7.2.13

Ulasan Majlis Perkahwinan Retis : Liyana Jasmay dan Fathuddin

Hello u olls semua!!!

Kembali bersiaran.  Terima kasih kepada cuti semester yang pendek (yang menyebabkan i kena prepare macam-macam untuk students before terms bermula),  terima kasih kepada MQA yang tiba tiba nak audit semua program masters di Soc Sc dan juga terima kasih kepada semua peng-order Kuih Kacang Mazola by Jumiess.  Alhamdulillah,  bulan Feb ini sahaja dah settled 50 balang!  Thank you so much.

So hari ni nak start blogging. And kita mulakan dengan ulasan majlis perkahwinan seorang retis yang sangat cute dan trendy di mata akak iaitu Liyana Jasmay.  Semalam ada anak ayam akak yang kata "Mak ayam...sila review majlis perkahwinan Liyana Jasmay.  I tengok dia TAK BERSERI! And very plain u olls!  I tak suka pilihan dia very the black and white.  Tak berseri,"  wah begitu tohmahan dan kritikan yang diberikan oleh seorang rakan ponen akak yang bersemangat kesukanan.

Betul kah?

So i pun Google..............dan haiiyooooooooooooooooo!! Sapa kata tak berseri.  Jom tengok beberapa gambar daripada dua laman web yang akak jumpa.  One is from Chocolate Catsz i rasa kakak ni adalah rakan taulan Liyana Jasmay dan juga Ryaniez Moments Photography,  OP untuk wedding Liyana Jasmay.

Tapi i takdak info pasai sapa buat dress semua.  Sapa-sapa ada info sila share di komen.

So jom check it out!

Akak suka detail pada bahagian pinggang dress ni.  Ampa perasan tak?  Ada macam bentuk princess macam mana ka? Macam Sendralela kan?  Sangat cantek.

Check out para pengapit di belakang!!!  Veryyyyyyyyyyy theee!!! Chic and very very meletops. I suka! JARANG tengok flower girl pakai hitam.  Especially dalam wedding Melayu (modern /tradiotional).  Apa pun,  mak tetap sentap dengan sanggul KIM K para flower girl itu semua.


She looks so happy and radiant.


Okay u olls semua.  Akak nak buat statement panas di sini.

Semua orang yang berperangai makcik makcik apabila pi kenduri kawen mesti nak tengok pengantin perempuan dulu and the first thing ampa nak carut adalah..............KESERIAN WAJAH PENGANTIN PEREMPUAN.

And bila tengok pengantin perempuan macam lesu tak lesu,  sendu tak sendu...ampa pun kata "Aiiiyoo pengantin perempuan tak berseri....adakah beliau tidak berdara?"

Oh fitnah fitnah.  Orang kata,  pengantin perempuan akan berseri sebab dia berdara.  

Tapi pada pendapat akak,  sampai sekarang takdak pun lagi pendedahan ujikaji secara saintifik yang berjaya menghubungkaitkan antara dara dan keseriaan seseorang wanita.  

Dan akak membuat inferens bahawa,  sebenarnya kalau nak berseri pada hari perkahwinan bukan dari make up yang meletops (semata-mata...make up membantu juga untuk menyerikan) dan bukan dengan memakai dress sebanyak 7 salinan bertatah barlian apatah lagi mempunyai pelamin setinggi flat 4 tingkat.  

Tetapi keserian seorang pengantin datang dari ketulusan hati yang sangat ikhlas dan pengantin itu REALLLY happy from inside.  When u are happy inside.........................secara tak langsung semua hormon hormon kecantikan dalam diri kita akan merembes dengan banyaknya dan membuatkan muka dan mata kita lebih glowing!  Bila akak kata pengantin,  akak maksudkan pengantin lelaki dan pengantin perempuan.

Oleh itu,  pada bakal pengantin semua,  ingatlah.  Keserian u olls pada hari perkahwinan bukan semata-mata daripada DARA u olls tapi datang dari hati yang ikhlas dan betul betul bahagia dari dalam.

Pesanan khidmat masyarakat ini datang dari JumieSamsudin.Com. 

Okay sambung carutan lain. NEXT PICTURE PLEASE.




Make up yang sangat simple.  Tapi yang paling penting,  beliau sangat wanita!  No MORE GIRLY u olls.  

Okay,  walaupun kening suami Liyana sedikit mengganggu akak,  tapi akak sangat suka details pada bahagian dada dress Liyana ini.  Beliau tidak perlu pakai apa-apa rantai lagi.  Tapi kalaulah Liyana adalah pengantin typical daripada Pulau Pinang pastinya mak mak dan tok tok beliau akan kata "Takdak ka rantai mastora ka apa semua...kat dada tu macam kosong,"  KAN!!!!


I like the fact that Liyana tak mencuci lukisan inai di tangannya walaupun dia memakai dress ala-ala  barat.  Siriesly!! Sangat suka.  Pengantin memang kena berinai.  Mungkin sebab dress ini putih suci.  So nampak sesuai berinai.


Bunag bola pingpong.  Akak sangat suka bunga itu.



Meja makan yang sangat simple.  


Pelamin yang trendy.  Sangat suka pilihan warna kain iaitu putih dan dimainkan dengan lighting yang berbeza.  Ini adalah sangat trend.

Adalah yang bulat bulat itu adalah babies breath??  WOW!!

Suasana dalam dewan.



Untuk sesi potong kek,  beliau salin pakai dress warna putih dengan rona pink di bawah.  Untuk pengetahuan u olls,  ada seorang artist Hollywood yang telah buat idea ini untuk wedding dress beliau.  Check this out  :

Yes,  Gwen Stefani.  Tapi version Gwen Stefani adalah lebih ranggi.  Sesuai dengan imej rockstar beliau.


Kesimpulannya,  saya sangat suka wedding beliau ini.  Dan seperti yang saya ekspeks sejak tengok beliau bertunang dulu.

Sekian,  terima kasih.

8 comments:

  1. paling best :

    kalaulah Liyana adalah pengantin typical daripada Pulau Pinang pastinya mak mak dan tok tok beliau akan kata "Takdak ka rantai mastora ka apa semua...kat dada tu macam kosong," KAN!!!!

    mastoraaaaaa. betoi sgt dah tu.jgn kata ms kawen, ms raya pun mak2 mst cakap lagu tu.hahaha

    ReplyDelete
  2. Hi Kak Jumie, kami pon nak mengomen pasai orang2 yang suka nilai pengantin berseri ka tak berseri...kalau dalam kes LJ ni kami rasa depa duk kata macam tak berseri sbb dia telah memilih utk make-up very simple. tak menyungguh macam shading idung dengan pembaris dan sebagainya. kami pon suka make-up mcm ni...very natural dan tak nampak macam patong. she's a natural beauty. :)

    ReplyDelete
  3. Kak Jumie... kalau tak silap saya... Memey Suhaiza pernah pakai juga dress pengantin bawah kaler pink... (betoi ka ayat ni? layan jer la...)

    ReplyDelete
  4. reception dress ni tak tau sapa buat, kalau yg nikah attire tu JM. awat potong kek kena tukaq dress? pakai dress sama tak bulih ka? haha. BTW, LJ charutskan photog femes saiful nang kata harga amik gambaq mahaiii melampau.

    ReplyDelete
  5. suka ayat pelamin setinggi flat 4 tingkat..kerlas ko jah..

    ReplyDelete
  6. hi jumie, lama x mengomen.

    i pun pelik dok baca kat bn (beautifulnara) semua dok kutuk, bg i ok je tp mungkin sbb dia buat simple n people expectation nak yg grand. tapi bg saya lg suka simple tp nampak kelasss. tapi baju kedua tu kureng sikit sbb lebih kurang ja ngan yang pertama cuma kaler je lain.

    ReplyDelete
  7. Apsal org cakap tak cantik? Cantik je... Simple, suka tengok... Depa tu taste lain kotttt... Haa pasal saiful nang tu, ada gak baca... Better p google je lah... Bleh dapat gambaran dari 2-2 pihak pasaipa jadi camtu... Kami yg baca pon penin sebenarnya...

    ReplyDelete
  8. Suka majlis yang simple. Yang penting, majlis kami sama tarikh dengan liyana hehe. Simple itu cantik.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...