18.2.13

Menghormati Tuan Rumah

Hello u olls,

Baru baru ini akak ada share video masa majlis rumah terbuka Chinese New Year yang dianjurkan oleh parti BN di Pulau Pinang.  Mulanya apa yang hangat sekali untuk dibicarakan adalah apabila penyanyi Korea si penari rentak kuda PSY telah dibayar sebanyak RM2 juta untuk menyanyikan lagu OPPAAA GANGNAM STYLE.  Akak pun eksaited u olls.  Katanya lokasi kongset open house CNY tu diadakan di sekolah Han Chiang yang terletak hanya sekentut jauhnya daripada rumah akak.  Bolehlah pi jalan kaki je u olls.  Tapi pada hari berkenaan,  akak tak dapat nak pi tengok PSY menari tarian kuda tu sebab akak jet lag lepas bercuti cuta di Terengganu.  Feeling kan akak?

Tak berapa lama lepas kongset tu,  dah keluar video persembahan PSY di Youtube.  Akak tengok tak berapa happening pun.  And penonton tak happening.  Semua orang bukan enjoy the music.  Duk sibuk amik video guna telefon mahal masing-masing.

Pastu keluar lagi satu video.  Im sure ampa pun pernah tertengok iaitu video di mana PM Najib sedang meng-announce kemunculan PSY ke atas pentas utama.

Mula mula dia kata "Are you ready for PSY???"  pastu semua jerit YES.

Pastu dia tanya "Are you ready for BN?"  pastu semua jerit NOOOOO...

See the video here  :  Rakyat say NO to BN in Penang [PSY's concert]

Akak post video itu di Facebook akak dengan komen akak "Just bayangkan ini adalah bapak kita.  Akak sangat sedih"

Yes,  akak sangat sedih kenapa rakyat Malaysia sangat biadap dengan Perdana Menteri kita sendiri.  Ini bukan soal pilihan dan pendirian politik semata-mata,  ini adalah soal menghormati seseorang yang menjemput kita untuk menghadiri rumah terbuka.  Depa bagi makan dan bagi hiburan.  Tapi bila depa tanya "Sedap tak makanan kami?"  Kita semua jerit "Tak sedappppppppppp!!!"

Adakah ini contoh yang baik kita berikan kepada anak-anak kita?

Yes,  BN cuba menggula-gulakan rakyat Penang dengan menyajikan PSY dan mengharap agar rakyat Penang mengundi BN pada pilihanraya nanti.  Akak pun tak suka juga kalau itulah agenda sebenar yang dibawa oleh BN.  Kita bukan budak-budak.  Tapi kalau betul akak pergi ke majlis itu,  i just enjoy the show and berterima kasih kepada tuan rumah atas pengalaman yang diberikan.  Kalau dia tanya "Are you ready for BN?"  Probably akak jerit "Yeaaahhh...."  ataupun akak mungkin hanya akan mendiamkan diri.  Akak tidak perlu menjerit NO.

Akak bukan nak bercakap tentang pendirian politik di sini,  akak cuma nak kita semua menjadi rakyat Malaysia yang lebih matang apabila ingin berbicara mengenai politik.  Yang paling utama sekali,  kita kena buang EMOSI yang TIDAK DIPERLUKAN.  Kita kena relaks dan jangan jadi orang yang tak munasabah semata-mata ingin menunjukkan semangat untuk menyokong mana-mana pihak.

Berbalik kepada apa yang akak nak ceritakan di sini,  akak just nak ingatkan u olls semua kawan-kawan akak.  Hormatilah orang orang di sekeliling kita.  Tak kira siapa pun mereka.  Orang kaya,  orang miskin,  orang Cina,  orang India,  orang Melayu,  orang gemok,  OKU,  orang sokong PAS,  orang sokong DAP,  orang sokong BN.....


Okay,  just nak share satu cerita.  Hari tu akak ada buat satu kenduri di rumah akak.  Akak niat jemput saudara mara akak semua mai makan.  Tapi sehari sebelum majlis,  akak demam panas.  Tapi walaupun demam panas akak tetap gigih,  pi market,  masak and prepare semua makanan SENDIRI.  Sampai beberapa jam before majlis,  barulah kakak akak mai dan depa tolong masak dua tiga dish lagi.

Tapi pada ketika majlis berlangsung,  sepupu sepupu akak telah membuatkan hati akak betul betul terguris.  Bukan sahaja depa duk komen masakan akak secara sinis (which is worst),  malah depa duk perli perli dan mempersendakan masakan akak dengan masakan yang dimasak oleh kakak akak (which they said is better).

Akak tak kisah kritikan.  Yang akak kisah adalah kebiadapan.  If you dont like the food,  i am so sorry.  Please give me your comments and that's it.  Kenapa perlu buat lawak about my bad food?  Macam mana depa boleh rasa cara itu adalah sangat lawak?

Akak sangat sangat sangat sangat sangat terluka dengan perilaku sepupu sepupu akak itu.  Siriesly,  sampai lani akak masih lagi terasa hati dan akak dan berjanji dengan diri akak sendiri I WILL NEVER BUAT MAKAN MAKAN PERCUMA UNTUK SEPUPU SEPUPU AKAK ITU.  BIARLAH AMPA NAK KATA AKU KEPALA ANGIN.  JANJI HATI AKU TAK AKAN SAKIT LAGI.

Sekian sahaja.  Orang kata,  "Orang dah saji kita tahi......kenapa kita nak gembira,"  Akak just wondering "Kalau itu adalah tahi...kenapa kita nak pi tengok juga tahi itu menari kuda?"

Respect saya untuk semua,
Jumie Samsudin

6 comments:

  1. absolutely right. dua2 senario adalah tindakan biadap. malaysian are supposed full of courtesy. tapi apa yang berlaku memang memalukan saja.

    ReplyDelete
  2. saya 'like' komen kak Jumie..very good article kak...!!

    ReplyDelete
  3. Mak saya cakap, kalau kita makan kat satu tempat and makanan dia tak sedap, kita diam dan habiskan, kalau tak, kita makan sikit then tinggal elok-elok. Tak perlu komen-komen, tak perlu bising-bising sebab kita tak tahu apa masalah orang yg buat makanan itu sampai jd tak sedap. Itu kalau makan di kedai lah. Sedangkan makan di kedai dah di ajar untuk respect orang apa lagi makan di rumah orang. Kalau tak sedap pun tarik jer senyuman sampai ke telinga sebab itu REZEKI. Bila kita memperkotak-katik kan REZEKI maka secara tidak langsung kita menyoalkan tugas Mikail.

    Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Orang yang menutupi aib orang lain di dunia, Allah akan menutupi (aib)nya pada hari kiamat.” (Hadis Riwayat Muslim).

    So Sis Jumie sabar lah sebb mereka-mereka ini adalah dari golongan yang kurang menggunakan akal mereka. :)

    ReplyDelete
  4. bila akak nak masak untuk saya plak.. dok masak untuk izal ngan mamu jah..
    hehehehe..

    ReplyDelete
  5. Actually aku xberkenan sgt psy mai sini... Aku lupa da link mana, tapi aku rasa mcm... Eiii besaq sgt ka detu sampai mcm lama ja pm ngan yg lain tunggu utk yee sang tu... Aku mcm takleh blah ah ngan detuuuu... Hishhh

    Weh ada jugak la video yg jawap yes...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...