14.2.13

Ulasan Red Carpet EE Bafta 2013

Hello u olls,

Tak mau cakap banyak.  Jom kita tengok red carpet Bafta 2013 Awards yang berlangsung serentak dengan Grammy tapi di London.  Banyak pakai warna hitam.  Ermm....mungkin sebab orang London suka pakai gelap gelap.  Tapi hujan lebat tidak menghalang depa semua kelihatan meletops. Tapi tak semua :)


Laura Whitmore in Alexandre Vauthier
Beliau juga memakai seluar.  Adakah seluar akan menjadi trend di red carpet?  Beyonce pakai...SJP pun pakai.  Tapi siriesly sejak dulu lagi akak rasa untuk majlis malam dan dikira sebagai event rasmi macam ni, tak sesuai pakai seluar u olls.  Tapi akak sangat suka pant suit dengan belahan nuraka dari tetek sampai ke perut itu.  Tapi please buang gelang emas itu.

Sarah Jessica Parker  in Elie Saab 
Siriesly....i love Elie Saab works.  Tapi sangat tak suka seluar ini dipakai untuk BAFTA awards.  Somemore,  she is one of the presenter.  Yes,  tanpa rantai itu,  seluar dan tops ini sangat sesuai untuk mesyuarat PIBG.


Caroline Flack in Morella Sasson
Simple and i like it. 

Alicia Vikander in Christian Dior
Sangat suka.  Walaupun warna hitam,  tapi tetap menyimpan keremajaan beliau.

Paloma Faith in Nicholas Oakwell
Dress ini cantek tanpa muka tok tok,  kening hitam OTT dan rambut ala-ala roti manggali itu.

Natalie Dormer in  Nicholas Oakwell
Sangat suka!!!  Nak tempah sebijik macam ni untuk hari raya.  Kerlass kan akak?

Rafe Spall  and Elize Du Toit
Sangat suka dress yang dipakai oleh perempuan dalam gambar ini.  Seksi tapi maintain sofistikated. 

Best Dress Awards by Jumie Samsudin . Com
Thandie Newton in Louis Vuitton
Mak sembah ratu 78 step dikir barat.  Sangat suka.



Emilia Fox in in Givenchy
Take out set rantai mastura hijau tu semua,  u olls akan nampak lebih mahal.

Jennifer Garner in Roland Mouret
Siriesly???  Apron akak lebih cantek dari ini.

Jennifer Lawrence in Dior
Too simple. NEXT!  

Samantha Barks in Celia Kritharioti
I like neck line dress ini yang sangat seksi dan akak suka sebab di bawah dress ini kita boleh nampak slip kain warna hijau.  Meletops.



Hayley Atwell in Antonio Berard
Dress ni nampak macam diperbuat daripada kadboard.  
Amanda ByramI love it!!! Walaupun gold glam dress macam ini sangat 2011.  


Juno Temple in Stella McCartney
Akak tak boleh complaint.  Its Stella McCartney!


Andrea Riseborough - in Vivienne Westwood
Something missing.  Tapi akak tak tau apa.

Amy Adams in Elie Saab
Kalau Thandie Newton tak meletops dalam LV dress itu,  akak nak angkat dress ini sebagai best dress.  Siriesly,  first time nampak Amy Adams pakai sesuatu yang amat memondankan diri.  Dia selalu nak playsafe buat buat sweet.

Marion Cotillard in Christian Dior Couture
Dress ini..................macam tak cukup kain.  So depa buat bagi ada see through part di tengah.  Merapu.  Tapi kemerapuan itu adalah keunikan CD.  Ampa harus tengok CD couture punya runaway show.  Memang merapu.

Anne Hathaway in Burberry
Dia tau dia nak menang.  Oleh itu dia keep it simple.  Dia tak mau dress yang OTT akan mengaburi kemenangan dia.  Sebab kita pun tau kan,  pompuan ni selalu paling over over kalau di red carpet.  Tapi apa pun,  akak tetap suka simplisiti beliau.

Lily James
Sangat baju pengantin perempuan Melayu.  I dont like it.  

Jessica Chastain in Roland Mouret gown
Better daripada dress tetek labuh masa SAG.  

Helen Mirren in a dress by British designer Nicholas Oakwell Couture
Aunty ini sangat daring di red carpet.  Always ada kezutan.  Kali ni tak tau dia mabuk apa,  dia pi colour rambut dia warna pink.  I love the dress.  Tapi siriesly,  akak tak suka rambut tu.  

Hugh Jackman dan isteri Deborra-Lee Furnesst
Akak sangat suka style isteri beliau ini.  Sangat Jumie Samsudin.  Feeling kan akak?


Judi DenchKak Edeh..................................................

Helena Bonham Carter and Tim Burton
Well.....kali ini HBC lebih simple daripada penampilan biasanya.  Tapi i donch like her  aishedo!!!

Zawe Ashton in Julien Macdonald
Sangattttttttttttttttttttttt kain tingkap!!!!!

Gemma Arterton in Cecilia Catterone
Tak tau pasai pa deni pilih dress ini.  Macam dia tak pakai baju tapi amik kain hitam yang panjang pastu lilit badan dia.  Pastu tak mau bagi jatuh bubuh shelotep belah dalam.  

Sally Field in  In Antonio Berardi
Makcik ni makin meletops now.

Henry Cavill and Gina Carano
Ramai ang carut Gina Carano leather dress ini.  Tapi akak sangat sukakannya.  Akak suka details baldu yang ada kat bahu and bawah dress ini.

Elizabeth Olsen in  Chanel couture
Siriesly.  Kalau dress ini masuk dalam laut,  ikan pun tak mau pi bertelur kat dia.  Dia takut ini terumbu karang yang jahat boleh makan hidupan laut.  Dress ini sangat buruk.  Dia nampak tua.           
Helen McCrory  in WilliamVintage 1963 Givenchy haute couture gown
Sangat tok tok.  Bagi kat Helen Miren pun dia tak mau pakai.





Laura Bailey in Roksanda Ilincic Resort ’13 gown
Untuk wanita kurus macam ni ,  akak suka.  Kalau perempuan ini pakai baju yang terlalu ikut bentuk badan dia.  Aiiiyoooo sangat enerokzik.




Worst Dress Awards by JumieSamsudin.Com
Alice Eve in Alessandra Rich

Siriesly??? Winter Olympic??  Ataupun pasukan jimrama dari Russia?

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...