28.2.13

Personaliti Bulan Feb 2013 | Kobain Aq'Grabin Kubby (Adik Beyonce)

Hello u olls,

Personaliti Bulan Februari 2013 adalah seorang insan yang telah berjaya menyentapkan akak.  Pertemuan secara tak sengaja melalui laman Twitter membuatkan akak terkedu "Siapa Adik Beyonce ni?"  Akak rasa sangat terpana kerana selaku sepupu kepada Beyonce,  akak tak tau pun akak ada sorang lagi sepupu di Malaysia ini.

Tak mau cakap banyak!!  Ampa tengok video ini oleh Kobain Kobby ADIK BEYONCE!



Lepas berkenalan ringkas,  barulah akak tau kenapa beliau yakin menggelarkan diri beliau sebagai 'adik Beyonce'.  Lepas tengok Youtube beliau..............................................I really sembah ratu dengan KONFIDENT dan KEKEKWATAN u olls ketika menari. That's why akak interview this special person for my blog.  


Nama : Ahmad Aq’Grabin Bin Ahmad Gunter
Umur : 23 tahun
Tarikh Lahir : 29.11.1989
Zodiac : Sagittarius
Location : Wangsa Maju, Kuala Lumpur
Hometown : Kuala Lumpur
Occupation : Student
Emel : kobainkobby@yahoo.com
Twitter : @kobainkobby


Click read more.


Jumie Samsudin  :  Adik Beyonce? Please explained. I tak sangka selama ni i ada juga sepupu kat Melesia. HAHAHA gitttuu... So please explained. WHY U LIKE BEYONCE!

Adik Beyonce. Wow. Hurm.. Nama ni actually come up masa saya sign up for my Twitter dulu. Disebabkan saya ni minat tahap ultra ultimate super fan kat Beyonce, so saya feeling lah yg saya ni adik nya. Boleh gittew? ;)

Why i like Beyonce? It’s obvious. She’s the best female performer alive on Earth at the moment. Nobody can beat her. *kemaen statement, marah fanbase yang lain* Suara, bakat, cara dia persembahkan dirinya kat public, buatkan saya minat wanita bernama Beyonce Giselle Knowles. Okay, tak nak cakap lebih, nanti panjang blog akak sebab saya puji dia tak habis habis. =P

Jumie Samsudin  :  Sejak bila u suka menari?

Sejak bila? Hurmm. Sejak Tingkatan 3 rasanya. Tapi saya tak pernah jumpa saluran yang betul untuk saya tunjukkan bakat sampailah saya masuk Matrikulasi. Masa tu, saya mula beranikan diri untuk join kelab tarian. Memula tu malu sangat sebab saya takut apa orang akan cakap tapi lama lama, saya makin selesa. Ramai pulak yang support tindakan saya ni. Alhamdulillah, from situ, bakat saya develop sampai lah sekarang. Bersyukur sangat.

Jumie Samsudin  :  Apa jenis-jenis tarian yang paling u tau dan yang u suka?

Tarian yang paling i tahu? Semua tarian yang Beyonce menari tu, semua i tahu. HAHA! I study her dance moves from video to video, performance to performance, one after another. Bila saya minat sesuatu benda tu, saya akan rasa tak puas hati selagi tak buat dengan perfect. Bukan senang okay nak belajar from video tanpa orang ajar choreography Beyonce ni. Kesabaran tu amat lah tinggi uols! Selain Beyonce, saya pun menari Tarian Tradisional. Tarian Zapin, Joget, Inang dan Asli pun saya boleh menari sebab saya mewakili kolej dan Universiti dalam pertandingan tarian tradisional.

Jumie Samsudin  :  So far apa pencapaian/ pengalaman dalam bidang tarian?

Saya dah banyak menyertai pertandingan tarian tradisional semenjak saya berumur 17 tahun. Saya pernah mewakili Kolej Matrikulasi, Universiti dan juga melibatkan diri dalam show show lain. Kemenangan mewakili Kolej dan Universiti dalam pertandingan besar adalah salah satu pencapaian tertinggi saya. All the hard work tak tidur malam sebab perlu bahagikan masa antara latihan dan pelajaran, sangat mencabar. Bila dipilih menjadi Johan mahupun Top 3, rasa gembira tu, toksah nak cakap lah nok. Rasa nak menjerit all out bagi satu Malaysia dengar. Kbai.
Kobain Kobby pun pernah keluar Kosmo. Hahaha. Ni link nya. Rentak Aq'grabin 

Jumie Samsudin  :  Siapa bagi u cadangan/ idea untuk but vlog?

It’s not actually a V-Log. I’d say, more like an ordinary YouTube video showcasing talents and having fun among friends. Idea ni timbul, bukan nak tipu, bukan nak auta and bukan mak nak propa kat uols, tapi idea ni dating masa i tengah mandi. Time bawah shower tu, tetiba saya teringin nak buat video saya menari lagu lagu Beyonce and post kat YouTube. Sebab selama ni, ramai kawan kawan saya tahu saya boleh menari, but everytime they wanna see it, saya terpaksa buat depan dey all. So why not this time, saya buat in YouTube so that everyone in the world can see it. Saya pun boleh berkenalan dengan peminat Beyonce yang lain kat Malaysia ni. J

Jumie Samsudin  :  Apa perasaan u olls apabil video u olls telah diupload dalam youtube? Ramai tak orang view. Pernah tak orang kutuk u olls.

Rasa happy lah nok! Selama ni bukak YouTube nampak muka orang lain, tapi kali ni, nampak muka kita sendiri. Like hello! Happy sangat kot. HAHA! :D View? As akak can see, setiap video lain lain view count. Semua tu depends dekat popularity lagu tu waktu tu. Kalau saya buat lagu yg latest, lagi senang view count nak naik as people still browse for the keywords.

Kutukan? Of course ada. Hidup ni susah nak puaskan hati semua orang dek non.. Saya terima semua kutukan tu. Mana yang membina, saya simpan. Mana yang sekadar nak mengeji, saya buat tak tahu je. Semua tu nak kutuk, tapi dia boleh ke buat? Gittew! :3

Feeling jejaka jowo! Haha. 


Jumie Samsudin  :  Selain menari, apa lagi minat u olls.

Apa lagi minat? I minat kumpul CD. Especially artist yang i really listen. So far, i ada complete discography Beyonce (of course), Leona Lewis and Ciara. Ada jugak CD artist2 lain, tapi tak complete. Mana album yang best je, i beli as a collection. ;)





Jumie Samsudin  :  Pernah tak u olls berangan nak buat show kat mana-mana?
This is my dream. To perform with Beyonce. This is my ONLY dream in dancing. Saya teringin sangat nak jumpa dia satu hal, satu hal lagi nak perform dengan dia. Saya tahu dia seorang yang perfectionist sebab tu saya sampai sekarang masih perbetulkan steps saya walaupun orang lain cakap dah okay. Kak Jumie kenal ke sesape yang boleh merealisasikan impian saya ni Kak Jumie? =)
Gambar kenangan Kobain Kobby dalam pelbagai persembahan dan pertandingan tarian.



Jumie Samsudin  :  Antara Beyonce dan Jlo, u suka tengok sapa menari lagi?

J.Lo has been a dancer since dia kecik lagi. She even started off as a dancer then baru lah pelakon dan penyanyi. Beyonce ni rajin, sangat rajin. Dia sentiasa challenge diri dia untuk menari lebih baik from time to time. On stage, jujurnya saya cakap, Beyonce lebih better. Bukan bermaksud J.Lo tak pandai menari, they both can dance very well. Perfectly well. Tapi aura dan groove as a dancer and a singer atas stage, Beyonce got it. Tapi apa pun, saya kagum tengok J.Lo menari dalam video I’m Glad. Serious terbaik. Btw, Kak Jumie pergi tengok dia punya concert kat KL rituh tak?

Jumie Samsudin  :  Akak tak pi tengok la noks.  Sebab ada tempahan make up kat Penang.  Lagipun,  kalau Beyonce....haruslah akak gigih tinggal suami tinggal saudara.  GITU!!  Last question!  Menari memang satu seni persembahan yang juga bagus untuk kesihatan tubuh badan, tapi pernah tak u olls terseliuh sampai kaki u terkeluar ke tepi ke...hahaha pernah tak u olls?

Haha. Okay, this is very latest one. Last week, saya berlatih menari dengan rakan2 saya, for the very first time, otot betis saya kejang sampai saya tak boleh go on menari. Saya have to stop sekejap. Itu lah pengalaman paling memalukan bagi saya sebab saya tak pernah injured masa menari. Luka kat tapak kaki, melecet tu semua, memang lumrah lah kan as a dancer. Benda tu semua kena immune. ;)

Tuliskan ucapan anda untuk semua pembaca Belog Jumie Samsudin :


Last but not least,  terimalah....All The Single Ladies!!

1 comment:

  1. jeles tengok beliau menari...ishh kalau kami, patah pinggang nk nari mcm gitu...hehehehe

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...