kalau ikut hati mati.

Setia
Pelakon  :  Riz dan Aina / Taifiq Apek dan Aleeza

Pengarah  :  Yuslina Yusof

Taifiq Apek dan Aleeza

Riz dan Aina

Sinopsis  :  Enna seorang gadis yang sosial tapi setia pada cinta. Enna mengandung, anak orang yang dicintainya, Eddy. Eddy itu acuh tak acuh dalam perhubungan, tidak mahukan anak itu, mahupun perhubungan yang sah.

Ulasan  :  Yang ini adalah cerita yang paling celaka akak pernah tengok.  Yes....teramat-amat celaka.  Tapi yes..........................mesti pernah terjadi.  Sebab itu kita bincangkan.  Enna dalam kisah ini adalah seorang wanita yang cantek,  bergaya dan mempunyai kerja dan harta sendiri.  Dia seorang yang sangat modern.  Tapi bila comes to cinta dan kasih....dia sangat MISKIN dan sangat KOLOT.

Dia bersekedudukan dengan BFnya.  Spedo laki tu (spedo means menaja).  Sampai lelaki tu dah mengandungkan dia dan tak kawen-kawen dengan dia............dia masih setia pada lelaki itu.  Watak lelaki bernama Eddy dalam cerita ini adalah spisyis lelaki yang just nak ambil kesempatan untuk SEDAP POKET DAN BADAN ke atas wanita-wanita yang lemah seperti Enna.

Ada harta,  ada pangkat,  ada rupa.........perempuan tetap setia pada BFnya walaupunnnnnnnnnnnn! Haaaa mengapa boleh jadi macam ni?  Kita kena pikirkan.  Bagi akak.....sesetengah perempuan bila dia dah ter'main' dengan seseorang lelaki....dia punya sayang dan cinta terus terpahat pada lelaki itu.  Walaupun dia main hanya untuk suka-suka.  Tak macam lelaki,  lelaki boleh 'main' dengan perempuan/lelaki lain tanpa ada rasa cinta dan kasih just untuk kepuasan nafsu semata-mata.  Perempuan tak boleh jadi macam tu.

Sebab tulah akak selalu pesan,  buat seks bila u olls betul betul ready.  Bukan akak nak menggalakkan u olls buat seks bebas.  NO!  Pikiak risiko risikonya.  Jangan buat naya pada nyawa yang tidak berdosa.

Panas
Pelakon  :  Zul dan Yati / Sharifah dan Danial Lee

Pengarah  :  Fiza Noh

Zul dan Yati

Sharifah dan Danial Lee

Sinopsis  :  Faridah seorang isteri yang setia. Terlalu setia. Walau kepada suaminya, Khairul yang panas baran. Nadia selalu menjadi mangsa keganasan rumah tangga, tetapi beliau tetap tidak mahu melaporkan keadaan suaminya kerana terlalu sayangkan rumahtangga mereka.

Ulasan  :  Cerita ini pun membuatkan akak rasa macam panas kat beberapa bahagian kat diri akak. YES!!!!!!!!!!!  Cerita ini memang betul betul terjadi.  Kes keganasan rumah tangga memang banyak berlaku.  Dah macam-macam usaha yang dijalankan oleh kerajaan dan NGO,  tapi kes ini masih berlaku.  Apakah yang menjadi penghalang utama kepada badan kerajaan dan NGO untuk menangani masalah ini?  Yes....isteri yang penakut.

Takut nak buat aduan.  Takut nak lari dan tuntut hak sendiri.  Takut nak ambil tindakan.  Dan paling 'menakutkan' akak adalah perempuan itu takut hilang suaminya....walaupun!! Suaminya macam syaitan.

Perempuan yang jadi mangsa keganasan rumah tangga macam ni bukan saja diseksa secara fizikal malah mental.  Dalam cerita ini,  Khairul hari hari akan pukul sepak terajang Faridah dan hari hari dia akan berkata "Kalau bukan aku yang kawen dengan kau...takdak sapa yang nak kat kau.  Tengok la muka kau ni.  Kau ingat kau cantek?"  Itulah tekanan mental yang diberikan oleh lelaki sundal macam ni.  Hakikat.....mana-mana perempuan pun,  kalau dia persiapkan diri,  dia sihat dia bahagia....dia adalah cantek dan masih mampu mendapat kasih dan cinta daripada lelaki lain yang tahu menghargai.

So perempuan macam Faridah terbelenggu!  Nak buat aduan...nanti kena pukul lagi teruk dengan suami.  Nak lari.....takut dan tak tau nak lari ke mana.  Dan takut nak mulakan hidup sendiri kerana dia rasa diri dia jijik sangat dan takdak sapa-sapa yang nak kat dia lagi.

At the end of the story....Faridah bunuh laki dia teruih!  Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa dah kena masuk penjara pulak.  

Pengalaman saya menjadi jurusolek kesan khas untuk teater ini  :
Wow....memang lain u olls.  Especially make up effect ni semua.  First sekali,  i olls kena bincang dengan para pelakon dan juga pengarah bagi setiap cerita.  Akak kena study watak tu,  umur berapa,  kerja apa,  dia ni orang kaya or orang midlle income,  apa masalah dia,  apa yang nak ditonjolkan dalam cerita ni.

Contohnya,  macam gambar-gambar kat bawah ni.  Aimy berlakon sebagai Nurul yang merupakan seorang ibu yang anak dia mati.  So dia ting tong dan tak sihat.  Muka dia cengkung dan tak bermaya.  So akak kena lukih bagi muka dia cengkung dan tak bermaya la u olls.  Mata lebam. semua bagai.  
Sesi make up berlangsung.
Ini muka Aimy dari jarak dekat.  Walaupun muka dia dah nampak cengkung...tapi beliau masih mampu tersenyum HAHAHA.

Contoh kedua,  kawan akak yang kendu bernama Zul Ahmad berlakon sebagai Shahril.  Seorang suami yang mempunyai isteri yang tingtong dan tak boleh terima kenyataan anak depa mati. Shahril dalam cerita ini adalah seorang lelaki middle income yang kuat ke masjid.  So akak lukih bagi dia nampak tua sikit lebih kurang 30 an dan mempunyai tanda kat dahi macam kuat pi semayang.  GITU!!!!  Ini ada gambar contoh Aimy dan Zul.


Ini pula Eyta dan Mazlina untuk pementasan malam kedua kisah Nafsu.  Depa dua lesbian yang kuat seks.  HAHAHA scene depa masa baru balik dari kelab malam.  So sebab tu make up kena super tebal dan very the effect pompuan gatai gatai.  Ampa tengok depa pose kat camera. 


Alhamdulillah,  producer teater ini En.  Yusof Bakar memuji dan suka dengan hasil kerja akak.  Dia kata,  memang betul make up effect boleh memberikan kesan tambahan yang lebih jelas kepada karakter dan watak dalam pementasan teater itu.  

Ini gambar we olls semua lepas show.   Cari akak kat mana?

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...