28.2.13

Ulasan Fesyen untuk Vanity Fair Oscar Party 2013 and 2013 Elton John AIDS Foundation Oscars Party

Hello u olls,

Akak tujukan artikel ini khas untuk u olls yang sedang boring-boring di office dan juga untuk depa depa yang demam sakik duduk kat rumah baca blog akak.  Jangan lupa makan ubat na.  Jom tengok apakah yang akak nak carutkan untuk retis-retis Hollywood yang telah hadiri party Oscar 2013.   Ada yang pakai baju yang sama masa depa pi Oscar event,  ada yang salin pakai baju lain.  Jom kita tengok apa baju depa pakai untuk pi party mabuk mabuk semua.

Amanda Seyfried In Givenchy 
Baju ni beliau pakai masa perform koir dengan kawan-kawan pelakon Lamizegha yang lain.  Baju ni adalah hot sebab warnanya.  Tak semua orang cantek pakai baju macam ni.  Silap haribulan boleh nampak macam terjerot kat tengkok.

Click kat bawah ini untuk tengok lagi banyak ulasan  :)


Personaliti Bulan Feb 2013 | Kobain Aq'Grabin Kubby (Adik Beyonce)

Hello u olls,

Personaliti Bulan Februari 2013 adalah seorang insan yang telah berjaya menyentapkan akak.  Pertemuan secara tak sengaja melalui laman Twitter membuatkan akak terkedu "Siapa Adik Beyonce ni?"  Akak rasa sangat terpana kerana selaku sepupu kepada Beyonce,  akak tak tau pun akak ada sorang lagi sepupu di Malaysia ini.

Tak mau cakap banyak!!  Ampa tengok video ini oleh Kobain Kobby ADIK BEYONCE!



Lepas berkenalan ringkas,  barulah akak tau kenapa beliau yakin menggelarkan diri beliau sebagai 'adik Beyonce'.  Lepas tengok Youtube beliau..............................................I really sembah ratu dengan KONFIDENT dan KEKEKWATAN u olls ketika menari. That's why akak interview this special person for my blog.  


Nama : Ahmad Aq’Grabin Bin Ahmad Gunter
Umur : 23 tahun
Tarikh Lahir : 29.11.1989
Zodiac : Sagittarius
Location : Wangsa Maju, Kuala Lumpur
Hometown : Kuala Lumpur
Occupation : Student
Emel : kobainkobby@yahoo.com
Twitter : @kobainkobby


Click read more.

27.2.13

Syarikat Malaysia Yang Buat Special Effect Filem Life of Pie


Hello u olls,

Mesti ramai yang dah tau,  tapi mesti ramai juga yang tak tau lagi.  So sapa yang tak tau lagi,  akak nak share dengan u olls bahawa kita seharusnya rasa sangat sangat berbangga kerana sebuah syarikat Malaysia yang mempunyai ala-ala join venture dengan sebuah syarikat besar di Amerika telah dipertanggungjawabkan untuk membuat hasil special visual effects untuk movie yang amat akak suka iaitu Life of Pie.  U olls boleh baca review akak tentang filem ini di sini  :  Review Movie : Skyfall, Zaiton : Ceritaku, The Help, English Vinglish and Life of Pi

CLICK READ MORE

26.2.13

Ulasan Fesyen Red Carpet Academy Awards 2013

Hello u ols,

Well,  alhamdulillah,  dapat jugak siapkan artikel ini untuk ampa semua.  Hope u guys sangat sangat happy.  Lani akak pakai Celcom Brodben,  cucuk stret daripada Blackberry akak and tukar kepada modem mode and nenjia..im connected to 4 gig internet.

Sambil akak membuat artikel ini,  akak duk tengok show Oscars kat Astro.

Kesimpulannya,  show OSCAR kali ini sangatlah boring dan macam bangang sangat sangat.  Pengacara sangat tahi.  Dia buat lawak semuanya macam bangang.  Mula-mula dia duk buat nyanyi nyanyi pasai "Kami dah tengok tetek hang"  pastu last sekali dia nyanyi dengan Kristen suara tok tok haluih tu...."Here's to the losers..."  Bodohnyaaa!!  Siriesly.

Akak juga rasa macam tak puas hati apabila filem terbaik menang kat Argo.  Tak adil lah pulak akak nak judge since akak tak tengok cerita tu lagi.  Tapi takpa....i will review later.  Akak duk harap Life of Pi menang since filem ini menang best director awards.

Lagi apa akak nak cakap?  Persembahan dalam show ini,  well...ada yang best ada yang tak best.  Shirley Bassey........haruslah mak sembah ratu kepada beliau.  Begitu juga Babra Streisand.  Dua dua suara orang lama yang memang membuatkan kita meremang bulu pekpek.  Adele,  mula mula dia nyanyi dia agak semput.  Katanya,  dress yang dia pakai tu lebih kurang 30kg beratnya...so dia ada masalah kalau nak tarik nafas panjang panjang. Towards di end baru dia nyanyi okay.

Tarian Charlize Theron and Chaning Tantum.....cam borings ja.  Ada beberapa step depa nampak macam kekok.  Persembahan Jen.  Hudson....of course meletops.

Nyanyian koir para pelakon Les Misérables,  best juga depa nyanyi lagu petikan dari filem tu.  Tapi tak taula depa nyanyi live or lip sync.  Ha......dalam award show ini akak yang Boyan tok tok ni baru macam mana nak pronounce Les Misérables.


Les Misérables bunyi dia bukan LES MIZEREBELES....hahahahah bunyi betui dia adalah "La" "Mi" "Ze" "Gha" "Ble"....gitu!!!  Tapi ada juga yang sebut dia "La mi ze gha...." Filem ini memang best and akak nangis dua kali.  Nanti akak akan review dalam artikel lain insya allah.

So jom kita teruskan agenda utama kita iaitu untuk mengreview baju baju retis Hollywood.  

For more reviews,  sila click kat bawah ni ya :)


25.2.13

JDA, Peserta Drag Pertama dalam American Idol 12

Hello u olls,

Just nak share dengan u olls pasai seorang peserta American Idol 12 bernama Josh "JDA" Davila yang merupakan seorang peserta drag queen.  Okay,  ramai yang 'label' dia sebagai gay ataupun androgynous tapi bagi akak,  she is a drag queen like me.  SO DIVALISYESS!


Untuk setiap penampilan,  dia make up and dress up meletops dengan kasut tinggi.  Tapi sayangnya,  impian untuk beliau memenangi pertandingan nyanyian paling popular di Amerika ini musnah apabila beliau tidak berjaya dalam pusingan 'sudden death' last week.

JDA menaruhkan persembahan beliau dengan lagu Rumors Has It by Adele. Persembahan beliau penuh dengan confident and sangat sangat meletops,  tapi bagi akak suara dia tak begitu meletops.  And disebabkan ini adalah pertandingan nyanyian, so confidents beliau menyanyi siap pose pose lantai tu semua tidak dapat menutup dan memperbaiki kekurangan mutu vocal beliau.  In fact,  semua peserta dalam kumpulan lelaki nyanyi ala-ala tahi sedikit and yes amatlah mengecewakan bila tengok 'sudden death' lelaki.  Oh yes,  JDA menyanyi dalam kumpulan lelaki ya.

Pose lantai........very the kan!

Bila baca komen-komen dan review peminat American Idol yang lain,  depa kata American Idol tidak cukup berani dan tidak bersedia untuk menengahkan seorang peserta unik seperti JDA untuk tatapan semua penonton Amerika.

Bagi akak, no no no...depa salah.  Bagi akak,  JDA tak dapat sebab ada peserta lain yang nyanyi lebih meletops daripada beliau.  JDA tak dapat bukan kerana diskriminasi kepada peserta LGBT seperti beliau.

Gambar masa first audition beliau yang tidak pernah ditunjukkan.

Kalau betul ada diskriminasi,  Adam Lambert tu macam mana dia boleh pergi jauh and jadi peserta gay pertama yang berjaya now.  And kalau kita dengar suara Adam Lambert.....memang meletops u olls!  Sangat power and very dinamik suara beliau itu.

Beliau and Adam Lambert.
Beliau dan Mariah Carey.

Akak tetap nak respect kepada American Idol kerana beri peluang kepada JDA untuk menunjukkan bakat beliau dalam 'kulit' beliau sendiri.  Tak perlu nak pretensyes apa apa.

Kat Malaysia,  kita tak boleh buat macam ni u olls.  Kau gila!!!!  Silap hari bulan kena band and syarikat media yang memaparkan u olls akan disaman oleh kerajaan.  Seorang drag queen tidak boleh menyanyi ataupun menari di kaca TV dah.  Bakat dan usaha seorang drag queen yang ingin mencari rezeki dalam bidang seni adalah amat sukar. Tapi ada beberapa antara mereka yang telah berjaya masuk TV and drama TV seperti Ferry Karisma and Dee and arwah Moon.  Mungkin ada nama nama lain yang i tak tau,  kena tanya Mama Regina.  Pastinya,  nama-nama itu very the low profile sangat sangat. Depa tak boleh nak diketengahkan kau kau oleh pihak wartawan dan sebagainya.

Walaupun media massa and media cetak kat Malaysia ini amat tertutup dengan bakat-bakat golongan LGBT,  hakikat golongan LGBT tetap berlaku dan terus berlaku dalam masyarakat kita. Walaupun kita sehebat-hebatnya halang and tutup dari media utama.

Yang lawaknya,  kat Malaysia...pondan+nyah takleh masuk TV.  Takut memberikan pengaruh negative kepada masyarakat umum.  Tapi,  KENAPA SALIH YAACOB pakai perempuan and siap buat talk show boleh pulak?  Pasaipa peserta 'lelaki' dalam Maharaja Lawak semua pakai perempuan,  satu Malaysia gelak and suka.  Apa bezanya rezeki yang Salih Yaacob dapat daripada mendrag dengan kakak-kakak kita yang duk buat drag show kat Blue Boy?  Bezanya,  Salih Yaacob boleh masuk TV sebab real life dia jantan real yang boleh kahwin 4 orang.  Manakala,  kakak-kakak kita semua mempunyai pilihan seksual yang bertentangan daripada ajaran agama kita dan tak mampu nak kawen orang wanita.

Mak Neng tu sundalisma saja.....macam akak juga.

I just terfikir sampai bila kita nak hidup dalam penafian ini.

Akak bukan nak memperjuangkan jantina ketiga dalam masyarakat kita,  lelaki tetap lelaki,  perempuan tetap perempuan.  Cuma,  akak nak kita semua stop meng-diskriminate seseorang itu hanya atas apa yang telah di pilih untuk dia jadi dalam hidup dia.

Sapa boleh tengok Youtube?  Jom layan 3 video daripada JDA.

JDA Intro Video  

Boys Performance JDA and others



  Sudden Death Performances by JDA



Follow JDA di Facebook Official Page : http://www.facebook.com/JoshJadaDavila

24.2.13

Facebook di Screen Utama PC Saya




Jumie Samsudin

Semalam pelajar ini belanja saya nasi ayam satu bungkus. Dia bagi sebab ucap terima kasih jaga kaunter jaga student daftar kursus. Random act of kindness.

Tiba-tiba masuk komen :


  • Khairul Syahmi Brahim awat PC nampak FB.. heheh.. spoil hat tu jah.. heheheh


    Jumie Samsudin Apa pulak spoil u olls.

    Akak adalah staff USM pertama yang menggunakan FB untuk sebaran maklumat kepada semua student di Soc Sc sejak tahun 2006. Kami punya FB page antara FB page pertama diterbitkan. Not mentioning our own blog dimana student boleh terus apply nak surat pengesahan / lain-lain tanpa susah susah datang pejabat jumpa saya.

    Khairul Syahmi Brahim tengok sini...ini blog akak buat sendiri untuk student akak.http://undergraduate-ppsk.blogspot.com/

    And one more thing, kita warga USM patut bangga sebab kita antara IPTA/jabatan kerajaan yang tidak mengBLOCKED Facebook kepada semua warganya. Sebab USM tau betapa pentingnya kegunaan Facebook kepada semua jika digunakan dengan sebaiknya.

Moral of the story  :
Pisau boleh guna untuk potong buah...makan-makan.  Dan juga boleh guna untuk rodok perut orang sampai mampuih.  Pilihlah nak guna untuk apa.

Love u olls!  Khairul Syahmi....jangan sentap ya dengan akak.

23.2.13

Fizz Fairus and Azlyn : Bila Kita Rasa Dunia Ini Milik Kita




Tunang Saya Isteri Orang – Fizz Fairuz..

Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang. Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-seoalah diatur oleh dia sejak kami berkenalan setahun lalu. Khamis lalu, saya dikirimkan mesej oleh kawan adik wanita itu dan dia menjelaskan status sebenar tunang saya. Malah saya juga sudah berjumpa suami wanita itu, Sabtu lalu. 
Sepanjang setahun mengenalinya, saya tidak pernah tahu latar belakang tempat kerja, pendidikan termasuk keluarganya. Sedar-sedar saya sudahpun bertunang dengan dia dan hanya mengenali keluarganya ketika majlis berlangsung. Kepada semua, saya mohon maaf terutama kepada Almy Nadia. Saya tertipu dan sakit sekarang. Saya turut berasa pelik kerana tujuh tahun mengenali Almy Nadia, saya sukar mengikat tali pertunangan tetapi setahun bersama wanita itu saya terus bertunang.

Fizz Fairuz Bohong, Saya Bukan Isteri Orang – Azlyn Massiela

Hari ini melalui Berita Harian, wanita itu menafikan yang dia ialah isteri seorang usahawan seperti yang diberitahu oleh Fizz Fairuz kepada Harian Metro. 
Azlyn, 26 dikatakan bingung dengan status dirinya, sama ada masih lagi tunangan Fizz, kerana Fizz tidak pernah memberitahunya untuk putus tunang, tidak berbincang dengan keluarganya terlebih dahulu dan tidak pernah memulangkan cincin pertunangan. 
'Saya tergamam dan terus menangis, tergamak dia mengeluarkan tuduhan yang sedemikian. Pelik kerana tanpa usul periksa, dia seberani itu menjatuhkan maruah saya dan keluarga. Saya berani menyatakan, tidak pernah berkahwin sepanjang 26 tahun usia ini. Dia boleh periksa di mana-mana pejabat agama atau bertanya sendiri kepada ibu bapa perihal sebenar status diri saya. Kalau pun saya sudah punya suami selepas bernikah di sempadan, takkan emak bapa saya tidak menghalang saya berkahwin lain? Kami masih ada agama, tahu hukum hakam. Jangan jatuhkan air muka mereka dengan cerita sebegini. Andai sudah tidak lagi menyayangi, saya boleh terima kenyataan, tetapi bukan dengan cara mengaibkan orang tua saya. Emak dan ayah saya turut menangis mengenangkan apa yang dilakukannya (Fizz).' 
Dalam pada itu, melalui sumber yang boleh dipercayai, kami dimaklumkan yang keluarga Azlyn sedang menyiasat tuduhan lelaki yang didakwa usahawan yang mengaku sebagai suami Azlyn. Mereka khabarnya bertindak membawa seorang peguam ke Selatan Thailand untuk meneliti rekod perkahwinan di sana. 
Semakin berbelit nampaknya kisah Fizz Fairuz-Almy Nadia- Azlyn Massiela ini. Berat juga pertuduhan yang dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak, namun tidak dapat dipastikan siapa yang bercakap benar. 
Yang nyata, Almy Nadia menyatakan awal-awal lagi yang dia tidak mahu masuk campur dalam kemelut ini. Satu tindakan yang bijak.

sumber ; BeritaHarian,BeautifulNara.com

Kesimpulan cerita di atas,  kot kot ada yang tak faham.

Fizz Fairuz pernah couple dengan Almy Nadia selama 7 tahun.  Tapi depa clashed.  Almy Nadia kata,  Fizz Fairuz berkelakuan pelik dan dia harap Fizz Fairuz pergi buat rawatan tradisional.

Fizz Fairuz bertunang dengan perempuan lain bernama Azlyn Massiela.

Selepas bertunang,  Fizz Fairuz buat penyataan bahawa dia dapat tahu daripada seorang kenalan kepada keluarga Azlyn Massiela bahawa Azlyn Massiela sudah berkahwin dan masih mempunyai suami.

Fizz Fairuz terus mendiamkan diri dan bagi beliau dia rasa macam terpukau.  Dia tidak pernah sedari macam mana dia boleh sampai bertunang dengan Azlyn Massiela.  

Azlyn Massiela kata,  semua yang dikatakan oleh Fizz Fairuz adalah fitnah semata-mata.

Semuanya bermula dengan mungkin...
Mungkin Azlyn pernah kahwin di Siam atau kat mana-mana saja kat dunia ini,   dia tapi tidak legalizedkan perkahwinan beliau di Malaysia.  Oleh itu,  pergilah check kat semua Jabatan Agama Islam Negeri pun tak akan ada rekod dia pernah kawen.  Betul tak?  Tapi,  hukum nikah tu tetap sah di sisi agama kita.  Kalau betul dia tak cerai lagi.....dia masih isteri orang u olls.

Pusing punya pusing,  hanya Azlyn yang tahu apa yang telah berlaku dalam hidup dia.

Mungkin yang membuat pendedahan kata Azlyn ini ada suami ada niat tak elok.  Mungkin dia nak tengok Azlyn bersama dengan orang lain dan bukan dengan Fizz Fairus.  Dan kalau itu niat orang itu,  sungguh celaka sekali fitnah yang dilontarkan.

Bila kita rasa dunia ini milik kita,  kita sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan apa yang kita nak. Tapi inilah jenis dunia yang kita 'dapat' iaitu dunia yang pancaroba.

Kerlas akak guna perkataan orang dulu dulu...PANCAROBA :)

Okay thanks bye.

22.2.13

Busana Pengantin daripada Kerawang Klasik Bridal, Penang

Hello u olls,

Remember my beautiful dress biru untuk majlis persandingan I olls daripada Kerawang Klasik Bridal?  Okay,  jom cuci mata dengan hasil karya busana terkini daripada Kerawang Klasik.

Kalau u olls berminat,  here are the informations  :


Untuk keterangan lanjut, sila buat temujanji anda dengan Zarina Abd Rahman, Perancang Perkahwinan untuk Kerawang Klasik Bridal dengan menghubungi saya di : 
zarinavega@yahoo.com, no tel : 012-5542658 / 017-4830445. 

BY APPOINTMENT ONLY

















Untuk lihat lebih banyak gambar,  click here  :  http://kerawangklasik.blogspot.com/ 

Cerita Perhubungan Kita, Biarlah Dirahsiakan

Hello u olls,

Geram pulak bila duk baca banyak-banyak lagi pasai kes Sharnaaz and Shila Amzah.  Hari tu akak mengambil pendekatan mudah dengan memberikan satu kesimpulan daripada Mama Regina Ibrahim.  U olls boleh baca ulasan pendek beliau di sini : Shila Amzah and Sharnaaz, Patah Seribu

I sangat bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Mama Regina kerana kenapa kita nak halang sangat aih.  Dah depa gedik sangat nak kawen,  bagi depa kawen buang,  biar depa rasa sendiri macam mana.

Thank you to seorang pembaca bernama Nanaliang,  dia gigih emel i suruh i bagi opinion i semua.  Thank to you olls.  Saya olah segala intipati apa yang kita sembang dalam emel kita berdua dalam artikel ini.

Apakah kesalahan utama yang dilakukan oleh Shaarnaz and Shila dalam kes mereka ini?

Pada pendapat akak,  the biggest kesalahan yang telah mereka lakukan dalam kes ini adalah MEMPUBLICKAN CERITA PERIBADI AMPA DORANG KEPADA PIHAK MEDIA.

Itulah kesalahan yang paling besar.

Memang lumrah manusia,  bila kita marah kita cakap benda yang tak munasabah.  Kita kutuk orang tu kau kau tanpa ada dinding hormat kepada orang itu langsung.  Tapi,  kita dah tak ingat langsung semua saat-saat baguih yang kita pernah lalui bersama dahulu.

Dalam kes mereka ini,  bila ND Lala tak puas hati dia bagitau wartawan.  Dia kutuk semua apa yang Sharnaaz buat tanpa memikirkan maruah Sharnaaz sekeluarga.

Bila Sharnaaz marah,  dia bagitau kat wartawan.  Paling akak tak boleh belah,  satu penyataan beliau dimana dia kata ND Lala tidak menguruskan perkara ini dengan cara "LELAKI".  Hang gila ka apa?  Orang tu mungkin jadi bakal pak mentua hang,  and hang feeeling kata kat dia "You wasnt man enough to handle this matter".  Toni Braxton sangat u olls ni.

And si Shilaa Amzah pulak.  Deni pun satu punya cenciwi.  Cenciwi adalah gelaran yang akak berikan kepada budak budak perempuan hingusan yang super gedik dan suka control cute.  Akak dan En.  Khafi pernah buka Youtube beliau dimana dia selalu menyanyi lagu lagu artist lain sebagai 'cover version'.

Memang tak dinafikan suara dia sediaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaap!  Tapi kami dorang tak boleh belah dia nanti duk feeling cakap-cakap English gedik before dia nyanyi.  Alllllllllllaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa controllnyaaaaaaa.  Bukanlah akak nak jelek or benci,  tapi akak tau....memang style budak budak KL lani macam ni kan?  Semua ini adalah pengaruh daripada budak yang merengek manja sebab dia dapat MC 5 hari sakit mata tu.  HAHAHA



Tapi,  akak sangat respect bakat beliau.  Akak tau dia boleh jadi seorang penyanyi / penghibur yang amat berjaya suatu hari nanti.  (Mungkin sebab itu ND Lala tak mau lepas bagi dia kawen lagi kot....hehehehe......dia boleh buat duit lebih banyak lepas ni dengan album album and show show nyanyian beliau!)

Panjangnya akak cerita pasai Shila,  tapi i just want to say Shila pun punya heges.   Dah la hang duk buat statement semua kat media.  Pastu hang buat video pulak.  Nangis nangis pakai tudung putih (OHH CLICHE nyaaaa).  Pastu hang 'OMBAK RINDU'.....(dia nyanyi lagu Ombak Rindu ka?  I tak tengok video tu...hahahah rasa nak terkencing tengok video tu so tak tengok habis.  Tengok dalam 20 saat pertama sahaja).  And Nanaliang kata,  Shila buat lagu pulak!!  What the!!

Apa yang sepatutnya depa buat?

Walaupun depa artist meletops di Malaysia ini,  masuk juara lagu,  belakon filem,  belakon drama,  menang menanyi kat China semua......yes.  U olls banyak peminat.  Semua yang u olls buat adalah untuk peminat u olls.  Tapi tak semestinya SEMUA BENDAAAAAAAAAAAAAAA hiang nak kena cerita kat media and SEMUA BENDAAAAAAAAAAAAAAA hiang nak share dengan peminat????

Yes,  memang betul.  Kalau boleh u nak share semua benda kegembiraan diri u olls dengan semua peminat u olls.  Tapi bab-bab peribadi u olls,  simpanlah antara u dan keluarga u sahaja.

Macam mana u meletops pun sebagai artist,  u tetap manusia biasa.  U berak and u kentut sama busuk macam kami semua.  So sebab itu,  bila u hidup di atas MATA ORANG LAIN u kena belajar untuk simpan sedikit hidup u pada mata dan hati sendiri.

Dato' Siti Nurhaliza and Beyonce.

Dato' Siti tak pernah cerita kat sapa sapa pun pasai kisah percintaan beliau.  Kita sendiri pun tau macam mana dia sangat SECRETIVE dengan pihak media apabila berdepan dengan hal hal berkaitan peribadinya.  Jawapan paling sinonim dengan Dato' Siti masa tu adalah "NO KOMEN".  Memang peminat semua rasa macam arghsss....kekwatnya pompuan ni.  Tapi bila kita tengok kerjaya seni dia sangatlah bagus dan antara artis Malaysia yang menjadi fenomena kat Malaysia ni.  Kita jarang dengar kisah gossip gossip pasai Dato'  Siti bercinta dengan mana-mana pihak.  Kalau ada pun,  hanyalah DESAS DESUS...tak pernah pun keluar dari penyataan Dato' Siti sendiri.  So,  peminat terus focus kepada kerjaya seni beliau.  Tidak terganggu dengan hal hal lain.

Last last,  beliau terus announce dia nak kawen dengan seorang duda kendu bertajuk Dato' K.  Lepas tu tetap keluar juga macam macam tohmahan yang mengatakan beliau seorang wanita perampas suami orang.  Tapi she remain silence dan akhirnya lani,  Dato'  Siti terus berjaya dan happy dengan suami tersayang.

The way she managed her private life is satu contoh yang harus diteladani oleh artist Malaysia yang lain.  Jaga standard diri sendiri.  Biar apa pun orang kata,  yang penting at the end of the day,  orang tau standard kita kat mana.

Walau apa pun orang duk kata pasai dia,  she is untouchable.

Now u nak nak kata apa pun kat dia,  Dato' Siti akan keribas tudung kat muka u olls sambil berkata "Ada aku kesssaaaaaah,"  




Contoh lain yang lebih meletops adalah my sepupu di Amerika iaitu Beyonce.

Sejak di zaman beliau nyanyi dengan Destiny's Child sampailah dia bergerak sebagai penyanyi solo dia tak pernah 'open' tentang perhubungan dia dengan mana-mana lelaki lain.  Even sampai dia bercinta dengan Jay Z depa maintain sengap sahaja.  Sampai cukup masa,  dia annouce dia kahwin dengan Jay Z
tapi satu gambar perkahwinan dia langsung tidak pernah diboloskan kepada pihak media. And akhirnya bila dia dah berkahwin dan ada anak bagai, dia buat filem dokumentari bertajuk "Life Is But a Dream" yang baru sahaja dilancarkan baru baru ini.



Dalam dokumentari tu,  semua benda yang dia pernah lalui,  dia ceritakan,  even dia very very open dengan kisah cinta dia,  video zaman dia dan Jay Z duk dating-dating,  pengalaman dia keguguran (2 years before dia dapat baby ni...dia pernah keguguran),  konflik dia dengan bapa dia and even video dia duk dukung anak dia Blu Ivy yang sangat comels itu.   Semua yang selama ni sangat sangat disreet dengan pihak media,  dia share dalam dokumentari itu.

Sesungguhnya,  Beyonce memang meletopslah.  I olls dah tengok dokumentari itu.  Dia buat ala-ala rakaman video peribadi yang dikompilasikan menjadi satu dokumentari.  Sangat menyeronokkan untuk kita-kita yang meminati Beyonce.  Kita rasa macam bestnya....Beyonce share saat-saat peribadi dia dengan kita...hakikat....tanpa kita sedari...DIA DUK BUAT DUIT JUGA TU.  LOL

Inilah dua contoh yang patut Shila Amzah lakukan.  Dia seorang artist yang amat berbakat,  lakukan sesuatu agar orang hormati u olls atas bakat yang u olls ada.  Dan bukan dengan hal hal yang tidak diperlukan.

Sama la juga dengan kita.  

Kita lani ada laki.  Kita gaduh,  kita cium,  kita romen,  kita konflik apa pun dengan laki kita,  kita anak beranak cukup makan,  tak cukup makan,  ada duit,  takdak duit,  BIARLAH KITA ANAK BERANAK YANG TAU.

Tak payahlah kita nak pi cerita kat semua kawan-kawan office,  pi cerita kat mak mentua kita,  mak kita,  semua adik beradik semua.  Kita duduk diam-diam sahaja.  Melainkan ada hal hal tertentu yang kita nak minta tolong.

Tapi sepanjang pengalaman akak yang cinonet ini,  apa pun masalah yang dilalui oleh kami laki bini,  kami diam and nangis dua dua kami sudahlah.  Dulu akak pernah buat salah,  bila akak tensyen apa-apa i will tell and cerita kat kawan-kawan akak.  Tapi sebenarnya ianya tidak membantu akak dan suami langsung.

One thing,  kemungkinan kawan-kawan akak boleh hilang respect kepada akak dan suami dan keduanya,  benda tu tak settle pun kalau cerita kat orang.

Akak tulis panjang-panjang ini,  biarlah jadi tauladan kepada diri kita semua.  dalam perhubungan kita ini,    bercinta ataupun berkahwin,  ada benda yang kita boleh share dan ada yang boleh kita kongsikan bersama.  Kita gaduh teruk-teruk dengan laki kita pun,  esok lusa dia cium kita balik .....teruihhhh lupa semua marah semua.

Orang luar akan sentiasa menantikan untuk melihat kita 'jatuh'.

Yang benar,
Jumie Samsudin
Lambang Kecantikan

21.2.13

Jangan Salahkan Orang Lain

Hello u olls,

Mak Britney Spears salahkan Justin Timberlake atas segala kejatuhan dalam hidup Britney.  Sebab depa dorang dulu adalah cinta kuat masa zaman remaja cendraloka.  Pastu, pada tahun 2002 depa dorang clashed.  Dengar kata,  masa depa couple tu,  Britney duk mendesak JT untuk kawen,  tapi JT tak mau.  Yalah depa masih muda and depa buleh buat macam-macam kejayaan dalam kerjaya depa sebagai American Popstars.

Tapi ada juga yang kata,  JT tinggalkan Britney sebab Britney ni adalah bitch besiak.  Imej dia depan TV yang ala-ala very gadis suci yang dara itu adalah dusta semata-mata.


Lepas depa clashed,  Britney Spears macam hilang arah.  Dia kawen dengan seorang lelaki di Las Vegas dan bercerai lepas beberapa jam kawen.  Pastu dia kawen dengan Kevin Fedelain yang loser itu.  Pastu dia dapat dua orang anak.  And jangan lupa....dia pernah shaved kepala botak dan pernah nak atttack wartawan dengan payung.  Lepas tu dia gemok.  Dan dia jadi seorang mangsa fashion yang amat-amat ser.  Dia cuba buat album baru,  tapi tak tidak begitu berjaya.  Yang paling menyedihkan,  dia yang memang tak boleh nyanyi secara live dah tak boleh menari dengan HOTNYA lagi.


One thing i like about Britney Spears adalah ketangkasan dia bila buat show or dalam video clip.  Dia menari smart gila.  Antara dia dan J Lo,  akak lebih suka Britney Spears.  Sekarang,  Britney yang baru saja putus tunang dengan lelaki yang akak rasa telah berjaya menstabilkan sedikit hidup Britney..........muncul dalam video clip lagu Will I Am.....Scream and Shout.  Dia nyanyi juga.  Tapi video clip tu....Britney tak menari pun.  Duk pose pose keribas rambut sahaja.  Sedihlah.

So what hang gemok?  Hang takdak effort nak pi berlatih menari dan buat all out macam dulu lagi ka?

Lain pulak dengan JT terus gemilang dengan kerjaya nyanyian dan juga lakonan dia.  Semuanya yang dia buat so far memang meletops.  Lakonan dia pun,  walaupun takdak la dapat pencalonan hebat hebat...tapi i olls rasa lakonan dia meletops juga.  Natural....Britney??  Sedih la lakonan dia.

So now,  after 11 tahun lepas dia dan Britney clashed,   JT dah kawen dengan seorang wanita yang sangat hot iaitu Jessica Biel.  And lebih meletops adalah....dia lani keluar single baru bertajuk Suit and Tie collaborate dengan suami sepupu I iaitu Jay Z.


Persembahan JT masa Grammy Awards sangatlah mengkhayalkan.  JT masih kekal lincah,  gatai gatai notty walaupun dia nampak sangat matang lani tepi tetap CUTE sangat.  Akak sangat teruja tengok beliau masa buat show kat Grammy.  Akak salute kepada beliau.  Akak dapat rasakan album baru beliau ini akan menjadi satu kejayaan baru dalam kerjayanya.

Okay,  so why akak tiba tiba cerita pasai depa dua ni?

The reason akak cerita pasai depa dua ini adalah kerana betapa pentingnya untuk kita berhenti untuk menyalahkan orang lain yang telah membuat sengsara dalam hidup kita dan menggunakan alasan itu apabila hidup kita tidak berjaya.

Kejayaan hidup kita,  tertitik tolak atas usaha dan kudrat dan semangat kita sendiri.  Biaklah sapa pun yang mai duga kita,  selagi kita kuat,  kita mau BERJAYA.......kita akan berjaya.

Kita tau betapa sakitnya putus cinta.  Sapa sapa pun tak suka melalui fasa itu.  Tapi sebagai seorang yang bijak, dia sedar mana kesilapan dia dalam kegagalan sesuatu perhubungan itu,  betulkan diri sendiri and moved on.  Pasaipa nak kena teruk-teruk menafikan benda-benda yang dah terjadi dan letakkan semua kesalahan pada pihak lain. Kita patut embrace kekhilafan itu dan moved on.

Tapi dalam situasi yang berlainan,  kita memang suka menafikan kekhilafan diri sendiri.  Macam akak,  kalau orang tanya "Awat hang gemok lani?  Hang tak diet ka?"  Akak akan jawab "Laki aku tula...selalu suruh aku masak dan makan banyak.  Macammana aku nak diet?"

PENAFIAN SANGAT.

Hakikat.....aku sendiri yang pemalas nak diet!  Nampak makanan sedap sedap terus muka aku jadi macam Chandramuki...."raa...ra...".  Nak diet apa nya?

Its important untuk kita belajar untuk terima kesalahan diri sendiri,  belajar dan moved on.  Hidup ini adalah proses pembelajaran yang berterusan.  Its okay untuk kita jadi orang yang bersalah.

Love,
Jumie Samsudin

20.2.13

Im Bringing Sexy Back (Wardrobe Malfunction Di Hari Kenduri)

Hello u olls,

Akak nak cerita satu cerita lawak + ngeri + mangkak +oscar dela renta.

Pada suatu hari,  akak pi make up customer akak untuk majlis persandingan beliau.  Pengantin itu berbesar hati menjemput akak untuk makan kenduri beliau selepas akak selesai menyelesaikan tugasan make up akak.  So,  hari tu,  akak pi make up cantek bergaya dengan baju kurung moden yang baru akak buat.  Baju warna kuning muda.  Akak baru pernah pakai sekali.  Lepas pakai tu,  akak cuci dengan cucian tangan ala-ala Sendralela ya.

So,  untuk makan kenduri tu,  akak ajak kawan akak iaitu Danny Harmizi untuk teman akak makan kenduri. Kerana En. Khafi tak sihat.  Since lokasi kenduri tu dekat sangat dengan rumah Danny,  so i pun ajak dia teman i.  I pun minta kebenaran pengantin untuk bawa kawan,  of course la depa benarkan.

Masa pengantin bersanding,  akak dan Danny pun ketwok masuk ke dalam dewan dengan kekwatnya.  Kami pun salam dengan parents pengantin dan mencari tempat duduk.  Kami cari lokasi yang agak di belakang sedikit  tapi dekat dengan bufffet spread.  HAHAHA.  Jelogoh kan kami?  Lauk kenduri?  Nasik briyani,  daging masak kicap and ayam and teh tarik.  Aiiiyo sedap u olls.  Kami pun enjoy the food.  Lepas makan,  akak pun feeling pi amik kuih bahulu bagai.  Dessert katanya.

Sekali,  tengah akak melahap bahulu ala-ala Judi Dench....tiba tiba akak rasa belikat akak sejuk semacam.  Akak rasa tiupan aircond terus mendinginkan belikat akak.  Ehkk??? Awat ni?  Akak pun raba-raba tangan akak.  AIIYOOO!  Zip belakang baju kurung akak terbuka u olls.

"Danny....zip dress i terbuka la....u tolong tarik sat...."  Kata akak kepada Danny.  Luckily meja kami duduk ni dua orang ja.  Takdak tetamu lain.  Danny bingkas bangun untuk check dress akak.

"U!!!  Zip ni rosak la u,"  kata Danny perlahan kepada akak.  Dia cuba membetulkan kunci zip dress akak. Malangnya,  zip itu terus terbuka dari atas sampai ke bahagian menghala ke pungkur akak yang seksi.  Aiyooooooo!!

Akak rasa nak termeninggal sebentar.  Macam mana nak buat ni.  Akak takdak selendang ka apa ka nak cover.  Dalam beg akak pun takdak pin or apa - apa brooch.  Celaka punya Danny nohorom duk gelak macam dubuk kat tepi akak.

"Buto pak hang la u ni Danny,"  carut mulut pondan akak.  Danny terus gelak mengekek.

Akak berlagak cool.  Akak rasa baju akak ni terbuka masa akak duduk makan baulu.  HAHAHAH.  Sebab keliling meja akak,  depa semua sibuk makan je.  Takdak pun tengok kat akak.  So,  akak nekad.

"Danny...kita kena belah dari sini.  Kita buat macam ni.  Tangan kanan i cekak dress i belah bawah.  U pulak amik tangan kiri u and cekak dress i belah atas.  So,  bila berdiri,  nampak macam u duk pegang belakang i. Pastu kita terus jalan ketwok and keluar dari dewan ini,"  cadangan akak diterima oleh Danny dalam keadaan yang gelak tak berhenti.  Celaka tau deni.

So,  one two three!  Kami pun bangun serentak.  Kami buat macam yang akak cakap tadi.  Kami terus tak tengok kiri dan kanan.  Terus keluar dari dewan.  Dan jalan laju laju laju laju menuju kereta akak.

Kira dari belakang orang nampak macam kami berjalan macam nila.  HAHAHA


Apabila masuk kereta akak......akak punya la lega.  Akak pun kata "I nak saman Tin Tin yang buat baju i ni, celaka zip ni nak rosak pun kat sini,"

Danny duk gelak lagi macam celaka...."Kerlasss u!! Bareback mai kenduri orang.....nanti u tulih kat blog na"

Itulah cerita akak hari ini.

Moral of the story.  Shits happen.

Love,
Jumie Samsudin

19.2.13

Ginger and Cleopatra

Ini gambar kucing kami yang baru.  Nama depa dorang ni Cleo and Ginger.  Lani depa baru lebih kurang 3 bulan.  Akak amik dari kampung ibu mertua akak di Tangkak Johor masa depa dua baru lebih kurang 1 bulan.  Depa gigih ikut kami balik Penang naik kereta.  Depa tak gayat pun.  Depa duduk diam diam kat sofa belakang dan tidur all the way from Johor to Penang.

Dulu kami pernah ada 7 ekor kucing.  Paris,  the handsome boi.  London,  anak dara tua.  GwenStefani,  janda anak empat.  Empat ekor anak Gwen tu kami tak bagi nama pun sebab depa tak rapat dengan kami,  sekor ja yang rapat,  nama dia Madagascar.

But since kami bawak balik Cleo and Ginger,  Gwen anak beranak makan hati dan terus keluar dari rumah kami dan pergi menumpang di rumah jiran akak.  Panggil pun tak mau mai.  Duk lalu lalu ja.  Kekwat sungguh Gwen tu.

Paris pulak......tak tau la dia duk gatai kat betina mana.  Tak tau nak balik dah.  London pulak tak mau 'bagi' kat dia.  HAHAHA.....

So lani,  kat rumah kami ada London,  Ginger and Cleo sahaja.

Tengoklah gambar Ginger and Cleo ni.  Depa amatlah comels.





Road Trip ke Terengganu - Kelantan, Feb 2013

Hello u olls,

Last Chinese New Year Cuti Cuti,  i olls,  suami dan kawan-kawan telah merancang untuk mengepi ke Terengganu dan Kelantan ala-ala road trip holiday sempena majlis perkahwinan kawan office kami iaitu Kechix Lurax di Bukit Kluang Beach Resort,  Besut,  Terengganu.

Kami semua lebih kurang 4 kereta (tak termasuk keluarga pengantin).  Nana and Injek,  Roslina and Mujadilla,  Faezah and Hazly and me and Khafi.  Kami bertolak dari Penang,  menggunakan lebuhraya Gerik dan terus ke Besut Terengganu.  On the way back,  kami bershopping di Wakaf Che Yeh and Rantau Panjang di Kelantan.

Untuk pengetahuan u olls,  ini adalah road trip pertama Khafi dan ibu bapa akak.  Yes,  Khafi amatlah nervous dengan trip ini.  Dia selalu duk tanya "Sapa akan drive?"  Akak jawab..."Hang la...."  Then dia tanya "Sapa akan duduk sebelah aku?"  Akak pun jawab "Bapak la...."  Pastu dia kata "Habis tu...sapa akan bagi duit tol?"  Akak pun jerkah kat dia "Ni Joee......jalan Grik mana ada tol...."

This is a simple story pasai perjalanan kami.

Hentian Titiwangsa
Sorry,  lebuh raya Grik tidak sepenuhnya diselenggara oleh PLUS.  Oleh itu tiada hentian yang cantek-cantek dan betul betul selesa untuk semua pengguna jalan raya dari Utara ke Timur Malaysia.  Tapi kami stop di Hentian Titiwangsa,  one of not many hentian yang ada.  Hentian ini berada di puncak gunung.  Dan sangat dingin udaranya macam di Cameron Highlands.  Sapa yang sampai sini pagi-pagi,  sorry ya takdak makanan.  Kedai makan buka pukul 10am.

Pemandangan daripada puncak Banjaran Titiwangsa.

Kak Edeh akhirnya berjaya dan pandai bermain Ipad.

Kak Edeh and Amanap.

Kak Edeh and Me.
* for those yang first time baca blog akak.  Kak Edeh is my mother.  Amanap is my father.  Khafi is my husband.

Apa pun,  yang meletopsnya akak jumpa seorang pembaca blog Jumie Samsudin yang telah menegur akak "Akak ni Jumie Samsudin kan? Saya selalu baca blog akak,"  Akak pun terus kembang kempis tali kecapi.  Walaupun hakikat waktu tu susuk akak telah dibuang,  beliau masih boleh kenal akak.  Thanks ya adik.  Adik telah membuatkan akak rasa artist seketika.  If you are reading this,  please comment on this article.  :)



Bukit Kluang Beach Resort
Tidak susah untuk mencari tempat - tempat di Terengganu.  Kalau ada GPS lagi senang.  Tapi akak dan family tersesat sampai ke Setiu juga.  HAHAHA.  Nasib baik kami patah balik.  Akhirnya,  kami sampai di Bukit Kluang Beach Resort.  Satu resort hotel milik bumiputera.  Sangat cantek!!  Bilik hotel dia semua challete style.  Akak amik deluxe room yang sesuai untuk 4 orang.  Staf kat sini semuanya baik-baik belaka. Tak perlu susoh-susoh kecek omputih masa kat receptionist.  Cakap Melayu je :)  And depa tak susah-susah nak amik ID dan segalanya sebab dia tau kami ni datang dengan rombongan pengantin lelaki dari Penang.  I really like it.  Sesetengah hotel very particular kan!  Kalau nak makan di restaurant dalam hotel ni pun sangat berpatutan.  Semua harga makanan dia lebih kurang RM8 dan kebawah.  Takdaklah sampai berpuluh ringgo itu.  Tapi satu je,  hotel ni takdak pantai.  Kalau nak ke pantai,  kita kena berjalan kaki jauh sikit ataupun naik kereta lebih kurang 3 minit.




Pose yang sangat over.

Me and Khafi,  pinjam anak Nana and Injek,  Aaron.

Challet Injek and Nana,  bertentangan dengan challet kami.  Senang nak menjarum.




Jarum di kala petang.  Selepas seharian penat driving dari Penang-Grik - Kelantan - Terengganu.



Pantai Bukit Kluang
These are some of the pictures yang akak amik dengan camera akak dan dari camera kawan akak.  Masa ni,  akak ikut family kawan akak,  my parents and suami berehat di bilik.  Depa tak larat.  Untuk pengetahuan u olls juga,  dari Pantai Bukit Kluang,  kita boleh nampak Pulau Perhentian.  Yes,  sebab sapa-sapa nak pi Pulau Perhentian,  memang depa kena naik dari Besut.  So.....tunggu!  Lepas ni memang akak nak ke Perhentian.  Sapa-sapa nak pi Perhentian,  please click here (Business anak ayam akak...dia memang pengusaha challet di sana)  :  http://www.facebook.com/perhentiantrans


























Satu lagi pose kekwat dari akak.  Hope u olls semua tak jemu melihat kecantikan akak.





Pasar Malam Kampung Raja
Ronda punya ronda,  kami jumpa sebuah pasar malam.  Asalnya nak bawa anak-anak semua mandi swimming pool.  Akhirnya kami semua membawa anak-anak ke pasar malam sambil memakai baju mandi.  HAHAH memang meletops.  Tapi ada juga orang kampung yang cuba mencarut kami "Apo ni bawak anak pakai baju mandi...."  HAHAHAH memang makcik itu tak sayang mulot.  Haruslah dicarut balik oleh kawan akak Nana dan Injek.  Tapi takpa,  akak telah membeli banyak makanan untuk makan malam yang tidak ada di Penang untuk suami dan ibu bapa akak.  One of the thing yang akak beli adalah mee rojak.  Yes....ampa kalau ke Pantai Timur,  ampa patut rasa mee rojak.  Mee rojak ni macam pasembor Penang.  Tapi depa makan dengan mee!  Tapi of course setiap daerah ada resepi dia sendiri.  Tapi harus cuba tu.

Kuih manja,  very very mini version of apam balik.



Wedding Kechix and Fara
Majlis perkahwinan Kechix and Fara berlangsung di Dewan Zaharah,  Bukit Kluang Beach Resort.  Akak tak berjaya pergi tengok beliau bernikah kerana akak dan suami pengsan.  (Tidur tak bangun) hahahah.  Pagi tu,  parents akak keluar sendiri pi cari breakfast.  Tapi tengahari tu,  kami semua turun padang untuk majlis perkahwinan Kechix and Fara.  Akak ditugaskan sebagai juruacara majlis.  Kalau ada sapa-sapa yang berminat untuk menempah akak sebagai MC di hari perkahwinan,  akak charge murah je RM8000 untuk MC sahaja.  Kalau nak suruh nyanyi sekali akak charge RM15 000.  Gituuuuuuuuuuuu!

The Night Before Kenduri





Hari Kenduri
Khafi dan kembaknya,  Injeksyen.

Another jarum session.  We are missing Azura Jaapar and Dia Fid.

Gang office Soc Sc.

Pose atas kereta kuda depan hotel.
The Pengantins


Pose Gedik Akak dan Khafi




Wakaf Che Yeh
Malam itu,  kami 3 kereta berkonvoi ke Wakaf Che Yeh.  Dari Besut,  menggunakan jalan kampung lebih kurang sejam sahaja.  Seronok jalan-jalan di Wakaf Che Yeh.  Macam-macam ada.  Antara kedai yang menarik perhatian ramai adalah kedai yang menjual jersey bola pasukan Kelantan.  Abang Manap (my father) pi la tengok.  Satu helai RM90.  Beliau tak jadi beli.  Akak pun membeli belah juga (sikit) iaitu sepuluh helai baju kelawar untuk diberikan kepada adik-beradik :)  Tapi sayangnya takdak tandas awam yang selesa kat sini.  Akak pi satu restoran besar kat tepi tempat kami parking,  since im not eating at the restaurant depa charged akak RM1.50 hanya untuk mengencingkan diri.  Takpalah....tandas depa memang bersih.  Macam kat rumah.

Sorry takdak gambar masa di Wakaf Che Yeh.  So akak bubuh gambar Kak Edeh duk perabih kuih kacang mazola.


Rantau Panjang
Esoknya,  kami bershopping di Rantau Panjang.  Masa yang diperuntukkan 2 jam sahaja.  Sebenarnya memang tak cukup untuk akak.  Tapi akak balik juga ke pangkal jalan lepas 2 jam itu.  Akak banyak beli kemeja dan seluar getah dengan harga yang sangat murah.  Lebih kurang RM20 setiap helai.  Kalau beli secara online,  lebih kurang RM40 dah.  Tapi yang penting,  masa kat sini akak dan En.  Khafi bergaduh ala-ala amukan Chandramuki.  Tak payah la nak cerita.  Yang akak tau adalah,  lepas ni kalau nak shopping tempat-tempat panas berdekit macam ni tak boleh bawak kurunggu ni.  Dia kena tinggal.

Sungai Golok


Orang seberang sungai je masuk Thailand.

Yes,  seberang sungai itu adalah Siam.  Buleh masuk naik bok je.


Itulah sahaja kisah percutian kami. Akak dan rakan-rakan satu office memang sangat sangat sangat happy.  Lepas ni kami semua rancang nak ke Haadyai pulak!!  Insya Allah.  Murahkan rezeki kami semua.

Love u olls,
Jumie Samsudin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE