21.2.13

Jangan Salahkan Orang Lain

Hello u olls,

Mak Britney Spears salahkan Justin Timberlake atas segala kejatuhan dalam hidup Britney.  Sebab depa dorang dulu adalah cinta kuat masa zaman remaja cendraloka.  Pastu, pada tahun 2002 depa dorang clashed.  Dengar kata,  masa depa couple tu,  Britney duk mendesak JT untuk kawen,  tapi JT tak mau.  Yalah depa masih muda and depa buleh buat macam-macam kejayaan dalam kerjaya depa sebagai American Popstars.

Tapi ada juga yang kata,  JT tinggalkan Britney sebab Britney ni adalah bitch besiak.  Imej dia depan TV yang ala-ala very gadis suci yang dara itu adalah dusta semata-mata.


Lepas depa clashed,  Britney Spears macam hilang arah.  Dia kawen dengan seorang lelaki di Las Vegas dan bercerai lepas beberapa jam kawen.  Pastu dia kawen dengan Kevin Fedelain yang loser itu.  Pastu dia dapat dua orang anak.  And jangan lupa....dia pernah shaved kepala botak dan pernah nak atttack wartawan dengan payung.  Lepas tu dia gemok.  Dan dia jadi seorang mangsa fashion yang amat-amat ser.  Dia cuba buat album baru,  tapi tak tidak begitu berjaya.  Yang paling menyedihkan,  dia yang memang tak boleh nyanyi secara live dah tak boleh menari dengan HOTNYA lagi.


One thing i like about Britney Spears adalah ketangkasan dia bila buat show or dalam video clip.  Dia menari smart gila.  Antara dia dan J Lo,  akak lebih suka Britney Spears.  Sekarang,  Britney yang baru saja putus tunang dengan lelaki yang akak rasa telah berjaya menstabilkan sedikit hidup Britney..........muncul dalam video clip lagu Will I Am.....Scream and Shout.  Dia nyanyi juga.  Tapi video clip tu....Britney tak menari pun.  Duk pose pose keribas rambut sahaja.  Sedihlah.

So what hang gemok?  Hang takdak effort nak pi berlatih menari dan buat all out macam dulu lagi ka?

Lain pulak dengan JT terus gemilang dengan kerjaya nyanyian dan juga lakonan dia.  Semuanya yang dia buat so far memang meletops.  Lakonan dia pun,  walaupun takdak la dapat pencalonan hebat hebat...tapi i olls rasa lakonan dia meletops juga.  Natural....Britney??  Sedih la lakonan dia.

So now,  after 11 tahun lepas dia dan Britney clashed,   JT dah kawen dengan seorang wanita yang sangat hot iaitu Jessica Biel.  And lebih meletops adalah....dia lani keluar single baru bertajuk Suit and Tie collaborate dengan suami sepupu I iaitu Jay Z.


Persembahan JT masa Grammy Awards sangatlah mengkhayalkan.  JT masih kekal lincah,  gatai gatai notty walaupun dia nampak sangat matang lani tepi tetap CUTE sangat.  Akak sangat teruja tengok beliau masa buat show kat Grammy.  Akak salute kepada beliau.  Akak dapat rasakan album baru beliau ini akan menjadi satu kejayaan baru dalam kerjayanya.

Okay,  so why akak tiba tiba cerita pasai depa dua ni?

The reason akak cerita pasai depa dua ini adalah kerana betapa pentingnya untuk kita berhenti untuk menyalahkan orang lain yang telah membuat sengsara dalam hidup kita dan menggunakan alasan itu apabila hidup kita tidak berjaya.

Kejayaan hidup kita,  tertitik tolak atas usaha dan kudrat dan semangat kita sendiri.  Biaklah sapa pun yang mai duga kita,  selagi kita kuat,  kita mau BERJAYA.......kita akan berjaya.

Kita tau betapa sakitnya putus cinta.  Sapa sapa pun tak suka melalui fasa itu.  Tapi sebagai seorang yang bijak, dia sedar mana kesilapan dia dalam kegagalan sesuatu perhubungan itu,  betulkan diri sendiri and moved on.  Pasaipa nak kena teruk-teruk menafikan benda-benda yang dah terjadi dan letakkan semua kesalahan pada pihak lain. Kita patut embrace kekhilafan itu dan moved on.

Tapi dalam situasi yang berlainan,  kita memang suka menafikan kekhilafan diri sendiri.  Macam akak,  kalau orang tanya "Awat hang gemok lani?  Hang tak diet ka?"  Akak akan jawab "Laki aku tula...selalu suruh aku masak dan makan banyak.  Macammana aku nak diet?"

PENAFIAN SANGAT.

Hakikat.....aku sendiri yang pemalas nak diet!  Nampak makanan sedap sedap terus muka aku jadi macam Chandramuki...."raa...ra...".  Nak diet apa nya?

Its important untuk kita belajar untuk terima kesalahan diri sendiri,  belajar dan moved on.  Hidup ini adalah proses pembelajaran yang berterusan.  Its okay untuk kita jadi orang yang bersalah.

Love,
Jumie Samsudin

3 comments:

  1. ex-pakwe ai dlu suka betol ngn britney sopiah nih...

    ReplyDelete
  2. apa tajuk lagu britney yang ala ala nak bunuh diri tuh..mak suke nyah

    ReplyDelete
  3. Britney? Dulu aku minat gila dia... Sweet, comey, pastu body lawa, menari mcm pherghhh...

    Skang? Ntah... Tapi actually aku suka lagu2 yg ada suara dia... Lain dari yg lain... Tapi takat bleh dengar kat radio je lah...

    Aku harap stacy tak jadi macam dia... Haha... Melalut apa p sampai stacy... Haha

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...