23.2.13

Fizz Fairus and Azlyn : Bila Kita Rasa Dunia Ini Milik Kita




Tunang Saya Isteri Orang – Fizz Fairuz..

Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang. Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-seoalah diatur oleh dia sejak kami berkenalan setahun lalu. Khamis lalu, saya dikirimkan mesej oleh kawan adik wanita itu dan dia menjelaskan status sebenar tunang saya. Malah saya juga sudah berjumpa suami wanita itu, Sabtu lalu. 
Sepanjang setahun mengenalinya, saya tidak pernah tahu latar belakang tempat kerja, pendidikan termasuk keluarganya. Sedar-sedar saya sudahpun bertunang dengan dia dan hanya mengenali keluarganya ketika majlis berlangsung. Kepada semua, saya mohon maaf terutama kepada Almy Nadia. Saya tertipu dan sakit sekarang. Saya turut berasa pelik kerana tujuh tahun mengenali Almy Nadia, saya sukar mengikat tali pertunangan tetapi setahun bersama wanita itu saya terus bertunang.

Fizz Fairuz Bohong, Saya Bukan Isteri Orang – Azlyn Massiela

Hari ini melalui Berita Harian, wanita itu menafikan yang dia ialah isteri seorang usahawan seperti yang diberitahu oleh Fizz Fairuz kepada Harian Metro. 
Azlyn, 26 dikatakan bingung dengan status dirinya, sama ada masih lagi tunangan Fizz, kerana Fizz tidak pernah memberitahunya untuk putus tunang, tidak berbincang dengan keluarganya terlebih dahulu dan tidak pernah memulangkan cincin pertunangan. 
'Saya tergamam dan terus menangis, tergamak dia mengeluarkan tuduhan yang sedemikian. Pelik kerana tanpa usul periksa, dia seberani itu menjatuhkan maruah saya dan keluarga. Saya berani menyatakan, tidak pernah berkahwin sepanjang 26 tahun usia ini. Dia boleh periksa di mana-mana pejabat agama atau bertanya sendiri kepada ibu bapa perihal sebenar status diri saya. Kalau pun saya sudah punya suami selepas bernikah di sempadan, takkan emak bapa saya tidak menghalang saya berkahwin lain? Kami masih ada agama, tahu hukum hakam. Jangan jatuhkan air muka mereka dengan cerita sebegini. Andai sudah tidak lagi menyayangi, saya boleh terima kenyataan, tetapi bukan dengan cara mengaibkan orang tua saya. Emak dan ayah saya turut menangis mengenangkan apa yang dilakukannya (Fizz).' 
Dalam pada itu, melalui sumber yang boleh dipercayai, kami dimaklumkan yang keluarga Azlyn sedang menyiasat tuduhan lelaki yang didakwa usahawan yang mengaku sebagai suami Azlyn. Mereka khabarnya bertindak membawa seorang peguam ke Selatan Thailand untuk meneliti rekod perkahwinan di sana. 
Semakin berbelit nampaknya kisah Fizz Fairuz-Almy Nadia- Azlyn Massiela ini. Berat juga pertuduhan yang dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak, namun tidak dapat dipastikan siapa yang bercakap benar. 
Yang nyata, Almy Nadia menyatakan awal-awal lagi yang dia tidak mahu masuk campur dalam kemelut ini. Satu tindakan yang bijak.

sumber ; BeritaHarian,BeautifulNara.com

Kesimpulan cerita di atas,  kot kot ada yang tak faham.

Fizz Fairuz pernah couple dengan Almy Nadia selama 7 tahun.  Tapi depa clashed.  Almy Nadia kata,  Fizz Fairuz berkelakuan pelik dan dia harap Fizz Fairuz pergi buat rawatan tradisional.

Fizz Fairuz bertunang dengan perempuan lain bernama Azlyn Massiela.

Selepas bertunang,  Fizz Fairuz buat penyataan bahawa dia dapat tahu daripada seorang kenalan kepada keluarga Azlyn Massiela bahawa Azlyn Massiela sudah berkahwin dan masih mempunyai suami.

Fizz Fairuz terus mendiamkan diri dan bagi beliau dia rasa macam terpukau.  Dia tidak pernah sedari macam mana dia boleh sampai bertunang dengan Azlyn Massiela.  

Azlyn Massiela kata,  semua yang dikatakan oleh Fizz Fairuz adalah fitnah semata-mata.

Semuanya bermula dengan mungkin...
Mungkin Azlyn pernah kahwin di Siam atau kat mana-mana saja kat dunia ini,   dia tapi tidak legalizedkan perkahwinan beliau di Malaysia.  Oleh itu,  pergilah check kat semua Jabatan Agama Islam Negeri pun tak akan ada rekod dia pernah kawen.  Betul tak?  Tapi,  hukum nikah tu tetap sah di sisi agama kita.  Kalau betul dia tak cerai lagi.....dia masih isteri orang u olls.

Pusing punya pusing,  hanya Azlyn yang tahu apa yang telah berlaku dalam hidup dia.

Mungkin yang membuat pendedahan kata Azlyn ini ada suami ada niat tak elok.  Mungkin dia nak tengok Azlyn bersama dengan orang lain dan bukan dengan Fizz Fairus.  Dan kalau itu niat orang itu,  sungguh celaka sekali fitnah yang dilontarkan.

Bila kita rasa dunia ini milik kita,  kita sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan apa yang kita nak. Tapi inilah jenis dunia yang kita 'dapat' iaitu dunia yang pancaroba.

Kerlas akak guna perkataan orang dulu dulu...PANCAROBA :)

Okay thanks bye.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...