Haizi Khalid

Tunetalk

Glowbro Marine Collagen

UK Clark Sales

13.2.13

Ulasan Red Carpet 55th Grammy Award 2013

Hello u ollls!

And welcome to Ulasan Red Carpet ke 55th Grammy Awards 2013 by JumieSamsudin.Com.  Sebagai memulakan cerita kita pada hari ini,  akak just nak share dengan u olls bahawa CBS company TV yang anjurkan Grammy ni telah menghantar memo kepada semua artist Hollywood yang dijemput menghadiri event itu.  GITU!!  Akak ingat pekerja kerajaan yang over macam akak je yang berjaya dapat memo macam ni.  Tapi katanya,  retist Hollywood pun dapat juga memo macam ni.

Ampa boleh baca pasai memo tu kat sini.  Breasts, Buttocks, Genitals Ban At Grammys – But Also Message-Sending Lapel Pins

Kerlass kan?  Anyway....jom kita tengok sapa meletops dan sapa merapu dalam  Red Carpet 55th Grammy Award 2013.

Adele in Valentino.
Terlalu banyak kali kita tengok Adele dalam dress hitam yang simple,  so bila Adele buat pembaharuan...dia buat pembaharuan yang amat amat salah.  Dress ini tidak memuji bentuk badan beliau sebagai wanita agam.  Akak sangat sedih dan akak terpaksa bersetuju apabila ramai yang berkata beliau buat baju ni menggunakan  kain lapek meja di rumah nenek beliau.


Beyonce in Osman Yousefzada and Lorraine Schwartz jewellery.
Akak amat terkejut bila dapat tau yang baju ini dipakai dengan seluar u olls.  Terus nampak sangatlah santai dan very the simple.  Ini bukan nak pi amik report kad anak kat sekolah.  INI GRAMMY. Akak kecewa dengan pemilihan baju ini.  Akak ekspek something more fro Beyonce. 


Jennifer Lopez in Anthony Vaccarello
Apa pendapat beliau melihat JLO?  Akak rasa macam boring kerana dress ini actually terlalu simple dan hanya meletops kerana menampakkan kaki beliau.  Semua orang duk kata tiru Angelina Jolie.  Bagi akak,  ini adalah satu percubaan yang mendesak.  Berapa umur beliau?


Nicole Kidman in Vera Wang
Beliau selalu mendapat kritikan sebagai  penakut dan penyimpan keseksian beliau.    Welll yess,  dress ini sangat seksi ekceli tapi rambut dan kasut beliau tidak membantu.  Dia tetap nampak simple.


Rihanna in Azzedine Alaia
Dress ini sangatlah seksi.  Nampak puting tetek.  Tapi apa pun,  akak sangat suka persembahan beliau masa Grammy.


Florence Welch in Givenchy 
First time akak rasa beliau macam membuat percubaan untuk jadi seksi.  Selalunya deni suka pakai dress vintage tapi kadang-kadang terbelakang 50 dekad.  Beliau nampak meletops.  Tapi tak taula apa Joan Rivers nak kata pasai dia.



Carrie Underwood in Roberto Cavalli
Akak sangat suka design kerawang di tengah dress ini.  Sangat meletops dan mewah.

Taylor Swift in J.Mendel
Beliau nampak sangat seksi.  Bagi akak terlalu seksi pulak.  Dah terbiasa dengan imej beliau yang sopan tapi elegen.


Katy Perry in Gucci 
Warna ini dipanggil warna pudina ataupun orang putih panggil mint.  Dress ini membuatkan Kak Katy nampak lagi pucat.  Tak sesuai dengan warna kulit beliau.  And one more thing,  tetek dia besak semacam ya lani.

Alicia Keys in Azzedine Alaia
Dress ini memang kegemaran Alicia Keys.  Memang ni style dia.  Akak suka dress ini.  Cuma akak tak suka rambut tu.  Tak sesuai.

Best Dress Award by Jumie Samsudin .Com
Kelly Rowland in Georges Chakra Couture
Dress ini sangat sekseehhhhhhhhhhhh!  I loveee it!  Nak buat dress macam nila untuk baju raya tahun ni.  HAHAHA


Kelly Osborne in Paule Ka
Wanita ini haruslah pakai yang meletops sebab dia yang bakal mencarut carut orang di dalam Fashion Police.  I suka penampilan beliau.  Simple tapi sangat sangat seksi.


Carly Rae Jepsen by Roberto Cavalli
Dress ini meletops.  Tapi beliau nampak sangat sangat pucat.  Silalah bubuh mekap yang beran beran sikit!


Estelle
Apa pendapat u olls tentang dress ini?  Sesuatu yang simple untuk penyanyi American Boy ini.  Akak suka dress macam ni.  Nak tempah la satu.  Tapi akak tak buatlah two piece bagi nampak perut macam ni.

Natasha Beddingfield in Jackie Fraser-Swan
Dress ini sangat trendy.  I suka.  Walaupun sangat simple.  Tapi dress macam ni memang sangat sangat trendy sekarang.


Faith Hill in J Mendel.  Kasut dari Tom Ford
Dress ini cantek.  Tapi aku tak suka bila makcik ni pakai.  Beliau nampak lebih kertu dengan dress ini.  Tapi akak suka kasut beliau.  Sangatttttttttttttt sesuatu.

Solange Knowles in In Ralph & Russo Couture 
Deni adalah adik kepada Beyonce.  So dia ni sepupu i jugak la.  I suka dress ni.  Warna dia meletops.  And colour block pada kasut itu sangat meletops.  Satu ja aku tak suka iaitu rambut beliau.  Siriesly....kalau dia duduk depan aku dalam Grammy Award show ni,  aku nanti bakak slow slow guna ligther En.  Khafi.  Gila tak nampak apa apa kot.



Ashanti in Tony Ward Couture
Dress ni semua tak kena.  Rambut dia tak sesuai langsung.  Sanggul tu nampak macam aunty aunty.  Warna dress ini hitam,  tak kena dengan warna kulit beliau.  Pastu kasut warna silver macam dulu dulu.  Pastu perlu la nak buat bagi nampak bentuk seluak dalam.

Janelle Monae
Deni duk pakai suit ja dari dulu.  So takdak apa nak aku komen.  Dia nampak macam pembantu silapmata.  


Skylar Grey
Meletops dia pandai pilih dress yang menampakkan tatu beliau.


John Mayer
Apa deni dok merepek pakai suit baldu warna biru ni.  Macam duk buat cool tapi tak jadi.


Fun.
Depa ni pakai kasut Mekdonel tapi tak pakai stokin.

Chris Brown
Putih itu suci.  Beliau sangat smart memakai suit putih colgate ini.  Tak semua orang sesuai pakai putih colgate macam ni.  Silap hari bulan u boleh nampak macam seorang pengawas sekolah.
 

m
Justin Timberlake in Tom Ford
Beliau nampak sangat matang.  Suka kasut itu.  Dan suka persembahan beliau dan Jay Z.


Worst Dress Award by JumieSamsudin.Com
Lisa D'Amato 
Dress ini adalah amat mengejutkan.  Sebagai seorang model dari ANTM cycle 5.  Akak tak expeks u olls pakai dress diperbuat daripada khemah sarkes.  Siriesly akak tak sangka u olls sanggup!
D'Manti 
Dress ini kalau di pakaikan kepada artist yang lebih muda dan meletops pastinya akan nampak vavavum.  And mengapa pakai kasut itu?  Kasut itu persis kasut wanita wanita kerajaan di Melesia pakai pi office okeh.  Tak seksi langsung.

Keltie Colleen
Deni macam takdak dress nak pakai.  Pastu dia pi beli baju jimnastik.  Pastu dia bubuh tirai kot tepi.  Kasut tu .......dia serlum ja apa yang ada.  Effort yang tak sesuai untuk wanita yang kelihatan kertu seperti ini.

Bonnie McKee 
Deni silap event kot?????  Kakak.... Pertunjukan Gadis Ular bukan kat sini.  

Esperanza Spalding
Tampa jaket itu dan berikan kasut terbuka yang lebih seksi....pastinya dress ini akan nampak menarik.
 


Kimbra in Jaime Lee Major
Dres ini adalah satu fesyen statement yang disaster tapi seronok di tengok.  Yes,  kalau kita potong kain kain net yang melerek itu,  beliau nampak macam peluncur ais.  Dan kain net yang lebih itu kita boleh buat veil untuk 12 pengantin lagi.

3 comments:

  1. jumie,
    sangat menceriakan hari y masih mood cooti neh...

    ReplyDelete
  2. Akak suka justin timberlake. Nampak smart and sleek.

    ReplyDelete
  3. kain veil utk 12 pengantin?! bahahahahha. carutan plg devasssss! nice one kak jumie!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com