14.2.13

Persembahan Sepupu Akak, Beyonce for SuperBowl 2013

Hello u olls,

Hari itu sepupu akak dikejam hebat kerana meng-lip-sync ketika menyanyikan lagu kebangsaan negara Amerika sewaktu pertabalan president Barack Obama.  Depa semua duk kutuk Beyonce kau kau.  Tapi kalau tengok video rakaman tu balik,  nampak meletops je.

Tapi Beyonce tak menafikan yang dia menggunakan rakaman awal untuk persembahan tersebut dan meng-lip-sync kerana dia kata dia nak semuanya nampak perfect pada hari pertabalan President Amerika itu.  Dia kata,  sebenarnya dia sangat sangat tak selesa untuk menyanyi secara live.  Dan sebagai s eorang yang perfectionist,  dia ambil pilihan untuk nyanyi secara lip-sync.  Baguih dia mengaku apa yang dia buat.  Tapi orang tetap kutuk beliau.

Selepas mendapat kejaman hebat daripada pelbagai pihak yang mengatakan Beyonce tak boleh nyanyi live maka kakak sepupu I dengan kekwatnya telah membuat satu tindakan yang membuatkan para wartawan tersentap seketika.

Pada press conference PEPSI yang telah melantik Beyonce sebagai duta mereka,  Kak Beyons naik ke pentas dengan ketwok kekwatnya.  Pastu,  dia kata kat semua wartawan  "Boleh tak ampa semua bangun"  (Of coz dia cakap orang putih la...akak translate siap siap bahasa Penang).

Pastu bila semua wartawan dah nyanyi.  Dia terus nyanyi lagu kebangsaan negara Amerika iaitu "The Star-Spangled Banner" SECARA LIVE!!!   Sampai semua wartawan akhirnya tepuk tangan bila dia nyanyi kat
note yang tinggi.  Dah habis nyanyi semua,  dia kata "Ada soalan?"  Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa macam tula kekwatnya kakak sepupu I.  Ampa boleh tengok video tu kat sini  :  BeyoncĂ© Sings National Anthem Live for All the Haters at Super Bowl Press Conference

Orait,  but now akak nak tunjuk kat u olls persembahan kakak sepupu i yang tersangat meletop Beyonce sempena waktu rehat perlawanan akhir National Football League (NFL......Amerika punya bola sepak.  Yang depa nant baling bola macam ragbi tapi pakai baju besak dengan helmet tu semua yang dipanggil Superbowl.

Enjoisss!!




ps/  Tapi apa pun  Spongebob punya SuperBowl performance paling gempak di dunia!  HAHAHA sapa peminat Spongebob mesti dia tau!!

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...