Haizi Khalid

Tunetalk

Glowbro Marine Collagen

UK Clark Sales

8.2.13

Pilihan Nama Anak

Hello u olls,

Sekarang ni orang duk perdebatkan nama anak lelaki Ning Baizura yang baru sahaja dilahirkan.  Nama lelaki Ning Baizura ialah Ryan Sky Dalton.  Maka meletoplah sekian alam Melayu yang mempersoalkan mengapa nama anak Ning Baizura itu adalah sangat orang putih!  Heyyy biak pi la kat dia,  dah memang laki dia orang putih pun!



Yang akak paling nak tergelak apalah sapa yang mengomen tu,  ampa tak perasan ka?  Ryan tu actually bunyi nya Rayyan juga.  Lani kalau ampa pi Jabatan Pendaftaran Negara semua baby Melayu lelaki yang lahir hampir 80% bubuh nama Rayyan kat depan.  Ejaan sahaja yang lain u olls.

Bagi akak tu semua pilihan setiap orang.   Bila kita dah susah payah nak mengandung dan beranak of course kita teringin nak memberikan nama yang amat-amat terbaik dan paling best untuk anak kita.

Tapi of course,  masyarakat Melayu kita selalunya terbawa-bawa untuk memberikan nama-nama anak mereka yang lebih kepada fantasi novel cinta Melayu seperti Chinta,  Danish,  Batrisyia,  Qistina,  Darwish dan banyak lagi nama sinonim yang akak tak berapa nak ingat dan sebenarnya kalau difikirkan juga dalam bentuk lain,  mungkin nama-nama itu adalah nama yang Saodah ataupun Faridah Hanim ataupun Harisun teringin nak kat diri sendiri.  Tapi mak mak depa dulu semua mana la tau nama nama canggih ni semua,  so depa bubuh la kat nama anak depa.

Selain daripada nama-nama Melayu yang canggih ini,  salah satu isu yang paling menyukarkan adalah dari segi ejaan.  Nenjia nama isteri Khairul Fahmi Che Mat - Leuniey.  Macam mana nak sebut nama tu? Lini?  Liyuni? Luni?  Akak harap nama itu bukan ejaan betul nama beliau.  Kalau betul macam mana tu deknon,  masa graduation nanti,  sila bagi tutorial kat Dekan agar Dekan akan sebut dan baca nama u olls betul betul.  Sat terkeluar Noor LUNI TUNES binti Mat Saad.  Haaa kan naya?

Ada juga yang meletakkan abjad seperti X Y atau Z di depan nama.  Bukan macam silence D in Dzulkarnain or Dzulkifli.  Tapi macam X Muhammad Hakim.  Ataupun Y Kamarulhafiz.  Adaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa yaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Akak dulu kat sekolah ada kawan nama dia Mohd Shazrul Hisham bin Abdul Kader Jailani.  Haaaaaaaaa memang mamak Penang punya nama.  Nama dia punya panjang sampai kena guna dua  borang khas untuk lekat atas meja UPSR kami.

Dalam keluarga akak,  nama kami semua very simple dan takdak Nur Nur apa semua bagai.  Mak i iaitu Kak Edeh mendambakan agar anak-anak dia dinamakan Siti Aishah,  Siti Khadijah,  Siti Mariam dan nama-nama isteri Nabi yang indah-indah dan sungguh mulia itu.  Tapi father i,  Abang Manap berkata "Aku tak mau.....macam kampung,"  HAHAHA yes........akak tak tipu.  Bapak i masih hidup boleh pi tanya kat depa kalau jumpa di Pasar Malam Kampung Melayu Penang,  setiap hari Isnin depa duk jual Milo.

So,  nama adik beradik kami semua Julie binti Samsudin,  Sanita binti Samsudin (Sanita...wakil pengedar Sanita...hehehe),  Muhammad Budi bin Samsudin,  Jumizah binti Samsudin dan Surianie binti Samsudin.

Akak sangat suka kawan baik akak iaitu Aishah Aljuned yang baru baru ini melahirkan anak perempuan.  Nama Aishah adalah sangat panjang iaitu Sharifah Aishah Aljuned binti Syed Alwee Aljuned.  Depa adalah keturunan Arab dari negara Yaman.  Apabila Aishah kawen dengan suami dia Mohd.  Edros Zubir,  lelaki Jawa dari Batu Gajah Perak dan bukan Syed Sharifah.  Bila depa dapat anak perempuan,  depa bubuh nama anak depa sangat sweet dan sangat simple iaitu Imaan binti Mohd Edros.

Pilihan nama yang dibuat oleh Aishah dan Edros itu amatlah kami semua sukai.  Tetapi seringkali menimbulkan kezutan tak perlu dalam kalangan orang-orang lain yang suka bubuh nama anak panjang-panjang.  Even masa Aishah bawak Imaan pi check up kat klinik kerajaan,  kakak misi tu kata "Nama anak Imaan ja?  Tu ja? WOWWW,"  gitulah hendaknya.

Untuk pengetahuan u olls,  akak pun ada feeling juga nak bubuh nama apa kat anak akak kalau satu hari akak akan beranak :)  Semua orang pernah buat macam ni kan?  Bukan akak sorang yang gediklina kan?

So,  kalau ada anak perempuan,  akak nak bubuh nama anak akak Kamelia.  Dan kalau dapat anak lelaki,  akak nak bubuh nama Badrul.  SURIANIE SAMSUDIN A.K.A CAKCING YANG BAKAL BERANAK TAK LAMA LAGI,  PLEASE JANGAN TIRU NAMA NI.  DULU AKU SUKA NAMA UMAR,  JULIE DAH AMIK!!

Why Kamelia?  Erm.....sebab..................................Ramli Sarip ada lagu nama Kamelia.  Dan lagu itu sangat sedap.  Dan Kamelia adalah sejenis bunga yang cantek.

Bunga Camellia.

Badrul sebab nama tu sangat jantan.  HAHAH itu sahaja.  Apa maksud Badrul?  Sapa tau??  Sila share.

At the end of the day,  akak rasa tak baiklah nak kutuk kutuk dan persendakan nama-nama pilihan anak orang.  Samalah macam u olls yang bubuh nama anak u olls sebanyak 7 perkataan,  walaupun akak rasa hanya anak-anak raya yang harus bubuh nama sampai 7 perkataan tetapi at the end of the day,  itu semua pilihan u olls.  Of course bila kita nak pilih satu nama tu,  kita akan buat pilihan yang terbaik dan kita amatlah bangga dengan pilihan yang kita buat tu.  So kalau orang kutuk-kutuk pilihan kita,  mesti kita akan marah kan.

Sekian sahaja,  harap ampa tak salah faham dengan penulisan akak ini.

Love u olls,

Jumie Samsudin
Lambang Kecantikan yang sudah berhenti makan pil perancang.

10 comments:

  1. memeng betul pun setuju 100% lantak la dia nak letak nama anak dia ape sekalipun..tu kan anak dia...org lain tak de share pun anak dia tu ..haishhhhh

    ReplyDelete
  2. huyo, nanti lepas besalin, meh aku nyanyi kat anak hang lagu Kamelia satu
    ~tibaaaa-tiba langkah ku terhenti...~ Ikhlas dari mama rock, hahahahaha.

    ReplyDelete
  3. kan...biaq la Ning tu nak letak nama anak dia camtu.. dah anak dia..dia punya suka la kalo nak ala2 mat saleh pun nama tu..
    awat depa x kecoh nama anak no 3 que haidar plak? Cleopatra trus kot nama anak dia..huhuhu

    btw nama anak bongsu abg kami pun sgt2 simple..
    Muhammad Bin Mohairi.. bila org tanya nama dia muhammad ja?kami smua mesti senyum..hehehehee

    ReplyDelete
  4. jumie....setuju sgt dengan pendapat tu...cuma...nak tambah sket...kalo boleh..pilihla nama anak2 yg memberi maksud yg baik..x kira la dlm bahasa arab ke..english ker...cina ke...espana ka...maksud badrul tu..kalo bahasa arab...albadru bermaksud full moon....huhi...

    ReplyDelete
  5. Mcm nama aq pjg gila mau nak kene tambah kotak utk isi form hahahha......

    ReplyDelete
  6. Badrul? Aku langsung teringat pelakon feveret zaman dolu2... Badrul muhayat. Wahahahh! Takde kaitan kan? Haha...

    Takyah ah nama anak pepanjang ni. Letih tgk anak buah aku terteleng2 kepala dulu blaja tulis nama sendiri. Tu blom campo ngan nama penuh ayah dia lagi. Memang menangis ah.

    Aku rasa kalo da ramai sgt boh nama pepanjang, maka tetiap taon exam apape mesti kena ada extra time sebelum start exam nk bagi peluang bebudak tulis nama. Maklum la kelajuan tulis nama tetiap orang mana sama...

    ReplyDelete
  7. badrul maksudnya bulan..igt dak nasyid Maulidurrasul..Tho la al badru 'alaina..min tha ni yaatil wada'..

    ReplyDelete
  8. Terima kasih semua. Oleh itu marilah kita bersama sama doa akak cepat mengandung. Love u olls.

    ReplyDelete
  9. Hahah suka entry nih cam entry yang pernah dicarutkan oleh Kak Senduk!

    ReplyDelete
  10. hehe suka post ni..
    sama mcm nama anak sy..shakeel..
    org dok tanya pasaipa satu nama je.. takdak muhammad(ni org2 tua kt kg la)..
    yg kwn2 plak kenapa tak boh shakeel sumthing2 ke...
    hellooooo nama pak dia pon dah 3 nama ok (pak org afrikano)..sori aku nak boh panjang2..sbb at last 1 nama je pon diguna pakai.. :)

    soooo klu nak komplen beranak sendiri boh nama sendiri kannnn

    :) cheers

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com