19.2.13

Road Trip ke Terengganu - Kelantan, Feb 2013

Hello u olls,

Last Chinese New Year Cuti Cuti,  i olls,  suami dan kawan-kawan telah merancang untuk mengepi ke Terengganu dan Kelantan ala-ala road trip holiday sempena majlis perkahwinan kawan office kami iaitu Kechix Lurax di Bukit Kluang Beach Resort,  Besut,  Terengganu.

Kami semua lebih kurang 4 kereta (tak termasuk keluarga pengantin).  Nana and Injek,  Roslina and Mujadilla,  Faezah and Hazly and me and Khafi.  Kami bertolak dari Penang,  menggunakan lebuhraya Gerik dan terus ke Besut Terengganu.  On the way back,  kami bershopping di Wakaf Che Yeh and Rantau Panjang di Kelantan.

Untuk pengetahuan u olls,  ini adalah road trip pertama Khafi dan ibu bapa akak.  Yes,  Khafi amatlah nervous dengan trip ini.  Dia selalu duk tanya "Sapa akan drive?"  Akak jawab..."Hang la...."  Then dia tanya "Sapa akan duduk sebelah aku?"  Akak pun jawab "Bapak la...."  Pastu dia kata "Habis tu...sapa akan bagi duit tol?"  Akak pun jerkah kat dia "Ni Joee......jalan Grik mana ada tol...."

This is a simple story pasai perjalanan kami.

Hentian Titiwangsa
Sorry,  lebuh raya Grik tidak sepenuhnya diselenggara oleh PLUS.  Oleh itu tiada hentian yang cantek-cantek dan betul betul selesa untuk semua pengguna jalan raya dari Utara ke Timur Malaysia.  Tapi kami stop di Hentian Titiwangsa,  one of not many hentian yang ada.  Hentian ini berada di puncak gunung.  Dan sangat dingin udaranya macam di Cameron Highlands.  Sapa yang sampai sini pagi-pagi,  sorry ya takdak makanan.  Kedai makan buka pukul 10am.

Pemandangan daripada puncak Banjaran Titiwangsa.

Kak Edeh akhirnya berjaya dan pandai bermain Ipad.

Kak Edeh and Amanap.

Kak Edeh and Me.
* for those yang first time baca blog akak.  Kak Edeh is my mother.  Amanap is my father.  Khafi is my husband.

Apa pun,  yang meletopsnya akak jumpa seorang pembaca blog Jumie Samsudin yang telah menegur akak "Akak ni Jumie Samsudin kan? Saya selalu baca blog akak,"  Akak pun terus kembang kempis tali kecapi.  Walaupun hakikat waktu tu susuk akak telah dibuang,  beliau masih boleh kenal akak.  Thanks ya adik.  Adik telah membuatkan akak rasa artist seketika.  If you are reading this,  please comment on this article.  :)



Bukit Kluang Beach Resort
Tidak susah untuk mencari tempat - tempat di Terengganu.  Kalau ada GPS lagi senang.  Tapi akak dan family tersesat sampai ke Setiu juga.  HAHAHA.  Nasib baik kami patah balik.  Akhirnya,  kami sampai di Bukit Kluang Beach Resort.  Satu resort hotel milik bumiputera.  Sangat cantek!!  Bilik hotel dia semua challete style.  Akak amik deluxe room yang sesuai untuk 4 orang.  Staf kat sini semuanya baik-baik belaka. Tak perlu susoh-susoh kecek omputih masa kat receptionist.  Cakap Melayu je :)  And depa tak susah-susah nak amik ID dan segalanya sebab dia tau kami ni datang dengan rombongan pengantin lelaki dari Penang.  I really like it.  Sesetengah hotel very particular kan!  Kalau nak makan di restaurant dalam hotel ni pun sangat berpatutan.  Semua harga makanan dia lebih kurang RM8 dan kebawah.  Takdaklah sampai berpuluh ringgo itu.  Tapi satu je,  hotel ni takdak pantai.  Kalau nak ke pantai,  kita kena berjalan kaki jauh sikit ataupun naik kereta lebih kurang 3 minit.




Pose yang sangat over.

Me and Khafi,  pinjam anak Nana and Injek,  Aaron.

Challet Injek and Nana,  bertentangan dengan challet kami.  Senang nak menjarum.




Jarum di kala petang.  Selepas seharian penat driving dari Penang-Grik - Kelantan - Terengganu.



Pantai Bukit Kluang
These are some of the pictures yang akak amik dengan camera akak dan dari camera kawan akak.  Masa ni,  akak ikut family kawan akak,  my parents and suami berehat di bilik.  Depa tak larat.  Untuk pengetahuan u olls juga,  dari Pantai Bukit Kluang,  kita boleh nampak Pulau Perhentian.  Yes,  sebab sapa-sapa nak pi Pulau Perhentian,  memang depa kena naik dari Besut.  So.....tunggu!  Lepas ni memang akak nak ke Perhentian.  Sapa-sapa nak pi Perhentian,  please click here (Business anak ayam akak...dia memang pengusaha challet di sana)  :  http://www.facebook.com/perhentiantrans


























Satu lagi pose kekwat dari akak.  Hope u olls semua tak jemu melihat kecantikan akak.





Pasar Malam Kampung Raja
Ronda punya ronda,  kami jumpa sebuah pasar malam.  Asalnya nak bawa anak-anak semua mandi swimming pool.  Akhirnya kami semua membawa anak-anak ke pasar malam sambil memakai baju mandi.  HAHAH memang meletops.  Tapi ada juga orang kampung yang cuba mencarut kami "Apo ni bawak anak pakai baju mandi...."  HAHAHAH memang makcik itu tak sayang mulot.  Haruslah dicarut balik oleh kawan akak Nana dan Injek.  Tapi takpa,  akak telah membeli banyak makanan untuk makan malam yang tidak ada di Penang untuk suami dan ibu bapa akak.  One of the thing yang akak beli adalah mee rojak.  Yes....ampa kalau ke Pantai Timur,  ampa patut rasa mee rojak.  Mee rojak ni macam pasembor Penang.  Tapi depa makan dengan mee!  Tapi of course setiap daerah ada resepi dia sendiri.  Tapi harus cuba tu.

Kuih manja,  very very mini version of apam balik.



Wedding Kechix and Fara
Majlis perkahwinan Kechix and Fara berlangsung di Dewan Zaharah,  Bukit Kluang Beach Resort.  Akak tak berjaya pergi tengok beliau bernikah kerana akak dan suami pengsan.  (Tidur tak bangun) hahahah.  Pagi tu,  parents akak keluar sendiri pi cari breakfast.  Tapi tengahari tu,  kami semua turun padang untuk majlis perkahwinan Kechix and Fara.  Akak ditugaskan sebagai juruacara majlis.  Kalau ada sapa-sapa yang berminat untuk menempah akak sebagai MC di hari perkahwinan,  akak charge murah je RM8000 untuk MC sahaja.  Kalau nak suruh nyanyi sekali akak charge RM15 000.  Gituuuuuuuuuuuu!

The Night Before Kenduri





Hari Kenduri
Khafi dan kembaknya,  Injeksyen.

Another jarum session.  We are missing Azura Jaapar and Dia Fid.

Gang office Soc Sc.

Pose atas kereta kuda depan hotel.
The Pengantins


Pose Gedik Akak dan Khafi




Wakaf Che Yeh
Malam itu,  kami 3 kereta berkonvoi ke Wakaf Che Yeh.  Dari Besut,  menggunakan jalan kampung lebih kurang sejam sahaja.  Seronok jalan-jalan di Wakaf Che Yeh.  Macam-macam ada.  Antara kedai yang menarik perhatian ramai adalah kedai yang menjual jersey bola pasukan Kelantan.  Abang Manap (my father) pi la tengok.  Satu helai RM90.  Beliau tak jadi beli.  Akak pun membeli belah juga (sikit) iaitu sepuluh helai baju kelawar untuk diberikan kepada adik-beradik :)  Tapi sayangnya takdak tandas awam yang selesa kat sini.  Akak pi satu restoran besar kat tepi tempat kami parking,  since im not eating at the restaurant depa charged akak RM1.50 hanya untuk mengencingkan diri.  Takpalah....tandas depa memang bersih.  Macam kat rumah.

Sorry takdak gambar masa di Wakaf Che Yeh.  So akak bubuh gambar Kak Edeh duk perabih kuih kacang mazola.


Rantau Panjang
Esoknya,  kami bershopping di Rantau Panjang.  Masa yang diperuntukkan 2 jam sahaja.  Sebenarnya memang tak cukup untuk akak.  Tapi akak balik juga ke pangkal jalan lepas 2 jam itu.  Akak banyak beli kemeja dan seluar getah dengan harga yang sangat murah.  Lebih kurang RM20 setiap helai.  Kalau beli secara online,  lebih kurang RM40 dah.  Tapi yang penting,  masa kat sini akak dan En.  Khafi bergaduh ala-ala amukan Chandramuki.  Tak payah la nak cerita.  Yang akak tau adalah,  lepas ni kalau nak shopping tempat-tempat panas berdekit macam ni tak boleh bawak kurunggu ni.  Dia kena tinggal.

Sungai Golok


Orang seberang sungai je masuk Thailand.

Yes,  seberang sungai itu adalah Siam.  Buleh masuk naik bok je.


Itulah sahaja kisah percutian kami. Akak dan rakan-rakan satu office memang sangat sangat sangat happy.  Lepas ni kami semua rancang nak ke Haadyai pulak!!  Insya Allah.  Murahkan rezeki kami semua.

Love u olls,
Jumie Samsudin

10 comments:

  1. welkem tu mai negeri jumie !!... bkt kluang tu prnh jdk port deting aku dlu.. hihihih... sungai golok tu selamber je kitorang seberang takyah guna pasport...

    ReplyDelete
    Replies
    1. En Khafi raplah nak tinggai shopping sorang sorang sebab tu la...hahaha

      Delete
  2. Jumie, you memang kelakar, terhibur setiap kali membaca coretan-coretan di atas... btw jangan gaduh2 tau tak elok.. En. Khafi please take note.

    p/s : gambak pakai baju dress hitam dengan En. Khafi sgt kelazzzzz suka tengok pasangan ini.

    ReplyDelete
  3. suka la pic ampa dgn khafi tu.. ada efek rambut terbang2 gituuu..

    ReplyDelete
  4. thanks jumie letak gambar bukit keluang...
    rindu pantai ni..
    zaman sekolah dulu sini la tempat beraktiviti (kokurikulum)...

    ReplyDelete
  5. finally i saw u kat hentian titiwangsa..hehehe... walaupun study di USM, belum sempat jumpa sbb saya bukan student SK, sebelum akak p ke kelantan terengganu, saya ade baca status tu....dpt la tgk, kak edeh, abg manap and en khafi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!! thanks adik. Akak rasa retissssssssss sangat.

      Delete
  6. x sangka u ollss rindu jugak kat i... tu la.. sorry x bleh join, anak kecik i tu x bleh nak dok dlm kete utk perjalanan yg lama.. sat g dia ngamuk abeh terbalik kete... hahahha.. tunggu dia besak skett baru kami join ye... muahhh...

    ReplyDelete
  7. 1st time singgah blog akak. memang sangat lawak tulisan akak.hihihi

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...